Salam
23 Syaaban 1443H, salam pagi Sabtu yang indah, Alhamdulillah…
Pagi ni seperti biasa memulakan
pagi dengan mendengar kuliah santai bersama Ustazah Zai di FB Live. Santainya
itu bukan sebabnya santainya apabila Ustazah Zai berbicara, walaupun sebenarnya
bicara Ustazah memang bersifat santai. Sambil berkuliah sambil bersembang
santai. Sesuai sangat dengan jiwa santai Akak, hehhe. Sebenarnya santai yang
Akak maksudkan tu adalah sebab sambil mendengar sambil ke sana sini bersiap nak
pergi keje. Hari ni keluar lambat sikit sebab belakang masih sakit2 sengal2.
Tak pastilah kesan post covid atau kesan daripada duduk lama sangat di ofis.
Malas nak fikir jadi layan sahajalah seadanya dan semampunya.
Hari ni nak bercerita tentang
jam tracker yang terpasang elok selama lebih kurang 9 hari di tanganku.
12 Mac 2022- selamat
sampai ke tanah airku Malaysia tercinta. Sebaik touch down, pakej pening kepala
dan selsema pun muncul. Nak lap takde tisu kering jadinya guna sahajalah baju
yang ada dalam beg buat lap2. Yang ada tisu basah pun sama kite guna jgak untuk
bersih2kan tangan dek terkena selsema. Perasan jugak ramai yang batuk2 masa
dekat airport Madinah.
Malah dekat dalam kapal terbang pun ramai yang batuk2.
Pada masa tu pun hati dah berdebar-debar takutkan terkena ngan covid. Sepanjang
perjalanan dok jaga mask supaya tidak londeh. Kononnya jika londeh mudahlah
terkene dgn jangkitan. Siapa kita untuk mengelak takdir kan. Akhirnya sakit itu
datang jua.
Keadaan di KLIA pada masa tu
tak terkawal. Kami Jemaah yang baru sampai terpaksa menunggu sehingga lebih
kurang 2-3 jam untuk sampai turn kami untuk berjumpa dengan KKM. Sebaik turn
kami masuk, kami dipakaikan gelang warna pink. Selepas tu kami tunggu lagi
selama lebih kurang 3 jam untuk dipakaikan gelang jam tracker.
Sebelum tu kami
diarahkan untuk isi borang yang kalau tengokkan sama spt declaration dalam
permohonan untuk house quarantine application. Kami isi dan serahkan dengan KKM
dekat situ semasa proses pemakaian jam tracker. Akhir sekali disuruh untuk
ambil sab PCR dan dibenarkan pulang ke rumah, Alhamdulillah. Walaupun pada masa
tu badan memang seriuously tak larat dah, dengan penat duduk pening, selsema
dan lapar tp apabila tahu proses semua dah selesai terus hilang sakit2 tu
semua. Dalam hati ni tak sabar nak jmpa anak2 yang dah 2 minggu ditinggalkan.
Apa2pun, lapar tetap lama ehhehe.
Oh ya, untuk jam tracker ni,
saya dan husband diarahkan untuk menjaga dan memastikan radius 25 meter
daripada kotak hitam jam. Kiranya kami berdua bukan sahaja
dipertanggungjawabkan dengan jam penjejak ni tetapi juga diserahkan dengan 1
kotak hitam yang berkait dengan jam tersebut.
Pejam celik pejam celik
cukuplah masa 7 hari diamanahkan dengan jam ini. Hari untuk buka jam ini
akhirnya tiba. Menurut KKM yang kami hubungi hari tu, jam perlu dibuka sehari
setelah tempoh kuarantin tamat. Tapi oleh kerana tarikh kuarantin kami telah
dianjakkan selama 2 hari (sepatutnya 12 Mac 2022-18 Mac 2022) tetapi dianjakkan
ke 14 Mac 2022-20 Mac 2022) makanya kami suami isteripun nekad untuk ke klinik
panel untuk buka jam ni yang paling dekat adalah di Bangi. Alhamdulillah,
cerita kami dan jam penjejak tamat pada jam 2.00 petang 20 Mac 2022.
Till then,
Iswa.