Alhamdulillah, Rabu lepas saya dapat panggilan daripada Tabung Haji (TH) Putrajaya yang menyampaikan khabar gembira, saya ditawarkan tempat untuk menunaikan haji pada tahun 1441H/2020 ini. Kalau diikutkan, giliran sebenar saya adalah pada tahun hadapan. Saya dan anak sulung telah mendaftar haji pada bulan Oktober 2009. Pada masa itu anak sulung saya baru sahaja berumur 7 bulan. Siapa sangka Allah gerakkan haji saya untuk mendaftar pada hari tersebut.Syukur Allah bukakan hati dan akhirnya menerima peluang untuk menjadi tetamunya...
Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya saya pada masa itu. Terus saya call suami, kakak dan mak saya. Masing2nya mengucapkan syukur ke hadrat ilahi.
Sehari kemudian saya telah ke TH untuk mendapatkan surat tawaran. Saya telah diserahkan surat tawaran yang perlu saya jawab dalam masa kurang 3 minggu. Bersama-sama surat tawaran tersebut disertakan kad untuk pemeriksaan kesihatan dan borang yang perlu di bawa bersama semasa membuat pemeriksaan kesihatan.
surat tawaran haji
Borang untuk pemeriksaan kesihatan
Untuk pengetahuan pembaca semua suami saya mendaftar lambat. Jadi saya perlu membuat rayuan untuk mendapatkan tempat untuk menunaikan haji bagi pihak suami saya. Dasar TH yang sedang berkuatkuasa tidak membenarkan seorang wanita yang berumur kurang 44 tahun untuk pergi sendiri tanpa ditemani mahram. Jadi, nak tak nak saya kena mohon untuk membawa mahram saya bersama.
Untuk tujuan ini saya telah mendapatkan penerangan daripada pegawai TH yang bertugas di kaunter 5 pada masa tersebut. Saya diarahkan untuk mendapatkan borang mahram dan mengemukakan borang tersebut bersama-sama surat jawapan menerima tawaran haji kelak. Bersama-sama bornag mahram tersebut saya perlu kepilkan IC mahram dan salinan sijil nikah sebagai bukti.
Borang pengesahan mahram
Semasa posting ini ditulis, saya belum lagi pergi ke mana-mana klinik yang dibenarkan oleh TH untuk mendapatkan pemeriksaan. Kad dan borang semuanya tertinggal di ofis. Saya akan update posting ini dan kongsikan pengalaman saya mendapatkan pemeriksaan untuk jemaah haji di klinik yang dibenarkan oleh TH.
Saya doakan Allah jemput kita semua menjadi tetamuNya. Jangan berhenti berdoa. Jangan mudah rasa diri terlalu banyak dosa dan tidak layak ke sana. Insyallah, semakin kita mendekat diri kepadaNya, semakin Allah bukakan jalan untuk lebih dekat kepadaNya.
Wallahu a'lam.
Iswa Tonie
Putrajaya
9.3.2020