Kek Belacan
Catatan Penghuni Kuarters SUK Selangor
November 2016. Kami sekeluarga
akhirnya berpindah masuk ke kuarters Kerajaan Selangor setelah hampir 6 tahun
menyewa di seksyen 6 Shah Alam. Walaupun lokasi kuarters ini jauh sedikit dari
ofis namun saya terima juga tawaran menduduki kuarters demi ruang yang lebih
luas untuk anak-anak yang sedang membesar.
Ketika mendapat tawaran kuarters ini
sebenarnya saya dan keluarga telah duduk dengan selesa di Seksyen 6. Bayangkan
kami duduk di tempat yang sama hamper 6 tahun. Kami sudah selesa dengan view,
dengan jiran dan orang sekeliling, dengan jarak sekolah, rumah dan pejabat. Pendek
kata kami sekeluarga telah bina kelompok keluarga kami di sana. Di sana juga
kami ada keluarga rapat yang juga bekas pengasuh anak kedua saya. Alhamdulillah
kami masih rapat hingga sekarang.
Semasa membuat keputusan untuk
pindah kami suami isteri telah duduk berbincang. Kalau ikutkan hati saya memang
berat hati untuk pindah. Bukan apa, berpindah bukan sahaja perlukan kos malah
perlukan tenaga untuk berkemas (packing) dan upacking. Bukan kerja yang mudah
untuk kemas lebih-lebih lagi memikirkan dah 6 tahun tak buat spring cleaning. Setelah
berbincang dan berbincang akhirnya kami memutuskan untuk berpindah. Saya apply
cuti siap2. Husband pun sama. Dan kami memulakan operasi packing dan tempeh lori
dan pekerja pada hari sabtu dan ahad.
2 hari pindah barang besar sahaja. Masih
ada baki barang yang kami perlu angkat hari2 yang lain. Akhirnya, Isnin di
bulan November kami telah mula bermalam di rumah baru. Walaupun hanyalah rumah
kuarters, namun kami syukur ada ruang yang lebih luas untuk anak-anak bermain.
Kos
Pindah Masuk Kuarters
Memandangkan ini kali pertama saya pindah masuk kuarters dan tak ramai kawan saya yang duduk di kuarters, jadi saya kurang ilmu tentang kos pindah masuk kuarters. Jadi, di sini saya akan kongsikan kos-kos yang saya telah keluarkan dan urutan urusan yang perlu diselesaikan sebelum kami pindah masuk barang dan menginap di sana.
1.
Hantar surat setuju
masuk kuarters
- Setelah terima surat tawaran saya
diberi masa untuk menjawab sama ada setuju atau tidak memasuki kuarters yang
ditawarkan. Untuk makluman, saya ditawarkan kuarters berdasarkan kelayakan.
Untuk pegawai 41/44 layak menduduk kuarters dengan keluasan tertentu. Sebegitu
juga dengan 48 dan ke atas. Setahu saya untuk 48 dan ke atas, kuarters yang
akan ditawarkan adalah rumah semi-D sementara 41/44 adalah apartment.
2. Bayar
Deposit Menduduki Kuarters
- Semasa menyerahkan surat setuju tersebut,
untuk mendapatkan kunci rumah kuarters, saya perlu membuat pembayaran deposit
menduduki kuarters. Jumlah deposit adalah 2 kali ganda sewa bulanan kuarters
bersamaan dengan elaun perumahan yang saya terima iaitu RM600 x 2 =RM1200
Deposit kuarters : RM600 x 2 =RM1,200
- Setelah membuat pembayaran tersebut,
saya diserahkan salinan surat tawaran, salinan surat setuju terima dan kunci rumah.
Kesemua dokumen tersebut adalah untuk simpanan dan untuk dikemukakan kepada TNB
dan Syabas sebagai surat sokongan. Ya, saya baru tahu yang saya kena register untuk
bekalan elektrik atas nama sendiri di TNB dan register bekalan air di
Syabas. Selain daripada tu ada kos pembentungan yang perlu di bayar dan semua
kos untuk register bekalan elektrik dan air tersebut adalah atas tanggungan
sendiri. Bayangkan kami kene cari cawangan TNB dan Syabas yang terdekat dan
menguruskan sendiri dengan kos sendiri.
3. Register
bekalan elektrik
- Syukur cawangan TNB dekat dalam area
Shah Alam di Seksyen 14 dan cawangan Syabas di Klang, dalam 15 minit perjalanan
dari Shah Alam. Area ni parking memang susah sebab kawasannya sangat terhad.
Nasib baik urusan di dalam TNB sangat cepat. Kurang 30 minit saya dah siap
urusan di kaunter. TNB akan dating pasang meter dalam 1-3 hari, alhamdulillah.
Deposit Elektrik : RM750
4. Register
bekalan Air
- Syukur cawangan TNB dekat dalam area
Shah Alam di Seksyen 14 dan cawangan Syabas di Klang, dalam 15 minit perjalanan
dari Shah Alam.
Deposit Air : RM150
Selesai semua urusan, next step kami
tunggu TNB dan Syabas datang dan pasang meter. TNB paling pantas sebab
petangnya dieorang dah siap buat kerje. Syabas pula datang the next day. Semua
dah ada, kami pun pindah masuk.
5. Kos Lori
dan Pekerja
- Proses pindah pindah masuk kami set
buat pada hari Sabtu supaya ahad tu kami boleh uruskan baki barang yang kecil
dan untuk kemas apa yang patut. Cadangan kami adalah ahadnya kami terus tidur
di rumah baru. Alhamdulillah, perancangan berjalan dengan lancar.
Kos
lori dan pekerja (2 trip) : RM600
Next,
jom tengok syurga baru kami.
Kuarters SUK Selangor di Seksyen 16 Shah Alam (November 2016- November 2017) |
Kuarters 5 Bilik Tidur dan 3 Bilik Air
Selama 6 tahun kami berteduh di dalam
rumah dengan keluasan 750sq. Bayangkan dengan 2 anak dan ruang tamu yang luasnya
sebesar bilik tidur di rumah kuarters ini kami hanya mampu memuatkan satu sofa
kecil. Tidak boleh lebih dari itu. Kalau dulu bilik tidur kami cuma 3 sekarang di kuarters ini kami ada 5 bilik tidur
dengan 3 tandas. Luasnya..Syukur ya Allah berikan kami peluang menumpang di bumiMu
ya Allah.
Master
Bedroom sangat luas. Kalau dulu ruang solat
di luar sebab bilik kecil. Selepas katil queen dan almari, hanya ruang kecil
sahaja untuk lalu di tepi. Sekarang, kami dihidangkan dengan bilik luas, ada
tandas di dalam bilik dan built-in wardrobe.
Ada 4 bilik tidur yang lain di dalam
kuarters ni. Masing-masing anak-anak dapat sorang satu bilik. Walaupun
masing-masing ada ruang untuk simpan barang masing-masing tapi tetap anak-anak
tidur di bili kami. Sebab rumah kuarters ni luas dan anak-anak tak biasa tidur
sendiri jadi kami maafkan ajelaa. Oh ye 3 bilik tidur ada built-in wardrobe. Hanya
satu bilik di belakang dekat are dapur yang takde wardrobe. Yang tu saya
jadikan bilik kraf.
ruang tamu |
Ruang Tamu Yang Luas
Kami dah biasa bersantai di depan tv atas couch kecil kami. Kami dah biasa tengaok tv sambal lepak atas katil di rumah lama. Di rumah kuarters ni, ruang tamu luas, sofa pula cuma ada satu. Jadilah kami anak beranak melepak di depan tv bersantai di atas carpet. Macam tu pun seronok jugak. Cuma terasa kosong ruang tamu kami. Bila bercakap pun macam bergema sedikit. Bayangkan bercakap kuat sikit dah macam bercakap dalam tempat kedap udara.hahhaa.
ruang dapur |
Ruang Dapur Yang Selesa
Inilah ruang dapur kuarters ini.
Sangat santai. Memang jauh bezanya dengan ruang dapur lama kami. Dahlah sempit,
takde kabinet dapur. Barang dapur kena susun elok2 supaya tak nampak crowded. Oleh
sebab dapur kecil, maka meja makan kecil kami terpaksa menumpang ruang tamu
kami yang terhad itu. Kami syukur dan selesa sebenarnya begitu. Ruang yang kecil
maka kurang tempat untuk dikemas.
Mula-mula tengok ruang dapur ni tak
terbayang happynya. Yerlah. Dah lama bertarung di ruang dapur yang sempit. Nak
juga merasa masak – masak di ruang yang selesa. Alhamdulillah, merasa gak masak
di dapur yang luas ni.
Parking
Bab parking susah sikit nak cerita sebab setiap unit cuma layak untuk satu tempat parking sedangkan kami suami isteri masing-masingnya mempunyai kereta sendiri. Cuma syukur, lokasi tempat parking yang diperuntukkan untuk rumah kami dekat aje di sebelah blok kuarters. Manakala untuk suami pula, beliau terpaksalah parking di Kawasan luar kuarters dan berjalan kaki masuk ke kuarters.
Di sebalik kegembiraan kami sekeluarga pindah masuk ke syurga baru kami, Allah uji saya. Pada hari pertama setelah kami pindah kami, saya mendapat kabaran saya dipindahkan ke Putrajaya. Bayangkan semua barang dah dipindahkan, kami pun baru sahaja keluarkan kos untuk pindah, takkan nak berpindah ke Putrajaya pula. Apa-apapun syukur, kami diberi peluang untuk merasa nikmat hidup sebagai penghuni kuarters walaupun sekejab. Alhamdulillah.
Update : Jangan lupa simpan semua resit bayaran, korang akan perlukan semua resit tu masa korang keluar daripada kuarters dan nak dapatkan semula deposit2.
Iswa Tonie
Putrajaya.