Showing posts sorted by relevance for query mocha. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query mocha. Sort by date Show all posts

Kek Lapis Milo Mocha


Kek ni adalah kek yang paling mudah dan senang di buat. Semua bahan-bahan senang di cari dan rasanya pun of kos mengancam. Milo yang manis dengan rasa koko sememangnya diminati bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa jugak. Teringat saya kepada Kek Lapis Belacan, Kek Lapis Holiday Inn , Kek Lapis Saddam Husin dan Kek Lapis Idola. Ke4-4 kek ini berasaskan coklat dan milo. Kalau ditanya yang mana antara 4 kek lapis menjadi idaman saya, saya pasti akan jawab kek lapis Saddam Husin. Rasa coklat kandos dalam kek ni lemak2 berkrim disukai ramai sungguh. Saya tak sharekan lagi resepi kes tersebut di dalam blog ni. Insyallah saya akan sharekan nanti. Cuma nak bagitau siap2 antara bahannya adalah coklat kandos dan coklat ni susah nak dicari sekarang. Jarang ada dah.

Ok hari ni saya nak sharekan resepi kek lapis milo. Ini adalah bahan-bahannya :

(BAHAN2)
[loyang 7x7]

450GM Butter
130gm gula kastor
10 biji telur gred A
1/2 tin susu cap junjung (kecil)
1tin serikaya yeo's (kecil)
100gm horliks
130gm tepung hongkong
1sdt ovalette
2 stick milo 3 in 1
**jika mahu rasa koko lebih boleh tambah 4 sticks.
Sedikit mocha paste.
*Option boleh juga tukar dgn perasa nescafe 3in1. 
Campur dgn sedikit browning sugar untuk memberi warna hitam.

Cara membuat:
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan semua bahan lain kecuali nescafe dan mocha paste.
Mixer sebati.
Bahagi kepada 3 bahagian.
1. Warna asli
2. Campur milo 3in1
3. Campur mocha paste.
Bakar api atas selapis selapis guna loyang 7x7".
Suhu190°C. Masa terpulang kpd oven masing2.

*kek agak basah dan lembab. Kalau guna 8x8 kek tidak berapa tinggi... lapisan jd tidak berapa cantik.

Bacaan lain : Kek Lapis Belacan