“Allahumakfini bi halalika ‘an haramika wa aghnini bi fadlika ‘aman siwak,
(HR. Tirmidzi)
Aamiin Allahumma Aamiin
اللّهُمَّ وَفِّقْنَا لِطَاعَتِكَ وَأَتْمِمْ تَقْصِيْرَنَا وَتَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ والحمد لله رب العالمين
Allahumma waffiqna li tha‘atika, wa atmim taqshirana, wa taqabbal minna, innaka antas sami‘ul ‘alim. Wa shallallahu ‘ala sayyidina muhammadin wa ‘alihi wa shahbihi wa sallam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.
Maksudnya,
“Ya Allah, bimbinglah jalan kami pada jalan ketaatan kepada-Mu, sempurnakanlah kekurangan kami, terimalah ibadah kami. Sungguh, Kau maha mendengar lagi mengetahui. Semoga Allah melimpahkan shalawat dan salam-Nya kepada Nabi Muhammad SAW, keluarga, dan para sahabatnya,”
"Ya Allah, lingkupilah aku di bulan ini dengan rahmat-Mu, anugerahilah aku taufik dan penjagaan-Mu. Sucikanlah hatiku dari benih-benih fitnah/kebencian, wahai yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman."
"Ya Allah, sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan-amalan sunah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah aku kepada-Mu dengan berbagai jalan, wahai Yang tidak sibuk dengan rintihan orang yang meminta."
Salam 26 Ramadhan 144H, semoga
pembaca semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah, insyallah.
Alhamdulillah Allah panjangkan
umur untuk bertemu dengan Ramadhan ke 44. Sepertimana ramadhan2 yang lepas,
alhamdulillah Ramadhan tahun ini kami sekeluarga berjaya bangun awal dan
bersahur, sepertimana sunah rasullullah saw cuma tahun ni (setakat Ramadhan ke
26) kami sekeluarga kurang masa untuk bertarawih atas pelbagai sebab, ruginyalah
kan. Masih ada baki-baki Ramadhan yang diharapkan dapat mengubati hati
insyallah.
Untuk pembaca yang telah baca
posting saya pada tahun 2020),
ya saya telah menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2020. Namun rezeki
tidak menyebelahi saya. Pada tahun 2020 dan 2021 Malaysia tidak menghantar Jemaah
untuk menunaikan haji. Hanya pada tahun 2022 Malaysia memulakan semula operasi
haji namun dengan pelbagai peraturan dan syarat serta kuota yang lebih kecil. Sekali
lagi Allah tahan rezeki saya untuk tahun lepas,sedih namun harus redha atas
qada’ dan qadar Maha Pencipta.
Mungkin (insyallah) Allah
telah susun rezekinya saya terletak di tahun 2023 (1444H). Alhamdulillah nama naik
untuk 1st batch tawaran haji pada akhir Mac 2023. Semasa posting ini
ditaip, saya telahpun selesai menyiapkan pemeriksaan kesihatan, mengemaskini
laporan kesihatan kepda TH, menyerahkan passport dan menyiapkan pendaftaran di
apps Saudi Visa Bio dan
hanya menunggu tarikh untuk penerbangan. Untuk perkongsian bersama, kronologi
tindakan yang di ambil adalah seperti di bawah:
22
Mac 2023 (jam 1200 tengahari): semakan tawaran haji. Alhamdulillah Allah jemput
sekali lagi. Bakal Haji diarahkan untuk mengambil Buku Rekod Rawatan (BRR) dari
TH, membuat pemeriksaan dan menghantar semula kad dan dokumen-dokumen seperti
salinan rekod vaksin, salinan
27
Mac 2023 : atas kekangan tugas tak sempat untuk ambil sendiri Buku
Rekod Rawatan(BRR) dari TH, jadi saya minta suami ambilkan dari TH. Untuk
makluman, wakil perlu membawa bersama borang wakil yang disediakan oleh Bakal
Haji. Borang tersebut dikongsikan oleh TH dalam group haji.
Pada hari yang sama, dapat
panggilan daripada TH yang meminta saya mengambil BRR dan dapat juga panggilan
yang memaklumkan anak saya turut menerima tawaran haji. Untuk rekod, saya mendaftar
haji bersama-sama anak sulung saya pada ketika anak berusia 6 bulan. Terima
kasih ya Allah kerana gerakkan hati ini untuk mendaftar pada bulan Ogos
2008.Syukur.
28
Mac 2023 : buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Presint 11. Allah uji
dengan tekanan darah yang tinggi. Saya diarahkan untuk bertenang dan releks dan
mengambil bacaan yang baru namun bacaan semakin tinggi. Saya dinasihatkan untuk
balik dan membuat bacaan sendiri dirumah dan diarahkan untuk hadir semula
pemeriksaan pada keesokan harinya.
29
Mac 2023 : hadir semula pemeriksaan di Klinik Kesihatan Presint 11
dan alhamdulillah Doktor berpuashati dengan bacaan dan pemeriksaan lain dan BRR
saya diluluskan dengan tandaan hijau. Alhamdulillah. Saya diarahkan untuk
mengambil suntikan Meningococcal di
Klinik Kesihatan Presint 9 dan kembali semula untuk pengesahan akhir. Alhamdulillah,
Allah mudahkan semua urusan dan selesai semuanya sebelum tengahari.
31
Mac 2023: Cukupkan simpanan mengikut peruntukan tawaran, mengesahkan
tawaran dalam Thijari, printkan semua dokumen dan mengemukakan kepada TH.. Alhamdulillah
selesai satu peringkat.
Sementara untuk anak, saya
terpaksa tolak tawaran dan berdoa agar Allah jemput anak di ketika anak telah
bersedia dan dapat menghargai saat dan ketika haji. Untuk rekod, saya telah
masukkan tahun cadangan haji untuk anak adalah pada tahun 1447 insyallah.
Setelah selesai pengesahan
penerimaan dalam sistem TH, sistem akan buka untuk mahram memasukkan rayuan.
Jadi petangnya saya masukkan rayuan untuk suami melalui Thijari.
(update : suami terima tawaran pada 10 April 2023. Saya juga masukkan nama kakak dan abang ipar yang masih dalam status rayuan sebagai ahli keluarga yang akan menunaikan haji. Untuk suami/pasangan yang memasukkan rayuan sebagai mahram, bakal jemaah perlu mengisi borang mahram dan menyertakan salinan sijil nikah yang telah disahkan ke pejabat TH dalam kadar segera untuk pemprosesan rayuan.
1
April 2023 : menerima pemakluman untuk mengemukakan passport mulai 3
April 2023.
2
April 2023: Renew passport di UTC Pudu, KL. Ada Lorong khas untuk
Haji. Hanya bayar RM100 utk renew 5 tahun. Alhamdulillah selesai sebelum zohor.
3
April 2023 : Menyelesaikan pendaftaran Saudi Visa Bio dan hadir ke TH Putrajaya untuk
mengemukakan passport, 2 keping gambar, salinan emel confirmation pendaftaran
Nota I:
1. Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) boleh diserahkan ke pejabat TH bermula 03 April 2023 sehingga 25 Mei 2023.
2. Pastikan:-
(i). Tempoh SahLaku melepasi tarikh 01 Jan 2024
(ii). Mempunyai sekurang2nya 4 muka surat kosong berturut-turut
(iii). Sertakan sekali 2 keping gambar Visa saiz 4cm x 6cm berlatar putih.
(iv). Urusan Serahan Pasport HANYA BOLEH dilakukan setelah selesai urusan pendaftaran BioMetrik di aplikasi Saudi Visa Bio.
4
April 2023: Menerima pemakluman bahawa perlu mendaftar di Saudi Visa Bio bagi pendaftar
yang silap tandaan pada status penerimaan visa (saya tanda ya pada soalan penah
menerima visa sedangkan visa yang saya terima dahulu tu adalah visa umrah,
silap saya sendiri huhuh)
6
April 2023 : hadir ke TH dan mohon pinjam passport untuk daftar semula.
Cuba untuk daftar di TH tapi tak berjaya dan cuba semula di rumah,
alhamdulillah selesai sebelum maghrib. Kemukakan salinan kpd admin melalui
whatsapp.
Sekian untuk perkongsian.
Doakan perjalanan saya dan suami dan rakan-rakan Jemaah yang lain diiringi
rahmat dan keredhaan Allah, dipermudahkan dan diserikan dengan doa-doa yang
dimakbulkan insyallah.