Salam dan selamat petang. Dari Ibnu 'Abbas, Rasullulah saw bersabda,
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ
هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ
سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ
شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ
مَوْتِكَ
“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
[1] Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
[2] Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
[3] Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
[4] Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
[5] Hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At
Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh
Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)
Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,
maksudnya: “Lakukanlah ketaatan ketika dalam kondisi kuat untuk beramal (yaitu
di waktu muda), sebelum datang masa tua renta.”
Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,
maksudnya: “Beramallah di waktu sehat, sebelum datang waktu yang menghalangi
untuk beramal seperti di waktu sakit.”
Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,
maksudnya: “Manfaatklah kesempatan (waktu luangmu) di dunia ini sebelum datang
waktu sibukmu di akhirat nanti. Dan awal kehidupan akhirat adalah di alam
kubur.”
Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,
maksudnya: ”Bersedekahlah dengan kelebihan hartamu sebelum datang bencana yang
dapat merusak harta tersebut, sehingga akhirnya engkau menjadi fakir di dunia
maupun akhirat.”
Hidupmu sebelum datang kematianmu, maksudnya:
“Lakukanlah sesuatu yang manfaat untuk kehidupan sesudah matimu, karena siapa
pun yang mati, maka akan terputus amalannya.”
Al Munawi mengatakan,
فَهِذِهِ الخَمْسَةُ لَا يَعْرِفُ قَدْرَهَا إِلاَّ بَعْدَ زَوَالِهَا
“Lima hal ini (waktu muda, masa sehat masa luang, masa kaya dan waktu ketika hidup) barulah seseorang betul-betul mengetahui nilainya setelah kelima hal tersebut hilang.” (At Taisir Bi Syarh Al Jami’ Ash Shogir, 1/356)
Benarlah kata Al Munawi. Seseorang baru ingat kalau dia diberi nikmat sehat,
ketika dia merasakan sakit. Dia baru ingat diberi kekayaan, setelah jatuh
miskin. Dan dia baru ingat memiliki waktu semangat untuk beramal di masa muda,
setelah dia nanti berada di usia senja yang sulit beramal. Penyesalan tidak ada
gunanya jika seseorang hanya melewati masa tersebut dengan sia-sia. Jom kita sama-sama menghayati terjemahan surah yang memperingatkan kita tentang kepentingan masa.
Surah Al-'Asr - سورة العصر
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Mengasihani.
وَالْعَصْرِ
Demi
Masa!
By
time,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Indeed, mankind is in loss,
إِلَّا
الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْر
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal
soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan
dengan sabar.
Except for those who have believed and done
righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to
patience.
Surat Al ‘Ashr merupakan sebuah surat dalam Al
Qur’an yang banyak dihafal oleh kaum muslimin kerana pendek dan mudah
dihafal. Namun sayangnya, sangat sedikit di antara kaum muslimin yang dapat
memahaminya. Padahal, meskipun surat ini pendek, akan tetapi memiliki kandungan
makna yang sangat dalam. Sampai-sampai Imam Asy Syafi’i rahimahullah berkata,
لَوْ تَدَبَّرَ النَّاسُ هَذِهِ السُّوْرَةَ لَوَسَعَتْهُمْ
”Seandainya setiap
manusia merenungkan surat ini, niscaya hal itu akan mencukupi untuk mereka.”
[Tafsir Ibnu Katsir 8/499]
Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin
rahimahullah berkata, ”Maksud perkataan Imam Syafi’i adalah surat ini telah
cukup bagi manusia untuk mendorong mereka agar memegang teguh agama Allah
dengan beriman, beramal sholih, berdakwah kepada Allah, dan bersabar atas semua
itu. Beliau tidak bermaksud bahwa manusia cukup merenungkan surat ini tanpa
mengamalkan seluruh syari’at. Kerana seorang yang berakal apabila mendengar
atau membaca surat ini, maka ia pasti akan berusaha untuk membebaskan dirinya
dari kerugian dengan cara menghiasi diri dengan empat kriteria yang tersebut
dalam surat ini, yaitu beriman, beramal shalih, saling menasehati agar
menegakkan kebenaran (berdakwah) dan saling menasehati agar bersabar” [Syarh
Tsalatsatul Ushul].
RESEPI
KEK PISANG
Bahan-bahan:
2 cawan tepung
gandum..
2 cawan pisang
lenyek..
1 cawan minyak masak..
2 biji telur
1 cawan gula..
2 sudu kecil soda
bikarbonat
Caranya Membuat:
1. Satukan semua bahan di atas.
2. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilapikkan dengan kertas
minyak (kalau takde kertas minyak boleh sapukan dengan mentega).
3. Kukus selama lebih kurang 30-45 minit bergantung kepada
kelajuan gas/pengukus elektrik masing-masing.
“Berada di antara
pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon-pohon pisang yang bersusun-susun
(buahnya), dan naungan yang terbentang luas, dan air yang tercurah, dan
buah-buahan yang banyak, yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang
mengambilnya.” (al-Waqi’ah [56]: 28-33).
KELEBIHAN PISANG
DALAM MASAKAN
1. Kaya Nutrien Penting
Pisang mengandungi sejumlah serat yang tinggi, serta beberapa
antioksidan. Satu pisang sederhana (118 gram) juga mengandungi kalium, vitamin
B6, vitamin C, magnesium, tembaga, mangan, karbohidrat, serat, protein dan lemak.
Setiap pisang
mengandungi hanya kira-kira 105 kalori, dan hampir keseluruhannya adalah air
dan karbohidrat. Pisang mengandungi protein yang sangat sedikit dan hampir
tidak ada lemak. Karbohidrat dalam pisang yang belum matang (hijau)
kebanyakannya terdiri daripada kanji tetapi apabila sudah ranum, kanji tersebut
bertukar menjadi gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa).
2. Meningkatkan
Tahap Penghadaman
Diet serat telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan,
termasuk pencernaan yang lebih baik. Pisang bersaiz sederhana mengandungi
kira-kira 3 gram serat, menjadikan pisang sebagai sumber serat yang cukup baik.
Pisang mengandungi terutamanya dua jenis serat, iaitu pektin dan
kanji resisten. Serat ini ditemui dalam pisang yang belum masak. Kanji resisten
tidak dicerna dan berakhir di dalam usus besar, di mana ia menjadi makanan
untuk bakteria usus yang bermanfaat.
Selain itu,
beberapa kajian sel menyarankan bahawa pektin boleh membantu melindungi
daripada kanser kolon.
3. Membantu
Menurunkan Berat Badan
Tiada kajian
langsung menguji kesan pisang pada penurunan berat badan. Walau bagaimanapun,
pisang mempunyai beberapa ciri yang boleh menjadikan ia makanan mesra diet penurunan
berat badan. Pisang mengandungi kalori yang rendah. Kebanyakan pisang
mengandungi hanya lebih daripada 100 kalori, namun ia juga sangat berkhasiat
dan mengenyangkan.
Pisang juga kaya serat. Makan lebih banyak serat dari buah dan
sayuran berulang kali dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah dan
penurunan berat badan.
Selain itu, pisang mentah tinggi dengan kanji resisten, jadi ia
cenderung membuatkan anda berasa kenyang dan boleh mengawal selera makan anda.
4. Kesihatan Jantung
Kalium adalah mineral yang penting untuk kesihatan jantung,
terutamanya kawalan tekanan darah. Namun, walaupun penting, kebanyakan orang
tidak mendapat cukup kalium dalam diet mereka. Pisang adalah sumber kalium yang
hebat. Satu pisang sederhana (118 gram) mengandungi 9% daripada RDI.
Tambahan pula, diet yang kaya dengan potassium dapat membantu
menurunkan tekanan darah, dan individu yang makan banyak kalium mempunyai
risiko penyakit jantung sebanyak 27%.
Selain itu, pisang juga mengandungi sejumlah besar magnesium, yang
juga penting untuk kesihatan jantung.
5. Antioksidan
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber antioksidan
yang sangat baik, termasuklah pisang. Ia mengandungi beberapa jenis antioksidan
kuat, termasuk dopamin dan catechin. Antioksidan ini telah dikaitkan dengan
banyak manfaat kesihatan, seperti risiko penyakit jantung dan penyakit
degeneratif yang berkurang.
Walau bagaimanapun, terdapat salah faham yang menyatakan dopamine
dari pisang bertindak sebagai bahan kimia dalam otak.Pada hakikatnya, dopamin
dari pisang tidak menyeberangi penghalang darah-otak. Ia hanya bertindak
sebagai antioksidan yang kuat dan bukannya mengubah hormon atau emosi.
6. Mengurangkan
Risiko Asma
Satu kajian yang dijalankan oleh Imperial College of London
mendapati bahawa kanak-kanak yang makan hanya satu pisang setiap hari mempunyai
peluang 34% lebih kurang untuk risiko mendapat asma.
7. Meningkatkan Kepekaan Insulin
Rintangan insulin
adalah faktor risiko utama bagi kebanyakan penyakit yang paling serius di
dunia, termasuk diabetes jenis 2.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa 15-30 gram kanji resisten
sehari boleh meningkatkan kepekaan insulin sebanyak 33-50%, dalam masa 4
minggu. Pisang belum masak adalah sumber yang sangat baik untuk kanji resisten,
dan dengan itu boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin.
Walau bagaimanapun, kajian yang lebih banyak diperlukan untuk
mengesahkan perkara ini.
8. Kesihatan Buah Pinggang
Potassium adalah penting untuk kawalan tekanan darah dan fungsi
buah pinggang yang sihat. Sebagai sumber diet kalium yang baik, pisang mungkin
bermanfaat untuk mengekalkan buah pinggang yang sihat.
Satu kajian pada wanita menunjukkan bahawa lebih dari 13 tahun,
mereka yang memakan pisang 2-3 kali seminggu adalah 33% kurang berkemungkinan
menghidap penyakit buah pinggang.
Kajian lain
mendapati bahawa mereka yang memakan pisang 4-6 kali seminggu hampir 50% kurang
kemungkinan menghidap penyakit buah pinggang berbanding dengan orang yang tidak
memakan pisang.
Rujukan :
1. http://abufaith.blogspot.com
2. bidadari.my
3. peribadirasullullah.wordpress.com