Salam..
Sejak berpindah dari Shah Alam ke Putrajaya susah betul nak carik barang2 membuat kek. Carik dekat google yang paling dekat ada dekat Bangi. Walaupun Bangi tu taklah jauh mana pun dari Putrajaya tapi jaraknya tak sedekat kedai kek di Shah Alam yang hanya memakan masa lebih kurang 5 minit perjalanan. Cari punya carik akhirnya jumpa kedai di dalam Shopee. Lama pulak nak tgu barangnya sampai. Silap hari bulan barang sampai mood dah ke laut biru.
Suatu hari entah macam mana saya berceritalah dengan husband yang saya nak pergi ke Shah Alam untuk membeli barangan membuat kek lapis. Saya perlukan pewarna. Kek lapis kalau takde warna dan takde lapisnya memang tak sah. Jadi sesiapa yang rajin baking kek lapis dah tentu ada pelbagai warna pewarna ada dalam simpanan.
Sebenarnya pewarna ni kalau nak carik dekat kedai2 biasa pun ada.. Cuma, warna yang ada sangatlah limited. Biasanya warna2 seperti kuning, hijau, merah dan merah jambu tu memang dah biasa jumpa. Tapi kalau nak kaler2 mengancam yang lain contohnya ungu, ungu pekat, biru muda, pink muda atau hitam, memang tak akan ada di kedai2 biasa. Jadi kena jugak menapak ke kedai accesori baking.
Berbalik semula kepada cerita saya dengan husband, husband replyla kata tak payah ke Shah Alam sebab dia dah jumpa satu kedai kek di Presint 9. Mula2 saya dengar tu memang tak percaya sebabnya saya rasa dah puas survey tak jumpa pun yang dekat2 melainkan ada satu kedai di Bangi. Malas pulak nak pergi jauh2 kan.
Oleh kerana saya macam tak percaya maka berangkatlah saya dan husband ke kedai yang dimaksudkan. Cuma malangnya hari tu ahad jadi kedai tak bukak. At least saya dah tahulah tempatnya kan. Betul2 areas kedai di sebelah Rumah Hijau. Kawan saya Sum tinggal area sana...Lama tak jumpa beliau...huhuh
Inilah kedai kek yang dimaksudkan. Kedai HNZ ni nampak macam kecik aje dari luar tapi bila dah masuk kat dalam macam2 barang boleh jumpa.
Untuk peminat2 kedai baking, bakers2 especially area Putrajaya bolehlah datang ke sini mencari barangan membuat kek, kuih dan sebagainya. Harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada yang sedang mencari-cari kedai barangan membuah kek dan kuih muih di area Putrajaya.
Kalau anda ada saranan kedai kek yang lain, bolehlah kongsikan di ruangan komen.