Alhamdulillah Dapat Tawaran Haji 1441H/2020


Alhamdulillah, Rabu lepas saya dapat panggilan daripada Tabung Haji (TH) Putrajaya yang menyampaikan khabar gembira, saya ditawarkan tempat untuk menunaikan haji pada tahun 1441H/2020 ini. Kalau diikutkan, giliran sebenar saya adalah pada tahun hadapan. Saya dan anak sulung telah mendaftar haji pada bulan Oktober 2009. Pada masa itu anak sulung saya baru sahaja berumur 7 bulan. Siapa sangka Allah gerakkan haji saya untuk mendaftar pada hari tersebut.Syukur Allah bukakan hati dan akhirnya menerima peluang untuk menjadi tetamunya...

Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya pada masa itu. Terus saya call suami, kakak dan mak saya. Masing2nya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.

Sehari kemudian saya telah ke TH untuk mendapatkan surat tawaran. Saya telah diserahkan surat tawaran yang perlu saya jawab dalam masa kurang 3 minggu.  Bersama-sama surat tawaran tersebut disertakan kad untuk  pemeriksaan kesihatan dan borang yang perlu di bawa bersama semasa membuat pemeriksaan kesihatan.


surat tawaran haji



Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji

Borang untuk pemeriksaan kesihatan

Untuk pengetahuan pembaca semua suami saya mendaftar lambat. Jadi saya perlu membuat rayuan untuk mendapatkan tempat untuk menunaikan haji bagi pihak suami saya. Dasar TH yang sedang berkuatkuasa tidak membenarkan seorang wanita yang berumur kurang 44 tahun untuk pergi sendiri tanpa ditemani mahram. Jadi, nak tak nak saya kena mohon untuk membawa mahram saya bersama. 

Untuk tujuan ini saya telah mendapatkan penerangan daripada pegawai TH yang bertugas di kaunter 5 pada masa tersebut. Saya diarahkan untuk mendapatkan borang mahram dan mengemukakan borang tersebut bersama-sama surat jawapan menerima tawaran haji kelak. Bersama-sama bornag mahram tersebut saya perlu kepilkan IC mahram dan salinan sijil nikah sebagai bukti.


Borang pengesahan mahram

Semasa posting ini ditulis, saya belum lagi pergi ke mana-mana klinik yang dibenarkan oleh TH untuk mendapatkan pemeriksaan. Kad dan borang semuanya tertinggal di ofis. Saya akan update posting ini dan kongsikan pengalaman saya mendapatkan pemeriksaan untuk jemaah haji di klinik yang dibenarkan oleh TH.

Saya doakan Allah jemput kita semua menjadi tetamuNya. Jangan berhenti berdoa. Jangan mudah rasa diri terlalu banyak dosa dan tidak layak ke sana. Insyallah, semakin kita mendekat diri kepadaNya, semakin Allah bukakan jalan untuk lebih dekat kepadaNya.

Wallahu a'lam.

Iswa Tonie
Putrajaya
9.3.2020


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA




Cara 1

Bahan-Bahan:

2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekat atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan parut

Cara-Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan masukkan sausage. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak.
2. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
5. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
Tips : Kalau nak kuah cair boleh masukkan krim atau stok ayam.


Cara 2 (paling ringan dan cepat siap masak)


Boleh pilih mana-mana sebab 2-2 di atas rasa yang sama, packing je lain2.


Bahan-bahan :
sebungkus spageti 
2 tin prego carbonara mushroom
4 ulas bawang putih hiris halus
sebiji (atau separuh) bawang hollang hiris halus  


Cara-cara Masak :

1. Rebus spageti sehingga masak/lembik.

2. Dalam periuk lain panaskan minyak. 
3. Masukkan bawang putih hingga naik bau. 
4. Msukkan bawang holland dan biarkan sehingga lembik sedikit.
5. Masukkan cream carbonara mushroom.  Masukkan air sedikit supaya kuahnya tidak terlalu pekat.
Perasakan dengan garam dan lada sulah.
Siap.

Tips 1: Jika suka, boleh masukkan ayam yang telah dipotong dadu bersama-sama bawang holland. Jika inginkan lebih bahan, masukkan ayam, udang dan sosej. Memang padu.


Sweet Tooth by Fashlia: Resepi Spaghetti Carbonara Cheese

Tips 2: Kalau rasa cheese lebih boleh guna Prego Keju dan Herba. Hasilnya nanti lebih kurang macam ni la..



Selamat Mencuba.



Cara Pakai "Face Mask" Dengan Betul| Langkah Pencegahan Covid-19


Salam Semua...

Semalam kita dikhabarkan dengan peningkatan 14 kes baharu Covid-19 di Malaysia. Langkah-langkah pencegahan kerap di umumkan agar masyarakat sedar akan bahayanya virus ini dan perlunya mengambil langkah-langkah wajar bagi mencegah penularan virus ini. Salah satu cara yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah dengan mengamalkan pemakaian topeng muka/facemask/penutup mulut. Ini adalah bagi mengelakkan mangsa yang telah dijangkiti virus tersebut menyebarkan kepada mangsa yang lain.

Tahukah pembaca semua bahawa terdapat pelbagai jenis penutup mulut di pasaran malah terdapat banyak pattern yang dijual. Namun yang disarankan untuk langkah pencegahan adalah 3 layer face mask iaitu penutup mulut 3 lapis yang lazimnya digunakan semasa pembedahan iaitu lapisan penebat cecair luar, lapisan tengah untuk menghalang kuman, dan lapisan lembut bahagian dalam adalah lapisan penyerap.




Cara Pakai Penutup Mulut dengan betul :

1. Pertama, pilih saiz topeng yang sesuai.kanak-kanak perlu pilih saiz yg sesuai untuk kanak-kanak.
2. Kedua, cuci tangan dengan bersih sebelum menggunakan topeng muka.
3. Ketiga, semasa memakai topeng muka jalur metalik perlu berada di bahagian atas, bahagian yang bewarna perlu berada di bahagian luar.
4. Keempat, letakkan tali elastik di kedua-dua belah telinga.Topeng muka perlu menutupi bahagian muka dengan sempurna.
5. Kelima, tarik topeng agar ia menutupi mulut, hidung dan dagu. Bentukkan jalur metalik di bahagian hidung.


Jangan Silap Pakai Ye..


Iswa Tonie
Putrajaya
6.3.2020

DOA MURAH REZEKI

     Ya Allah,

Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Selamat beramal.

Stay Semalam di Hotel Heritage, Cameron Highland


Salam Semua,

Hari ni  saya nak share dengan pembaca semua pengalaman check-in di Hotel Heritage Cameron Highland. Hotel ni hotel lama. Ya betul dan sebenarnya ada banyak hotel baru yang ada di Cameron dan Tanah Rata yang boleh diconsider sebagai tempat bermalam. Namun, bagi mengimbau kenangan anak2 yang pernah stay di hotel yang sama semasa mereka kecil2 dulu (last pergi 6/7 tahun yang lepas) maka saya dan suami ambil keputusan untuk bermalam di hotel ini. 

Kami sekeluarga sebenarnya tak merancang nak keluar pun hari tu. Seperti biasa pagi sabtu hantar Akak ke kelas tuisyen pkl 10.30 pagi dan kami 3 beranak ke Masjid Mizan untuk kursusu haji. Habis aje kursus ambik Akak di sekolah dan balik rumah makan. Saya tengah masak sambil suami sibuk mencari cari hotel. Pada masa tu la baru kami merancang ke mana setelah hotel siap di tempah. Kami memang selalu plan last minit  jadi anak2 rasa tak terkejut pun bila suami bagitahu makan cepat2 dan kemas untuk ke Cameron Highland. Selesai makan, solat, kemas sikit dan kami terus gerak keluar dari Putrajaya.

Nak dijadikan cerita kami kene singgah dulu di Rawang di kedai adik ipar yang baru start berniaga di kedai sendiri. Jadi masa memainkan peranan di situ. Kami singgah sekejab namun sempatlah  makan2 sambil2 mengucapkan tahniah atas pembukaan kedai beliau. Seronok jugak berniaga sebenarnya. Lagi2 ade kedai sendiri memang syok menghias.

Kami akhirnya berjaya bergerak keluar ke highway pada pkl 4 petang dan selepas menempuh lebih kurang 4 jam perjalanan akhirnya kami sampai ke Cameron Highland. Oleh kerana kami sampai pun dah malam (sekitar 8 malam) kami terus ke pasar malam Brinchang untuk mencari makan malam.


Cuaca pada masa ni sangat sejuk. Saya cuma bawak jaket jeans denim yang tak boleh cover sejuk tu pun. Dalam keadaan sejuk berjalan dan mencari makanan panaslah yang paling best. Beli jagung rebus makan masa masih panas dengan ubi yang masih panas memang terbaik...

THE HOTEL

Selesai membeli kami terus gerak ke hotel. Check in dan berehat. Badan pun dah melekit. Kami duduk 2 bilik dengan connecting door. Memang kami request masa booking lagi dan alhamdulillah dapat. Cuma yang tak bestnya sebab bilik kami 2-2 berkatil 3..kelakar...hahahha


Ini gambar bilik anak-anak. Yang kat depan sekali tu anak sedara yang tengah cuti sem dan join kami. Seperti inilah juga bilik yang satu lagi. Biliknya luas dan memang best untuk keluarga besar mcm kami ...ehh besar ke keluarga kami...


FASILITI


Untuk orang macam saya peminat tegar kopi, tak boleh tak ade benda ni....Pembuat air. Saya dah bawak dah coffee-o nescafe saya siap2 cuma cerek aje tak ade. So selain daripada bilik yang selesa, saya perlukan ...cerek heheh...

Memandangkan semua orang dah penat..dan kenyang malam tu kami takde aktiviti lain selain terus tidur. Alhamdulillah malam kami berlalu dengan tenang.Eh!


Kalau nak tengok ruang dalam bilik hotel kami boleh rujuk kat sini -->>> https://youtu.be/rpQ27Yamf_c


Iswa Tonie
Cameron Highland, Pahang, 
Malaysia
23.2.2020






Lirik Lagu Sarawak Ibu Pertiwiku

Lagu Ibu Pertiwiku adalah lagu kebangsaan negeri Sarawak. Lagu ini diperkenalkan serentak dengan pengenalan bendera rasmi negeri pada tahun 1988 sempena hari kemerdekaan Sarawak yang ke 25 tahun. Lagu ini telah dicipta oleh Dato' Haji Wan Othman dan liriknya ditulis oleh Ismail Hassan.


Pada tahun 1988 saya berada di darjah 3. Pada masa tu ingat lagi cikgu muzik mengajar kami lagu ini dan kami mula menyanyikan di waktu assembly (perhimpunan) sekolah. Terasa kekok namun dek kerana lagu ini sedap bunyinya maka boleh layanlah juga. Nak pula menyanyi beramai ramai memang seronok.  Pada masa tersebut, kami tidak diperkenalkan dengan sejarah lagu tersebut . Mungkin juga cikgu ada bagitahu tapi saya yang tidak ingat. 

Lirik Lagu Sarawak Ibu Pertiwiku

Ibu Pertiwiku 

(Bahasa Malaysia)

Sarawak Tanah Airku
Negeriku Tanah Airku Sarawak
Engkaulah tanah pusakaku
Tanah tumpah darahku
Ibu pertiwiku
Rakyat hidup mesra dan bahagia
Damai muhibah sentiasa
Bersatu, Berusaha, Berbakti
Untuk Sarawak kucintai
Sarawak dalam Malaysia
Aman makmur Rahmat Tuhan Maha Esa
Kekallah Sarawak bertuah
Teras perjuangan rakyat
Berjaya berdaulat

 My Motherland

Sarawak, my homeland
My state, my homeland, Sarawak
You are the Land of my native soil
The Land where my blood flows
My Motherland.
Citizens live happily and in harmony
Peaceful, always cooperative (with each other)
United, Striving, Service
For my beloved Sarawak.
Sarawak, a part of Malaysia
Blessed by God with peace and prosperity
Forever may Sarawak be blessed
Through the people's effort
Be successful and free

Salam Tahun Baru 2020


Bismillahirrahmannirrahim...

Tahun baru azam baru..sangat klise. Apa kata tahun ni kite buat something different. Bukan renew azam tahun lepas atau listkan azam baru tapi tak payah buat apa2 dan biarkan life goes with the flow. The Life's Goal is still the same takkan berubah sampai bila2 pun. Eh apa life goal korang? Mine: nak manfaatkan masa sementara masih boleh bernafas ni sehabis baik..buat benda2 berfaedah je..cewaahh..riak tak..hahaha

Permulaan tahun baru sepatutnya diraikan dengan doa dan azam sepertimana kita sebagai orang Islam membaca doa akhir tahun dan awal tahun. Namun itu bergantung kepada diri masing2. Kalau nak boleh aje baca doa dan listkan azam nak buat ape untuk 2020 ni...kita hanya merancang Allah yang akan tentukan..tak salah merancang ok uoll...

Penghujung 2019 saya dan family berkumpul dengan kawan rapat husband dari sekolah rendah ke menengah..tak rancang pun..syukur semua berjalan lancar.

dalam 2 hari 1 malam tu kami dapat menjalankan aktivit2 nie :

1. malam malam tapaw hehe
2. tengok bunga api di Putrajaya (tonton di Youtube : https://youtu.be/PYtoyN9AI8w
3.Checked-in The Everly Putrajaya
4. breakfast sesame
5. bawak anak2 mandi kolam
6. lunch di Alamanda


Selepas semua kekenyangan dan kepenatan kami pun beransur..entah bila dapat jumpa lagi...macam jauh sangatlah Putrajaya dan Sungai Buloh tu kan...hehe...

Ajal, Pertemuan dan Jodoh semuanya di tangan tuhan...

Anyway Selamat tahun baru 2020...insyallah tahun ni akan memberikan semua yang membaca nota ringkas saya ni, kebahagiaan dan good vibes insyallah...

Salam 2020

Iswa Tonie
Putrajaya
7 Januari 2020