Kucing Titanic
Antara kampung paling pelik di dunia!
Antara kampung paling pelik di dunia!
Selamat Tahun Baru 2025
Ya Allah, aku memohon kepadaMu semua kebaikan
yang disegerakan mahupun yang ditunda,
apa yang aku ketahui mahupun tidak ketahui.
Aku berlindung kepadaMu dari semua keburukan,
baik yang disegerakan ataupun yang ditunda,
yang aku ketahui mahupun yang aku tidak ketahui.
Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu
dari kebaikan apa yang diminta oleh hambaMu dan
NabiMu Muhammad saw dan aku berlindung kepadaMu
dari apa apa yang diminta perlindungan oleh hamba dan nabiMu.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu syurga
dan apa yang mendekatkan kepadanya baik
berupa ucapan mahupun perbuatan.
Dan aku berlindung kepadaMu dari neraka dan apa
yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan dan
perbuatan.Dan aku memohon kepadaMu semua takdir yang
Engkau tentukan baik untukku.
(HR. Ibnu Majah, no. 3846)
Jakarta Short Trip 3 hari 2 malam
Masa kami sampai tu dah pkl 8 lebih dan tak ramai orang sangat dkt Plaza ni dan kami pun tak sempat dah nak riccy mane kedai yg best so kami decide makan je mana2 kedai. lepas makan hujan rintis je jd kami jalan kaki balik ke hotel. Tadi naik grab terasa jauh. Tapi bila jalan kaki cuma 5-10 minit gitudah sampai hotel hehe.
Update blog’s Google Search Console
Salam di hari Ahad.
Maksud "e.g" dan "i.e" yang dirujuk dalam penulisan
Assalamualaikum,
Selamat hari ahad dan menghabiskan masa bersama
keluarga. Hari ini saya ada kelapangan sedikit, jadi dapatlah saya kemas kini sikit
blog yang telah lama tidak diusik ni.
Saya pasti ramai yang selalu jumpa 2 short form
i.e. dan e.g. dalam penulisan Bahasa Inggeris kan dan saya pasti ramai yang tak
tahu perkataan ni berasal dari Bahasa latin yang bermaksud:
Dalam
penulisan, i.e. dan e.g. adalah singkatan dari istilah Latin yang
sering digunakan untuk menjelaskan atau memberikan contoh. Berikut adalah
maksudnya:
1. i.e. (id est)
Maksud: "iaitu" atau "dengan kata lain."
Fungsi: Digunakan untuk memperjelas atau memberikan penjelasan lanjut tentang sesuatu perkara dengan lebih spesifik.
Cara Penggunaan: Untuk menjelaskan sesuatu dengan maksud yang sama.
Contoh: Saya suka buah-buahan tropika, i.e., buah-buahan yang tumbuh di kawasan panas seperti mangga dan nanas."
2. e.g. (exempli gratia)
Maksud: "contohnya."
Fungsi: Digunakan untuk memberikan satu atau beberapa contoh daripada senarai yang lebih besar.
Cara Penggunaan: Untuk menyatakan contoh-contoh yang berkaitan, tetapi bukan senarai lengkap.
Contoh:
"Saya suka buah-buahan tropika, e.g., mangga, nanas, dan pisang."
Perbezaan Utama:
Singkatan |
Maksud |
Fungsi |
Contoh |
i.e. |
Iaitu / Dengan kata lain |
Untuk menjelaskan dengan lebih
tepat atau spesifik |
"Semua orang perlu hadir
esok, i.e., semua pekerja." |
e.g. |
Contohnya |
Untuk memberi contoh daripada
kumpulan yang lebih besar |
"Banyak aktiviti
ditawarkan, e.g., berenang, mendaki." |
Petua Penggunaan:
i.e. untuk penjelasan yang lengkap dan spesifik.
e.g. untuk memberikan contoh tanpa menyenaraikan semua pilihan.
Jika anda
ingin mudah mengingatinya, anggap i.e. = in essence (penjelasan lanjut)
dan e.g. = example given (contoh diberikan).
Secara ringkasnya, i.e dan e.g boleh dirujuk dengan maksud seperti dalam gambar dibawah.
Btw, kedua-dua gambar di atas editable di canva. Sekiranya pembaca berminat untuk copy dan share di mana-mana platform, pembaca bolehlah click di gambar and pembaca boleh download dan juga edit untuk masukkan nama sendiri.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Sabda baginda SAW bermaksud:
"Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
-HoneyBaeStory-
Free Desktop Wallpaper
Alhamdulillah kita dah masuk bulan kedua di tahun 2024. Tahun 2023 penuh kenangan manis, tahun 2024 belum tahu lagi. Didoakan tahun 2024 dan tahun-tahun yang mendatang penuh dengan kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila.
Since tahun lepas saya suka design apa-apa je contohnya kad birthday, video birthday dan apa-apa dokumen dengan menggunakan app Canva. Rasanya dah dekat setahun subscribe app ni. Design-design yang saya buat tu semua untuk suka-suka je dan tak commercialize pun. Saya suka apps ni sebab ada banyak template yang dah siap untuk diedit dan boleh digunakan terus.
Baru-baru ni saya ada terjumpa satu video dekat insta reel. Video tu dalam bentuk slide gambar dan visualize beberapa potong doa, zikir dan dimuatkan dalam satu slide. Saya tergerak hati untuk buat konsep yang sama dengan mengumpulkan beberapa potong zikir, doa pendek dan ayat yang boleh dijadikan bacaan lazim harian. Saya fikir kalau dibuat dalam bentuk desktop wallpaper lebih baik. Sekurang-kurangnya, sebelum memulakan kerja bolehlah menjadi aktiviti pertama dibuat dan sambil-sambil tu bolehla dirujuk sebagai reminder terdekat.
Jika anda berminat untuk dapatkan wallpaper ni bolehla click link di bawah untuk download. Perkongsian ini cuma untuk kegunaan peribadi dan bukannya untuk tujuan commercial ye.