Gambar shopping raya tahun 2019. Klik SINI untuk baca lanjut. |
Baju Raya #Pilihlalu 2020
Resepi Biskut Florentine | Bakar Dengan AirFryer
Salam 9 Ramadan
1441H/Sabtu/2 Mei 2020/ PKP Hari ke-44.
Pejam celik pejam celik ramadan sudah masuk hari ke-10. Rasanya baru semalam berpuasa. Dalam keadaan kita berPKP ini masa cepat betul berlalu. Benarlah orang kata masa itu emas. Malah Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran sememangnya terlebih dahulu mengingatkan kita tentang masa :
”Demi masa. Sesungguhnya
manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan
amal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah 103:Al ‘Asr “Time”)
Imam Asy Syafi’i rahimahullah akhirnya
mengungkapkan pendapatnya :
”Seandainya setiap manusia merenungkan surat ini, niscaya hal itu akan
mencukupi untuk mereka.” (Tafsir Ibnu
Katsir 8/499)
Selanjutnya dari pendapat Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin
rahimahullah berkata:
”Maksud perkataan Imam Syafi’i adalah surat ini telah cukup bagi
manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah dengan beriman,
beramal sholih, berdakwah kepada Allah, dan bersabar atas semua itu. Beliau
tidak bermaksud bahwa manusia cukup merenungkan surat ini tanpa mengamalkan
seluruh syari’at. Karena seorang yang berakal apabila mendengar atau membaca
surat ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari kerugian
dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut dalam surat ini,
yaitu beriman, beramal shalih, saling menasehati agar menegakkan kebenaran
(berdakwah) dan saling menasehati agar bersabar.” (Syarh
Tsalatsatul Ushul)
Jomlah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada dengan sebaik
mungkin dengan mengamalkan prinsip 5 perkara sebelum 5 perkara.
Dari Ibnu Abbas,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima
perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit
(miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa
tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Semoga
kita tergolong di dalam golongan yang selalu menghargai masa. Insyaallah.
Saya akan
teruskan dengan perkongsian resepi Biskut Florentine.
Biskut ni sangat crunchy dan sedap ada rasa manis
dan bahan2nya pulak memang jajan kekacang semua memang best untuk kunyah2. Kalau
beli sebalang memang tak cukup. Nak pulak harganya mahal di luar. So apa kata
kita buat sendiri dan makan puas2 di
waktu PKP ni. Boleh juga buat untuk persediaan raya.
Cara membuatnya senang sahaja. Bagi adik2 yang baru
nak belaja membiskut dan nak buat biskut yang paling mudah dan ringkas tapi
sedap guling2 inilah biskutnya dik. Salin dan jangan lupe share selepas
membuatnya ok. Kita share pengalaman.
Bahan-Bahan :
1. 250gm Tepung florentine
2. 250gm almond flakes
3. 100gm kuaci labu
4. 100gm sunflower seed
5. 2 sudu besar black sesame
Cara Membuat :
1. Bakar semua bahan bil 2,3,4 selama 3minit suhu 160/3mt
2. Masukkan semua bahan dalam 1 bekas dan gaul rata.
3. Masukkan 1 sudu rata bahan yang telah digaul td dalam setiap paper cup.
4. Jangan letak banyak kalau x nanti biskut akan jadi tebal dan agak keras bila nak kunyah.
5. Bakar dalam AF (Airfyer) suhu 160/7mt.
6. Sejukkan dulu sebelum keluarkan
dari paper cup dgn cara tolak perlahan2 dari bawah paper cup tadi.
FB : Renie Kasriana Kaman Bagi pembaca atau adik2 yang tak ada airfryer di rumah janganlah risau. Boleh guna oven dengan cara masukkan semua bahan ke dalam loyang (nipis2) dan bakar di dalam oven pada suhu 160c. Kalau takada oven pulak, pembaca dan adik2 semua boleh guna magic pan. Masukkan semua bahan ke dalam loyang. Ratakan nipis supaya senang makan dan cepat masak. Masukkan loyang ke dalam magic pan dan tunggu masak. Magic pan lagi senang sebenarnya sebab just guna dapur gas. Mana2 yang sesuai dan convenient untuk semua. Saya kongsikan di sini cara masak menggunakan magic pan yang dikongsikan oleh Pn Azlita Aziz di blog beliau : norazlitaaziz.blogspot.com. https://norazlitaaziz.blogspot.com/2013/05/florentine-cookies-krunchy-karamel.html Selamat mencuba semua. Jangan lupa kongsikan hasil masakan di ruangan komen di bawah ya. Dan Selamat berpuasa… |
RESEPI AYAM GOLEK HAJAH FATIMAH
Cili kering kisar 5 sudu besar
4 biji bawang besar kisar
6 ulas bawang putih kisar
Halia 2 inci kisar
1 tin (sederhana) tomato puree
Santan 2 kotak kecil
Serai 4 btg diketuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar gula melaka (hancurkan)
1 sudu besar gula putih
2 sudu kecik garam (boleh tambah ikut rasa)
Bahan penumis - cengkih, kayu manis, biji pelaga, bunga lawang
Bawang goreng utk tabur atas ayam
Minyak utk tumis
Serbuk perasa (optional)
Alhamdulillah Channel Youtube Dah Monetize
Salam
7 Ramadan/PKP Fasa 4 /PKP Hari ke …
Syukur alhamdulillah
Allah panjangkan usia ke tahun 1441H dan dapat menunaikan ibadah puasa yang
telahpun masuk hari ke 7 hari ini. Tahun 1441H/2020 nampaknya bakal
meninggalkan banyak kesan di hati sanubari setiap insan dan umat manusia. Bukan
sahaja kita diuji dengan wabak Covid-19 yang tidak kelihatan namun amat
digeruni ini malah kita juga diuji dengan kesan daripada Covid-19 sama ada
kepada diri, kepada kerjaya, kepada persekolahan anak-anak dan lain-lain
kesannya. Namun di sebalik ujian Allah ini akan ada cahaya yang bakal menyinari,
insyallah. Teringat saya pada satu posting di twitter pagi tadi yang berbunyi
(lebih kurangla) … Jika Allah memberikan kita hadiah dalam bentuk masalah, maka
ingatlah bahawa hadiah yang bakal kita peroleh adalah besar dan tinggi
nilainya. Dalam maksudnya. Saya tafsirkan bahawa Allah menguji kita sama ada
dalam bentuk kebaikan dan kemewahan, dan ada juga ujian dalam bentuk masalah.
Namun daripada kedua-dua ujian akan ada balasan dan ganjaran. Dan bagi kita
yang berjaya sabar, syukur dan “menikmati ujian dalam bentuk malasah tersebut”,
janganlah risau. Ganjaran yang besar menanti di sana.
1 Ramadan 1441H di tahun 2020 ini jatuh pada Jumaat, 24 April 2020. Malamnya kami sekeluarga sempat bertarawih, minum malam dan tidur awal. Seperti tahun2 sebelumnya, kami sekeluarga akan revise semula doa berpuasa sebulan dan harian. Mungkin saya boleh kongsikan di sini sebagai rujukan akan datang.
Niat Puasa Harian
Niat Puasa Sebulan
Bagi kami sekeluarga,
tahun ini ada kelebihannya berbanding tahun-tahun yang lalu. Misalannya kami
jarang berpuasan bersama-sama. Suami selalu keluar kawasan dan biasanya puasa saya
dan 2 anak saya kami tempuh bertiga sahaja. Mungkin adalah hari-harinya yang
kami akan bersahur bersama tapi semasa berbuka, hanya kami bertiga. Alhamdulillah
Allah beri peluang kami berbuka, bersahur dan insyallah bertarawih bersama di
tahun ini. Syukur alhamdulillah.
Kalau sebelum ni anak-anak
berpuasa di sekolah, tahun ini mereka berpuasa di rumah. Dapatlah saya monitor
mereka. Sekurang-kurangnya saya ada masa bersama mereka sepanjang masa mereka
menahan lapar dan dahaga. Kalau kat sekolah curi2 minum sape tahu kan. Kat
rumah kita bolehlah monitor sendiri. Tapi kalau boleh janganlah ada sifat curi2
minum ni …
Niat puasa dah hafal,
tarawaih pun dah siap. Tiba waktu sahur. Alhamdulillah kami sahur dengan lauk
apa ada sahaja. Lauk ayam dan sayur sikit. Buah dan kurma itu wajib.
Rezeki tidak pernah
salah alamat. Sambil menikmati lauk sahur bersama suami dan anak-anak kami
seperti biasa sembang-sembang kosong. Oh ya. Alhamdulillah tahun ini
anak-anaknya Nampak bersemangat sungguh untuk bangun sahur. Kalau sebelum ni
anak-anak liat dan susah nak makan. Kali ni semua bangun dengan pantas, makan
berselera malah ada mood untuk sembang. Kita peratikan hari2 seterusnya adakah
ini semangat ramadan baru atau baru ramadan.
Ok berbalik kepada
masa bersembang kosong di waktu sahur, tangan saya macam gatal nak bukak emel. Pukul
5 pagi dan emel baru masuk mengejutkan saya. Tanpa sedar tiba2 saya menjerit
gembira. Yess.. Channel Youtube saya akhirnya di monetisasi oleh pihak Youtube.
Alhamdulillah. Nasib baik masa saya menjerit tu saya tak menyuap apa2 ke mulut.
Kalau tak, memang nayalah suami yang duduk di depan saya tu. Heheh.
Semua orang, suami
dan anak-anak mengucap syukur. Bukan apa, walaupun channel ini adalah channel
sendiri tapi ia ibaratkan projek keluarga. Kami sama-sama berbincang tentang
idea dan menunggu sehingga channel ini dimonetizekan. Kami tidak sabar untuk meraih
hasild darippadanya.
Sekadar perkongsian,
channel ini secara seriusnya saya update dan kemaskini pada bulan Oktober 2019.
Kalai diikutkan ada beberapa video yang saya telah upload sebelum itu tapi uploas
hanya untuk suka-suka.Tidak ada plan sama sekali untuk mengaut hasil daripada tontonan
video tu. Tapi entah macam mana bulan Oktober 2019 di wall youtube saya kerap
kali video yang mengkongsikan cara untuk buat duit dari youtube hadir dan
singgah. Sekali saya biarkan aje. Masuk kali kedua dan seterusnya saya mula
terpikir why not saya try untuk buat duit juga. Mana tahu boleh jadi sumber
income kedua.
Bermula daripada itu saya mula mencari apps untuk membuat video, update video sedia ada dan habiskan sedikit masa untuk research jenis video yang saya rasa saya boleh buat. Setakat ini video saya di channel tu semuanya setakat yang termampu.
Sehingga posting ini
disiarkan, saya tidak sempat lagi untuk update video baru. OTW katanya.
Untuk Youtuber Pemula/New
Youtuber seperti saya atau seispa sahaja yang telah pasang niat untuk menjana income
dari Youtuber saya nasihatkan jangan berhenti mencuba. Jadikan medan youtuber
untuk share knowledge dan bukan semata-mata menjana income semata-mata sebab nak
buat video ni bukan senang. Buat masa ni Youtuber perlukan new youtuber untuk
memenuhi 2 syarat utama iaitu 1000 subscriber
dan 4000 jam masa tontonan. Kalau video yang pembaca buat tu hits dan di
share di soc media insyallah 4000 jam boleh dicapai dalam masa sebulan atau kurang
daripada tu. Tapi kalau tak hit pun, jangan putus asa. Teruskan upload video. Yang
penting jangan copy video orang lain. Kalau nak copy pastikan ia hanya 1% atau
sedikit sahaja dan ada nilai2 review/react etc. Itu yang paling penting. Video2
lain yang ada hakcipta masih boleh diterima.
Akan ada sambungan.
Tanah Suci Akan Dibuka Semula |Sheikh Abdul Rahman As-Sudais
During the launch of the thermal cameras as a precautionary measure, President of General affairs of The Two Holy Mosques Sheikh Abdul Rahman As Sudais stated that : Modern technology must be used to strengthen preventive measures to address this global pandemic. pic.twitter.com/bo63kBk2hi— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
LATEST UPDATE: 29TH APRIL 2020 - 6TH RAMADHAN 1441 pic.twitter.com/nPm1tQan2D— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.Semoga Allah melindungi mereka,"
“Setakat Ini Sahaja” | Ebit Lew
Salam 5 Ramadhan 1441H. Semoga Allah rahmati saya dan pembaca semua di bulan yang mulia ini. Semoga Allah juga berikan kemudahan bagi kita semua menunaikan ibadah puasa dan memudahkan kita dalam menjalani ibadah2 lainnya, insyallah.
Saya pernah berjumpa dengan Ustaz Ebit Lew di sebuah Shopping Mall di KL tahun lepas. Pada masa tu kita masih bercuti Tahun Baru Cina dan ramai orang kat Mall pada masa tu. Saya tak tahu dalam ramai2 orang tu saya terperasan ade seseorang sedang melihat ke arah saya. Bila ditoleh rupanya ustaz Ebit Lew.
Saya kenal ustaz ni sebab beliau lantang berkenaan isu LGBT. Pendekatan/approach yang beliau gunakan berbeza dari ustaz2 yang lain. Jangan salah tafsir ye. Saya bukan maksudkan berbeza maka pendekatan beliau bagus. Tidak. Yang saya maksudkan adalah pendekatan beliau lain dari kebiasaan. Beliau beri ceramah dan pada masa yang sama turut turun padang dan berjumpa dengan “masalah”.
Suatu masa dulu beliau pernah interview Shafiey Alias selepas insaf kali pertama. Beliau juga turun padang dan berjumpa dengan anak2 muda yang banyak menghabiskam masa di luar. Terkini, beliau di lihat aktif semasa tempoh PKP ini dengan program bantuan kemasyarakatan.
Menerusi laman FB dan Youtube beliau dilihat kerap muat turun (upload) aktiviti yang beliau lakukan bersama team beliau. Bagi pembaca yang mengikuti perkembangan program beliau sudah pasti tahu dari awal PKP lagi beliau sudah mulakan langkah menghantar bantuan kemasyarakatan sama ada kepada frontliner mahupun masyarakat yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan tatkala negara di ambang PKP ini.
Terbaru telah viral kisah Ustaz Ebit ini membantu sebuah keluarga daif di Alor Setar yang dikatakan duduk bersama anak dan cucu-cucunya yang tidak bersekolah di sebuah rumah yang sangat daif. Walaupun bentuknya seperti rumah namun keadaan dalam dan luarnya lebih mirip kepada tempat permbuangan sampah, tempatnya kotor dan busuk, kata Ustaz Ebit Lew.
Keluarga ini telah menetap di rumah tersebut sejak 15 tahun yang lepas di atas tanah orang lain. Namun apa yang ingin saya kongsikan bukanlah fakta tentang keluarga berkenaan. Syukur isu berkenaan keluarga ini telahpun semakin padam di social media. Ini mungkin disebabkan keputusan yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew setelah dipanggil ke Bukit Aman.
Keputusan ini dipaparkan di FB milik ustaz kesayangan ramai ini. Kata-kata luahan daripada beliau :
“Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat.
Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.
Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.
Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu.
Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.”
Semua orang terkesan dengan Covid19 baik pekebun, petani, nelayan, pelajar, penjawat awam, pekerja swasta sehinggalah kepada setinggi-tinggi jawatan yang dipegang. Malahan kesan kepada wabak ini merebak kepada hamper seluruh negara di dunia ini. Ramai yang meratapi nasib, terutamanya pekerja swasta yang kehilangan kerja dan ada yang dikurangkan gajinya. Namun apa daya kita, yang baik adalah daripada Allah swt, yang buruk adalah daripada kekurangan diri kita sendiri. WALLAHU A'LAM.
Semoga Allah berikan kekuatan kepada Ustaz Ebit Lew untuk teruskan usaha beliau. Kita perlukan someone seperti beliau. Seorang yang sanggup mengeluarkan wang sendiri demi membantu umat yang lain, yang sanggup tinggalkan keluarga demi memastikan saudaranya tidak kelaparan, juga sanggup merendahkan diri dengan turun di jalanan untuk memanggil saudara islam kembali kepadaNya. Hanya orang yang terpilih sahaja mampu dan mempunyai kekuatan seperti beliau.