Bismillahirrahmannirrahim,
Salam jumaat barakah. Jangan lupa baca 10 ayat pertama surah al-kahf ye.
Hari jumaat selalunya hari yang sendu di ofis sebab harinya terasa sangat pendek. Sedar2 dah tengahari. Sedar2 dah nak balik dah. Ha kalau set meeting atau apa-apa event atau aktiviti di hari jumaat lagila masa tu cepat berputar. Tau-tau aje dah petang dan berkemas nak balik.
Perasan tak kalau Jumaat tu ditakdirkan sebagai cuti umu, masa tak pulak cepat berlalu. Terasa banyak aktiviti dapat dibuat sepanjang pagi jumaat. Kalau keluar beli barang atau atas apa2 urusan sekalipun bila balik ke rumah masih sempat nak urus tugasan lain sementelah nak menunggu waktu solat jumaat/zohor. Fikir-fikirkan secara berjemaah heheh.
Minggu ni sangat cepat berlalu. Lagi-lagi dengan tugasan yang silih berganti tapi tak siap2 jugak. Akhirnya di hari jumaat ni terpaksa di bungkus dan di bawa balik dengan harapan dapat disiapkan sebelum menjelangnya 2024, insyallah.
Hari ni tangan ni gatal nak share pasal perancangan Allah. Biasa dengar kan, kita merancang, Allah pun merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah apa yang Allah rancang.
Biasanya dalam keadaan kesakitan, kesusahan kalimah ini sangat berkesan untuk mengubati hati yang sedang berduka agar hati terubat dengan pengisian bahawa sesungguhnya duka itu bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia tapi dipegang dan dihantar oleh kuasa yang lebih tinggi lebih besar dan sangat berkuasa, Allah swt. Tidak akan mampu akal kita mengkaji kenapa Allah beri kita ujian ini, mengapa dan pelbagai persoalan akan cepat menjengah di fikiran kita. Sebenarnya, soalan-soalan itu adalah soalan yang normal untuk difikirkan. Itulah fungsi akal, untuk berfikir. Daripada tumbuhnya soala-soalan itu maka terbitlah pemikiran dan jawapan. Orang yang bijak akan pandai memandu akalnya, insyallah jawablah soalan-soalan itu dengan bijaksana, bahawa sesuungguhnya ini adalah perancangan Allah.
ALLAH berfirman dalam al-Quran,
وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ
“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang,
Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
[Surah al-Imran : 54]
Tapi itu saya gambarkan dalam keadaan di mana seseorang dalam keadaan keadaan sukar. Tapi kan, perancangan Allah bukan sahaja untuk sukar kita sahaja kan. Pasti ada perancangan yang Allah telah aturkan untuk keadaan bahagia kita. Macam mana pulak ya.
Pernah kan kita berdoa untuk dapat sesuatu dan dalam doa kita kata dapat sikit pun takpe, dapat itu pun dah memadai atau dapat sekali pun dah puas hati. Dan pernahkah Allah beri sebijik seperti apa yang doakan? atau Allah beri lebih daripada apa yang kita mintak.
“Allah's plan for you is more beautiful than you can imagine”.
setuju tak, apa yang Allah beri sebenarnya lebih indah, lebih bermakna dan lebih hebat daripada apa yang kita mintak. Malahan, Allah beri kita sesuatu yang lebih hebat daripada apa yang akal kita boleh bayangkan. Kita hanya manusia biasa, punya akal yang terhad dan permintaan kita hanya mampu mencapai apa yang akal boleh fikirkan. Bayangkan Allah kabulkan sesuatu yang tak pernah sama sekali kita bayangkan kita boleh dapat. Masyallah...rezeki terpijak kan, alhamdulillah.
Saya sendiri, sehingga sekarang masih dalam keadaan terkejut kerana apa Allah yang bagi pinjam adalah sesuatu yang sangat indah yang saya tak pernah imagine saya boleh dapat. Walaupun seketika, walaupun tahu ia adalah pinjaman namun alhamdulillah, ini adalah rezeki, blessing and gift daripada Allah. Saya harus syukuri. Allah sangat baik kepadaku. Alhamdulillah.
Kata-kata adalah suatu doa. Berkatalah dengan kata-kata yang baik, berdoalah dengan doa yang baik-baik. Selebihnya, tawakallah, biar Allah tentukan jalannya.
Semoga semua yang membaca posting hari ni tidak pening kepala. Saya menaip sekali dan ulang baca tau ni.
Bye.