Salam Maulidur Rasul 1442H


Bismillahirahmanirahim, 

Semoga Allah menjadikan kita orang2 yang suka berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sungguh, beruntung kita menjadi umat baginda SAW, dianugerah bermacam pahala2 atas perbuatan kita yang kecil2.

Tanggal 12 Rabiul Awwal 1442H sekali lagi Allah panjangkan umur untuk menyambut hari kelahiran nabi junjungan kita, Muhammad saw. Ingat lagi pada tahun lepas kami sekeluarga di pejabat (keluarga officemate) dengan diketuai oleh Ladyboss kami telah mengadakan sesi berselawat ke atas nabi. Kami buat majlis tu diwakttu petang dengan membentang tikar di ruang sosial kami. Ruang sosial kami kecil sahaja, iaitu suatu ruang yang cukup untuk menempatkan kami seramai 21 orang. Di sisi kami adalah susunan buku-buku. Ya, ruang sosial kami adalah ruang di dalam library di ofis kami.

Itulah kali pertama dalam kehidupan ini, Allah beri peluang sekaligus menjentik hati ini untuk lebih mengenali rasullullah. Benarkah kata-kata hikmah dari Imam Malik bin Anas bahawa sesungguhnya “ilmu itu didatangi (dituntut), bukan ilmu itu yang pergi untuk kamu menunggunya.” 

Sedikit berkenaan tersebarkan kata-kata hikmah ini. Ia berlaku semasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rashid. Beliau telah memerintahkan Imam Malik untuk mengadap baginda bagi mengajarkan ilmu hadith. Lalu Imam Malik berkata “ilmu itu didatangi (dituntut), bukan ilmu itu yang pergi untuk kamu menunggunya.” Khalifah Harun ar-Rashid ketika itu akur dan baginda sendiri pergi ke rumah Imam Malik bagi menuntut ilmu.

Ketika di rumah Imam Malik, satu peristiwa lagi berlaku. Khalifah Harun ar-Rashid duduk sambil bersandar di dinding. Imam Malik sekali lagi menegur baginda. Katanya “Wahai Amirul Mukminin, antara tanda memuliakan Rasulullah, ialah memuliakan ilmu itu.” Terus Khalifah Harun ar-Rashid duduk dengan tertib di hadapan Imam Malik untuk mendengar beliau bait-bait hadith yang diriwayatkan oleh beliau. Benarlah seperti yang disebut Ibnu al-Khayyad ketika memuji Imam Malik, katanya “tidak menjawab bukanlah bermakna menghilangkan kehebatan, orang-orang yang bertanya menundukkan dagu-dagu tanda penghormatan, ketakwaan itulah yang menjadikan cahaya ketinggian dan lebih mulia daripada sultan, dialah yang digeruni kerana kewibawaannya sedangkan dia bukan seorang sultan.”

Hikmahnya di sini, apabila terjentik hati untuk belajar untuk lebih mengenali baginda rasullullah, maka saya telah cuba sedaya yang boleh untuk mencari seberapa banyak ilmu berkenaan baginda. Seboleh-bolehnya apabila teringatkan baginda, segera lidah ini berzikir memuji baginda, semoga Allah kekalkan kedudukan hati yang rapuh ini dengan sentiasa berzikir dan memuji baginda.


ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
      Alhamdulillah


Lumrahnya, jika kita menyayangi seseorang sudah pastilah kita mengetahui minat, hobi, tarikh lahir atau apa2 sahaja ciri-ciri yang sepatutnya kita tahu. Bagaimana dengan rasullullah yang syafaatnya kita harap2kan dapat membantu kita menuju ke syurga Allah? Sejauh manakah pengetahuan kita tentangnya beliau? Marilah kita mengulangkaji bersama. Semoga bermanfaat.

Kelahiran

Baginda lahir dari Keturunan Bani Quraisy pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M) di Mekah. 


Ibu Rasulullah SAW : Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. 


Ayah Rasullullah SAW : Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.


Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).


Isteri-Isteri Rasullullah SAW:


1. Khadijah binti Khuwailid 

Khadijah binti Khuwailid adalah isteri Nabi Muhammad yang pertama. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.


Anak-anak Nabi Muhammad bersama Khadijah :

1. Al-Qasim bin Muhammad

2. Abdullah bin Muhammad

3. Zainab binti Muhammad

4. Ruqaiyah binti Muhammad

5. Ummu Kalthum binti Muhammad

5. Fatimah binti Muhammad

2. Saudah binti Zam'ah al-Amiriyah al-Quraisiyah 

Nabi Muhammad berkahwin dengan Saudah setelah 3 tahun wafatnya Khadijah. Saudah adalah seorang janda tua. Suami pertamanya ialah al-Sakran bin 'Amr. Saudah dan suaminya al-Sakran adalah di antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabila suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka Nabi Muhammad telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya.

Acara perkahwinan dilakukan oleh Salit bin Amr. Riwayat lain menyatakan upacara dilakukan oleh Abu Hatib bin Amr. Mas kahwinnya ialah 400 dirham. Selain itu,beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya. Contohnya pada suatu hari, Saudah mengatakan kepada suaminya iaitu semasa beliau sedang sujud,beliau tidak dapat menahan sakit kerana hidungnya selalu tertekan kuat di atas lantai yang ketika itu Muhammad sedang sujud dengan begitu lama. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menaikkan sedikit hidungnya semasa sujud.


3. Aisyah binti Abu Bakr

Beliau adalah Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah binti Abu Bakr, Shiddiqah binti Shiddiqul Akbar, isteri tercinta Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau lahir empat tahun setelah diangkatnya Muhammad menjadi seorang Nabi. Ibu beliau bernama Ummu Ruman binti Amir bin Uwaimir bin Abdi Syams bin Kinanah yang meninggal dunia pada waktu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup iaitu tepatnya pada tahun ke-6 H.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahi Aisyah dua tahun sebelum hijrah melalui sebuah ikatan suci yang mengukuhkan gelar Aisyah menjadi ummul mukminin, tatkala itu Aisyah masih berumur enam tahun. Dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membangun rumah tangga dengannya setelah berhijrah, tepatnya pada bulan Syawwal tahun ke-2 Hijrah dan ia sudah berumur sembilan tahun. Aisyah menceritakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menikahiku pasca meninggalnya Khadijah sedang aku masih berumur enam tahun, dan aku dipertemukan dengan Beliau tatkala aku berumur sembilan tahun. Para wanita datang kepadaku padahal aku sedang asyik bermain ayunan dan rambutku terurai panjang, lalu mereka menghiasiku dan mempertemukan aku dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Lihat Abu Dawud: 9435). Kemudian biduk rumah tangga itu berlangsung dalam suka dan duka selama 8 tahun 5 bulan, hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meninggal dunia pada tahun 11 H. Sedang Aisyah baru berumur 18 tahun.

Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengemban amanah risalah yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri beliau. Suatu hari Jibril memperlihatkan (kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam) gambar Aisyah pada secarik kain sutra berwarna hijau sembari mengatakan, “Ia adalah calon isterimu kelak, di dunia dan di akhirat.” (HR. At-Tirmidzi (3880), lihat Shahih Sunan at-Tirmidzi (3041))


4. Ḥafsah binti Umar 

Hafsah merupakan puteri kepada Umar Al-Khattab dan ibunya Zainab. Apabila mendapat berita tentang kelahiran puteri beliau, Umar Al-Khattab merasa malu kerana mengikut Arab jahiliah sesiapa yang dapat anak perempuan maka akan menyebabkan hidup malang atau dikategorikan sebagai pembawa sial. Selepas peristiwa itu, Umar Al-Khattab lari ke Darul Nadwah kerana itu. Setelah beberapa tahun, ayahnya telah memeluk Islam dan mengucap dua kalimah syahadah di hadapan Muhammad.

Hafsah mempunyai seorang suami tetapi suaminya wafat kerana terkorban di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Muhammad mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda. Ketika peristiwa pembunuhan ayahandanya, Hafsah berasa sedih atas pemergian ayahandanya yang tersayang. Hal ini menyebabkan beliau gemar mengurung diri di dalam rumah sambil bertaqarrub kepada Allah.


5. Ummu Habibah 

Ummu Habibah seorang janda. Suami pertamanya Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Ummu Habibah dan suaminya Ubaidullah pernah berhijrah ke [[]]Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia ketika di rantau dan Ummu Habibah yang berada di Habsyah kehilangan tempat bergantung.

Melalui Raja Najasyi, Nabi Muhammad melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh Najasyi bagi pihak Nabi.


6. Ummu Salamah Hindun binti Abi Umaiyah

Ummu Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dengan suami pertama yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu lalu Nabi Muhammad melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usia tuanya. Alasan umur turut digunakannya ketika menolak lamaran Abu Bakar dan Umar al Khattab.

Lamaran kali kedua baginda diterimanya dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.


7. Zainab bint Jahsy

Zainab merupakan isteri kepada Zaid ibn Harithah, yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat Nabi Muhammad setelah dia dimerdekakan.

Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid. Zaid telah menceraikannya walaupun telah dinasihati oleh Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menjangkakan akan ada kritikan jika baginda menikahi Zainab. Adat sebelum Islam menegah sebarang hubungan perkahwinan antara lelaki dengan bekas isteri kepada anak angkat seperti juga tidak dibenarkan untuk mengahwini bekas menantu sendiri. Masyarakat Arab akan memandang hubungan ini sebagai salahl kerana mereka menganggap anak angkat adalah anak sebenar, dan untuk mengahwini isteri kepada anak angkat - walaupun telah diceraikan - dianggap sumbang mahram.Maka, baginda menyembunyikan hasrat yang baginda ingin menikahi Zainab. Dan hal ini dikisahkan di dalam al-Qur'an 33:37:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: "Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah", sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.
—Surat Al-'Aĥzāb, ayat ke-37

Muhammad secara rasminya telah berkahwin dengan pengantinnya sendiri selepas perletakan ayat ini.Baginda menikahi Zainab sebaik selepas iddahnyua tamat iaitu pada 27 Mac 627. Kemudian, status keluarga angkat tidak lagi sama bawah fahaman Islam seperti sebelumnya. Zaid pula mengubah namanya yang pernah diubah iaitu "Zaid bin Muhammad" kembali kepada Zain bin Harithah.

Upacara perkahwinan dilakukan oleh al-Abbas bin Abdul Mutalib dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar bagi pihak Nabi Muhammad.


8. Zainab binti Khuzaimah

Tidak lama selepas perkahwinan baginda dengan Hafsah binti Umar, baginda Nabi Muhammad S.A.W telah melamar Zainab binti Khuzaimah dengan mas kahwin sebanyak 400 dirham atau 12 auns emas.Terdapat perdebatan tentang bagaimana lamaran tersebut berlaku. Dalam naskhah al-Isaba karangan Ibn Kalbi, beliau mendakwa baginda melamar beliau secara terus, manakala Ibn Hisham menulis yang bapa saudara Zainab, Quobaisa bin Arm al-Hilali yang mengaturkan peminangan tersebut.

Dikhabarkan bahawa perkahwinan tersebut berlaku pada bulan Ramadhan, yang bertujuan untuk menjamin pengikut baginda bahawa gugur di medan perang tidak bermakna keluarga mereka akan dibiarkan kebuluran dan terabai. Beliau merupakan isteri pertama baginda yang datang dari luar Bani Quraisy.

Pada satu masa dikhabarkan terdapat seorang miskin datang ke rumah beliau dan meminta sedikit tepung, dan beliau memberikan semua yang beliau ada walaupun hanya tinggal sedikit lalu beliau berlapar tanpa sebarang makanan pada malam tersebut. Nabi Muhammad S.A.W terharu dengan kemurahan hati beliau dan memberitahu isteri baginda yang lain tentangnya bahawa "jika kamu beriman kepada Allah, Dia akan memberikan kamu kecukupan sepertimana Dia memberikan rezeki kepada burung-burung, yang keluar dari sarang pada waktu pagi dalam keadaan lapar dan kembali pada waktu malam dalam keadaan kenyang".


9. Juwairiyah binti Harith


Beliau mengahwini Nabi Muhammad ketika baginda berusia 58 dan beliau berusia 20 tahun yang membuatkan perkahwinan itu berlaku pada tahun 628 M.Beliau merupakan anak perempuan al-Hārith ibn Abi Dirar, ketua Banu Mustalaq, yang dikalahkan bersama puaknya oleh tentera Islam dalam satu pertarungan.


Juwairiyah diperihalkan sebagai orang yang sangat cantik dan mulus:

  • Beliau dibesarkan dalam ribaan kemewahan, dan mempunyai pesona dan lagak seorang puteri. Bijak dan pintar, beliau menguasai bahasa dan kesusasteraan. Ini ialah pencapaian yang amat dihargai oleh Arab masa itu.[5]
  • Semua yang melihat [Juwairiyah] terpesona dengan kecantikan beliau. Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang mewah, beliau bukan sahaja jelita tetapi anggun, elegan, dan fasih.
  • Apabila isteri Nabi Muhammad S.A.W, 'Aisyah melihatnya buat kali pertama, beliau mengatakan bahawa Juwairiyah "secantik bidadari".

Juwairiyah binti Harith meriwayatkan: Rasulullah S.A.W datang ke rumahku pada waktu fajar ketika aku sibuk menjalankan solat Subuh. Baginda datang sekali lagi pada waktu Dhuha dan mendapati aku masih duduk di situ. Baginda berkata, "Adakah kamu berada dalam kedudukan yang sama seperti semasa saya tinggalkan kamu. Saya balas mengiyakan. Lalu baginda bersabda,

"Saya membaca empat kalimah tiga kali selepas saya meninggalkan kamu. Jika kalimah tersebut ditimbang berbanding apa yang telah kamu bacakan sepanjang pagi, nescaya kalimah tersebut adalah lebih berat. Kalimah tersebut ialah:


سُبْحَانَ اللهِ وَ بِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَ مِدَادَ كَلِمَاتِهِ

SubhanAllahi wa bihamdihi, `adada khalqihi, wa ridho nafsihi, wa zinata `arshihi, wa midada kalimatihi

Maha Suci Allah dan aku memujian-Nya, sebanyak bilangan ciptaan-Nya, menurut keredhaan-Nya, seberat 'Arasy-Nya, dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya."

– Diriwayatkan oleh Muslim 44/17, Tirmidzi 67/13, Abu Dawud 369/4, Ibnu Majah 423/2

10.Safiyah binti Huyay 

Menurut Muhammad al-Bukhari, Nabi Muhammad S.A.W tinggal selama tiga hari di suatu tempat di antara Khaibar dan Madinah, di mana baginda bersama dengan Safiyah sebagai isteri baginda. Sahabat Nabi tertanya jika Safiyah dianggap sebagai tahanan ([ma malakat aymanukum] atau isteri. Mereka menganggap Safiyah sebagai isteri Nabi Muhammad S.A.W, maka termasuk sebagai "Ibu Orang Beriman", jika baginda mengarahkan beliau untuk menghijabi dirinya, jika tidak beliau adalah wanita pembantu.

Nabi Muhammad S.A.W mencadangkan Safiyah menganut Islam dan beliau setuju lalu jadilah beliau salah seorang isteri Nabi Muhammad. Safiyah tidak melahirkan sebarang zuriat dengan Nabi Muhammad S.A.W

Walaupun telah memeluk Islam, isteri-isteri baginda sering mengejek Safiyah dengan keturunan Yahudi. Terdapat perasaan ragu-ragu terhadap kesetiaan Safiyah kepada Islam dan syak yang beliau akan membalas dendam terhadap kaum keluarganya.[13] Dalam kitab Sirah Rasulullah, baginda sendiri atau Umar menyatakan kekecewaan terhadap keraguan dan meyakinkan mereka akan kesetiaan Safiyah.

Berkenaan sulur galur Yahudi pada Safiyah, Nabi Muhammad pernah memberitahu isteri baginda itu, "Jika mereka menyakiti kamu lagi, beritahu mereka yang suami kamu ialah Muhammad, bapa kamu ialah Harun dan bapa saudara kamu ialah Musa. Jadi, apa yang kamu ada itu patut kamu banggakan."


11. Maimunah binti Al-Harith 


Isi Khutbah Terakhir Rasullullah

Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:


"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

SELAWAT MAULIDUR RASUL
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
‎اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya


Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan , pensyariatan hukum sunat dan lafaz selawat itu ada banyak, yang popular seperti hadith riwayat Imam Muslim (406):
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمِ
إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
Lafaz-lafaz lain:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas kerabat Muhamad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung. Dan berkatilah ke atas Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Bukhari

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدُ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri baginda dan zuriatnya seperti mana Engkau berikan selawat ke atas kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan ke atas isteri-isteri baginda dan zuriatnya seperti mana Engkau memberkati ke atas kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Bukhari & Muslim

اللهم صل على محمد عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَآلِ إبْرَاهِيمَ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, hamba-Mu dan utusan-Mu, seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad dan kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Bukhari
اللَّهُمَّ صَلِّ مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صليت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Maksudnya: Ya Allah! Berilah selawat ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau berikan selawat ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim dan berkatilah ke atas Muhammad, seorang Nabi dan seorang yang ummi, dan ke atas kerabat Muhammad seperti mana Engkau memberkati ke atas Ibrahim dan kerabat Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Agung.
HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Daruqutni dan al-Baihaqi. Al-Daruqutni berkata hadis ini hasan manakala al-Hakim berkata sahih.
Allah SWT berfirman:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab (56))

Jika para malaikat boleh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, apatah lagi kita, manusia hamba Allah SWT yang kerdil ini. Sempena bulan mulia ini, marilah kita meringankan lidah untuk sentiasa memperingati Rasulullah SAW dengan menghantar selawat dan salam kita kepada Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1442H/29.10.2020M


Rujukan :


1. Wikipedia

2. Al Bayan : Sehari bersama Rasullullah SAW 

- https://mira.gov.my/wp-content/uploads/2020/10/Al-Bayan-5-Seharian-Bersama-Rasullulah-SAW_FINAL1.pdf

Ibn Qayyim al-Jawziyya


Pemilik nama Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad namun lebih dikenali dengan gelarannya sebagai Ibn Qayyim Al-Jawziyyah.

PROFIL

Nama: Shams al-Din Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abu Bakr bin Sa’ad
Gelaran: Ibn Qayyim Al-Jawziyyah
Asal: Damsyik, Syria
Tahun kelahiran: 7 Safar 691 Hijrah (9 Januari 1292 Masihi)
Tahun kematian: 751 Hijrah (1350 Masihi)
Kepakaran: Ulama terbesar dalam bidang tafsir, hadis, fiqh (hukum Islam) dan usuluddin (teologi)
Sumbangan: Memperkenalkan konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah serta mekanisme pasaran.
Karya agung: Tahdid al-Sunan oleh Abu Dawud (hadis), al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib (hadis), I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin (fiqh dan usul fiqh) dan al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar’iyyah (fiqh dan usul fiqh)

Anak kelahiran Damsyik, Syria ini dilahirkan pada 7 Safar 691 Hijrah bersamaan 9 Januari 1292. Beruntunglah Ibn Qayyim Al-Jawziyyah kerana beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Bapanya, Abu Bakr mengajarnya tentang ilmu-ilmu asas Islam termasuklah berkaitan faraid.

Tidak hairanlah figura hebat itu banyak membincangkan falsafah ekonomi Islam. Ia termasuklah konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, konsep faedah, riba al-fadl dan riba al-nasi’ah serta mekanisme pasaran.

Menyoroti historiografinya, Ibn Qayyim bukan calang-calang individu. Ketika remaja beliau sudah menuntut ilmu dalam pelbagai bidang dengan beberapa ulama terkenal. Antara pernah menjadi gurunya ialah Qadi Sulayman Hamzah (711 Hijrah), Syakh Abu Bakr (718 Hijrah), Isma’il Maktum (716 Hijrah), Ibn Taymiyyah (661 Hijrah – 728 Hijrah) dan ramai lagi.

Kesungguhannya berguru itu menjadikan beliau menguasai pelbagai bidang ilmu hingga menjadi ilmuan terkenal. Ibn ‘Imad menyatakan, Ibn Qayyim juga alim dalam bidang tasawuf.

Kehebatannya diperakui sehinggakan sebahagian ulama sufi menggelarkannya sebagai sufi agung. Apa tidaknya, tokoh itu merupakan individu yang faqih dan mempunyai autoriti dalam Mazhab Hambali.

Anak murid Ibn Qayyim Al-Jawziyyah itu juga bukan sembarangan orang. Mereka terdiri daripada ilmuan dan ulama hebat. Antara anak muridnya yang masyhur ialah Ibn Kathir, tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah; Zayn al-Din Ibn Rajab al-Hanbali (seorang tokoh dalam Mazhab Hanbali) dan Ibn Hajar al-‘Asqalani (tokoh hadis terkemuka).

Menurut Ibn Kathir, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah merupakan orang yang kuat beribadah. Peribadinya yang disukai oleh orang ramai pada waktu itu.

Ibn Khatir menulis: “Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadah seperti Ibn Qayyim. Sembahyangnya begitu lama. Beliau memanjangkan rukuknya dan juga sujudnya.”

Meskipun menguasai pelbagai disiplin ilmu, namun pemikiran ekonomi gagasan Ibn Qayyim begitu masyhur dengannya. Beliau antara tokoh penting dalam ekonomi zakat.

Menurut pandangannya, fungsi zakat adalah untuk membangunkan kualiti kebaikan, persaudaraan dan kebajikan. Maka dengan alasan yang dikemukakan itu, kadar khusus zakat ditetapkan ke atas setiap jenis harta kekayaan dan barang-barang yang boleh memberikan pulangan.

Ibn Qayyim juga membincangkan tentang persoalan riba yang menjadi teras dalam amalan perbankan dan kewangan konvensional dengan memetik ayat 276 dalam Surah al-Baqarah.

Beliau turut melarang semua jenis riba kerana boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat dan menghilangkan perasaan ihsan.

Ketokohannya semakin terserlah apabila beliau menganjurkan supaya kerajaan campur tangan dalam pemilikan harta kekayaan oleh individu jika mereka menggunakannya untuk jalan yang bertentangan dengan faedah masyarakat.

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah turut menjelaskan tentang nilai-nilai etika yang baik yang seharusnya diamalkan oleh orang Islam dalam kegiatan ekonomi. Antara nilai yang diketengahkan adalah kepatuhan kepada ALLAH, ketaatan kepada agama, sifat baik, jujur dan benar.Dirinya juga tidak mensia-siakan ilmunya begitu sahaja. Beliau menjilidkan sebanyak 66 buah kitab dalam pelbagai bidang penulisan berdasarkan penyelidikan yang dilakukan oleh Dr ‘Iwwad Allah Jad Hijazi.

 Antara kitab hadisnya yang masyhur ialah Tahdid al-Sunan oleh Abu Dawud dan al-Wabilal Sayyab min al-Kalam al-Tayyib. Dalam bidang fiqh dan usul fiqh, beliau menyumbangkan kitab seperti I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin dan al-Turuq al-Hukmiyyah fi al-Siyysah al-Shar’iyyah serta banyak lagi.

Menurut riwayat yang masyhur, Ibn Qayyim Al-Jawziyyah meninggal dunia pada tahun 751 Hijrah bersamaan 1350 Masihi di tempat kelahirannya.

Memang tidak boleh disangkal, kehebatannya selaku tokoh pemikir dan ulama terkenal. Semua pandangan beliau dalam bidang ekonomi seperti pasaran, kawalan harga, nisbah dan sebagainya sebenarnya telah dikemukakan terlebih dahulu sebelum teori-teori ekonomi lain yang dicetuskan para sarjana Barat seperti Adam Smith dan Alfred Marshal.

Segala teori yang dikemukakan beliau masih lagi relevan hingga ke hari ini.


Benarkah Bahtera Nabi Nuh ada di Turki?

Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barakah...semoga Allah berikan perlindungan untuk kita sepanjang hari ini insyallah... 

Sejak Hagia Sofia diistiharkan menjadi masjid semula saya rasa hati saya sangat dekat dengan Turki. Setiap kali melihat gambar2 masjid di sana, mendengar berita atau apa2 penulisan berkenaan Turki hati saya akan tersentuh. Kadang2 terasa terharu sehingga mengalir air mata. Masyallah, moga Allah kurniakan peluang untuk saya berada di Turki, menjelajah ke setiap pelusuk negaranya, solat sunat di setiap masjidnya dan yang paling penting menziarahi makam2 pejuang Islam yang telah membentuk Islam di nusantara, insyallah.

Baru-baru ini saya ada ternampak satu video di Youtube yang menceritakan berkenaan Nabi Nuh. Daripada video itu minat saya berkembang untuk mengetahui lebih dalam berkenaan Nabi Allah Nuh. Di mana asal usulnya, siapa keluarganya, di mana beliau membina kapalnya, ke mana hala kapal tersebut, di mana ia berlabuh dan banyak lagi. Perkongsian hari ini agak Panjang. Saya banyak ambik dari sumber2 bacaan saya yang saya harapkan ianya adalah tepat dan boleh digunakan untuk meluskan ilmu pengetahuan kita semua berkenaan nabi-nabi yang terdahulu.

Mengikut Islam, kisah bahtera Nabi Nuh difirmankan Allah SWT menerusi ayat ke-64 surah al-A'raf dalam al-Quran yang bermaksud: 

"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/47879/siri-misteri-di-mana-lokasi-bahtera-nabi-nuh

Hal ini disebabkan kisah benar membabitkan malapetaka hukuman Tuhan dan pembinaan kapal agam itu diceritakan dalam kitab tiga agama samawi iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Mengikut Islam, kisah bahtera Nabi Nuh difirmankan Allah SWT menerusi ayat ke-64 surah al-A'raf dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

Rentetan kisah itu bermula apabila kaum Nabi Nuh enggan mengesakan Allah SWT walaupun Tuhan memberikan mereka pelbagai nikmat.

Nabi Nuh berdakwah siang dan malam tetapi kaumnya enggan mengikuti ajaran Baginda, malah sanggup memperlekeh dan mencabar Allah mendatangkan azab buat mereka.Umat Nuh kufur

Keangkuhan dan kekufuran umat Nabi Nuh menyebabkan Allah akhirnya memerintahkan rasul itu membina kapal besar di kawasan tinggi yang jauh dari laut sehingga kaumnya menuduh Baginda gila.

Allah kemudian menurunkan hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir paling besar dan menenggelamkan serta mengorbankan umat ingkar. Pengikut Nabi Nuh bagaimanapun terselamat kerana menaiki bahtera.

Bala Tuhan itu difirmankan dalam ayat 25, surah Nuh yang bermaksud: "Disebabkan kesalahan mereka, mereka ditenggelamkan lalu dimasukkan ke neraka, maka mereka tidak mendapat penolong bagi mereka selain Allah."

Selepas beberapa lama, banjir surut dan kapal itu berlabuh di satu kawasan, seterusnya bermulalah misteri dalam kalangan pengkaji dalam mencari lokasi bahtera itu tersadai sehingga kini.

Pengkaji Barat menggambarkan bahtera Nabi Nuh berbentuk seakan-akan kotak dengan panjangnya kira-kira 137 meter, 30 meter lebar dan 14 meter tinggi. Mereka juga menganggarkan banjir besar itu berakhir lebih 4,000 tahun lalu.

Mengenai lokasi kapal itu berlabuh, penyelidik Barat merujuk terjemahan Injil yang menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Banjaran Ararat antara Turki dan Armenia.

Ekspedisi pencarian

Dengan petunjuk itu, maka ekspedisi pencarian dijalankan sejak ratusan tahun lalu bagi mencari kembali bahtera agung itu untuk dipertontonkan kepada masyarakat moden.

Laman informasi Wikipedia menyenaraikan siri ekspedisi dan dakwaan penemuan lokasi bahtera di Ararat. Antaranya pada 1829, pendaki terkemuka, Dr Friedrich Parrot, menulis dalam jurnalnya `Journey to Ararat' bahawa: "Penduduk Armenia amat yakin bahtera Nabi Nuh berada di puncak Ararat dan bagi menjaga rahsia kewujudannya, tiada manusia dibenarkan menghampiri kawasan itu."

Pada tahun 1883, beberapa pihak termasuk British Prophetic Messenger melaporkan petugas Suruhanjaya Turki yang menyiasat kejadian salji runtuh di Ararat berjaya melihat bahtera itu.

Terdapat juga dakwaan Maharaja Russia, Tsar Nicholas II, menghantar 150 pakar pelbagai bidang untuk mencari bahtera itu di Ararat sekitar 1916 hingga 1918.

Bagaimanapun, laporan ekspedisi tidak sempat dikemukakan kerana Perang Bolshevik meletus di Russia.Terbenam dalam salji

Pertengahan tahun 2004, sekumpulan saintis bersama ahli perniagaan, Daniel McGivern, menyatakan mereka menemui objek yang mempunyai ciri bahtera Nabi Nuh terbenam dalam salji di puncak Ararat.

Cuaca panas tahun itu menyebabkan salji cair dan membolehkan satelit merakamkan gambar berkenaan yang diyakini McGivern bahawa imej itu adalah bahtera Nabi Nuh.

Malangnya, ekspedisi mencari tidak dapat diteruskan apabila gagal mendapat kebenaran kerajaan Turki berikutan kawasan itu amat bahaya dan berada dalam zon perang.

Pada tahun 2007, ekspedisi pertubuhan Noah's Ark Ministries International (NAMI) mendakwa menemui `gua aneh' berdinding kayu di Ararat. Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan mereka sudah menjumpai bahtera itu dan masuk ke dalamnya.

Mereka juga mendakwa ujian karbon menganggarkan kayu dinding gua itu berusia kira-kira 4,800 tahun. Lokasi itu bagaimanapun dirahsiakan sehingga kini.

Walaupun ramai percaya banjaran Ararat menjadi tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh, malah banyak ekspedisi dilakukan ke sana sejak ratusan tahun lalu, hakikatnya tiada bukti kukuh didedahkan untuk mengesahkan dakwaan itu.

Bukit Judi

Berbanding Kristian, umat Islam mengimani ayat ke-44, surah Hud yang jelas menyatakan bahtera Nabi Nuh terdampar di Bukit Judi.

Bagaimanapun, sehingga kini, lokasi sebenar Bukit Judi masih diperdebatkan. Dalam tafsir Ibnu Kathir, dinyatakan Bukit Judi terletak di wilayah Al-Jazirah atau barat laut Mesopotamia. Pengkaji, Muhammad Isa Dawud pula menyatakan Bukit Judi terletak di Bhutan.

Terdapat juga kawasan lain turut dikaitkan sebagai lokasi tersembunyinya bahtera Nabi Nuh antaranya Durupinar di utara sempadan Iran, Gunung Alborz di Iran dan di Yaman.


SAJAK BUAT PASUKAN "FRONLINER" KKM

 


berkorban apa sahaja

harta ataupun nyawa

itulah pujangga rawa menitip di hati melekat di jiwa

dialun gelombang rasa

bagai menari bersama ombak derita

berkocak riang entah mana hujungnya

 

Mentari pagi hilang seri

Bahangnya enggan menyentuh hati

Ke mana pergi tidakkan dicari

Ke hujung dunia mungkin pasti

Manakan dapat dicari-cari

Mentari berlalu pergi

Akankah datang kembali mengetuk pintu hari

 

Sinar mentari yang dicari

Hanya bulan kunjung kembali

Membawa sinar di hujung hati

Mungkinkah sinarnya kan gagah lagi

Apakah ada ganti

Mentari yangku cari

Jangan sembunyikan diri

 

Rindu pada mentari

Mengikat kasih sejati

Rindu pada purnama

Tersisih seolah mati.


Semoga Allah permudahkan urusan para fronliner...Allah sahajalah yang dapat membalas jasa anda semua...


Putrajaya.

12.10.2020


Akhirnya Rihanna Mohon Maaf Guna Lagu Doom Promisi Pakaian Dalam


Kecoh di Twitter dan Instagram 2 hari lepas pasal isu ni. Rihanna telah menggunakan lagu Doom (hari kiamat) yang dikatakan adalah hadis yang mengandungi perkataan Nabi Muhammad yang telah dibacakan oleh Ustaz Mishary bin Rashid Alafasy.

Pada hari yang sama, penulis lirik kepada muzik tersebut telah membuat hantaran permohonan maaf di akaun twitter miliknya.

Sementara penyanyi Rihanna sendiri hanya membuat permohonan maaf setelah teruk dikecam..2 hari selepas kejadian...

A post shared by Rihanna🔵 (@badgal__rihanna) on

Nampaknya Rihanna seolah-olah cuba bermain dengan sensitiviti agama Islam. Walaupun bahasanya nampak ikhlas tapi ini bukanlah kali pertama Rihanna membangkitkan kemarahan kaum Muslim. Sebelum ini, Rihanna pernah teruk dikecam akibat memakai pakaian yang menjolok mata semasa melawat Masjid. 

 

Cara Daftar Geran Khas Prihatin 2.0 di gkp.hasil.gov.my


Salam #kitajagakita...

Jika anda seorang peniaga kecil yang mempunyai pendapatan kurang daripada 300 ribu, anda layak untuk memohon bantuan Geran Khas Prihatin (GKP). Peniaga yang layak telahpun diberikan bantuan yang sama melalui skim GKP 1.0 dan terima duit bantuan pada bulan Mei 2020 yang lalu. Jika anda antara orang yang terlepas daripada senarai pada skim 1.0 atau baru sahaja mendaftarkan peniagaan selewat-lewatnya pada 31.8.2020, makan anda layak untuk memohon pada skim 2.0 ini. Sebelum itu, pastikan anda mendaftar di gkp.hasil.gov.my atau layari website tersebut untuk buat semakan.

Cara daftar GKP 2.0

Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar GKP 2.0:

  1. Layari pautan Log Masuk GKP 2.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my/Account/Login
  2. Anda akan berada di paparan Log Masuk GKP
  3. Masukkan ID Pengguna, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda (Nombor Kad Pengenalan baru yang mempunyai 12-digit tanpa sempang)
  4. Tekan butang Semak
  5. Sekiranya anda memang belum pernah mendaftar GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini:
    • ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar.
  6. Klik pautan Daftar Akaun seperti yang dipaparkan
  7. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  8. Tekan butang Cari
  9. Akan keluar paparan ini:
    • Untuk teruskan proses semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.
  10. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  11. Tekan butang Semak

Proses daftar GKP 2.0 anda kini sudah selesai. 

Untuk membuat permohonan, anda boleh baca arahan dan panduan selanjutnya seperti di paparan skrin. Sebagai rujukan, pastikan salinan sijil pendaftaran perniagaan ada bersama anda.

 Syarat pendaftaran GPK 2.0

Bantuan Geran Khas Prihatin (GPK 2.0) ini adalah untuk usahawan dan peniaga-peniaga kecil yang tidak dapat bantuan GPK 1.0 sebelum ini.

Dengan peruntukan sebanyak RM600 juta, dianggarkan bahawa sekitar 200,000 PKS Mikro akan menerima bantuan ini.

Kriteria kelayakan utama untuk daftar GKP 2.0 adalah seperti berikut:

  • Tidak dapat bantuan GKP 1.0
  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan masih lagi aktif dijalankan
  • Jumlah jualan tahunan tidak melebihi RM300,000
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak boleh lebih empat (4) orang
  • Jumlah pekerja tidak termasuk pemilik
  • Pemohon wajib memenuhi definisi PKS Mikro
  • Pemohon wajib berdaftar dengan LHDN, PBT atau SSH sehingga 31 Ogos 2020