Misteri Batu Ular "Nabau" di Sarawak


Batu Ular "Nabau" terletak 3km dari pusat pekan Engkilili. Batu tersebut mempunyai hujung runcing seperti kepala ular, nampak seolah-olah keluar dari tanah, menyebabkan orang ramai percaya bahawa batu tersebut sememangnya ular yang bertukar jadi batu. Batu Nabau juga dikenali sebagai Batu Lintang oleh penduduk tempatan sebelum ini hanyalah batu biasa yang mereka lalui dalam perjalanan ke kebun mereka.
Sekitar 20 tahun yang lalu, beberapa lelaki Cina tempatan membawa seorang lelaki Thailand untuk melawat batu tersebut. Lelaki Siam itu berkata beliau termimpi mengenai batu tersebut dan batu itu sebenarnya adalah ular sebenar dan dia harus memuja ular itu. Orang-orang rumah panjang menunjukkan kepadanya apa yang mereka panggil Batu Lintang ketika itu.
Orang Thai itu mendakwa bahawa doa dan persembahannya yang dibuat di atas batu itu telah dijawab, menyebabkan ramai orang berkumpul di kawasan itu untuk mencari keajaiban dan menjalankan pemujaan. Penduduk Iban yang menetap tidak jauh dari batu tersebut terkejut pada mulanya untuk melihat semua kemenyan dan lilin yang dipasang di batu tersebut. Ada yang mendakwa mereka menang hadiah loteri selepas meminta nombor ekor dari Batu Nabau. Ada juga komuniti Iban yang membuat upacara ‘miring’ di Batu Nabau. 
Sekarang, ramai Iban tempatan telah percaya bahawa ‘ular’ tersebut adalah dewa yang melindungi kawasan itu dengan kuasa mistik. Lama-kelamaan, penduduk Iban mula memanggilnya Batu Nabau (sejenis ular di Iban) dan bukannya Batu Lintang.
Salah satu kejadian aneh yang berlaku di kawasan tersebut apabila musim hujan. Selebat hujan mana sekalipun, penduduk tempatan menyedari bahawa batu itu tidak pernah terendam dan entah bagaimana kelihatan terapung tepat di atas air walaupun seluruh kawasan tersebut dibanjiri.
Beberapa tahun dahulu ada surat khabar tempatan melaporkan penemuan beberapa huruf abjad Jawi di Batu Nabau.  Huruf alif, lam, nun, mim dan sin dikatakan telah ditemui terukir atas batu tersebut. Namun sehingga kini, tiada siapa yang benar-benar mengetahui mengenai penemuan tersebut dan misteri di sebalik batu tersebut.
Sumber :

Letupan Gas di Beirut, Lebanon istihar 2 minggu darurat



Masih lagi tekejut dengan berita yang menggembarkan dari Beirut. 

Letupan di Beirut, Lebanon

4 Ogos 2020 (Selasa, 6 petang waktu tempatan) menjadi hari yang akan diingati oleh penduduk di seluruh dunia. Letupan yang sangat besar berskala 3.3 richter daripada gudang di pelabuhan di Beirut ini turut menggegarkan Cyprus yang berada 200 kilometer daripada Beirut sangat mengerikan. Bayangkan gegaran sangat hebat ini telah memusnahkan bangunan yang berada dalam radius 10 km. Ratusan terbunuh dan ribuan yang cedera. Menurut berita, kejadian ini telah memberi kesan kepada hampir 300 ribu orang penduduk di Beirut.

Istihar Darurat 2 minggu

Perdana Menteri, Hassan Diab berkata, kejadian berkenaan adalah satu malapetaka yang besar. Beliau telah mengadakan mesyuarat tergembar dan kemudiannya mengistiharkan darurat selama 2 minggu dan 3 hari berkabung. Setakat pagi ini (6.8.2020) kematian telah mencecah ratusan orang dan orang-orang yang cedera hampir ribuan orang. 

Punca Letupan

Menurut Hassan Diab, letupan ini berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.


5 kejadian letupan akibat bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate 

1. Letupan gudang barang di Tianjin, China (2015)

Dua letupan besar terjadi di gudang yang terletak di bandar pelabuhan Tianjin, dan disusuli kebakaran besar pada Ogos, 2015.


Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berpunca daripada bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate dan sodium cyanide.

2. Tragedi Ryongchon, Korea Utara (2004)

Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen mengandungi ammonium nitrate, serta gerabak keretapi yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada penghujung April, 2004.

Sekurang-kurangnya 162 orang terkorban, dan lebih 3,000 tercedera akibat tragedi itu. Letupan itu turut memusnahkan kediaman sekeliling menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Media membuat spekulasi bahawa letupan itu merupakan perancangan untuk membunuh pemimpin Korea Utara ketika itu iaitu Kim Jong-il, yang mana keretapi yang beliau naiki sepatutnya melalui stesen itu ketika kejadian berlaku

3. Tragedi Bandar Texas (1947)

Tragedi industri paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku di Teluk Galveston, yang terletak di Pelabuhan Bandar Texas pada April, 1947. Ia dikatakan bermula apabila seorang individu terbuang puntung rokok yang masih menyala di atas kapal SS Grandcamp, yang sedang mengangkut 2.3 tan ammonium nitrate.

Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lain  yang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.

Letupan itu juga dilaporkan terkena kepada dua kapal terbang yang sedang melintasi ruang udara kawasan berkenaan.

4. Letupan Oppau di Jerman (1921)

Pada 21 September 1921, sebuah menara silo yang menyimpan 450 tan ammonium sulfate dan baja ammonium nitrate telah meletup, mengakibatkan 500 hingga 600 orang terkorban, dan sekitar 2,000 lagi tercedera.

Letupan itu dapat dirasai berbatu-batu jauh, sehingga mencecah bandar Frankfurt.

5. Letupan Great Kent (1916)

Pada 2 April, 1916, sebuah kilang yang menyimpan 25 tan bahan letupan TNT, dan 700 tan ammonium nitrate di Faversham, United Kingdom, telah terbakar dan meletup.

Tragedi itu telah mengorbankan 115 pekerja, yang kesemuanya adalah lelaki dan kanak-kanak lelaki. Tujuh mayat gagal dikesan.

Kesan letupan itu dapat dirasai sehingga ke Norwich, yang terletak 244 kilometer jauhnya dari tempat kejadian.


Esra Bilgic aka Halima Sultan Pelakon Dirilis Ertugrul: Biodata




Esra Bilgic adalah pelakon kelahiran Turki yang menyentuh hati ramai peminatnya dan peminta drama bersiri Ertugrul. Lakonan yang mantap, penuh emosi suka dan duka, pelakon yang cantik dan berbakat ini berjaya membawakan watak sebagai isteri Urtugrul, Halima Sultan.

Biodata Esra Bilgic 
Umur
Esra Bilgic dilahirkan pada 14 October 1992 di Ankara, Turki. 
Pendidikan
Esra Bilgica adalah graduan daripada Bilkent International University in Ankara.
Family
Esra Bilgic mempunyai seorang adik lelaki dan merupakan pelakon kelahiran dan berasal daripada Turki.
www.showbizhut.com


Pada tahun 2017 Esra Bilgic telah berkahwin dengan pemain bola sepak Turki, Gokhan Tore. Walaubagaimanapun mereka telah bercerai pada tahun 2019.

Watak Halima Sultan
Esra Bilgic memainkan watak sebagai isteri kepada Estugrul (anak Sulaiman Syah). Di dalam drama ini Halima mempunyai seorang adik lelaki bernama Yigit dan ayahnya adalah Sultan Melik Izedin, pemerintah Kerajaan  Seljuk. Menurut sejarah, Halima adalah ibu kepada Omar 1 dan telah dikuburkan di Taman Ertugrul Ghazi di Sogut.


Esra Bilgic Dramas
1. Dirilis Ertugrul (Season 1-4)
2. Bir Umut Yeter
3. Ramo
Instagram: esbilgic


#ertu #ertugrul #rul #dirili #osman #kurulu #turkey #pakistan #dirilisertugrul #ertugrulgazi #t #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #z #rulgazi #ertugrulbey #g #love #k #urdu #bhfyp #burakozcivit #dizisi #dirilisdizisi #islam #rulbey #pakistani #ertugrulhalime #kurulusosman #ailesi #s #ottomanempire #memes #dirilisosman #cengizcoskun #osmanbey #ertugrulurdu #n #follow #balahatun #imrankhan #trt #muslim #karachi #like #kayi #ertugrulghazi #bey #lahore #islamabad #oye #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #rulgazi #ertugrulbey #love #urdu #urdupoetry

Burcu Kiratli aka Gokce dari Drama Ertugrul : Biodata #burcukiratli


Burcu Kiratli adalah salah seorang artis Turki yang paling kaya dan terkenal. Beliau bukan sahaja cantik malah lengkap dengan bakat lakonan yang mantap membuatkan ramai yang menyukai beliau. Pada tahun 2014 nama Burcu Kiratli mulai naik selepas berlakon dalam drama  romantik berdasarkan kisah benar, Peri Misali yang bermaksud fairy tale.
Pada tahun yang sama nama Burcu makin menjulang dan dikenali seluruh dunia setelah tampil dalam dram bersiri Derilis : Ertugrul dengan membawa watak Gokce, gadis yang cantik, lemah lembut dan naive, anak saudara kepada Sulaiman Syah dan adik kepada Salcan Hatun.
Umur
Burcu Kiratli lahir pada 23 Julai 1989 di Istanbul Turkey. Pada tahun 2020 Burcu berumur 31 tahun.
Pendidikan
Burcu Kiratli adalah graduan dari Visual Communication Design Department of Yeditepe University.Selepas tamat pendidikan tersebut beliau menceburi bidang modeling dan lakonan.
Burcu Kiratli dan Keluarga
Burcu Kiratli telah berkahwin dengan penyanyi dan komposer terkenal Turki pada 24 Disember. Kedua-duanya terkenal sebagai pasangan artis dan celebriti Turki. Walaubagaimanapun, keduanya telah mengambil keputusan untuk bercerai selepas 6-9 bulan berkahwin secara damai.
source : www.showbizhut.com

Burcu Kiratli
Tarikh Lahir : 23 Julai 1989 (31 tahun)
Tempat Lahir : Istanbul, Turki
Pendidikan : Anatolian High School, Yeditepe University
Pekerjaan  : Model, Pelakon
Suami (x) : Sinan Akcil (2019-2019)
Instagram: burcukiratli23  


Filem 
2. Peri Masali
3. Bizim Hikaya

Drama


1. Elde Var Hayat
2. Dirilis Ertugrul
3. Mustafa Kemal’im

Sumber :
1. showbizhut.com
2. Wikipedia


#ertu #ertugrul #rul #dirili #osman #kurulu #turkey #pakistan #dirilisertugrul #ertugrulgazi #t #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #z #rulgazi #ertugrulbey #g #love #k #urdu #bhfyp #burakozcivit #dizisi #dirilisdizisi #islam #rulbey #pakistani #ertugrulhalime #kurulusosman #ailesi #s #ottomanempire #memes #dirilisosman #cengizcoskun #osmanbey #ertugrulurdu #n #follow #balahatun #imrankhan #trt #muslim #karachi #like #kayi #ertugrulghazi #bey #lahore #islamabad #oye #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #rulgazi #ertugrulbey #love #urdu #urdupoetry

Resurrection : Ertugrul


Resurrection: Ertuğrul atau dalam bahasa Turkinya Diriliş: Ertuğrul  adalah drama bersiri yang telah mula ditayangkan di Turki pada tahun 2014 dan menjadi hits selepas ditayangkan di Netflix. Drama ini menggunakan bahasa Turki dengan keindahan bahasa yang saya boleh katakan disulami sasteranya yang indah. Jika anda peminat cerita-cerita epik dan sejarah, ini adalah drama yang anda boleh tonton sambil bermain dengan perasaan, emosi dan kepercayaan. Insyallah anda akan jumpa something untuk kuatkan kepercayaan anda, jika anda benar2 ikuti jalan cerita dari awal hingga akhir.

Kisah ini diadaptasikan dari kisah sejarah kebangkitan Empayar Uthmaniyah. Jika anda ikuti baru2 Mahkamah Turki telah mengembalikan status muzium Hagia Sofia menjadi Masjid sepertimana asalnya. Hagia Sofia dibina pada tahun 537 sebagai sebuah gereja. Ia menjadi Masjid setelah Constantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul) ditakluki oleh Sultan Muhammad Al- Fateh (Sultan Mahmed ke-II) pada tahun 1453. Namun, is telah dtukar menjadi sebuah muzium pada tahun 1935 semasa pemerintahan Presiden Mustafa Altantuk yang mengamalkan liberaslism yang mengasingkan agama dan politik dalam kehidupan.

Ertugrul adalah pahlawan Islam yang merupakan moyang Sultan Muhammad Al-Fateh. Ikuti Musim Pertama (Season 1) di Netflix dan anda akan ketahui perkara2 berikut:
1. Ertugrul adalah anak kepada ketua Puak Kayi, Sulaiman Syah;
2. mempunyai 4 adik beradik;
3. seorang yang tegas, selalu berbeza pendapat dengan adik beradik yang lain mahupun orang lain di sekitarnya, namun selalunya dan kebanyakkannya, apa yang diluahkan oleh Urtugrul adalah betul dan tepat, menjadikan beliau seorang yang disegani kerana berani dan tegas;
4. seorang yang tangkas di medan perang;
5. mempunyai 3 rakan baik yang sentiasa ada bersama-sama beliau menang peperangan.


Season 1- Season 5 (Netflix)





Episod2 ini telah dikecilkan menjadi episod yang pendek di Netflix. Jadi jangan hairan di Netflix Season 1 ada 76 episod. Satu episod mengambil masa lebih kurang 40 minit ke atas. Bertabahlah untuk habiskan semua episod. Ia akan mengambil masa namun percayalah, its worth the time spent.


Bacaan lain :


>>>>Sinopsis "365 Days"

#ertu #ertugrul #rul #dirili #osman #kurulu #turkey #pakistan #dirilisertugrul #ertugrulgazi #t #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #z #rulgazi #ertugrulbey #g #love #k #urdu #bhfyp #burakozcivit #dizisi #dirilisdizisi #islam #rulbey #pakistani #ertugrulhalime #kurulusosman #ailesi #s #ottomanempire #memes #dirilisosman #cengizcoskun #osmanbey #ertugrulurdu #n #follow #balahatun #imrankhan #trt #muslim #karachi #like #kayi #ertugrulghazi #bey #lahore #islamabad #oye #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #rulgazi #ertugrulbey #love #urdu #urdupoetry

Cengiz Coşkun aka Turgut Pelakon Drama Resurrection : Ertugrul


Umur
Coşkun dilahirkan pada 29 April 1982 di Istanbul. Ibunya adalah seorang suri rumah manakala ayahnya ada juruteknik mesin. Kedua-dua orang tuanya adalah etnik Turki dari Bulgaria yang pindah ke Turki.

Pendidikan
Pada tahun 2008, Cengiz Coşkung  menamatkan pendidikannya dalam bidang sukan dari Marmara University.

Karier Dalam Bidang Sukan
Menurut Wiki, Cengiz Coşkun mulam menceburkan diri dalam bidang bolasepak semasa di Sekolah Menengah dan memenangi ujibakat Ülkerspor's.  Beliau telah bermain selama 7 tahun dan kemudiannya berpindah ke kelab Erdemir Ereğli Spor untuk 2 tahun dan  untuk alıkesir DSİ Spor selama setahun.

Karier Modelling
Beliau telah menceburi bidang modelling semasa masih aktif dengan sukan. Bakat Coşkun dalam bidang modeling memuncak setelah menang dalam pertandingan modeling pada tahun 2002 yang telah diadakan di London

Karier Lakonan
Pada tahun 2005 beliau memulakan karier dalam bidang lakonan melalui drama bersiri Rüzgarlı Bahçe. Mulai dari masa tersebut beliau mulai mengikuti latihan lakonan daripada Şahika Tekand. Beliau kemudiannay muncul dalam drama bersiri  Candan Öte (2006), Doktorlar (2007) and Hicran Yarası (2009).

Coşkun mula berlakon filem dalam filem pertamanya,  Fetih 1453 (2012) dengan watak sebagai Giovanni Giustiniani. Beliau tidak ditawarkan ewatak utama sebagai Sultan kerana warna mata beliau yang biru.
beliau juga pernah memasuki rancangan realiti Survivor: Ünlüler vs. Gönüllüler 3 (2013) dan tersingkir pada hari ke 94.

Beliau mula dikenali di luar Turki setelah berlakon sebagai Turgut dalam drama bersiri Diriliş: Ertuğrul (2014).[3] 

Pada tahun 2020, Coşkun muncul dalam filem Malazgirt 1071 dan memegang watak utama sebagai Sultan Seljuk,  Alp Arslan.

Dramas
TV Series
YearTitleRole
2005Rüzgarlı BahçeMercan
2005NehirUmut
2006Candan ÖteKaan Atalay
2006DoktorlarMert Eriç
2009Hicran YarasıTarık Budak
2013Survivor: Ünlüler vs. Gönüllüler 3Celebrities - Himself
2014Diriliş: Ertuğrul

Source : Wiki


Filem
Films
YearTitleRole
2012Fetih 1453Giovanni Giustiniani
2012Dağ1Lt Tuğrul Tümen
2016ÇekmecelerAli
2020Malazgirt 1071Sultan Alp Arslan
Source : Wiki

#ertu #ertugrul #rul #dirili #osman #kurulu #turkey #pakistan #dirilisertugrul #ertugrulgazi #t #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #z #rulgazi #ertugrulbey #g #love #k #urdu #bhfyp #burakozcivit #dizisi #dirilisdizisi #islam #rulbey #pakistani #ertugrulhalime #kurulusosman #ailesi #s #ottomanempire #memes #dirilisosman #cengizcoskun #osmanbey #ertugrulurdu #n #follow #balahatun #imrankhan #trt #muslim #karachi #like #kayi #ertugrulghazi #bey #lahore #islamabad #oye #turgut #dirilis #esrabilgi #osmanl #osmangazi #enginaltand #zyatan #turgutalp #bams #halimesultan #bamsi #rulgazi #ertugrulbey #love #urdu #urdupoetry


DOA ARAFAH SEBAGAI PANDUAN

Damba doa mustajab di Padang Arafah | Rencana | Berita Harian


Assalamualaikum..

Hari ini 30 Julai 2020 (Khamis) adalah hari wukuf bagi para jemaah haji yang terpilih pada tahun ini.Hari Arafah adalah hari ke-9 dalam bulan Zulhijjah. Sepertimana kita tahun tahun ini ibadah haji kekal diadakan dengan SOP tertentu. Tahniah kepada 8 jemaah Malaysia yang terpilih untuk mengerjakan haji dalam keadaan yang sangat istimewa tahun ini. Buat tetamu Allah semua, anda semua sangat bertuah!

Amalan terbaik pada hari #wukuf di #Arafah adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Ini diriwayatkan dalam beberapa hadis sahih, antaranya ialah:

“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah, 
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”. 
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Tirmizi)

“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”
 (Hadis diriwayatkan oleh Malik)

Saya kongsikan doa Hari Arafah yang boleh diamalkan. Ia adalah sebagai panduan sahaja dan bolehlah disesuaikan dengan hajat dan permintaan masing-masing dan ditambah ikut kesesuaian. Semoga perkongsian ini dapat mendapat manfaat kepada pembaca, dikongsikan agar manfaatnya disebarkan agar penulis asal doa ini dan kita semua mendapat manfaat yang sama, insyallah.

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi 

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  

32. Ya Allah angkatlah wabak covid 19 daripada bumi ini dan berilah kesembuhan pada yang telah disakiti.

Rebutlah peluang yang penuh istimewa di waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab untuk kita angkat doa ke langit Allah. 

Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila Dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintahKu dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.” (Surah Al-Baqarah : 186)
Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita nyatakan dan apa yang kita rahsiakan. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Meneliti segala hajat yang ada di hati kita, maka mohonlah agar disampaikan hajat dan doa itu.
Semoga ALLAH SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua dan mengampuni segala dosa-dosa kita. Sesunguhnya kita banyak melakukan dosa. Aamiinn.

Aamiiin...