Doa adalah senjata umat mukmin. Nabi SAW bersabda: "Doa adalah senjata
bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi."
- HR Hakim
Terdapat beberapa situasi/masa dan keadaan yang mustajab untuk berdoa:
Waktu-waktu Mustajab
1.
Sepertiga Akhir Malam
Dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulullah
S.A.W bersabda:
Ertinya
: "Sesungguhnya Rabb kami yang Maha Berkat lagi Maha Tinggi turun
setiap malam ke langit dunia hingga berbaki sepertiga akhir malam, lalu berfirman
; barangsiapa yang berdoa, maka Aku akan kabulkan, barangsiapa yang memohon,
pasti Aku akan perkenankan dan barangsiapa yang meminta ampun, pasti Aku akan
mengampuninya" (Sahih Al-Bukhari)
2. Tatkala
Berbuka Puasa Bagi Orang Yang Berpuasa
Dari Abdullah bin 'Amr bin 'Ash (r.a) bahawa dia
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang
yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (Sunan Ibnu
Majah)
3. Setiap
Selepas Solat Fardhu
Dari Abu Umamah, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
ditanya tentang doa yang paling didengari oleh Allah S.W.T, baginda menjawab:
Maksudnya: "Di pertengahan malam yang
akhir dan setiap selesai solat fardhu.” (Sunan At-Tirmidzi)
4.
Ketika Saat Perang Berkecamuk
Dari Sahl bin Sa'ad (r.a) bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
Ertinya : "Ada dua doa yang tidak tertolak
atau jarang tertolak ; doa ketika saat azan dan doa ketika perang
berkecamuk". (Sunan Abu Daud)
5. Sesaat
ketika Hari Jumaat
Dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
Maksudnya
: "Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah
bertepatan seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah
melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan
sedikitnya waktu tersebut". (Shahih Al-Bukhari)
Waktu yang sesaat itu tidak boleh diketahui secara
tepat dan masing-masing riwayat menyebutkan waktu tersebut secara berbeza-beza,
sebagaimana yang telah disebutkan oleh Ibnu Hajar di dalam Fathul Bari.
Dan kemungkinan besar waktu tersebut berada ketika
saat imam atau khatib naik ke mimbar sehingga selesai solat Jumaat atau
sehingga selesai waktu solat asar bagi orang yang menunggu solat maghrib.
6. Ketika
Waktu Bangun Tidur Pada Malam Hari (bagi Orang Yang Sebelum Tidurnya Dalam
Keadaan Suci dan Berzikir Kepada Allah)
Dari 'Amr bin 'Anbasah (r.a) bahawa Rasulullah
S.A.W bersabda:
Ertinya
:"Tidaklah seorang hamba tidur dalam keadaan suci lalu terbangun pada
malam hari kemudian memohon sesuatu tentang urusan dunia atau akhirat melainkan
Allah akan mengabulkannya" . (Sunan Ibnu Majah)
7. Doa Di
antara Azan dan Iqamah
Dari Anas bin Malik (r.a) bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
Ertinya : "Doa tidak akan ditolak di antara
adzan dan iqamah". (Sunan Abu Daud)
8. Doa
Ketika Waktu Sujud di Dalam Solat
Dari Ibnu Abbas (r.a) bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda:
Ertinya : "Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan". (Sahih Muslim)
Yang dimaksudkan adalah sangat tepat dan layak
untuk dikabulkan doa kamu.
9. Ketika
Saat Sedang Hujan
Dari Sahl bin A'ad (r.a) bahawasanya Rasulullah
S.A.W bersabda:
Ertinya : "Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi)
Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada
waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang
turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim.
10. Ketika
Saat Ajal Tiba
Dari Ummu Salamah bahawa Rasulullah S.A.W
mendatangi rumah Abu Salamah (pada hari wafatnya), dan beliau mendapati kedua
mata Abu Salamah terbuka lalu Baginda memejamkannya kemudian bersabda:
Ertinya
: "Sesungguhnya tatkala roh dicabut, maka pandangan mata akan mengikutinya'
. Semua keluarga histeria. Baginda S.A.W bersabda: 'Janganlah kalian berdoa
untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang
kamu ucapkan". (Sahih Muslim)
11. Ketika
Lailatul Qadar
Allah S.W.T berfirman:
Maksudnya
: "Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada
malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya
untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sehingga terbit
fajar". (Surah Al-Qadr : 3-5)
Imam
As-Syaukani berkata bahawa kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap
orang pasti dikabulkan.
12.
Doa Ketika Hari Arafah
Dari 'Amr bin Syu'aib (r.a) dari bapaknya dari
datuknya bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Rujukan fakta berkenaan doa : jakimsabah.islam.gov.my