RESEPI KEK PISANG


Salam dan selamat petang. Dari Ibnu 'Abbas, Rasullulah saw bersabda,

اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ

“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”

(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)


Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu, maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.”
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu, maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi untuk beramal seperti di waktu sakit.”
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu, maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam kubur.”
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu, maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia maupun akhirat.”
Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya: “Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, karena siapa pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”
Al Munawi mengatakan,

فَهِذِهِ الخَمْسَةُ لَا يَعْرِفُ قَدْرَهَا إِلاَّ بَعْدَ زَوَالِهَا

Lima hal ini (waktu muda, masa sehat masa luang, masa kaya dan waktu ketika hidup) barulah seseorang betul-betul mengetahui nilainya setelah kelima hal tersebut hilang.” (At Taisir Bi Syarh Al Jami’ Ash Shogir, 1/356)

Benarlah kata Al Munawi. Seseorang baru ingat kalau dia diberi nikmat sehat, ketika dia merasakan sakit. Dia baru ingat diberi kekayaan, setelah jatuh miskin. Dan dia baru ingat memiliki waktu semangat untuk beramal di masa muda, setelah dia nanti berada di usia senja yang sulit beramal. Penyesalan tidak ada gunanya jika seseorang hanya melewati masa tersebut dengan sia-sia. Jom kita sama-sama menghayati terjemahan surah yang memperingatkan kita tentang kepentingan masa.
Surah Al-'Asr - سورة العصر

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَالْعَصْرِ
   Demi Masa!
By time,

 إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Indeed, mankind is in loss,

إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Except for those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience.


Surat Al ‘Ashr merupakan sebuah surat dalam Al Qur’an yang banyak dihafal oleh kaum muslimin kerana  pendek dan mudah dihafal. Namun sayangnya, sangat sedikit di antara kaum muslimin yang dapat memahaminya. Padahal, meskipun surat ini pendek, akan tetapi memiliki kandungan makna yang sangat dalam. Sampai-sampai Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata,


لَوْ تَدَبَّرَ النَّاسُ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَوَسَعَتْهُمْ
”Seandainya setiap manusia merenungkan surat ini, niscaya hal itu akan mencukupi untuk mereka.” [Tafsir Ibnu Katsir 8/499]


Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, ”Maksud perkataan Imam Syafi’i adalah surat ini telah cukup bagi manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah dengan beriman, beramal sholih, berdakwah kepada Allah, dan bersabar atas semua itu. Beliau tidak bermaksud bahwa manusia cukup merenungkan surat ini tanpa mengamalkan seluruh syari’at. Kerana seorang yang berakal apabila mendengar atau membaca surat ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya dari kerugian dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut dalam surat ini, yaitu beriman, beramal shalih, saling menasehati agar menegakkan kebenaran (berdakwah) dan saling menasehati agar bersabar” [Syarh Tsalatsatul Ushul].


RESEPI KEK PISANG

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum..

2 cawan pisang lenyek..
1 cawan minyak masak..
2 biji telur
1 cawan gula..
2 sudu kecil soda bikarbonat

Caranya Membuat:
1. Satukan semua bahan di atas.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan kertas minyak (kalau takde kertas minyak boleh sapukan dengan mentega).

3. Kukus selama lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada kelajuan gas/pengukus elektrik masing-masing.

“Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya.” (al-Waqi’ah [56]: 28-33).

KELEBIHAN PISANG DALAM MASAKAN

1. Kaya Nutrien Penting

Pisang mengandungi sejumlah serat yang tinggi, serta beberapa antioksidan. Satu pisang sederhana (118 gram) juga mengandungi kalium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat,  serat, protein dan lemak.

Setiap pisang mengandungi hanya kira-kira 105 kalori, dan hampir keseluruhannya adalah air dan karbohidrat. Pisang mengandungi protein yang sangat sedikit dan hampir tidak ada lemak. Karbohidrat dalam pisang yang belum matang (hijau) kebanyakannya terdiri daripada kanji tetapi apabila sudah ranum, kanji tersebut bertukar menjadi gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa).

2. Meningkatkan Tahap Penghadaman

Diet serat telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, termasuk pencernaan yang lebih baik. Pisang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 3 gram serat, menjadikan pisang sebagai sumber serat yang cukup baik.
Pisang mengandungi terutamanya dua jenis serat, iaitu pektin dan kanji resisten. Serat ini ditemui dalam pisang yang belum masak. Kanji resisten tidak dicerna dan berakhir di dalam usus besar, di mana ia menjadi makanan untuk bakteria usus yang bermanfaat.

Selain itu, beberapa kajian sel menyarankan bahawa pektin boleh membantu melindungi daripada kanser kolon.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Tiada kajian langsung menguji kesan pisang pada penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, pisang mempunyai beberapa ciri yang boleh menjadikan ia makanan mesra diet penurunan berat badan. Pisang mengandungi kalori yang rendah. Kebanyakan pisang mengandungi hanya lebih daripada 100 kalori, namun ia juga sangat berkhasiat dan mengenyangkan.

Pisang juga kaya serat. Makan lebih banyak serat dari buah dan sayuran berulang kali dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah dan penurunan berat badan.

Selain itu, pisang mentah tinggi dengan kanji resisten, jadi ia cenderung membuatkan anda berasa kenyang dan boleh mengawal selera makan anda.
4. Kesihatan Jantung

Kalium adalah mineral yang penting untuk kesihatan jantung, terutamanya kawalan tekanan darah. Namun, walaupun penting, kebanyakan orang tidak mendapat cukup kalium dalam diet mereka. Pisang adalah sumber kalium yang hebat. Satu pisang sederhana (118 gram) mengandungi 9% daripada RDI.

Tambahan pula, diet yang kaya dengan potassium dapat membantu menurunkan tekanan darah, dan individu yang makan banyak kalium mempunyai risiko penyakit jantung sebanyak 27%.

Selain itu, pisang juga mengandungi sejumlah besar magnesium, yang juga penting untuk kesihatan jantung.

5. Antioksidan

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber antioksidan yang sangat baik, termasuklah pisang. Ia mengandungi beberapa jenis antioksidan kuat, termasuk dopamin dan catechin. Antioksidan ini telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, seperti risiko penyakit jantung dan penyakit degeneratif yang berkurang.

Walau bagaimanapun, terdapat salah faham yang menyatakan dopamine dari pisang bertindak sebagai bahan kimia dalam otak.Pada hakikatnya, dopamin dari pisang tidak menyeberangi penghalang darah-otak. Ia hanya bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan bukannya mengubah hormon atau emosi.

6. Mengurangkan Risiko Asma

Satu kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London mendapati bahawa kanak-kanak yang makan hanya satu pisang setiap hari mempunyai peluang 34% lebih kurang untuk risiko mendapat asma.

7. Meningkatkan Kepekaan Insulin

Rintangan insulin adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan penyakit yang paling serius di dunia, termasuk diabetes jenis 2.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa 15-30 gram kanji resisten sehari boleh meningkatkan kepekaan insulin sebanyak 33-50%, dalam masa 4 minggu. Pisang belum masak adalah sumber yang sangat baik untuk kanji resisten, dan dengan itu boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin.

Walau bagaimanapun, kajian yang lebih banyak diperlukan untuk mengesahkan perkara ini.

8. Kesihatan Buah Pinggang

Potassium adalah penting untuk kawalan tekanan darah dan fungsi buah pinggang yang sihat. Sebagai sumber diet kalium yang baik, pisang mungkin bermanfaat untuk mengekalkan buah pinggang yang sihat.
Satu kajian pada wanita menunjukkan bahawa lebih dari 13 tahun, mereka yang memakan pisang 2-3 kali seminggu adalah 33% kurang berkemungkinan menghidap penyakit buah pinggang.
Kajian lain mendapati bahawa mereka yang memakan pisang 4-6 kali seminggu hampir 50% kurang kemungkinan menghidap penyakit buah pinggang berbanding dengan orang yang tidak memakan pisang.

Rujukan :
1.    http://abufaith.blogspot.com
2.    bidadari.my
3.    peribadirasullullah.wordpress.com

RESEPI AYAM MADU BLACKPPER

Bahan -Bahan : 

4 ulas bawah merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

2 inci halia(ditumbuk)
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar madu/gula
2 sudu besar black pepper
lada sulah secukup rasa
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Masukkan ayam dan semua bahan di atas ke dalam bekas dan perapkan. Lagi lama lagi bagus.
2. Masukkan minyak sedikit di dalam magic pan, letakkan kertas timah, ayam beserta bahan perapan dan masak dengan menggunakan api kecil.
3. Terbalikkan jika bahagian bawah agak2 sudah kering.
4. Untuk lebih perang dan garing boleh masukkan dalam oven. Saya masukkan dalam microwave sekejab (toast). Jangan lama2 nanti ayam jd keras...
Selamat Mencuba..


Alhamdulillah Dapat Tawaran Haji 1441H/2020


Alhamdulillah, Rabu lepas saya dapat panggilan daripada Tabung Haji (TH) Putrajaya yang menyampaikan khabar gembira, saya ditawarkan tempat untuk menunaikan haji pada tahun 1441H/2020 ini. Kalau diikutkan, giliran sebenar saya adalah pada tahun hadapan. Saya dan anak sulung telah mendaftar haji pada bulan Oktober 2009. Pada masa itu anak sulung saya baru sahaja berumur 7 bulan. Siapa sangka Allah gerakkan haji saya untuk mendaftar pada hari tersebut.Syukur Allah bukakan hati dan akhirnya menerima peluang untuk menjadi tetamunya...

Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya pada masa itu. Terus saya call suami, kakak dan mak saya. Masing2nya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.

Sehari kemudian saya telah ke TH untuk mendapatkan surat tawaran. Saya telah diserahkan surat tawaran yang perlu saya jawab dalam masa kurang 3 minggu.  Bersama-sama surat tawaran tersebut disertakan kad untuk  pemeriksaan kesihatan dan borang yang perlu di bawa bersama semasa membuat pemeriksaan kesihatan.


surat tawaran haji



Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji

Borang untuk pemeriksaan kesihatan

Untuk pengetahuan pembaca semua suami saya mendaftar lambat. Jadi saya perlu membuat rayuan untuk mendapatkan tempat untuk menunaikan haji bagi pihak suami saya. Dasar TH yang sedang berkuatkuasa tidak membenarkan seorang wanita yang berumur kurang 44 tahun untuk pergi sendiri tanpa ditemani mahram. Jadi, nak tak nak saya kena mohon untuk membawa mahram saya bersama. 

Untuk tujuan ini saya telah mendapatkan penerangan daripada pegawai TH yang bertugas di kaunter 5 pada masa tersebut. Saya diarahkan untuk mendapatkan borang mahram dan mengemukakan borang tersebut bersama-sama surat jawapan menerima tawaran haji kelak. Bersama-sama bornag mahram tersebut saya perlu kepilkan IC mahram dan salinan sijil nikah sebagai bukti.


Borang pengesahan mahram

Semasa posting ini ditulis, saya belum lagi pergi ke mana-mana klinik yang dibenarkan oleh TH untuk mendapatkan pemeriksaan. Kad dan borang semuanya tertinggal di ofis. Saya akan update posting ini dan kongsikan pengalaman saya mendapatkan pemeriksaan untuk jemaah haji di klinik yang dibenarkan oleh TH.

Saya doakan Allah jemput kita semua menjadi tetamuNya. Jangan berhenti berdoa. Jangan mudah rasa diri terlalu banyak dosa dan tidak layak ke sana. Insyallah, semakin kita mendekat diri kepadaNya, semakin Allah bukakan jalan untuk lebih dekat kepadaNya.

Wallahu a'lam.

Iswa Tonie
Putrajaya
9.3.2020


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA




Cara 1

Bahan-Bahan:

2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan parut

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkan sausage. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak.
2. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
Tips : Kalau nak kuah cair boleh masukkan krim atau stok ayam.


Cara 2 (paling ringan dan cepat siap masak)


Boleh pilih mana-mana sebab 2-2 di atas rasa yang sama, packing je lain2.


Bahan-bahan :
sebungkus spageti 
2 tin prego carbonara mushroom
4 ulas bawang putih hiris halus
sebiji (atau separuh) bawang hollang hiris halus  


Cara-cara Masak :

1. Rebus spageti sehingga masak/lembik.

2. Dalam periuk lain panaskan minyak. 
3. Masukkan bawang putih hingga naik bau. 
4. Msukkan bawang holland dan biarkan sehingga lembik sedikit.
5. Masukkan cream carbonara mushroom.  Masukkan air sedikit supaya kuahnya tidak terlalu pekat.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Siap.

Tips 1: Jika suka, boleh masukkan ayam yang telah dipotong dadu bersama-sama bawang holland. Jika inginkan lebih bahan, masukkan ayam, udang dan sosej. Memang padu.


Sweet Tooth by Fashlia: Resepi Spaghetti Carbonara Cheese

Tips 2: Kalau rasa cheese lebih boleh guna Prego Keju dan Herba. Hasilnya nanti lebih kurang macam ni la..



Selamat Mencuba.



Cara Pakai "Face Mask" Dengan Betul| Langkah Pencegahan Covid-19


Salam Semua...

Semalam kita dikhabarkan dengan peningkatan 14 kes baharu Covid-19 di Malaysia. Langkah-langkah pencegahan kerap di umumkan agar masyarakat sedar akan bahayanya virus ini dan perlunya mengambil langkah-langkah wajar bagi mencegah penularan virus ini. Salah satu cara yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dengan mengamalkan pemakaian topeng muka/facemask/penutup mulut. Ini adalah bagi mengelakkan mangsa yang telah dijangkiti virus tersebut menyebarkan kepada mangsa yang lain.

Tahukah pembaca semua bahawa terdapat pelbagai jenis penutup mulut di pasaran malah terdapat banyak pattern yang dijual. Namun yang disarankan untuk langkah pencegahan adalah 3 layer face mask iaitu penutup mulut 3 lapis yang lazimnya digunakan semasa pembedahan iaitu lapisan penebat cecair luar, lapisan tengah untuk menghalang kuman, dan lapisan lembut bahagian dalam adalah lapisan penyerap.




Cara Pakai Penutup Mulut dengan betul :

1. Pertama, pilih saiz topeng yang sesuai.kanak-kanak perlu pilih saiz yg sesuai untuk kanak-kanak.
2. Kedua, cuci tangan dengan bersih sebelum menggunakan topeng muka.
3. Ketiga, semasa memakai topeng muka jalur metalik perlu berada di bahagian atas, bahagian yang bewarna perlu berada di bahagian luar.
4. Keempat, letakkan tali elastik di kedua-dua belah telinga.Topeng muka perlu menutupi bahagian muka dengan sempurna.
5. Kelima, tarik topeng agar ia menutupi mulut, hidung dan dagu. Bentukkan jalur metalik di bahagian hidung.


Jangan Silap Pakai Ye..


Iswa Tonie
Putrajaya
6.3.2020

DOA MURAH REZEKI

     Ya Allah,

Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Selamat beramal.

Stay Semalam di Hotel Heritage, Cameron Highland


Salam Semua,

Hari ni  saya nak share dengan pembaca semua pengalaman check-in di Hotel Heritage Cameron Highland. Hotel ni hotel lama. Ya betul dan sebenarnya ada banyak hotel baru yang ada di Cameron dan Tanah Rata yang boleh diconsider sebagai tempat bermalam. Namun, bagi mengimbau kenangan anak2 yang pernah stay di hotel yang sama semasa mereka kecil2 dulu (last pergi 6/7 tahun yang lepas) maka saya dan suami ambil keputusan untuk bermalam di hotel ini. 

Kami sekeluarga sebenarnya tak merancang nak keluar pun hari tu. Seperti biasa pagi sabtu hantar Akak ke kelas tuisyen pkl 10.30 pagi dan kami 3 beranak ke Masjid Mizan untuk kursusu haji. Habis aje kursus ambik Akak di sekolah dan balik rumah makan. Saya tengah masak sambil suami sibuk mencari cari hotel. Pada masa tu la baru kami merancang ke mana setelah hotel siap di tempah. Kami memang selalu plan last minit  jadi anak2 rasa tak terkejut pun bila suami bagitahu makan cepat2 dan kemas untuk ke Cameron Highland. Selesai makan, solat, kemas sikit dan kami terus gerak keluar dari Putrajaya.

Nak dijadikan cerita kami kene singgah dulu di Rawang di kedai adik ipar yang baru start berniaga di kedai sendiri. Jadi masa memainkan peranan di situ. Kami singgah sekejab namun sempatlah  makan2 sambil2 mengucapkan tahniah atas pembukaan kedai beliau. Seronok jugak berniaga sebenarnya. Lagi2 ade kedai sendiri memang syok menghias.

Kami akhirnya berjaya bergerak keluar ke highway pada pkl 4 petang dan selepas menempuh lebih kurang 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Cameron Highland. Oleh kerana kami sampai pun dah malam (sekitar 8 malam) kami terus ke pasar malam Brinchang untuk mencari makan malam.


Cuaca pada masa ni sangat sejuk. Saya cuma bawak jaket jeans denim yang tak boleh cover sejuk tu pun. Dalam keadaan sejuk berjalan dan mencari makanan panaslah yang paling best. Beli jagung rebus makan masa masih panas dengan ubi yang masih panas memang terbaik...

THE HOTEL

Selesai membeli kami terus gerak ke hotel. Check in dan berehat. Badan pun dah melekit. Kami duduk 2 bilik dengan connecting door. Memang kami request masa booking lagi dan alhamdulillah dapat. Cuma yang tak bestnya sebab bilik kami 2-2 berkatil 3..kelakar...hahahha


Ini gambar bilik anak-anak. Yang kat depan sekali tu anak sedara yang tengah cuti sem dan join kami. Seperti inilah juga bilik yang satu lagi. Biliknya luas dan memang best untuk keluarga besar mcm kami ...ehh besar ke keluarga kami...


FASILITI


Untuk orang macam saya peminat tegar kopi, tak boleh tak ade benda ni....Pembuat air. Saya dah bawak dah coffee-o nescafe saya siap2 cuma cerek aje tak ade. So selain daripada bilik yang selesa, saya perlukan ...cerek heheh...

Memandangkan semua orang dah penat..dan kenyang malam tu kami takde aktiviti lain selain terus tidur. Alhamdulillah malam kami berlalu dengan tenang.Eh!


Kalau nak tengok ruang dalam bilik hotel kami boleh rujuk kat sini -->>> https://youtu.be/rpQ27Yamf_c


Iswa Tonie
Cameron Highland, Pahang, 
Malaysia
23.2.2020