1. Transportation : KL-Padang Besar-Hadyai
Terdapat 3 jenis pengangkutan untuk ke Hadyai iaitu melalui udara-kapalterbang, bas dan ETS. Sekiranya anda memilih untuk menariki train (ETS), anda perlu menempuh 5 jam perjalanan sekiranya anda memilih untuk menaikinya dari KL Sentral yang akan berakhir di stesen terakhir di Padang Besar. Setelah itu, anda perlu menaiki train atau van yang berbeza kosnya namun secara anggarannya akan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai di bandar hadyai. Kos van dari Pejabat Imigresen Padang Besar ke Hadyai adalah RM20 sementara kos menaiki train dari Padang Besar ke Hadyai adalah RM7.
Anda pilihla mengikut keselesaan.
2. Tukaran Mata Wang
3. Hotel di Hadyai
Sekiranya anda berkira-kira mengenai bajet dan kos, anda boleh memilih untuk menginap di hotel bajet yang kosnya di bawah RM100 untuk semalam/bilik. Namun, sekiranya anda seorang yang mementingkan keselesaan dan juga jarak perjalanan, anda mungkin boleh melabur lebih sedikit.
Hotel di bandar Hadyai kebanyakannya berada di spot yang sama. Umpamanya Hotel Lee Garden terletak di sebelah kanan Grand Plaza Hotel manakala di sebelah kirinya pula adalah Grand Pink Hotel. Di hadapan hotel-hotel inilah terletaknya pasar malam yang bermula pada petang Jumaat hingga Sabtu. Di sini juga terletaknya deretan kedai pakaian yang murah. Jalan sedikit di sebelah kanan Lee Garden Hotel, anda akan nampak satu kedai makanan Halal, Hamid restaurant yang pengunjungnya hampir semua adalah melayu Malaysia. Terdapat juga pilihan kedai Salma Restaurant yang terletak tidak jauh dari kedai Hamid ini yang turut menawarkan masakan Halal. Jangan terkejut apabila singgah di Salma dan melihat keadaan wayar yang dan lampu isyarat tersorok ini. Saya pada mulanya pun naik hairan. Bukan sebab kenapa ianya dipasang di sana namun lebih tertarik untuk memikirkan nasib pengguna jalan raya sama ada boleh nampak atau tidak lampu yang terseorok tersebut.
4. Bahasa
Kalau anda pergi ke Hadyai dan mengharapkan masyarakat di Hadyai faham bahasa Melayu mungkin anda boleh sedikit rasa lega. Masyarakat Hadyai walaupun tidak fasih bercakap Melayu namun sekurang-kurangnya mereka memahami perkataan asas umpamanya semasa berjual beli atau semasa order makanan.
Namun, anda perlu juga standby untuk sedikit pengetahuan bahasa Inggeris. Umpamanya berurusan di hotel, pekerja hotel di Grand Plaza tidak faham bahasa Melayu dan prefer untuk cakap di dalam broken English begitu juga di hotel Red Planet. Semasa menginap di Asia Grand Hotel, saya dan rakan dilayan oleh pekerja Melayu yang fasih berbahasa Kelantan. Saya dan rakan 2-2 Sarawakian namun kami boleh faham sikit-sikit dan berlangsunglah kami berborak dengan bahasa Melayu Semenanjung dan bahasa Kelantan dengan rancaknya.
5. Makanan dan Kedai Makanan Halal
Hamid Restaurant
Lokasi : di sebelah kanan hotel Lee Garden.
Salma Restaurant
Lokasi : di seberang jalan Hamid Restaurant (jalan 2 minit kehadapan)
Credit : http://scdhaseinphoto.blogspot.com/2016/08/kembara-hatyai-salma-halal-restaurant.html |
contoh menu dan harga |
menu dan harga dalam baht |
Bagi saya, harga makanan di kedua-dua kedai ini tidaklah semurah yang disangkakan. Bayangkan breakfast di Hamid dengan teh tarik dan nasik lemak di caj baht 120. Mahal kot. tapi takpela..sedekah amal jariah. Nasib baik nasik lemaknya sedap dan teh tariknya pula mengancam. Alhamdulillah...
6. Plug Elektrik
kebanyakan hotel di Hadyai menggunakan plug 2 pin seperti di dalam gambar A di bawah. Jadi sekiranya anda mempunyai plug dengan lubang yang sama bolehlah standby bawa sekali bagi mengelakkan pembaziran wang. Ini adalah kerana anda perlu membeli plug extra seperti gambar B di bawah dengan harga 100 baht. Kalau anda rela membeli tak apalah, plug ni boelh didapati di mana-mana kedai waima kedai tepi jalan pun ada.
Gambar A |
Gambar B |
Itu saja 6 perkara yang perlu diambiltahu sebelum ke Hadyai. Saya syorkan anda book tiket ETS dan hotel at least sebulan sebelum pergi bagi mengelakkan harga melambung naik dan ketiadaan bilik kosong.
Pengalaman menaiki ETS KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral di SINI.