Cacing Dalam Ikan Sardin

Assalamualaikum...Salam pagi Jumaat yang barakah...

Sumber : berita harian 

Kelmarin kita dikejutkan lagi dengan rampasan lori kontena berisi sardin yang diimport daripada China. Rampasan tersebut membongkar isi kandungan sardin tersebut yang menjijikkan. Siasatan yang dibuat oleh pihak MAQIS ke atas ikan sardin tersebut mendapati ianya mengandungi cacing jenis nematoda.

Menurut pengarah Maqis, cacing tersebut memberikan implikasi sakit perut, muntah dan loya kepada manusia.

Semalam, KKM telah menarik balik 6 jenama sardin yang ianya adalah termasuk sarisn jenis King Cup yang berada lama di pasaran Malaysia dan merupakn sarsin yang biasa saya sendiri dan keluarga makan. 


Kosmo Online

Apa yang membimbangkan saya adalah sardin-sardin ini telah berada lama di pasaran Malaysia. Keberadaannya meliputi seluruh Malaysia dan sekiranya penarikan balik semua jenama ini tidak dikuarkuasakan secara menyeluruh, berkemungkinan pasaran luar bandar masih bebas menjual dan memasarkan sardin-sardin ini, tanpa mengetahui implikasi besar ke atas kesihatan diri dan keluarga.

Saya berharap agar pihak berwajib yang menarik balik produk-produk ini mengambil initiatif segera dalam memastikan kesemua produk ini dipulangkan kepada pengeluar. Sosial media dan penyebaran melalui televisyen seharusnya dibuat dengan lebih kerap supaya berita ini dimaklumi penduduk luar bandar khasnya secara menyeluruh. Kesihatan perlu diutamakan dan hanya akan terjaga jika langkah-langkah pencegahan di ambil berat.


Di hari Jumaat yang berkat ini marilah kita sama-sama berdoa agar Allah lindungi diri dan keluarga kita serta umat manusia secara keseluruhan dan hindari daripada makan makanan yang tidak bersih. Insyallah...

Iswa Tonie
Putrajaya
29.06.2018




Salam Kemaafan

Assalamualaikum...





Saya tertarik dengan kata-kata Fizo Omar pada pagi ini di slot TV3 semasa membicarakan berkenaan muflis dan kebankrapan. Beliau menyatakan bahawa beliau telah dianiayai oleh rakan sendiri yang akhirnya memberikan kesan dari segi kewangan di mana beliau telah diistiharkan muflis kerana gagal membayar hutang bank. Namun, beliau menyatakan, di sebalik usaha berterusan dibuat untuk mencari wang bagi menyelesaikan hutang tersebut, beliau juga telah memaafakan rakan tersebut. Kata beliau, kehidupan tidak akan berasa tenang walaupun senang, tanpa memberikan kemaafan kepada orang-orang yang sepatutnya.


Dengan itu, saya ingin mengambil iktibar dan pendekatan yang sama. Saya maafkan semua yang pernah menyakiti hati ini sama ada secara sengaja atau tidak. Semoga Allah bukakan pintu hati anda semua untuk beribadah kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Pengampun dan manusia tidak akan lari daripada melakukan kesalahan. Janganlah ulangi kesilapan yang sama apatah lagi setelah mengetahui bahawa kesilapan tersebut dilalukan dengan sengaja. Jangan juga melakukan syirik. Syirik kepada sesuatu yang lain selain daripadaNya tidak akan mendapat keampunan, malah matinya nanti tidak akan diterima bumi. Beringatlah sebelum terduduk dan menyesal.

Wallahualam.


Iswa Tonie
Putrajaya

Lailatul Qadr di Putrajaya



Salam Syawal hari ke 13 semua. Di bulan mulia penuh keberkatan ini marilah sama-sama kita penuhi masa dan peluang yang ada untuk menziarahi rakan taulan, sahabat handai dan ahli keluarga yang dekat dan jauh memohon kemaafan sambil mengeratkan  lagi tali persaudaraan.


Alhamdulillah ramadhan tahun ini saya berjaya bangun awal masak dan menyiapkan makanan dan tidak ada satu malampun terlajak tidur dan terlepas makan sahur...alhamdulillah...

Selain daripada berjaya masak sahur dan bersahur bersama keluarga selama sebulan, ramadhan ini akan menjadi ramadhan yang terindah jika betullah malam lailatuqadr telah menjenguk di pintu rumah kami. Teringat kepada ramadhan tahun lepas. Pada masa tu kami sekeluarga masih menyewa di rmh teres di seksyen 4 Shah Alam. Ramadhannya terasa terlalu panjang. Hari2nya terlalu penat sehinggakan rasa terlalu malas untuk memasak dan bersahur sehingga menyebabkan kami sekeluarga kerap terbabas sahur. Waktu berbuka pula kerap lambat kerana kami kerap tersangkut di dalam kesesakan jalan. Dipendekkan cerita, ramadhan tahun lepas kami suami isteri banyak membazirkan masa dengan sibuk bekerja dan urusan luar. Dan akhirnya setelah berbuka di luar, kami akan balik rumah kepenatan dan kekenyangan. Serius ianya bukanlah tabiat yang baik dan elok untuk diamalkan. Namun, itulah yang dinamakan tuntutan duniawi. 

Namun, disebalik kesibukan harian, teringat pada suatu malam di penghujung ramadhan pada tahun lepas. Saya terbangun dan terus menoleh ke arah tingkap dan ternampak cahaya putih yang terang di luar tingkap. Pada masa tersebut mata terlalu mengantuk dan berat. Mungkin hanya fikiran yang memikirkan malam yang disebut sebut dan ditunggu tunggu itu berada di sepuluh malam terakhir menyebabkan hati selalu tertanya tanya bagaimanakah bentuknya malam lalitulqadr. Allah temukan dengan cahaya...mungkin untuk permulaan...

Di awal ramadhan tahun ini, saya telah membuat refreshing nota berkenaan ciri dan bentuk malam lailatulqadr. Saya percaya semua orang memasang niat yang sama, bertemu dengan malam seribu hikmah tersebut dan merasai sendiri pengalaman dan berdoa meminta keampunan dan keredhaan Allah. Samalah dengan diri saya yang kerdil ini. Niat untuk bertemu dengan malam penuh barakah tersebut bukan sahaja untuk mendapatkan keajaibannya namun juga untuk mencari jawapan, apakah malam bercahaya terang dan putih (yang pastinya bukan mimpi) yang dilihat pada ramadhan yang lepas adalah malam lailatuilqadr.

Semasa sedang google (di awal ramadhan) saya terjumpa dengan ramalan ini.




Semasa saya membaca cara ramalan ini saya terus memasukkan ke dalam kalendar di telefon tarikh dan harinya yang besar kemungkinan adalah malam tersebut. Memandangkan tahun ini puasa bermula pada hari Khamis maka malam 25 ramadhan saya tandakan sebagai malam mungkin jadi tersebut. Apabila saya melihat tarikh 25 Ramadhan jatuh pada malam hujung minggu, dalam hati saya terdetik, mampukah aku bangun dan menunggu malam tersebut. Hujung minggu kebiasaannya malam yang saya dan anak-anak tidur lambat dan berkemungkinan bangunpun lambat untuk sahur. Sukar untuk ubah tabiat tersebut memandangkan di malam-malam hari bekerja kami selalunya tidur awal dan kurang menonton tv bersama.

Dan akhirnya malam itu tiba juga. Hari sabtu tersebut saya dan anak-anak memulakan sesi shopping raya tanpa ayahnya (outstation). Oleh kerana saya tidak biasa dengan mall di area Putrajaya jadi kami telah bergerak dari Dpulze dan kemudiannya ke IOI Mall untuk mencari kelengkapan raya. Kami berjaya pulang ke rumah sebelum Isyak. Dapatlah saya menunaikan solat maghrib di rumah. Pada malam itu, oleh kerana kepenatan, kami anak-beranak tido awal. Sebelum tidur, saya sempat google dan terbaca berkenaan tanda-tanda malam Lailatul Qadr. Kebanyakan blog dan penulisan hanya mengkongsikan tanda hari siang selepas malamnya lailatulqadar. Tiada blog dan penulisan yang memberikan perkongsian tanda tibanya malam tersebut, melainkan hanya ramalan yang kebanyakkannya copy paste sesama sendiri. Malah ada pendapat yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk menemui malam tersebut berdasarkan cara dan kaedah yang dikongsikan oleh Imam Ghazali kerana tiada kesahihahan tarikh dan malam permulaan puasa yang betul. Pendek cerita, tiada kepastian sama ada pengiraan kita sama seperti pengiraan malam Imam Ghazali kerana permulaan puasa (Ramadhan) seringkali berbeza-beza. Wallahualam. Jauh di sudut hati, saya hanya tertumpu kepada malam tersebut, tawakal  dan menolak ke tepi pendapat2 tersebut.

Seperti biasa, jam hp saya akan berbunyi pada jam 4.30 pagi (telah disetkan untuk sepanjang Ramadhan). Secara automatik saya terbangun dan terus membuka sliding door kaca dan menjenguk keluar. Udara sejuk, seperti biasa dan kelihatan di ufuk utara adalah bulan sabit yang bersinar terang. Saya terpegun seketika. Terpaku dengan cahayanya yang terang seolah-olah bersinar-sinar dan ya, ianya sama seperti blog yang saya baca sebelum tidur (tidak ingat blog mana). Blog tersebut menyatakan kejadian malam lailaltulqadr adalah timbulnya bulan sabit, udara yang sejuk dan langit yang cerah. Selama ini saya hanya membayangkan langit yang cerah, mungkin juga secerah siang memandangkan pada ramadhan yang lepas sy telah melihat cahaya putih dan terang di luar rumah saya.

Wallahualam. Dalam saya terpaku melihat cahaya bulan yang bersinar dan melayan rasa ingin tahu dari dalam diri, saya alihkan pandangan saya ke arah kawasan sekelilingnya. Masyallah. Saya sekali lagi tergamam melihatkan seluruh alam ini diterangi cahaya bewarna oren keemasan. Cahaya-cahaya tersebut seolah olah menyuluh dari arah dalam bumi dan menyinari seluruh penghujung alam dan tidak ke langit. Langit nampak cerah namun tidak secerah siang seperti yang saya gambarkan. Dalam keadaan saya masih terpaku dan tergamam itulah saya mendengar bacaan takbiratulihram yang datangnya dari arah Masjid Putra, jelas dan nyaring seolah-olah saya berada di dalam masjid. Kaki dan badan saya seolah-olah bergerak secara automatik mengambil wuduk dan mengerjakan solat sunat. Tiada apa yang saya fikirkan pada masa tersebut melainkan syukur kerana diberi peluang untuk melihat keajaiban alam dan keagunganNya. Walaupun saya berniat di dalam hati untuk bertemu dengan malam penuh berkat tersebut namun tidak pernah saya membayangkan untuk betul-betul bertemu dengannya. Seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Alhamdulillah...



Inilah suasana dan pemandangan biasa malam di Putrajaya dari balkoni rumah saya. Saya tandakan di sebelah kanan gambar tempat saya melihat bulan sabit iaitu dari arah matahari terbit. 


Dan subuh saya berlalu dengan ketenangandi dalam hati. Separuh perasaan  tidak percaya itu masih ada malah sehingga ke hari ini.


Pada siangnya saya dan anak-anak sambung shopping. Saya leka sebentar daripada mengingati kejadian di separuh malam tadi. Namun, saya perasan, siangnya dimulakan dengan cahaya matahari naik yang lembut dan sejuk. Angin sepoi-sepoi bahasa walaupun panasnya seolah-olah terik memancar dan saya juga perasan suasana awal pagi sangat hening dan dingin..Mungkin juga saya boleh katakan bahawa suasana hujung minggu ada kalanya sangat sunyi di Putrajaya jadi hati saya terus berhenti berfikir melayan segala persoalan.

Saya percaya Allah ingin mengurniakan sesuatu tapi apakah dan bilakah hanya Allah yang tahu. Doa saya adalah sekiranya ianya baik untukku, agamaku, bangsaku, negaraku dan keluargaku, aku mohon diberikan kekuatan untuk sentiasa berada di landasan yang betul dan diberikan keimanan yang teguh supaya aku tidak tersasar. 

Insyallah syurga untuk kita semua yang selalu mengingatiNya, samaada di dalam solat, dalam zikir, dalam doa mahupun dalam setiap perbuatan yang kita lakukan. Moga Allah berikan kita sesuatu dalam bentuk kurniaan yang tidak akan ditarik balik insyallah...


Iswa Tonie
Putrajaya
27.06.2018


Nikmat Sujud


Assalamualaikum...



Sudah lama saya ingin kongsikan nikmat sujud iaitu sejak daripada hari yang saya mendengar perkongsian ilmu di salah satu saluran tv sesi pagi-pagi. Pekongsi tersebut menekankan betapa indagnya perbuatan sujud. Bukan sahaja ianya adalah suatu nikmat di mana seorang hamba dapat menunjukkan kesetiaannya kepada penciptaNya malah perbuatan sujud juga adalah nikmat yang mana tidak semua hamba-hambanya berpeluang untuk melakukakannya. Beliau merujuk kepada hamba-hambaNya yang mengalami sakit kaki dan terpaksa solat dengan menggunakan kerusi. Mereka bukan sahaja hilang nikmat untuk sujud malah untuk merasai nikmatnya sujud kepada pencipta. Hanya dengan melakukan sujud, kita akan merasai betapa kerdilnya kita di hadapan pencipta, tambah beliau.


Semasa saya mendengar perkongsian ini, saya sebenarnya sedang bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Sambil bersiap, telinga saya dipasang untuk menarik ilmu perkongsian sebagai juadah telinga di waktu pagi. Alhamdullillah, perkongsian tersebut melekat di hati ini dan sehingga ke hari ini, saya bersungguh untuk sujud malah saya mula merasai saya semakin dekat denganNya. Namun, ianya tidaklah bermakna selama ini saya tidak merasai nikmat sujud. Bezanya sekarang adalah saya melalukakan sujud sebagai tanda saya menyerahkan diri kepada pencipta, menunjukkan kepadaNya bahawa saya adalah hambaNya yang kerdil. Ternyata, ada pelbagai perasaan boleh dirasai hanya dengan sujud kepadaNya. 

Tidak lama selepas saya mendengar perkongsian ini Allah uji saya dengan sakit di bahagian lutut. Susahnya untuk sujud Allah sahaja yang tahu. Malah saya sendiri tidak tahu apakah sebabnya lutut ini sukar untuk dibengkokkan. Namun, ujian adalah tanda Allah ingin melihat tahap kesabaran kita. Apakah kita masih akan sujud kepadanya walaupun sakit dan susah? Allah berikan kesakitan ini hanya sedikit berbanding nikmatnya apabila dahi menyentuh lantai dan sujud kepadaNya.





Hargailah peluang untuk sujud. Gunakanlah peluang tersebut untuk menyerah diri kepadaNya. Tunjukkan betapa kerdilnya kita dan betapa kita tiada nilai di sisiNya tanpa kita mengikuti ajaranNya dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang. Betullah kata pepatah, kita akan lebih menghargai nikmat yang Allah bagi hanya selepas kehilangannya. Moga Allah berikan kita peluang untuk menyerah diri kepadaNya sehingga akhir usia kita. Insyallah.


Iswatonie

Putrajaya
27.06.2018




Jalan-jalan ke Toronto, Canada


Salam semua, selamat hari Selasa…

Hari ni saya terlebih rajin menggoogle dan terjumpa satu kursus yang menarik bertempat di York Universiti, Kanada. Berdasarkan iklan yang dimasukkan di dalam laman web tersebut, kursus tersebut akan berlangsung pada 5-9 November 2018. Kursus tersebut tidak menyediakan kemudahan penginapan. Namun, mencadangkan hotel terdekat dengan walking distance ke Universiti. Bagi peserta kursus, kedudukan yang dekat adalah satu kelebihan kerana peserta kursus tidak perlu untuk mengeluarkan kos untuk pengangkutan.
Memandangkan kursus tersebut terletak di bandar Toronto, bandar yang berada di kawasan tepian pandai Kanada, adalah elok jika ditinjau kawasan-kawasan menarik yang boleh dilawati sekiranya berjaya mendapatkan tempat di kursus tersebut kelak.

berikut adalah tempat-tempat yang disyorkan berdasarkan laman web : http://www.seetorontonow.com/attractions/torontos-must-see-attractions/

CN TOWER & EDGEWALK



Bangunan setinggi 1,815 kaki ini merupakan salah satu simbol "the Seven Wonders of the Modern World" dan merupakan mercu tanda kebanggaan warga Kanada.

Kos Masuk :

Dewasa : CA36
Kanak-kanak (4-12 tahun) : CA 26

Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

RIPLEY’S AQUARIUM OF CANADA



Akuarium ini terletak di bawah  CN Tower  dan mempunyai hampir 16,000 jenis haiwan exotic di Toronto.


ROYAL ONTARIO MUSEUM (ROM)




The Royal Ontario Museum adalah muzeum terbesar di Kanada yang menempatkan sejarah budaya dan sumber asli Kanada. Jika anda berkesempatan ke sini, jangan lupa singgah ke Gardiner Museum untuk melihat seramik dan Bata Shoe Museum yang hanya mengambil masa beberapa minit perjalanan hanya dengan berjalan kaki.

Kos Masuk :

Dewasa : CA20
Kanak-Kanak (15-19 tahun): CA 15.50
Kanak-kanak (4-14 tahun) : CA 14
Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

ART GALLERY OF ONTARIO (AGO)


TORONTO ISLANDS & CENTREVILLE




Jika anda berminat untuk melihat sendiri dan menyaksikan keindahan alam,  anda boleh menaiki feri dan menyusuri Pulau Toronto. Terdapat beberapa pulau, pantai-pantai, kawasan berkelah , kemudahan sukan seperti kayak dan banyak lagi ditawarkan.  Selepas melewati pantai-pantai anda juga boleh membawa anak-anak ke Taman Centrecille untuk bermain dan menikmati pelbagai kemudahan yang menarik malah tempat untuk makan dan minum bersama keluarga. 

ST. LAWRENCE MARKET








Sekiranya anda mencari-cari tempat untuk mendapatkan cenderamata anda bolehlah berkunjung ke St. Lawrence Market. Untuk pengetahuan semua, Market ini telah diistiharkan oleh National Geographic sebagai  Pasar makanan terbaik di dunia.

HOCKEY HALL OF FAME


Jangan lupa singgah di Hockey Hall of Fame ya! 

 TORONTO EATON CENTRE
The Eaton Centre adalah tempat paling menarik di Toronto. Terdapat lebih daripada 250 peniaga fesyen, perabot dan elektronik dan pelbagai jenis butik untuk dimasuki di sini. 


THE DISTILLERY HISTORIC DISTRICT



Tempat ini turut dikenali sebagai tempat bersejarah negara  "National Historic Site". Terasa rugi jika tidak singgah ke sini. Terletak di kawasan lama Toronto dan anda berpeluang untuk merasai sendiri suasana Toronto di zaman bersejarah dahulu.

CASA LOMA




Istana milik Sir Henry Pellatt in 1914 dan merupakan istana kediaman beliau namun telah ditukar menjadi kawasan kunjungan pelancong untuk melihat sendiri keindahan bangunan istana dan tamannya yang indah. 

Kos Masuk :

Dewasa : CA27
Kanak-Kanak (14-17 tahun): CA 17.20
Kanak-kanak (4-13 tahun) : CA 17

Kanak-kanak (bawah 3 tahun) : Percuma

ONTARIO SCIENCE CENTRE


The Ontario Science Centre menawarkan pelbagai pameran interaktif yang menunjukkan perkembangan teknologi. Terdapat  planetarium, OMNIMAX movie theatre dan taman permainan kanak-kanak yang unik untuk diterokai di sini.


TORONTO ZOO



Toronto Zoo memuatkan hampir 5,000 haiwan termasuk gorillas and beruang kutub (polar bears) yang terdiri daripada hampir 460 spesis haiwan kesemuanya.

Kos Masuk : Berbeza mengikut musim

CANADA’S WONDERLAND



Jika anda minat kepada permainan yang extreme dan seronok anda boleh datang ke Canada’s Wonderland yang merupakan taman permainan dan hiburan yang terletak di luar. Taman ini menawarkan 70 permainan dan 20 ekar taman air. Anda akan berpeluang untuk menaiki roller coaster terpanjang di Kanada di sini. Jangan lupa datang!

terdapat banyak lagi tempat menarik yang lain yang mejadi tumpuan pelancong namun saya berpendapat tempat-tempat yang dicadangkan oleh laman web ini adalah yang terbaik dan ringkas terutamanya bagi pelancong yang mempunyai masa yang sangat terhad. Selamat Melancong!


Iswa Tonie
Putrajaya
26.06.2018

26 Ramadhan 1439H


Memberi lebih baik daripada menerima






Prinsip "memberi lebih baik daripada menerima" adalah nilai moral dan falsafah kehidupan yang mendalam, yang menekankan keindahan kebaikan hati, kemurahan, dan kepuasan yang terbit daripada memberi. Dalam pelbagai tradisi agama, budaya, dan kehidupan sosial, prinsip ini dianggap sebagai tonggak untuk membina hubungan yang harmoni, membentuk masyarakat yang lebih baik, dan meningkatkan kebahagiaan individu.