Doa Di Malam LailatulQadr


Salam 25 Ramadhan 1444H

Dalam satu riwayat disebutkan bahawa Sayyidatina Aisyah radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar. Dan berikut adalah yang disebut dalam jawapan nabi ﷺ kepada Aisyah r.a :~ وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني قال أبو

Kata Aisyah radhiallahu ‘anha; “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?” Baginda menjawab: “Ucapkanah; 

 “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.”

(Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi). Semoga kita semua dapat mempelajari dan beramal dengan doa tersebut.

 والله أعلم بالصواب

Dah baca Al-Kahfi hari ni?



5 KELEBIHAN SURAH AL-KAHFI

1. DIPANCARKAN CAHAYA UNTUKNYA ANTARA 2 JUMAAT

Dari Abu Sa’id Al-Khudri RA:
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
(HR Al-Hakim 2/368, al-Baihaqi 3/249. Ibnu Hajar kata ‘Hadis Hasan’ dalam Takhrij al-Azkar. Beliau kata hadis ini paling kuat tentang surah Al-Kahfi)
Dalam sebuah lagi hadis, dari Abu Sa’id al-Khudri RA bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ َقَرَأَ سُوْرَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمْعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّوْرِ فِيْمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
Maksudnya: Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya untuknya sejauh antara dirinya dia dan Baitul ‘atiq.
(Sunan Ad-Darimi: 3273)
2. TERSELAMAT DARI FITNAH DAJJAL
Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
Maksudnya: Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fitnah Dajjal.
Hadith riwayat Muslim: 1342
3. TURUNNYA KETENANGAN DAN RAHMAT YANG DISERTAI DENGAN PARA MALAIKAT
Daripada al-Bara’ bin ‘Azib RA katanya,
“Ada seorang lelaki membaca surah al-Kahfi dan disisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu. Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa dengan Nabi SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya”,
Baginda pun bersabda,
“Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat al-Qur’an”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. MENCERITAKAN REALITI KEHIDUPAN SEBENAR
Menurut petikan buku Tafsir dan Tadabbur Surah Al-Kahfi tulisan Datuk Dr Haji Zahazan Mohamed, surah ini bukan sahaja menceritakan realiti kehidupan sebenar, tetapi membuktikan bahawa setiap yang dicatat dalam al-Quran itu bukanlah suatu kebetulan sebaliknya menjelaskan lagi setiap kebenaran.
Jika diteliti, surah ini mempunyai satu tema iaitu pertembungan antara iman dengan keduniaan.
5. IKTIBAR UNTUK MENGHADAPI UJIAN & FITNAH AKHIR ZAMAN
Secara ringkasnya, terdapat 4 kisah yang dsebutkan melalui surah Al-Kahfi iaitu:
i) Kisah penghuni gua – Mengisahkan tentang sekumpulan pemuda (Ashabul Kahfi) yang diuji keimanan sehingga berlindung dalam gua. Kisah ini menuntut kita agar bersahabat dengan orang soleh dan saling membimbing antara satu sama lain dalam memelihara akidah serta iman kepada Allah.
ii) Kisah 2 pemilik kebun – Mengisahkan tentang ujian dan fitnah harta benda yang menimpa mereka. Ia mengingatkan kita kepada kehidupan dunia yang akan musnah dan hari akhirat yang kekal selamanya.
iii) Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir – Mengisahkan tentang ujian serta fitnah ilmu. Ia mengingatkan kita agar sentiasa mengamalkan sikap tawaduk dan rendah diri walaupun dikurniakan ilmu yang tinggi.
iv) Kisah Zulqarnain, Yakjuj dan Makjuj – Mengisahkan tentang Zulqarnain yang berhadapan ujian dan fitnah berkaitan kuasa. Ia mengingatkan kita kepentingan sikap tawaduk dan mengakui kekuasaan hanyalah daripada Allah.

 

Kumpulan doa puasa 10 hari terakhir ramadhan

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ

Bacaan doa puasa 21 Ramadhan 

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Allâhummaj ‘al lî fîhi ilâ mardhâtika dalîlan wa lâ taj’al lisysyaithâni fîhi ‘alayya sabîlan waj’alil jannata lî manzilan wa maqîlan yâ qâdhiya hawâijal muhtâjîn

Artinya : Ya Allah, tuntunlah aku di bulan yang mulia ini untuk mendapat keredhaan-Mu. Dan janganlah adakan ruang bagi syaitan untuk menggodaku. Jadikan syurga sebagai tempat tinggal dan bernaungku. Wahai yang memenuhi hajat orang-orang yang meminta.


Bacaan doa puasa 22 Ramadhan 


بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ
Allâhummaftah lî abwâba fadhlika wa anzil ‘alayya fîhi barakâtika wa waffiqnî fîhi limûjibâti mardhâtika wa askinnî fîhi buhbûhâti jannâtika yâ mujîba da’watil mudhtharrîn.
Artinya : ”Ya Allah, bukakanlah lebar-lebar pintu karunia-Mu di bulan ini dan curahkan berkah-berkah-Mu. Tempatkan aku di tempat yang membuat-Mu ridho padaku. Tempatkan aku di dalam Surga-Mu, Wahai Yang Maha menjawab doa orang yang dalam kesempitan."

Bacaan doa puasa 23 Ramadhan 


Allaahummaghsilnii fiihi minadzdzunûbi wa thahhirnii fiihi minal ‘uyûbi wamtahin qalbii bitaqwal qulûbi yaa muqiila ‘atsaraatil mudznibiina

Artinya: Ya Allah, sucikanlah aku dari dosa-dosa dan bersihkanlah diriku dari segala aib kejelekan. Tanamkanlah ketakwaan di dalam hatiku. Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.



Bacaan doa puasa 24 Ramadhan 


Allaahumma innii asaluka fiihi maa yurdhiika wa a’ûdzu bika mimmaa yu’dziika wa asalukat taufiiqa fiihi lian utii’aka wa laa a’shiika yaa ajwadas saailiin.

Artinya: Ya Allah, aku memohon pada-Mu di bulan yang suci ini dengan segala sesuatu yang mendatangkan keridaan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dari hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, wahai Pemberi para peminta.


Bacaan doa puasa 25 Ramadhan


Allaahummaj’alnii fiihi muhibban li awliyaaika wa mu’aadiyan lia’daaika mustanan bisunnati khaatami anbiyaaika yaa ‘aasima qulûbinnabiyyiin.

Artinya: Ya Allah, jadikanlah aku di bulan ini lebih mencintai para wali-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunah Nabi penutup-Mu, Wahai yang menjaga hati para nabi.

 Bacaan doa puasa 26 Ramadhan


Allaahummaj’al sa’yii fiihi masykûran wa dzanbii fiihi maghfûran wa ‘amalii fiihi maqbûlan wa ‘aybii fiihi mastûran yaa asma’as saami’iina.

Artinya: Ya Allah, jadikanlah setiap lampah usahaku di bulan ini sebagai ungkapan rasa syukur dan dosa-dosaku terampuni, amal-amalku diterima dan seluruh aib kejelekanku ditutupi, wahai Yang Maha mendengar dari semua yang mendengar.


 Bacaan doa puasa 27 Ramadhan


Allaahummarzuqnii fiihi fadhla laylatil qadri wa shayyir umûrii fiihi minal ‘usri ilal yusri waqbal ma’aadziirii wa huththa ‘anniyadz dzanba wal wizra yaa ra`ûfan bi’ibaadihiish shaalihiin.

Artinya: Ya Allah, berkahilah aku di bulan ini dengan mendapatkan lailatul qadr. Ubah arah hidupku dari hidup yang susah menjadi mudah. Terimalah segala permohonan maafku dan hapuskan dosa-dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba-Nya yang saleh.

 Bacaan doa puasa 28 Ramadhan 


Allaahumma waffir hadzdzii minan nawaafili wa akrimnii fiihi biihdhaaril masaaili wa qarrib fiihi wasiilatii ilayka min baynil wasaaili yaa man laa yasyghaluhu ilhaahul mulihhiina.

Artinya: Ya Allah, sempurnakanlah hidupku dengan melaksanakan amalan-amalan sunah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah aku kepada-Mu dengan berbagai jalan, wahai Yang tidak sibuk dengan rintihan orang yang meminta.


Bacaan doa puasa 29 Ramadhan 



Allaahumma ghasysyinii fiihi birrahmati warzuqnii fiihit tawfiiqa wal ‘ismata wa thahhir qalbii min ghayaahibit tuhmati yaa rahiiman bi’ibaadihil mukminiin.

Artinya: Ya Allah, lingkupilah aku di bulan ini dengan rahmat-Mu, anugerahilah aku taufik dan penjagaan-Mu. Sucikanlah hatiku dari benih-benih fitnah/kebencian, wahai yang Maha Pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang beriman.

Bacaan doa puasa 30 Ramadhan 


Allaahummaj’al shiyaamii fiihi bisysyukri wal qabûli ‘alaa maa tardhaahur Wayardlaahurrasûlu muhkamatan furû’uhu bil ushuli bihaqqi sayyidinaa muhammadin wa aalihit Al-Thaahiriin wal hamdu lillahi rabbil’aalamin.

Artinya: Ya Allah, terimalah puasaku di bulan ini dengan rasa syukur. Jadikanlah puasaku ini mendatangkan keridaan-Mu dan keridaan para Rasul-Mu. Engkau kuatkanlah furu (cabang-cabang)-nya dan ushul (pokok-pokok)-nya. Demi kebenaran junjungan kami Muhammad SAW beserta keluarganya yang suci. Segala puji bagi-Mu ya Allah, Tuhan semesta alam.


Firman ALLAH سبحانه وتعالى yang bermaksud: 

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku 
(beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir 
(kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa 
apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut 
seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah 
mereka beriman kepada-Ku supaya mereka mendapat petunjuk.” 

(Surah al-Baqarah, ayat 186)


MH370 kehilangan yang menyakitkan

 


Its Official. 

Dokumentari khas tentang misteri kehilangan MH370 sekang telah boleh ditonton di Netflix. Mengimbau kembali kejadian 2014, saya rasa kita masing-masingnya mempunyai expresi pertama kita masing-masing ketika mendapat tahu kejadian sebegini. Berlaku dengan airline rasmi negara, yang menjadi kebanggan kita serta mengorbankan ramai penumpang, berita sebegini adalah rare. Apa lagi ia berlaku dengan misteri, tiada rekod pergerakan yang konkrit yang boleh diambil dan dipegang. Jika kita ingat semula di tahun tersebut, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran di laman sosial. Sebagai pengguna airline, sudah pasti spekulasi sedikit sebanyak mempengaruhi saya dan mencemaskan. 

Apa-apapun, pembaca boleh menonton di Netflix dokumentari ini. Semoga ahli keluarga penumpang MH370 sentiasa tabah dan redha dengan kejadian ini.

 

Gempa bumi di Turki-Syria

 


Isnin, 6 Februari 2023 @wilayah Kahramanmaras, Turkiye & Utara Syria

Hari cuti Thaipusam untuk Malaysia. Sedang santai2 di hari Isnin dan dikejutkan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria. Kalau ikutkan, gempa tersebut menggegarkan beberapa negara sekitar umpamanya Lebanon, tetapi kesan gegaran banyak terkesan di Turki dan Syria.

Turki mempunyai sejarah gempa bumi

Berita paling cepat tersebar di twitter. Tetapi pada rabu lepas twitter telah diblok oleh kerajaan Turki namun pada hari khamisnya twitter telah boleh diakses semula. Walaupun begitu, di twitter berita tentang kejadian disana, proses penyelamatan tetap updated, mungkin sebab wartawan dari seluruh dunia telah berada di sana maka berita dari sana tetap dikemas kini dari masa ke semasa. Di youtube pun ada beberapa channel yang menayangkan live operasi penyelamatan yang dibuat dekat sana. Membaca beritanya sahaja boleh membuatkan mata berair apa lagi selepas merenung gambar-gambar dan video yang meruntun hati.

Saya sambung dkt post selepas ni insyallah.







Emily in Paris new Season 3 dah start guys

 



Salam jumaat yang barakah semua, dah baca 10 ayat pertama al-kahfi ke belum?

jom ambik masa 2 minit baca ni.

Pelanggan #netflix semestinya familiar dengan drama bersiri yang telahpun mula menayangkan #season3 pada 21 Disember (2 hari yang lepas). Apa? Ada yang tertinggal kapal ke.. worry not. Since kita pun dah masuk hari jumaat ni, hujung minggu bolehlah lepak santai tonton #emilyinparisseason3 sambil makan popcorn.

Sebenarnya akak pun tak tengok lagi drama ni. Memang set plan nak habiskan hujung minggu nak tengok episode 1-10 sampai hbs. Lagipun isnin kan cuti xmas so ada masa untuk santai-santai kan.

Ok uoll nanti dah tengok kite kasi review insyallah.

 

Jumla lagi (on se revoit bientôt)