Salam Jumaat 9 Jamadil Akhir 1445H

 


Bismillahirrahmannirrahim,

Salam jumaat barakah. Jangan lupa baca 10 ayat pertama surah al-kahf ye.

Hari jumaat selalunya hari yang sendu di ofis sebab harinya terasa sangat pendek. Sedar2 dah tengahari. Sedar2 dah nak balik dah. Ha kalau set meeting atau apa-apa event atau aktiviti di hari jumaat lagila masa tu cepat berputar. Tau-tau aje dah petang dan berkemas nak balik.

Perasan tak kalau Jumaat tu ditakdirkan sebagai cuti umu, masa tak pulak cepat berlalu. Terasa banyak aktiviti dapat dibuat sepanjang pagi jumaat. Kalau keluar beli barang atau atas apa2 urusan sekalipun bila balik ke rumah masih sempat nak urus tugasan lain sementelah nak menunggu waktu solat jumaat/zohor. Fikir-fikirkan secara berjemaah heheh.

Minggu ni sangat cepat berlalu. Lagi-lagi dengan tugasan yang silih berganti tapi tak siap2 jugak. Akhirnya di hari jumaat ni terpaksa di bungkus dan di bawa balik dengan harapan dapat disiapkan sebelum menjelangnya 2024, insyallah.

Hari ni tangan ni gatal nak share pasal perancangan Allah. Biasa dengar kan, kita merancang, Allah pun merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah apa yang Allah rancang.

Biasanya dalam keadaan kesakitan, kesusahan kalimah ini sangat berkesan untuk mengubati hati yang sedang berduka agar hati terubat dengan pengisian bahawa sesungguhnya duka itu bukanlah sesuatu yang boleh dikawal oleh manusia tapi dipegang dan dihantar oleh kuasa yang lebih tinggi lebih besar dan sangat berkuasa, Allah swt. Tidak akan mampu akal kita mengkaji kenapa Allah beri kita ujian ini, mengapa dan pelbagai persoalan akan cepat menjengah di fikiran kita. Sebenarnya, soalan-soalan itu adalah soalan yang normal untuk difikirkan. Itulah fungsi akal, untuk berfikir. Daripada tumbuhnya soala-soalan itu maka terbitlah pemikiran dan jawapan. Orang yang bijak akan pandai memandu akalnya, insyallah jawablah soalan-soalan itu dengan bijaksana, bahawa sesuungguhnya ini adalah perancangan Allah.


ALLAH berfirman dalam al-Quran,

وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ اللّهُ وَاللّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ 

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, 
Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”
[Surah al-Imran : 54]

Tapi itu saya gambarkan dalam keadaan di mana seseorang dalam keadaan keadaan sukar. Tapi kan, perancangan Allah bukan sahaja untuk sukar kita sahaja kan. Pasti ada perancangan yang Allah telah aturkan untuk keadaan bahagia kita. Macam mana pulak ya.

Pernah kan kita berdoa untuk dapat sesuatu dan dalam doa kita kata dapat sikit pun takpe, dapat itu pun dah memadai atau dapat sekali pun dah puas hati. Dan pernahkah Allah beri sebijik seperti apa yang doakan? atau Allah beri lebih daripada apa yang kita mintak. 

“Allah's plan for you is more beautiful than you can imagine”.

setuju tak, apa yang Allah beri sebenarnya lebih indah, lebih bermakna dan lebih hebat daripada apa yang kita mintak. Malahan, Allah beri kita sesuatu yang lebih hebat daripada apa yang akal kita boleh bayangkan. Kita hanya manusia biasa, punya akal yang terhad dan permintaan kita hanya mampu mencapai apa yang akal boleh fikirkan. Bayangkan Allah kabulkan sesuatu yang tak pernah sama sekali kita bayangkan kita boleh dapat. Masyallah...rezeki terpijak kan, alhamdulillah.

Saya sendiri,  sehingga sekarang masih dalam keadaan terkejut kerana apa Allah yang bagi pinjam adalah sesuatu yang sangat indah yang saya tak pernah imagine saya boleh dapat. Walaupun seketika, walaupun tahu ia adalah pinjaman namun alhamdulillah, ini adalah rezeki, blessing and gift daripada Allah. Saya harus syukuri. Allah sangat baik kepadaku. Alhamdulillah.

Kata-kata adalah suatu doa. Berkatalah dengan kata-kata yang baik, berdoalah dengan doa yang baik-baik. Selebihnya, tawakallah, biar Allah tentukan jalannya. 



 
Semoga semua yang membaca posting hari ni tidak pening kepala. Saya menaip sekali dan ulang baca tau ni. 

Bye.

Renungan bersama

 


Barangsiapa menginginkan sahabat dekat,

Maka Allah cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan taman duduk,

Maka Al-Quran cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan harta kekayaan,

Maka sifat Qonaah (merasa puas) cukup baginya.

Barangsiapa menginginkan pemberi nasihat,

Maka kematian cukup baginya.

Dan barangsiapa tidak cukup itu

Atau dengan ini, maka neraka akan cukup baginya.


Iswatonie,Putrajaya.


Today's quote





Don't hurt anyone today
because tomorrow...
they may not alive to show you love
life never give you second chance everytime.

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Bismillahirrahmanirrahim,

Dah lama tidak menulis di blog ni. Bukan takde masa cuma selalunya karangannya akan menjadi separuh jalan, ditinggalkan dan idea menulis akan hilang di angin lalu. Begitulah keadaan yang selalu berlaku. Teringin sangat nak memperuntukkan at least sejam mengarang apa-apa aje topik sama ada sebagai perkongsian ilmu ataupun perkongsian rasa dengan para pembaca Adake pembaca tegar yang rajin singgah ke blog kami ni agaknya.

Salam jumaat semua, dah baca Al-Kahfi? Sekiranya boleh, amalkan membaca 10 ayat terawal ak-kahfi pada setiap hari supaya tidak ralat jika terlepas membacanya di hari jumaat. Lebih elok jika menghafal 10 ayat tersebut dan menjadikannya sebagai amalan harian. 

Kelebihan Surah Al-Kahfi

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Ishaq, dia menceritakan dia pernah mendengar al-Barra’ bercerita, ada seseorang yang membaca surah al-Kahfi, sedang di dalam rumah terdapat binatang, tiba-tiba binatang itu pergi melarikan diri, lalu dia melihat dan ternyata awan atau mendung telah meliputi dirinya. Kemudian dia menceritakan hal itu kepada Nabi, maka baginda pun jawab: “Bacalah surah al-Kahfi, kerana sesungguhnya ia merupakan ketenangan yang turun bersamaan dengan Qur’an, atau turun untuk al-Qur’an”.

Nabi juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah al-Kahfi, maka dia akan dilindungi dari (fitnah) dajjal.”

Imam Ahmad juga meriwayatkan dari Abu Darda’, dari Nabi: “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, maka dia akan dilindungi dari fitnah Dajjal.”

الحَمدُ ِلِلهِ الَّذي أَنزَلَ عَلىٰ عَبدِهِ الكِتٰبَ وَلَم يَجعَل لَّهُ عِوَجًا


Sahih International

[All] praise is [due] to Allah , who has sent down upon His Servant the Book and has not made therein any deviance.

Malay

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Qur’an, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):


Sumber:
https://celiktafsir.net/2013/05/11/kahfi-ayat-1-4/




 

Salam Jumaat 24 Jamadil Awal 1445H

 


Bismillahirrahmanirrahim,

Dah baca Al-Kahf ke belum? At least 10 ayat terawal ye.

Dalam beberapa hari ni Allah bagi rehat daripada ibadah wajib dan hanya mampu fokus kepada perkara-perkara sunat sahaja. Sesungguhnya Allah pemilik segala yang ada di langit, di bumi, diantaranya dan di bawah tanah, termasuklah diri ini dan dirinya yang dipinjamkan ke dalam rahim ini seketika. Dan hari ini masih di fasa merehatkan diri.

Tidak wajar untuk merungut kerana banyak yang Allah telah beri dan saya sangat-sangat bersyukur kerana sebenarnya Allah telah beri lebih daripada apa yang diperlukan, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Masih dalam fasa berpantang kecil, masih lagi rasa lemah dan pening. Kalau boleh nak baring dan tido sepanjang hari. Mungkin esok, insyallah.

Ya Allah give me such happiness that make the eyes cry
that removes the problems 
and which we erases the sorrows of the past
Ya Allah i come to you with the heart of Ayyub
and i have come to you with Yacob tears
and i do not have much patience
Ya Allah comfort me after fatique
and give me happiness after sorrow
and reward me after patience
Ya Allah save my heart from the loneliness
and worry of the world and destiny
and from the heat and redness of Hell
Ya Allah let nothing but halal remain in our hearts
if this state remain for a long time.

Amin amin yra.


Putrajaya,
8.12.2023


RESEPI SANDWICH EGG MAYO



Bahan-bahan :

5 biji telur rebus

5sb mayonis

1/2 st garam

1/2 st gula

Air perahan lemon/limau kasturi

Timun jepun dipotong dadu

1 st lada hitam

P/s: pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih. Boleh je guna mana-mana yang ada stock.


Cara-cara:

1.Lenyek ikut suka uols ya. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.

2.Campur semua bahan tadi, perah lemon dulu ye, dan potong kepada 4 bahagian.

3.Sapu marjerin pada roti. Letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.

4.Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti. 

5.Siap! Resipi ini boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.