Gambar hiasan
Assalamualaikum blogger/follower dan pembaca
semua…
Semoga Allah permudahkan urusan kita pada
hari ini dan hari-hari yang akan datang, insyallah.
Pernah tak tengok star dekat mana-mana post di
facebook. Selalunya star icon ni akan muncul di live page yang ada ribu2
follower. Tahukah anda dengan 1000 follower sahaja anda juga sebenarnya telah
layak untuk menerima star daripada pembaca dan pengikut anda.
Saya akan kongsikan info daripada facebook
yang sebenarnya saya translate ke Bahasa Malaysia dan edit sedikit untuk lebih
santai dan senang nak faham. Saya akan kekalkan perkataan star tu ye. Faham kan
star tu maksudnya bintang dalam Bahasa Malaysia…hehhe
Apa
itu Facebook Star
Facebook Stars adalah suatu ciri yang memberi
anda peluang untuk monetisasi (monetize) kandungan video dan audio anda. Penonton boleh
membeli Star dan menghantar kepada anda semasa anda sedang berlintas langsung
(live) atau di dalam on-demand video yang mana mengandungi Star enable, atau
semasa anda sedang live dalam audio room. Facebook akan membayar anda USD0.01
untuk setiap star yang anda terima
Ketersediaan
Star
Star hanya tersedia di negara-negara yang
berikut:
·
Argentina
·
Australia
·
Belgium
·
Brazil
·
Canada
·
Chile
·
Colombia
·
France
·
Germany
·
India
·
Indonesia
·
Italy
·
Malaysia
·
Mexico
·
New Zealand
·
Peru
·
Philippines
·
Portugal
·
Spain
·
Taiwan
·
Thailand
·
United Kingdom
·
United States
Lebih banyak negara akan disenaraikan kelak.
Star tidak tersedia di negara-negara yang berikut:
·
Cuba
·
Iran
·
North Korea
·
South Korea
·
Syria
·
Russia
Cara
Untuk Semak Kelayakan Anda untuk Mendapatkan Facebook Star
Star
Star
hanya diberikan kepada Pencipta yang memenuhi kriteria kelayakan program (program
eligibility criteria).
Facebook Stars adalah ciri yang mana anda perlu pohon untuk
membolehkan anda monetize kandungan video dan audio anda. Anda perlulah layak
untuk Facebook Star sebelum anda boleh
menerima Stars.
Cara Untuk Melayakkan Anda Untuk Menerima
Star:
·
Anda hendaklah mematuhi Community Standards;
· Anda hendaklah mematuhi dan memastikan anda sentiasa patuh
kepada pass Facebook’s Partner Monetization Policies;
· Anda telah mencapai 1,000 pengikut bagi
tempoh sekurang-kurangnya 60 hari berturut-turut; dan
· Anda tinggal di negara yang disenaraikan
dalam senarai negara yang layak menggunakan ciri Facebook Star.
· Anda hendaklah bersetuju dengan Terma dan
Syarat Star (Stars Terms and Conditions).
Bagaimana
Untuk Semak Sama ada Anda Layak untuk Menggunakan Facebook Stars
Untuk semakan kelayakan, anda boleh ikut
langkah-langkah yang berikut:
1.
Log in Facebook dan masuk ke Creator
Studio.
2.
Klik pada tab Monetization yang
terdapat di bahagian kiri menu dan semak status kelayakan anda.
3.
Sekiranya anda layak untuk Star, anda bolehlah
enable Stars di dashboard anda dengan mengikut arahan
yang terdapat di dashboard anda tersebut.
Sebenarnya,
tidak susah pun nak kumpul 1000 follower. Anda boleh aje create engagement
melalui sharing info daripada posting sama ada daripada individua tau daripada
page lain. Yang penting bagi kehidupan sesuatu tu adalah engagement. Lagi
banyak engagement, lagi lebatlah follower and rating di facebook page.
Semoga perkongsian
ini bermanfaat.