Maksud "e.g" dan "i.e" yang dirujuk dalam penulisan

 




Assalamualaikum,

 

Selamat hari ahad dan menghabiskan masa bersama keluarga. Hari ini saya ada kelapangan sedikit, jadi dapatlah saya kemas kini sikit blog yang telah lama tidak diusik ni.

Saya pasti ramai yang selalu jumpa 2 short form i.e. dan e.g. dalam penulisan Bahasa Inggeris kan dan saya pasti ramai yang tak tahu perkataan ni berasal dari Bahasa latin yang bermaksud:

 

Dalam penulisan, i.e. dan e.g. adalah singkatan dari istilah Latin yang sering digunakan untuk menjelaskan atau memberikan contoh. Berikut adalah maksudnya:


1. i.e. (id est)

Maksud: "iaitu" atau "dengan kata lain."

Fungsi: Digunakan untuk memperjelas atau memberikan penjelasan lanjut tentang sesuatu perkara dengan lebih spesifik.

Cara Penggunaan: Untuk menjelaskan sesuatu dengan maksud yang sama.

Contoh: Saya suka buah-buahan tropika, i.e., buah-buahan yang tumbuh di kawasan panas seperti mangga dan nanas."


2. e.g. (exempli gratia)

Maksud: "contohnya."

Fungsi: Digunakan untuk memberikan satu atau beberapa contoh daripada senarai yang lebih besar.

Cara Penggunaan: Untuk menyatakan contoh-contoh yang berkaitan, tetapi bukan senarai lengkap.

Contoh:

"Saya suka buah-buahan tropika, e.g., mangga, nanas, dan pisang."

Perbezaan Utama:

Singkatan

Maksud

Fungsi

Contoh

i.e.

Iaitu / Dengan kata lain

Untuk menjelaskan dengan lebih tepat atau spesifik

"Semua orang perlu hadir esok, i.e., semua pekerja."

e.g.

Contohnya

Untuk memberi contoh daripada kumpulan yang lebih besar

"Banyak aktiviti ditawarkan, e.g., berenang, mendaki."


Petua Penggunaan:

i.e. untuk penjelasan yang lengkap dan spesifik.

e.g. untuk memberikan contoh tanpa menyenaraikan semua pilihan.

Jika anda ingin mudah mengingatinya, anggap i.e. = in essence (penjelasan lanjut) dan e.g. = example given (contoh diberikan).


Secara ringkasnya, i.e dan e.g boleh dirujuk dengan maksud seperti dalam gambar dibawah.




Btw, kedua-dua gambar di atas editable di canva. Sekiranya pembaca berminat untuk copy dan share di mana-mana platform, pembaca bolehlah click di gambar and pembaca boleh download dan juga edit untuk masukkan nama sendiri.


Semoga bermanfaat untuk semua.


Sabda baginda SAW bermaksud: 

"Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat." 

(Hadis riwayat al-Bukhari) 


-HoneyBaeStory-





Free Desktop Wallpaper

Assalamualaikum, 

Alhamdulillah kita dah masuk bulan kedua di tahun 2024. Tahun 2023 penuh kenangan manis, tahun 2024 belum tahu lagi. Didoakan tahun 2024 dan tahun-tahun yang mendatang penuh dengan kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila.

Since tahun lepas saya suka design apa-apa je contohnya kad birthday, video birthday dan apa-apa dokumen dengan menggunakan app Canva. Rasanya dah dekat setahun subscribe app ni. Design-design yang saya buat tu semua untuk suka-suka je dan tak commercialize pun. Saya suka apps ni sebab ada banyak template yang dah siap untuk diedit dan boleh digunakan terus.

Baru-baru ni saya ada terjumpa satu video dekat insta reel. Video tu dalam bentuk slide gambar dan visualize beberapa potong doa, zikir dan dimuatkan dalam satu slide. Saya tergerak hati untuk buat konsep yang sama dengan mengumpulkan beberapa potong zikir, doa pendek dan ayat yang boleh dijadikan bacaan lazim harian. Saya fikir kalau dibuat dalam bentuk desktop wallpaper lebih baik. Sekurang-kurangnya, sebelum memulakan kerja bolehlah menjadi aktiviti pertama dibuat dan sambil-sambil tu bolehla dirujuk sebagai reminder terdekat.

Jika anda berminat untuk dapatkan wallpaper ni bolehla click link di bawah untuk download. Perkongsian ini cuma untuk kegunaan peribadi dan bukannya untuk tujuan commercial ye.













Semoga Bermanfaat.



Salam Jumaat 9 Jamadil Akhir 1445H

 


Bismillahirrahmannirrahim,

Salam jumaat barakah. Jangan lupa baca 10 ayat pertama surah al-kahf ye.

Hari jumaat selalunya hari yang sendu di ofis sebab harinya terasa sangat pendek. Sedar2 dah tengahari. Sedar2 dah nak balik dah. Ha kalau set meeting atau apa-apa event atau aktiviti di hari jumaat lagila masa tu cepat berputar. Tau-tau aje dah petang dan berkemas nak balik.

Perasan tak kalau Jumaat tu ditakdirkan sebagai cuti umu, masa tak pulak cepat berlalu. Terasa banyak aktiviti dapat dibuat sepanjang pagi jumaat. Kalau keluar beli barang atau atas apa2 urusan sekalipun bila balik ke rumah masih sempat nak urus tugasan lain sementelah nak menunggu waktu solat jumaat/zohor. Fikir-fikirkan secara berjemaah heheh.

Minggu ni sangat cepat berlalu. Lagi-lagi dengan tugasan yang silih berganti tapi tak siap2 jugak. Akhirnya di hari jumaat ni terpaksa di bungkus dan di bawa balik dengan harapan dapat disiapkan sebelum menjelangnya 2024, insyallah.

Hari ni tangan ni gatal nak share pasal perancangan Allah. Biasa dengar kan, kita merancang, Allah pun merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah apa yang Allah rancang.

Biasanya dalam keadaan kesakitan, kesusahan kalimah ini sangat berkesan untuk mengubati hati yang sedang berduka agar hati terubat dengan pengisian bahawa sesungguhnya duka itu bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia tapi dipegang dan dihantar oleh kuasa yang lebih tinggi lebih besar dan sangat berkuasa, Allah swt. Tidak akan mampu akal kita mengkaji kenapa Allah beri kita ujian ini, mengapa dan pelbagai persoalan akan cepat menjengah di fikiran kita. Sebenarnya, soalan-soalan itu adalah soalan yang normal untuk difikirkan. Itulah fungsi akal, untuk berfikir. Daripada tumbuhnya soala-soalan itu maka terbitlah pemikiran dan jawapan. Orang yang bijak akan pandai memandu akalnya, insyallah jawablah soalan-soalan itu dengan bijaksana, bahawa sesuungguhnya ini adalah perancangan Allah.


ALLAH berfirman dalam al-Quran,

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, 
Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
[Surah al-Imran : 54]

Tapi itu saya gambarkan dalam keadaan di mana seseorang dalam keadaan keadaan sukar. Tapi kan, perancangan Allah bukan sahaja untuk sukar kita sahaja kan. Pasti ada perancangan yang Allah telah aturkan untuk keadaan bahagia kita. Macam mana pulak ya.

Pernah kan kita berdoa untuk dapat sesuatu dan dalam doa kita kata dapat sikit pun takpe, dapat itu pun dah memadai atau dapat sekali pun dah puas hati. Dan pernahkah Allah beri sebijik seperti apa yang doakan? atau Allah beri lebih daripada apa yang kita mintak. 

“Allah's plan for you is more beautiful than you can imagine”.

setuju tak, apa yang Allah beri sebenarnya lebih indah, lebih bermakna dan lebih hebat daripada apa yang kita mintak. Malahan, Allah beri kita sesuatu yang lebih hebat daripada apa yang akal kita boleh bayangkan. Kita hanya manusia biasa, punya akal yang terhad dan permintaan kita hanya mampu mencapai apa yang akal boleh fikirkan. Bayangkan Allah kabulkan sesuatu yang tak pernah sama sekali kita bayangkan kita boleh dapat. Masyallah...rezeki terpijak kan, alhamdulillah.

Saya sendiri,  sehingga sekarang masih dalam keadaan terkejut kerana apa Allah yang bagi pinjam adalah sesuatu yang sangat indah yang saya tak pernah imagine saya boleh dapat. Walaupun seketika, walaupun tahu ia adalah pinjaman namun alhamdulillah, ini adalah rezeki, blessing and gift daripada Allah. Saya harus syukuri. Allah sangat baik kepadaku. Alhamdulillah.

Kata-kata adalah suatu doa. Berkatalah dengan kata-kata yang baik, berdoalah dengan doa yang baik-baik. Selebihnya, tawakallah, biar Allah tentukan jalannya. 



 
Semoga semua yang membaca posting hari ni tidak pening kepala. Saya menaip sekali dan ulang baca tau ni. 

Bye.

Renungan bersama

 


Barangsiapa menginginkan sahabat dekat,

Maka Allah cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan taman duduk,

Maka Al-Quran cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan harta kekayaan,

Maka sifat Qonaah (merasa puas) cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan pemberi nasihat,

Maka kematian cukup baginya.

Dan barangsiapa tidak cukup itu

Atau dengan ini, maka neraka akan cukup baginya.


Iswatonie,Putrajaya.


Today's quote





Don't hurt anyone today
because tomorrow...
they may not alive to show you love
life never give you second chance everytime.