Assalamualaikum Tahun Baru 2019!
Alhamdulillah Allah panjangkan usia saya dan kita semua untuk melangkah ke tahun baru 2019.
Tahun baru azam baru. Begitulah setiap permulaan mestilah dengan doa dan harapan. Itulah yang dinamakan azam tahun baru. Ada juga yang kata tahun baru azam lama. Terpulangla. Yang pentingnya ada something yang kita looking forward di tahun baru ni.
Kami sekeluarga tidak ke mana-mana di malam ambang tahun baru kali ni. Countdown depan tv je. Itupun hanya berdua sebab Akak dan Ki masing-masing dah tidur. Tahun lepas kami sekeluarga berjalan kaki dari rumah di Tamara Residence ke Ayer8 dan untuk melihat pancaran bunga api. Nasib kami baik sebab jarak rumah dengan Ayer8 walking distance sahaja. Tambahan, pada masa tu jalan memang crowded dan kereta banyak masuk ke arah pusat Putrajaya di kawasan are Mcd dan ke arah POJ. Ada juga plan untuk nait motor ke POJ untuk tengok real kejadian di sana. Tetapi memandangkan kami semua sebenarnya pun mengantuk dan tak larat nak bergerak jauh jadi kami rasa cukuplah kami sekadar menonton dari arah seberang Masjid Besi. Not bad pemandangannya boleh tahan clearlah jugak dan sebenarnya Ayer8 pun port pilihan ramai. Kira almost crowded jugak pada masa tu. Semua kerusi dan port tepi tasik kebanyakan telah berisi. Malah cameraman ramai jugak yang pasang kamera masing2 di tepi tasik dan standby untuk snap.
Pahit manis di tahun 2018 (Flashback) :
Februari
April
Mei
Jun
- balik kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Ogos
- berjalan kaki dari rumah ke hadapan MOF untuk menyaksikan perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-61. Kenangan pertama bagi kami sekeluarga sebenarnya. Sebelum ini pernah juga kami memasang niat untuk menyaksikan perarakan di KL. Tapi memikirkan kesesakan etc kami terpaksa batalkan hasrat tersebut. Namun, kali ni kami telah merancang dari awal sebab kejadiannya di area rumah dan sangat dekat.
September
- Singapore bersama Akak, Ki, Sum dan Nazurah. Pengalaman pertama berjalan di negara orang bersama-sama anak-anak tanpa ditemani ayahnya. Syukur kedua-duanya senang dan mudah untuk dikawal. Mungkin sebab kedua-duanya dah besar jadi senang untuk berkomunikasi. Remind siap2 the do & dont di negara orang dan of course saya selalu bagitahau bajet dulu sebelum pergi kemana-mana supaya mereka tidak meminta-minta. Syukur kedua-duanya bertimbangrasa malah mengingatkan saya sendiri agar tidak berbelanja lebih dan membazir.
-tolong preparekan rangka wau untuk hiasan ofis sempena pertandingan hiasan Kemerdekaan. Luckily kami dapat tempat pertama. Dapatlah merasa menang RM1500.Happyyy!!!!
Oktober - Las Vegas (trip cancel)
November
- menang hadiah pertama bagi pertandingan menulis sajak
|
- lunch di hari terakhir tahun 2018
Banyak kenangan pahit manis duka di tahun 2018. Banyak juga pengajaran yang menambahkan kematangan fikiran malah memberi kekuatan rohani dan jasmani. Yang baik datang daripadaNya dan yang buruk adalah atas kesilapan diriku sendiri. Allah memberi mungkin hanya sebagai ujian untuk melihat sama ada hambaNya bersyukur atau tidak dan Allah juga boleh menarik balik pemberianNya untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran kita. Alhamdulillah 2018 memberi banyak peluang dan kegembiraan walaupun tidak kepenghujungnya. 2019, harap semua yang terbaik and beyond expectation insyallah. Amin.