So selesai aje membeli kami pun makanlah di cafe Ikea. Dah lama rasanya tak ke sini. Nak2 pulak zaman PKPB memang taklah kami ke sini.
dengan Kentang Lecek & Brokoli
Untuk pemain piano/keyboard pemula, saya nak cadangkan agar anda memulakan proses pembelajaran anda dengan mengenali keyboard berdasarkan nombor atau huruf. Caranya mudah sahaja. Di Shopee, anda boleh membeli sticker2 keyboard seperti ini:
Dengan itu pembelajaran akan jadi lebih mudah.Tapi bagaimana caranya untuk mengenali huruf2/not2 pada Piano/Keyboard? Jom saya kongsikan tip untuk mengenali not2 muzik stail pemula.
Ok ini adalah contoh bar/not yang ada pada keyboard. Anda mesti mulakan sesi perkenalan anda dengan keyboard yang anda baru beli dengan mengenali not berwarna hitam dan putih. Perhatikan susunan not/key hotam yang berada pada susunan 2-3-2-3-2-3 dalam gambar di bawah. Ini adalah keyboard yang mempunyai 21 not/key. Walau berapa not/key keyboard yang anda miliki, cara pembacaaan not.key tetap sama.
Jom kita mulakan berkenalan dengan not/key mudah di bawah ini:
Ini adalah gambar bagi not mudah dengan 7 not/key asas. Key asas yang dimaksudkan adalah NOT/KEY C,D,E,F,G,A dan B.
7 not/key
Cara untuk mengenali key C adalah dengan mencari 2 not hitam yang
paling hujung pada keyboard anda seperti di dalam gambar ini:
Not/Key C berada di sebelah kiri not bewarna hitam kembar. Ini adalah tips paling penting ye. Apabila anda sudah menemui key C, maka proses menanda key lain akan menjadi mudah seperti di bawah. Anda boleh teruskan penandaan keyboard dengan menggunakan not/key muzik berdasarkan susunannya, C,D,E,F,G,A dan B. Senangnya, anda ingat A hingga G iaitu 7 huruf yang melambangkan 7 not muzik. Namun, penandaan harus bermula dengan C (jika keyboard anda bermula dengan 2 key hitam berkembar).
Ok, untuk memudahkan urusan, saya kongsikan penandaaan keyboard pada 21 key untuk anda. Anda juga boleh tandakan dulu keyboard dan semak semula pada gambar di bawah. Saya rasa tips penandaan ni mudah je. Anda mesti boleh buat punya. Selamat menanda.
Oh ya, post seterusnya saya akan kongsikan lagu-lagu mudah dan asas untuk pemula. Actually, saya pun pemula juga. Jadi saya akan kongsikan tips berdasarkan perjalanan proses pembelajaran saya. Saya rasa tips ni sesuai sebab saya berjaya ajar anak saya bermain dengan mudah dan cepat. Dalam masa seminggu je anak saya yang berumur 9 tahun sudah boleh bermain 3-4 lagu mudah. Senang bila bermain dengan keyboard yang telah ditanda begini. Bye for now.
Hari ni saya taknak cerita pasa app tu. Saya nak cerita pasal kat mana nak beli keyboard. Kiranya keyboard anak piano.Piano tu yang ada rumah die sendiri dan harga ribu riban. Tak mampula pemain pemula macam say ani membeli aiehh.. Oh , actually yang nak belaja piano/keyboard ni saya sendiri dan akhirnya saya decide untuk belaja bersama-sama anak-anak saya. Begini ceritanya.
Dengan berbekalkan semangat untuk belaja maka saya pun trylah search dekat Shoppe kedai-kedai yang menawarkan keyboard dengan harga mampu milik. Cari punya carik akhirnya saya decide untuk beli daripada kedai ni. Kedai ni agak famous. Dekat review pun ramai yang bagi 5star. Semua review baik2 semuanya. So saya decide nak beli set dengan harga RM269. Dalam set tu nanti saya akan dapat keyboard, stand, kerusi, penutup keyboard, beg keyboard, mini microfon dan headphone. Saya rasa set ni memang berbaloi-baloi.Anak saya sangat excited bila saya bagitahu saya dah order set ni. Bila tengok gambar-gambar ni bertambah tambah pulak excited die.
Kalau ikutkan saya order pada 24.11.2020 dan barang sampai dekat saya pada 26.11.2020. Tapi memandangkan stand tak sampai serentak dan sampai pada 2.12.2020 jadi saya lambat untuk beri rating untuk kedai ni. So far dieorang sangat pantas dan baik je layan customer di shoppee app and dekat whatspp. So saya recommend untuk sesiapa yang baru nak mula belajar main keyboard, belajar melembutkan jari jemari, bolehlah sumbangkan modal sikit dalam RM270. Seronok belajar muzik ni. Nak2 lagi anak pun minat. Tekan simple2 je dah ada bunyi. Next posting saya akan kongsikan langkah seterusnya apa yang saya perlu buat setelah terima keyboard pertama saya. Jom follow my journey to be a mom with keyboard basic knowledge. Bye for now.
Meet Gli, the cat who has lived in the Hagia Sophia for the last 15 years pic.twitter.com/XEsg0Xy5e1
— TRT World (@trtworld) May 9, 2019