8 RESEPI KUDAPAN RAYA





PKP day 32. 5 hari sebelum puasa, insyallah. Ramai yang dah kemaskini buku resepi dan bercadang nak masak kek apa untuk raya ini. Walaupun kemungkinan raya tahun ini tidak seperti tahun-tahun sebelum ini namun kemeriahan dan hari yang ditunggu-tunggu setiap tahun ini sudah pasti akan diraikan semeriah-meriahnya. Saya pula sibuk mengumpul resepi. Biasanya setiap tahun saya akan order semua kudapan. Kek sahaja saya akan buat sendiri. Tak tahulah tahun ni. Kalau PKP dilanjutkan sehingga selepas raya, boleh saya try buat sendiri kudapan. Kalau tak menjadi, boleh ambil gambar dan share di group masak apa tak jadi hari ni..hehhe

Jom simpan resepi kudapan ni. Kalau ikutkan bahan-bahannya mudah dicari dan nak buat pun tak susah. Tengoklah nanti dah buat saya share pengalaman membuat. Buat masa ni saya share resepinya dulu. Kalau korang dah try, janganlah segan. Silalah share resepi (kalau lain daripada resepi yang saya ada ni) dan tips untuk elak tidak menjadi. 

RESEPI REMPEYEK RANGGUP


Bahan-bahan:


2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:

1.Bersihkan dan toskan kacang tanah.
Bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2.Panaskan minyak atas api yang sederhana besar.
Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya
dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3.Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.



RESEPI KEREPEK BAWANG


Bahan-bahan
Untuk doh bawang::
1 biji bawang besar ( diblend tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margerine:1 1/2 cawan tepung gandum
70gm margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
Untuk doh bawang: Tepung diuli bersama bawang blended + serbuk udang kering . Tambahkan tepung hingga adunan sehingga menjadi doh yang bulat. Bahagikan pada 3 bahagian.

Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga sama seperti tadi. Bahagikan pada 3 bahagian.

Kemudian canaikan doh bawang dan doh margerine secara berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)
Keluarkan dan hiris nipis2.
Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang penuh.


RESEPI POPIA INTI SERUNDING IKAN BILIS


Bahan2:
1 mangkuk ikan bilis
(guna yang dah siap kopek)
12 tangkai cili kering(rebus dulu)
1 biji bawang besar(potong kecil)
5 ulas bawang putih(potong kecil)
5 batang serai(potong kecil)
Sedikit halia(agak2 jela)potong kecil
1/2 cwn air
1/2 cwn santan pekat(sy guna santan kotak)
2 sudu mkn gula
2 sudu mkn minyak masak
1 sudu teh garam(sy guna sudu kfc tu je)

Cara-Cara

1) cuci ikan bilis..& rebus hingga mendidih..toskan & kisar guna blender kering..
2) masukkan bhn2 lain dlm blender..bwg besar,bwg putih,serai,halia,cili kering,santan &air..kisar hingga sebati
3) panaskan minyak dlm kuali..masukkan bhn2 yg telah dikisar td..kacau selama 5 minit..masukkan gula & garam
4) masukkan ikan bilis yg telah diblender td..kacau sehingga kering..agak lama jgk nak tggu kering..lebih kurang 40-45minit

# sukatan kat atas tu utk kuantiti yg sikit je..cukup utk sepaket kulit popia
5) step seterusnya,sediakan kulit popia..gunting kecil2..sy potong 8 bahagian utk sekeping kulit popia tu
6) letakkan serunding sikit atas kulit popia td..simpul kemas2..buat hingga habis..
7) goreng hingga masak..




RESEPI KUIH TIRAM


Bahan bahan:500g tepung gandum
160ml air
1 biji telur
6 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar minyak

Cara-cara:1.Campurkan tepung jagung dan munyak, gaul sebati.(ketepikan)
2.Campurkan semua bahan lain hingga menjadi doh yang licin dan mudah diuli. (kalau lembik tambah sikit tepung @ kalau keras tambah sikit air)
3.Uli doh nipis2 dan sapu dengan adunan tepung jagung tadi.
4.kemudian gulung kemas2 potong kecil2 sebesar ibu jari.
5.Ambik seketul kecil tadi dan canai leper.
6.Bila dah siap goreng hingga kekuningan.
7.Bila dah masak toskan dan golekkan dengan gula halus.

Simpan dalam bekas kedap udara.



RESEPI KUIH KARAS
Bahan-bahan:1 bungkus tepung beras
2 cawan gula/ikut manis sendiri
3 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya:
Ayak tepung dan gaulkan bersama gula, kemudian masukkan air, Kacau hingga sebati. Then panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan adunan ke dalam acuan kuih karas(seperti acu roti jala), tuang adunan di dalam kuali seperti membuat roti kirai. Apabila warnanya agak kekuningan, angkat dengan segera dan lipat. Toskan.
-
Apabila sudah sejuk, simpan kuih karas ke dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan kuih menjadi lemau atau masuk angin


RESEPI MARUKU MELETOP


Bahan-bahan300g tepung pulut
200g tepung kacang kuda

1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam halus
1 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu besar gula
1 sudu besar udang kering - kisar halus
2 sudu besar ketumbar - kisar halus
santan cair @ air secukupnya

Cara Membuat1.Satukan semua bahan kering,gaul sebati.
2.Larutkan garam dan gula bersama air@santan.
3.Masukkan telur.marjerin dan santan@air uli menjadi doh yang lembut.
4.Panaskan minyak untuk menggoreng.
5.Ambil acuan maruku,masukkan doh tadi dan tekan kedalam kuali yang berisi minyak panas tadi.
6.Goreng hingga kekuningan dan angkat.
7.Toskan minyaknya dan simpan dalam bekas kedap udara.



KUIH SIPUT PEDAS


Bahan-Bahan :1 kg tepung gandum
2 sudu teh jintan manis
2 biji telur gred A - dipecahkan
200 gm udang kering-dikisar
15 biji cili kering-dikisar @ ikut kepedasan masing2
3 sudu besar mentega - dicairkan
3 tangkai daun kari
Garam secukup rasa

Cara-cara Menyediakan:1. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam mangkuk besar kecuali mentega dan daun kari.Gaulkan hingga semuanya sebati.
2. Kemudian masukkan mentega yang telah dicairkan tadi,uli sehingga ianya menjadi doh yang lembut.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit jika doh terlalu keras.
4. Ambil sedikit doh dan gentelkan bulat2 lebih kurang 1 cm dan golekkan atas acuan kuih siput.Ulang langkah ini sehingga doh habis.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
6. Masukkan kuih siput yang telah siap digentel dan goreng bersama daun kari sehingga keperangan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.
8. Selamat mencuba!

RESEPI CORNFLAKES MANIS PEDAS

Bahan-bahan
500 gm cornflakes
350 gm butter
Garam sikit
Gula perang ikut mnis
Kacang tanah sangai rangup
Ikan bilis putih halus goreng
3 sdb cuka mkn
Cili kisar ikut pdas
Sos cili ikut pedas
Daun Kari jika suka
Bijan sangai jika suka
Kiub ikn bilis
10 ulas bwg putih tumbuk halus
Cara Membuat
1. Cairkan butter. Tumis bwg putih smpai harum.
2. Masukkan cili kisar, sos cili n bhn2 lain. Masak hingga berbuih dan padamkan api.
3. Masukkn cornflakes dan kacau sebati.
4. Kemudian masukkan ikan bilis dan daun kari.
5. Masukkan minyak bijan dan sebatikan semua bahan-bahan dengan rasa manis, masin dan pedas.
6. Masukkan ke dalam dulang pembakar dan bakar selama 5 minit sehingga warna keemasan.
7. Biarkan sejuk dan kemudian bolehlah dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.



Sumber :
1. FB Siti Hajar Hashim
2. FB Rahila Laila‎

#keklapis#keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral

Masak Apa Tak Jadi Hari Ni


Dengarnya ramai yang cuba-cuba jadi chef di musim PKP ni. Yerlah masa yang ada haruslah dimanfaatkan. Nak-nak pula ramadan tinggal 5 hari lagi. Inilah masanya untuk cuba masak masakan yang diminati, atau makanan yang senang dimasak atau juga makanan yang biasa dibeli di pasar malam tapi tak akan dijual kerana tahun ini telah diistiharkan bahawa bazaar ramadan tidak akan beroperasi.

Lain pula dengan saya ni, bakal pembeli tegar. Dekat-dekat nak masuk ramdan ni saya dah mula kumpul nama-nama penjual kuih dan makanan di area dekat-dekat dengan rumah. Saya cari di group komuniti Kawasan saya. Adalah 2 3 orang yang saya dah jumpa dan dah try order. Makanan sedap, dessert cukup rasa dan syukur semuanya ok. Hendaknya di bulan ramadan kelak manis masin dan masam itu kekallah hendaknya.

Pentingnya mencari penjual makanan area dekat-dekat rumah adalah senang delivery, tak perlu takut2 untuk keluar kerana jaraknya kurang daripada 10km. Selain daripada tu senang nak pergi collect sendiri in case nak order banyak nanti.

Berbalik kepada cerita di dapor semasa PKP ni. Teringat kat diri sendiri di awal musim rajin masak dulu. Rajin ke dapur bukan sebab rajin yang semulajadi pun. Rajin sebab anak dah sibuk nak order kek itu kek ini. Biasanya saya suka try buat kek lapis. Di perantauan ni, jauh dari kampung halaman memang kene belaja masak kek sendiri. Kalau di Kuching dan nak makan kek, pergi sahaja di kedai kek berbagai jenis kek boleh beli. Kat sini kalau nak makan kek lapis, susahna nak beli. Setakat ni, bolehlah masak 2 3 jenis kek yang senang-senang.

Hari ni ralat sikit sebab viral group baru ni “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni”. Adik saya yang invite masuk ke group ni. Masa saya accept tu pengikut group baru masuk 5000 plus. Hari ni saya cek selepas 5 jam (lebih kurang) terperanjat saya follower naik mendadak ke 100 0000.  Dasyatnya. Ternyata ramai netizen minat tengok masakan di musim PKP ni.

Apa Content Group Ni?

Group “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni” adalah group yang menghimpunkan gambar-gambar dan pengalaman memasak makanan yang tidak menjadi dan mencuba masakan baru yang tidak menjadi. Bila sebut je bab makanan memanglah seronok, lagi2 pulak di musim PKP ni. Berkurung dalam rumah tak pergi mana-mana ape aje yang boleh di buat. Dengan masa lapang yang lebih dari keperluan apalah salahnya usha group makan. Nak pulak gelakkan makanan orang yang tak jadi. Best sungguh. Gelak tak ingat dunia.



Kenapa Group Ni Best?

Nama group pun dah kelakar bila masuk tengok content dengan caption sempoi dan gambar pecah gelak memang sakit nyawa ketawa tanpa henti. Eh macam orang sewel pulak gelak sorang-sorang. No. Jangan gelak sorang-sorang. Saya share dan invite kawan-kawan lain masuk ke group yang sama supaya kitab oleh gelak sama-sama. Inilah keindahan group ni. Ia boleh menghilangkan lara, hilangkan penat dan membuatkan anak tergelak sorang-sorang. Hilang stress terkurung di rumha. Nak-nak pulak tengok kawan sendiri post gambar masakan yang tak jadi . Hahahaha…



Siapa Yang Join Group Ni?

Jangan ingat perempuan aje yang rajin ke dapo dan try masakan baru. Ade je suami-suami mithali dan bakal-bakal suami mithali yang rajin ke dapo dan sudi berkongsi pengalaman memasak. Berkongsi pengalaman dan cerita dengan orang lain lebih daripada simpan sorang-sorang. Baik gelak berjemaah. Gelak sorang-sorang tengok makan tak jadi langsung murung. Please elakkan yeh uolll. Now dah ade group ni sharelah untuk “manfaat” Bersama …hehe..at least kan bila korang share pengalaman tu orang lain dapatlah iktibarnya. Orang lain takkan buat kesilapan yang sama. Think Positive (Wink Wink).

Jom tengok beberapa keeping gambar dari group ni yang paling menarik dan mencuit hati. Korang yang minat nak join group nib oleh carik kat FB dengan tajuk “Masak Apa Tak Jadi Hari Ni”. Thanks Admin dan follower group nie. Uols memang sempoi.




#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral

BENARKAH SYAITAN DIIKAT PADA BULAN RAMADAN

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat mulia dan memberi seribu makna buat umat islam di seluruh dunia. Pada bulan ini, umat Islam wajib berpuasa menahan segala yang membatalkan puasa seperti menahan makan dan minum, tidak menuruti hawa nafsu dan menjaga perbuatan yang tidak baik selama berpuasa. Ini bererti, maksiat dan kemungkaran berlaku sebenarnya adalah disebabkan dorongan nafsu jahat yang telah lama terdidik dan terbiasa dengan ajakan Syaitan. Tahukah anda UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!


JENIS-JENIS SYAITAN

1. Zalituun
- Duduk di pasar-pasar dan kedai-kedai supaya manusia holang sifat jimat cermat dan menjadi boros, menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan memberli barangan yang tidak perlu serta kedekut untuk bersedekah.

2. Wathiin
- Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT.

3. A'awan

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para alim ulama'.

4. Haffaf
- Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta-pesta yang melalaikan. Contohnya konsert-konsert, disko, kelab malam dan tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras.

5. Murrah
- Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah, termasuklah komposer, penulis lirik dan artis. Mereka ini diusahakan oleh syaitan-syaitan ini agar tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain.

6. Masuud
- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata-kata tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
- Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak-anak bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dengan ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan dalam institusi keluarga.

8. Walahaan
- Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain-lain ibadan sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan.

9. Lakhuus
- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

Ada persoalan berkenaan keberadaan syaitan di bulan Ramadan. Persoalan ini timbul dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA , bahawa Nabi Muhammas SAW bersabada : 



Berkenaan perkara ini Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengulas bahawa :

Dalam riwayat Muslim, no. 1079, disebutkan (وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “...Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan syaitan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang (bukan semua syaitan). Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim... (sebagaimana di atas).” (Lihat Fath al-Bari, 4/114)
Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:
بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ
Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW: ‘Dan dibelenggulah syaitan-syaitan yang ganas (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) syaitan-syaitan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)
Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu syaitan-syaitan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” (Lihat Faidh al-Bari 'ala Sahih al-Bukhari, 3/327)
Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,
“Sesungguhnya gangguan syaitan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dibelenggu hanya sebahagian syaitan sahaja, iaitu yang ganas dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat. Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kejahatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)
Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung bahawa maksud syaitan yang dibelenggu itu adalah:
  1. Hanya sebahagian syaitan sahaja yang dibelenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.
  2. Ia juga membawa maksud syaitan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.

Walaupun dalam diri manusia itu terdapat nafsu yang baik dan buruk tetapi nafsu manusia umumnya adalah lebih cenderung untuk melakukan maksiat. Nafsu lebih senang atau mesra dengan perkara-perkara yang jelek dan jijik. Oleh yang demikian, latih dan kawallah diri kita supaya berdisiplin, menolak yang tidak baik dan mengamalkan yang baik kerana ibadah berpuasa itu sahaja adalah untuk mengawal diri kita daripada dipengaruhi nafsu. Jadikan bulan Ramadan sebagai ruang untuk kita perbaiki diri dari semasa ke semasa. Insyallah.




.


Kemuliaan Wanita Dalam Islam

Islam membawa satu perubahan besar dan sangat signifikan terhadap status wanita. Sebelum kedatangan Islam, wanita dipandang hina. Kelakuan orang Quraisy bukan Islam terhadap wanita sangatlah keji. Wanita seolah-olah tidak berhak untuk hidup. Setiap keluarga yang melahirkan anak perempuan akan membunuh anak yang baru dilahirkan itu.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang daripada mereka bahawa dia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi daripada orang ramai kerana (berasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan, sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.” (Surah An-Nahl, ayat 58-59)
Allah SWT berfirman: “Apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya, kerana dosa apakah dia dibunuh.” (Surah At-Takwir, ayat 8-9)
Pada zaman jahiliah, wanita tidak diberikan warisan kerana harta itu hanya untuk lelaki. Wanita sama seperti barang yang boleh dijual beli dan diwariskan. Seperkara lagi, ketika suaminya meninggal dunia, si isteri boleh diwariskan kepada orang lain sama seperti hartanya.
Dalam Surah Ali-Imran, ayat 195, Allah SWT berfirman yang bermaksud: 
“Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal daripada kalangan kamu sama ada lelaki atau perempuan (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) daripada setengahnya yang lain.”

Begitu juga dalam sabda Rasullulah SAW yang bermaksud: 
“Wanita itu adalah pemimpin dalam rumah tangganya dan bertanggungjawab tentang kepimpinannya.” 
(Hadis riwayat Bukhari)

Allah SWT dalam al-Quran menjelaskan, kedudukan wanita dalam Islam sama dengan lelaki.Wanita diciptakan sebagai pasangan buat lelaki. Ini dinyatakan menerusi firman Allah SWT yang bermaksud: 
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” 
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Kemuliaan Wanita Dalam Islam

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Mudahnya bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? 

Wallahua'lam..

DETIK SEJARAH HAJI DIBATALKAN


MUSLIM di seluruh dunia diminta untuk menangguhkan persiapan untuk ibadah haji sehingga kes penyebaran wabak COVID-19 selesai. Perkara ini menimbulkan kerisauan bakal-bakal jemaah termasuk saya sendiri. Setiap kali menatap gambar-gambar tanah haram hati menjadi sayu. Saya faham keadaan sekarang sangat serius. Bukan sahaja di Arab Saudi di Malaysia pun keadaan kita masih mendesak.

 Hari ni masuk hari ke-18 PKP. Hanya dengan membayangkan keadaan frontliner terutamanya doc dan nurses cukup meresahkan hati kita. Syukurlah saya masih mampu meluangkan masa bersama-sama anak-anak. Mereka di barisan hadapan bukan sahaja penat malah tidak dapat peluang bermesra dengan keluarga seperti kita. Bantulah mereka dan negara dengan duduk di rumah. Walaupun bosan, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sakit dan menyusahkan frontliner yang telah sedia penat dan lelah.https://img1.blogblog.com/img/video_object.png

 Ada cerita yang menyatakan ibadah haji mungkin akan dibatalkan/ditangguhkan pada tahun ini demi menjaga keselamatan jamaah. Sekiranya cerita ini menjadi kenyataan, maka tahun ini akan menjadi sejarah dalam kisah-kisah penangguhan ibadah haji sebelum ini. 

 Tahun 865: Pembantaian di Bukit Arafah

Pada tahun 865, Ismail bin Yusuf yang dikenal dengan al-Safak berkonflik dengan kekhalifahan Abbasiyah di Baghdad. Ia dan pasukannya melakukan penyerangan ke bukit Arafah. Mereka membunuh para peziarah di bukit itu. Disebabkan itu, pelaksanaan ibadah haji dibatalkan pada tahun tersebut.

Tahun 930: Serangan Kelompok Qarmatian

Pada tahun 930, Abu Taher al-Janabi, dari Bahrain melakukan serangan ke Mekkah.

Mereka membunuh sekitar 30.000 jamaah haji di kota suci itu, kemudian membuang mayat-mayat mereka ke sumur. Mereka juga menjarah Masjidil Haram dan mencuri Hajar Aswad dari Kabah dan membawanya ke Bahrain.

Setelah peristiwa ini, ibadah haji ditangguhkan selama 10 tahun sehingga Hajar Aswad di kembalikan ke tempatnya semula.

Kelompok orang-orang Qarmati adalah suatu sekte Syiah Ismailiyah yang mempercayai masyarakat egaliter serta menganggap ibadah haji sebagai ritual jahiliyah.

Tahun 983: Kekhalifahan Abbasiyah dan Fatimiyah

Masalah politik juga pernah menyebabkan ibadah haji terganggu. Pada tahun 983 terjadi perselisihan politik antara penguasa dua kekhalifahan, Abbasiyah di Irak, dan Suriah serta Fatimiyah di Mesir.

Konflik politik tersebut menghalangi umat Islam untuk beribadah haji ke Mekkah. Selama delapan tahun ibadah haji ditiadakan, dan baru diselenggarakan lagi pada tahun 991.

Tahun 1831: Wabak

Wabak penyakit menular berasal dari India melanda Mekah pada tahun 1831 yang menewaskan tiga perempat jemaah haji di sana.

https://img1.blogblog.com/img/video_object.png

Tahun 1837-1858: Rangkaian Epidemik

Dalam masa 20 tahun, ibadah haji telah dibatalkan selama tiga kali. Pertama, pada tahun 1837-1840, di mana wabak penyakit melanda Mekah.

Kemudian kedua, pada tahun 1846-1850, serangan kolera melanda Mekah sehingga menyebabkan kematian lebih dari 15.000 orang serta menjangkiti penduduk Tanah Suci tersebut. Wabak tersebut muncul semula pada tahun 1865 dan 1883.

Ketiga, pada tahun 1858 pandemik kolera global juga menyerang Mekkah, membuat para jemaah haji dari Mesir dibawa ke pantai Laut Merah untuk dikuarantinkan.

Sumber :

1. https://muslim.okezone.com/read/2020/04/02/330/2193083/menolong-yang-lemah-lebih-utama-daripada-100-kali-naik-haji