Tanah Tamadun Yaman

 



Dalam tamadun Himyarite Yaman di selatan Semenanjung Arab, kubur batu diukir dengan teliti menjadi gunung atau batu pepejal, di dalam bilik yang luas.
Tanah Tamadun Yaman







Lembu jantan tembaga

 





 Lembu jantan tembaga ini direka bentuk atas perintah Phalaris yang zalim, di mana seorang lelaki keseluruhan boleh diletakkan di dalamnya, dan apabila api dinyalakan di bawah lembu jantan, orang di dalamnya dipanggang hingga mati, dan suaranya didengari melalui mekanisme khas yang menyerupai bunyi lolongan lembu jantan.

Apabila Perilaus mempersembahkan ciptaannya kepada Acragantas yang zalim di Sicily, yang zalim mengarahkan Perilaus untuk meletakkan dirinya di dalam lembu jantan itu dan menjadikannya mangsa pertamanya.
Moral cerita ini..
Sesiapa yang menyalakan api kejahatan...mesti menjadi mangsanya..


Lembu Knickers


Dengan saiz yang mengejutkan, lembu Knickers, seekor lembu Holstein Friesian dari
Australia telah menarik perhatian dunia.
Miliki berat 1.4 tan dan ketinggian 1.95 meter, menjadikan saiznya sangat mengagumkan
hingga membuatkan pemiliknya menolak lembu itu daripada disembelih atau dijual.
Pemiliknya yang menyedari keunikannya telah memutuskan untuk terus pelihara
lembu ini di ladangnya.
Holstein-Friesians ialah baka yang pakar dalam menghasilkan produk ternusu dan kebiasaanya mempunyai berat anggaran 680kg dan tinggi kira-kira 1.2m. Untuk lembu jantan pula, baka hanya mencapai kira-kira 1.7m dan berat 998kg.
Menurut pakar daging, jika lembu ini disembelih, ia akan menghasilkan lebih daripada 635kg daging lembu yang dipotong, dan cukup untuk membuat 450 potong stik dan 370kg daging cincang.
- Conocimientum



 

Impossible

 



Antara perkara yang saya kagum dengan teknologi kejuruteraan China adalah, mereka sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang nampak mustahil. Jambatan Beipanjiang ini adalah yang tertinggi di dunia, dengan ketinggian 0.565km di atas jurang, dan bersamaan dengan bangunan pencakar langit setinggi 140 tingkat.
Istillah “impossible” itu hanya terpakai kepada orang yang tidak ingin mencuba sahaja.

Jambatan Golden Gate

 


"Jambatan Golden Gate: menyeberangi selat yang paling berbahaya!"
Pada tahun 1933, kerja bermula pada Jambatan Golden Gate untuk menghubungkan San Francisco ke Marin County merentasi Selat Golden Gate, salah satu lorong laut paling berbahaya di dunia.
Dibina mengikut reka bentuk oleh jurutera Joseph Strauss dan arkitek Irving Morrow, para pekerja menghadapi keadaan sukar iaitu arus deras dan angin kencang dengan peralatan
keselamatan yang terhad.
Disiapkan pada tahun 1937, ia menjadi koridor pengangkutan penting di Kawasan Teluk San Francisco semasa Kemelesetan Besar. Hari ini, jambatan itu merupakan bahagian penting dalam sejarah infrastruktur moden.
Golden_Gate SanFrancisco


6 Doa Perjalanan Yang Anda Harus Simpan dan Amalkan

 


1. Doa Keluar Rumah
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَىَّ
“Allahumma inni a-‘udzu bika an adhilla aw udholla, aw azilla aw uzalla, aw azhlima aw uzhlama, aw ajhala aw yujhala ‘alayya.”

Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu, janganlah sampai aku tersesat atau disesatkan (syaitan atau orang jahat), tergelincir atau digelincirkan orang lain, menganiaya atau dianiaya orang lain, dan berbuat bodoh atau dibodohi orang lain.”
(Hadis Riwayat Abu Dawud dan At Tirmidzi)

2. Doa Sebelum Memulakan Perjalanan

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
“Bismillahi tawakkaltu alallahi la hawla wala quwwata illa billahil aliyil adzim.”

Maksudnya:
“Dengan menyebut nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan upaya selain dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.”

3. Kemudian Membaca Ayat Kursi

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ (255)
(Surah Al-Baqarah Ayat 255)
4. Membaca Doa Menaiki Kenderaan
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ
“Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun.”

Maksudnya:
“Segala puji bagi Allah, Maha suci tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasainya.”
(Surah Al-Zukhruf  Ayat 13-14)

5. Doa Perjalanan Jauh
سُبْحَانَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِى سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا سَفَرَنَا هَذَا وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّفَرِ وَالْخَلِيفَةُ فِى الأَهْلِ اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمَنْظَرِ وَسُوءِ الْمُنْقَلَبِ فِى الْمَالِ وَالأَهْلِ

“Subhanal ladzi sakhora lana hadza wa ma kunna lahu muqrinina wa inna ila ila rabbana la munqalibun. Allahumma inna nas aluka fi safarna hadzal birra wat taqwa wa minal ‘amali ma tardla. Allahumma hawwin ‘alaina safarana hadza wa’thu ‘anna bu’dahu. Allahumma antash shokhibu fis safari wal kholifatu fil ahli. Allahumma inni a’udzubika min wa’tsais safari wa kabatil mundhori wa suil munqolabi fil mali wal ahli.”

Maksudnya:
“Maha suci Allah yang telah menundukkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mempunyai kemampuan untuk melakukannya, dan sesungguhnya hanya kepada Rabb kami, kami akan kembali.Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebaikan, taqwa dan amal yang Engkau redhai dalam perjalanan kami ini.Ya Allah mudahkanlah perjalanan kami ini, dekatkanlah bagi kami jarak yang jauh. Ya Allah, Engkau adalah pendamping dalam perjalanan dan pengganti di tengah keluarga.
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kesukaran perjalanan, tempat kembali yang menyedihkan, dan pemandangan yang buruk pada harta dan keluarga.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1342 dari ‘Abdullah bin ‘Umar)


6. Doa Berhenti Beristirehat Ketika Dalam Perjalanan
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
“A’udzu bi kalimaatillahit taammaati min syarri maa khalaq.”
Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan ciptaan-Nya.”

7. Doa Ketika Masuk Suatu Daerah atau Wilayah Baharu

Dari Aisyah r.a, beliau berkata:
كان رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذا أشرف على أرض يريد دخولها ؛ قال : اللهم ! إني أسألك من خير هذه الأرض ، وخير ما جَمَعْتَ فيها ، وأعوذ بك من شرها وشر ما جمعت فيها ، اللهم ارزقنا حياها ،وأعذنا من وباها ، وحبِّبْنا إلى أهلها، وحَبِّبْ صَالِحِي أَهْلِهَا إلينا

Maksudnya:
“Rasulullah S.A.W. ketika tiba di suatu kampung dan ingin memasuknya. Beliau berdoa, Allahumma Inni As’aluka min Khairi Haadzihi al-Ardh, wa Khairi Ma Jama’tu Fiha. Wa A’udzu bika min Syarriha wa Syarri Ma Jama’tu Fiha. Allahummarzuqna Hayaha. Wa A’idznaa min Wabaaha. Wa Habbibnaa ila Ahliha. Wa Habbib Shalihi Ahliha Ilayna.
(Ya Allah, sungguh aku bermohon kepada-Mu kebaikan wilayah ini, serta kebaikan yang Engkau kumpulkan disini. Aku berlindung pada-Mu dari keburukan wilayah dan yang ada didalamnya. Ya Allah, kurniakanlah kami kesuburannya. Ya Allah selamatkan kami dari keburukannya, kurniakan kecintaan penduduknya serta orang-orang soleh diantara mereka kepada kami).

اللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَمَا أَظْلَلْنَ وَرَبَّ الأَرَضِينِ السَّبْعِ وَمَا أَقْلَلْنَ وَرَبَّ الشَّيَاطِينِ وَمَا أَضْلَلْنَ وَرَبَّ الرِّيَاحِ وَمَا ذَرَيْنَ فَإِنَّا نَسْأَلُكَ خَيْرَ هَذِهِ الْقَرْيَةِ وَخَيْرَ أَهْلِهَا وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ أَهْلِهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا
Maksudnya:
“Ya Allah Rabb pemilik tujuh lapis langit dan apa yang dinaunginya, Rabb tujuh lapis bumi dan apa yang dikandungnya, Rabb para syaitan dan apa yang disesatkannya dan Rabb angin dan apa yang dihembuskannya, aku mohon kepada-Mu kebaikan daerah ini, kebaikan penduduknya, serta kebaikan yang ada di dalamnya. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan daerah ini, keburukan penduduknya serta keburukan yang ada di dalamnya.”

Semoga bermanfaat.
www.honeybaestory.com

Muzium Naval Madrid

 


Di Muzium Naval Madrid, Sepanyol, terdapat banyak koleksi persenjataan orang² irranun,balingi,suluk,magindanao,maranao khususnya dari Jolo dan Mindanao. Antara yang dipamerkan ialah sundang,Baju Zirah, Keris Panjang dan Kapal Perang Menariknya alatan seperti keris juga dilihat dipamerkan di muzium ini.
- Naval Museum of Madrid, Armada Española.