Itinerary Trip 5 hari 4 malam ke Hadyai



Salam semua...


Sempena cuti sekolah ni trylah jalan-jalan ke Hadyai. Kat sana tukaran duit RM kita masih tinggi. Walaupun harga makanannya standard dan lebih kurang dengan harga makanan di sini namun anda masih boleh berjimat sekiranya anda bijak memilih hotel dan transportation.


Di Hadyai, anda boleh memilih untuk menaiki grab, motorsikal sewa (untuk single traveller) atau tuk tuk. Harga tuk tuk lebih kurang standard aje nak ke mana-mana akan di caj 30 baht (RM3.80 lebih kurang) seorang. Jika anda tidak pasti lokasi hotel atau jaraknya boleh try bukak google image dan google map. Ini adalah untuk mengelakkan anda membazir wang menaiki tuk tuk ke hotel atau tempat yang hanya walking distance dan sangat dekat.



Ramai blogger yang suggest Hadyai sebagai tempat lepak makan-makan sedap. Ok ini memang fact. True fact. Kalau korang suka try makanan yang rare dan baru boleh datang sini dan standby duit untuk makan. Atau anda boleh juga berjalan sambil shopping. Kat sini harga barangan adalah rendah dan ada yang dijual dengan harga 2 kali ganda di negara kita. Kat sini kalau nak borong memang syok sebab boleh tawar-tawar.


So ini adalah itinerary yang boleh digunakan dan dipertimbangkan. Trip 5 hari : 1 hari lawatan sambil belajar Hadyai-Songkhla dan selebihnya jalan-jalan shopping :)
50 baht=RM6.40

Day 1 (Khamis)

Transportation  : ETS dari KL  Sentral ke Padang Besar (10.55 pagi) (RM102.00)(easybook.com)
                               Padang Besar - Hadyai (Van sapu) RM20 seorang (terus hantar ke hotel)

Check-in Hotel : Red Planet Hotel (agoda.com)(RM119.00= RM59.50 seorang)
Makan Malam : Rohana Muslim Restaurant (430 baht =215 baht seorg=27.30 seorang)

Total : RM208.80


Pulut mangga 40 baht =5.10
Day 2 (Jumaat)

Breakfast : Tontamrab Musli Restaurant (sebelah Rohana) 
                      - bihun sup daging (80 baht) dan air teh tarik (35 baht)(RM14.60)
Jalan-jalan ke Lee Garden Plaza dan sekitarnya
Check Out dan Check in ke Grand Plaza Hotel (jalan kaki dari Red Planet)(agoda.com )(RM109.00)(RM54.50 seorang)
Lunch : Salma Restaurant (400 baht  termasuk air teh ais =200 baht seorang=25.40 seorang)


Snack : Pulut mangga dan ais krim kelapa (90 baht = RM11.50)

Total : RM106.00




Dinner : Hamid Restaurant (nasi goreng ketam dan air teh ais = 116 baht = RM15.00)



Day 3 (Sabtu)

Breakfast : Hamid Restaurant ( nasi lemak dan air kopi = 119 baht=RM15.10)
Check Out.
******one day trip (package tuk tuk 1500 baht (750 baht seorang=RM95.20)*****
Check In : Asia Grand Hotel (until Monday) (agoda.com)(RM190.00/2 malam)
Tuk tuk dari Asia Grand Hotel ke Asean Night Market (30 baht seorang=RM3.90)
Dinner : Asean Night Market (RM25.50)
Tuk tuk dari Asia  Asean Night Market ke Asia Grand Hotel (30 baht seorang=RM3.90)


Total : RM235.60


nasi goreng ikan masin 80 baht=RM10.20



banana pancake 40 baht= RM5.10

80 baht = RM10.20






Day 4 (Ahad)

7.00 pagi : tuk tuk dari Asia Grand Hotel ke Hadyai Junction (30 baht seorang=RM3.90)
7.30 pagi : naik train ke Padang Besar (50 baht seorang=RM6.40)
8.30 pagi : teksi RM12 Padang Besar ke Arked (harga satu teksi, RM6 seorang)
9.00 : breakfast di Kedai No. 9 (nasi pulut dan air kopi (RM9.00)
12.00 tengahari : Teksi dari Arked ke train station (harga satu teksi, RM6 seorang)
12.20 : van ke Hadyai (RM20 seorang) terus ke Central Festival Mall
2.00 ptg : makan tengahari di Mall (set nasi :65 baht dan air 40 baht= RM13.30)



5.00 petang - Tuk Tuk dari Mall ke Lee Garden Street (30 baht=RM3.90)
                        - tapau mee goreng seadood di Hamed (80 baht= RM10.20)



                       - Tuk Tuk ke Asia Grand Hotel ( 30 baht =RM3.90)

Total Day 4 : RM82.60


Day 5

Breakfast : provided by the Hotel (di Merlin Hotel across the road)
Transportation : - Tuk Tuk Asia Grand Hotel to Van Station (30 baht=RM3.90)
                                - Van ke Padang Besar (50 baht= RM6.40)
                                - Motorsikal dari Imigresen Thai ke Train Station (Rm7)
                                - ETS Padang Besar ke KL Sentral (1440pm)(RM102.00)

Total day 5 : RM119.30

          
Total : Transport + Makan + Pakej Lawatan sehari + Hotel (seorang) RM752.80

ETS : RM102 x 2 + RM204.00
Hotel : RM119 + RM109 + RM190 = RM418 /2 =RM209.00
Pakej Guide : RM95.20
Van : RM40.00
Tuk -tuk : 30 baht x 6 kali =180 baht = RM23.40
Teksi : RM12
Hadyai Train : RM6.40
Motor : RM7
Makan : RM161.70


Hotel Dorsett, Putrajaya













Lokasi : Lot 3, 3C5, Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Kemudahan di dalam Bilik Hotel : welcome drinks for 2, iron, hairdryer, safety box, hair and body towel, toiletteries, peti sejuk kecil, shower and 2 extra pillows, prayer mat,2 slippers, hangers and coffee n tea (with kettle).

Kemudahan berdekatan : Pasarajaya Hero (di dalam bangunan yang sama),farmasi , Boat Noodle, 7e dan lain-lain kedai yang baru dibuka juga di dalam blok bangunan hotel. Walking distance ke Masjid Besi , McDonald dan pasar malam (Selasa dan Jumaat sahaja).

Saya Juara Sajak?

Assalamualaikum...

Siapa sangka masuk pertandingan tanpa niat untuk menang akhirnya memberikan rezeki yang tidak disangka sangka. Itulah yang dinamakan rezeki dari Allah Taala. Dia mampu memberi apabila Dia kehendaki dan malah juga menarik ianya semula dari pegangan kita.

Pertandingan yang saya masuki ini diadakan sempena bulan Kemerdekaan. Selain daripada pertandingan sajak, ada 2 pertandingan lain yang dibuat secara berkumpulan iaitu mengikut bahagian masing-masing. 2 kategori yang saya maksudkan adalah kategori Pembuatan video pendek dan menghias sudut kemerdekaan. Alhamdulillah, tahun ni juara hiasan terbaik adalah dari BUU iaitu bahagian kami. Syukur.... Jika ingin lihat gambar-gambar di sebalik penyiapan sudut tersebut boleh tengok di SINI.

Pada pagi Jumaat ( tak ingat tarikh) yang juga merupakan hari terakhir menghantar rekaan sajak, saya sebenarnya sedang sibuk menyiapkan rangka wau yang akan dijadikan salah satu perhiasan di sudut hiasan kemerdekaan bahagian kami.











siapa antara kita
rela membawa obor bakti merentas onak dan duri
mengendong harapan seabad lamanya
mengiringi keranda
yang tidak kenal tuannya
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
kuburkan hasrat demi tanahair yang dicinta
di taburkan kasih dan sayang sebagai tanda
dibacakan doa membawa pahala
hilang nyawa bukan gentarnya
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
melangkah di atas panji negara
mengendong rukun negara
menjunjung  semangat perwira
menyusur di kancah derita
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
kikiskan segala sengketa
jernihkan panca roba
dirikan semula tiang negara
yang dulunya roboh di puncak derita
untuk agama, bangsa dan negara

siapa antara kita
setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara
walau tangannya sudah bergetar kecewa
walau kakinya lemah dimakan usia
masih berdiri megah dan  bangga
Demi agama, bangsa dan negara







Jangan Terpedaya : Macau Scam



Jika anda seorang yang updated anda mungkin sudah biasa mendengar perbincangan berkenaan perlindungan data peribadi. Melindungi data berkenaan diri umpamanya nombor kad pengenalan, alamat rumah dan rekod perbankan  adalah maklumat rahsia yang didedahkan oleh pemilik data hanya pada keadaan dan orang yang tertentu sahaja. Namun, berlaku salahguna data dan maklumat apabila terdapat pihak ketiga yang menggunakan data peribadi sama ada dengan cara memohon pinjaman atau digunapakai oleh scammer. Pernahkah anda menerima panggilan daripada scammer yang berlagak sebagai seorang kakitangan mahkamah atau dari pihak bank yang menyamar seolah-olah terdapat pihak lain yang telah menggunakan data peribadi untuk mendapatkan pinjaman?

Tidak kira apa-apa cara sekalipun namun modus operandi tetap sama. Scammer akan menelefon mangsa dengan menggunakan nombor telefon yang terdapat di dalam rekod peribadi pemilik dan kemudiannya membuat pengesahan bagi mengelakkan rasa was-was di pihak mangsa. Mangsa yang terpedaya akan merasa percaya bahawa pihak yang menelefon adalah pihak bank setelah disahkan dengan nombor kad pengenalan dan alamat atau juga dengan nama emak mangsa. Sedangkan data-data ini adalah data asas yang sememangnya telah berada di tangan scammer.

Persoalannya adalah siapakah scammer ini dan daripada manakah mereka peroleh data peribadi seseorang?

Cuba ingat kembali dan tanya pada diri sendiri sama ada anda pernah melakukan perkara-perkara ini :

a.     Mengisi borang pertandingan di pasaraya;
b.     Mengisi borang permohonan kad ahli di mana-mana agen/kedai atau premis perniagaan;
c.     Mengisi apa-apa borang yang mempunyai kotak istimewa yang memberikan kuasa tertentu kepada pihak penganjur untuk menggunakan data anda bagi apa-apa tujuan kepada pihak ketiga.


Data-data yang anda isi berkemungkinan pada asalnya akan digunakan bagi tujuan promosi atau lain-lain. Namun, siapa sangka ianya juga boleh dimanipulasi dengan perkongsian secara meluas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Penulis sendiri  berpenglaman menerima sms promosi pinjaman wang dari agen-agen yang tidak bertauliah, pernah menerima panggilan telefon yang menawarkan perkhidmatan insurans yang cukup hanya dengan berlaku tawaran dan penerimaan secara panggilan telefon dan pernah juga menerima panggilan daripada scammer yang berlagak seolah-olah pegawai daripada Mahkamah. Mungkin pada asalnya perkongsian data adalah bagi tujuan promosi sepertimana dinyatakan pada borang yang diisi namun apabila ianya telah disalahguna dan disebarkan, ianya menjadi suatu bencana yang sukar dibendung dan dihentikan.

Perkara sebegini boleh menjadi suatu mimpi ngeri dengan berkembangnya taktik dan helah scammer. Penyebaran tanpa sempadan menjadi tiket bagi scammer melebarkan sayapnya. Ini terbukti dengan kes-kes penipuan melalui panggilan telefon yang semakin meningkat. 

Walaupun telah disebarkan peringatan oleh pihak Kerajaan melalui siaran iklan di media massa namun ibarat mencurah air di daun keladi, aktiviti ini kekal dan tidak berubah. Program-program kesedaran juga banyak dikongsikan di media massa namun masih ada yang terpedaya dan menjadi mangsa yang seterusnya. Pendek cerita, scammer mempunyai pelbagai helah dan daripada 10 yang terpedaya mungkin seorang akan menjadi mangsa. Jika diperhatikan, jumlah wang yang menjadi perkara asas penipuan adalah sejumlah yang besar. Jarang sekali kita mendengar scammer menipu dengan habuan yang beratus ringgit.  Sama ada ini kebetulan atau terancang adalah sukar untuk dipastikan. 

Dalam hal perkara sebegini, wajar untuk diperhatikan beberapa perkara yang menimbulkan syak atas panggilan scammer ini. Tidak kiralah bagaimana mereka cuba untuk memanipulasikan keadaan, cuba fikirkan perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini dengan berhati-hati :
1.           
     1. Sekiranya anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan mengaku sebagai seorang pegawai mahkamah, pastikan anda nombor telefon yang digunakan boleh disemak kembali (bukan n “no number” atau “private number “). Ini akan memudahkan anda untuk membuat semakan semula atau “double check”;

      2. Penyamar akan berlagak seperti seorang pegawai (mahkamah/ polis). Dapatkan nama penuh, no badan atau jawatan di mahkamah. Sekiranya pemanggil enggan mendedahkan maklumat-maklumat tersebut anda bolehlah terus putuskan panggilan tersebut;

      3. Sekiranya anda terlepas untuk mendapatkan maklumat yang dinyatakan di atas, anda mungkin telah terlepas maklumat penting. Namun, sekiranya anda masih berada di talian, anda boleh teruskan dengan melayan panggilan tanpa melibatkan transfer wang atau mendedahkan no pin, no kad, tac no, id dan password online banking. Perbuatan memindahkan wang bukanlah suatu tindakan yang wajar dilakukan oleh mana-mana orang selain pemilik. Terdapat juga kes yang melibatkan pemindahan wang yang dilakukan oleh pemilik akaun sendiri. Dalam keadaan sebegini, pemilik akaun sepatutnya mendapatkan pandangan kedua sebelum melakukan apa-apa tindakan yang tidak wajar.


Kes terbaru dilaporkan oleh astro awani melibatkan seorang jurutera yang kerugian wang RM70,000. Tindakan memindahkan wang ini dibuat dengan cara yang sangat licik. Perlu diingatkan bahawa tindakan pemindahan wang ke akaun yang lain bukanlah suatu tindakan yang wajar dalam apa-apa keadaan sekalipun, apatah lagi memindahkannya ke akaun yang tidak dikenali.


Sumber : http://www.astroawani.com


Mungkin aktiviti ini bebas bergerak kerana masih terdapat ruang untuk mangsa yang naif namun sebagai seorang yang peka kepada perkembangan semasa, jadilah lebih bijak dengan mengambil iktibar daripada pengalaman dan keadaan yang menimpa mangsa yang lain. Jumlah dan keadaan mungkin berbeza namun matlamat sindiket ini tetap sama iaitu mencuri wang dengan cara paling tidak bermaruah. Hati-hati dan waspada kerana malang itu tidak berbau.


Iswa Tonie
Putrajaya
07.11.2018

Till We Meet Again Tamara Residence





Tanggal 31.10.2018 genap setahun dan sebulan kami sekeluarga bermukim di Tamara Residence. Tempat kami sekeluarga berlindung daripada hujan dan panas. Tempat kami 3 bernak berteduh semasa ayahnya outstation. Jujurnya saya lebih gemar tinggal di rumah apartment berbanding teres. Pertamanya saya sukakan pemandangan. Di Tamara pemandangan indah di waktu malam ataupun siang sememangnya adalah bonus. Selain dekat dengan faciliti dan kawasan tumpuan untuk makan-makan di Ayer 8, Tamara juga menawarkan pakej lengkap yang menarik minat saya untuk menyewa di sini.



Dengan kadar sewaan RM1750 sebulan kami sekeluarga mendapat pemandangan yang cantik, 2 parking, rumah yang dilengkapan oven, microwave dan gas serta kitechen kabinet yang sesuai dengan keluasa rumah. Tidak lupa shower yang lengkap dengan air panas dan 2 biji air conditioner (di ruang tamu dan bilik utama). Bagi saya Tamara adalah satu penempatan yang lengkap. Tinggal di Tingkat 16 tidak langsung mendatangkan gayat bagi seorang yang takutkan ketinggian seperti saya. Malah dengan ketinggian inilah makanya saya dapat menikmati pemandangan separuh daripada Putrajaya.


Masjid Putra ibaratkan berada di seberang jalan. Kedengaran bunyi azan di setiap tiba waktu solat menerjah ke rumah kami. Sayu rasanya mengingati suasana petang (maghrib) di Tamara. Azan berkumandang bukan sahaja kedengaran dari Masjid Putra, malah dari surau Tamara dan sekali sekali jelas kedengaran dari Masjid Besi. Mana mungkin hati tidak terusik dengan laungan azan yang mengingatkan kita kepada darjat kita sebagai hambaNya. Sungguhpun begitu masih juga kita (saya) lalai solat di awal waktu..astaghfirullah...

Kehidupan di Tamara sangat lengkap. Semasa kami mula-malu masuk ke rumah ini kami suami isteri memasang angan-angan untuk mendapatkan satu unit untuk kami jadikan tempat berteduh secara tetap. Penat rasanya asyik berpindah randah menyewa dari satu rumah ke satu rumah yang lain. Dari flat ke kuarters dan kemudiannya ke teres dan ke apartment semula. Bukan sahaja perabot yang rosak malah poket kami yang turut koyak rabak.

Melihat kemudahan yang disediakan di rumah ini membuatkan hati kami sekeluarga berbunga-bunga. Mana tidaknya, semua kelengkapan disediakan. Walaupun ruang dapurnya sedikit terhad namun ia lebih ringkas. Lebih kecil ruang maka lebih senang untuk dikemas. 



Namun sepanjang setahun dan sebulan di rumah ini, hanya sekali saya sempat menggunakan oven manakala microwave kami kerap guna untuk memanaskan lauk. Pengalaman menjadi seorang penyewa mengajar diri sendiri untuk tidak bebas meggunakan kemudahan yang ada walaupun kemudahan yang disediakan adalah untuk digunakan dan bukannya  hanya sebagai perhiasan. Sebagai penyewa rasa takut akan kerosakan melebihi rasa teruja untuk menggunakan barangan kemudahan apatah lagi apabila ianya melibatkan barangan elektrik. Takut kalau-kalau barangnya rosak, nak digantikan pulak mahal. Takut pula tak tertanggung nak membayar gantiruginya.



Beberapa bulan di awal kemasukan kami di sini kami sangat excited untuk mendi manda di kolam yang tersedia ini. Namun kami berdepan dengan musim hujan selepas itu menjadikan kami jarang untuk ke sini.Bagi saya sendiri yang tidak gemar mandi di kolam saya sendiri sebenarnya tidak berpeluang masuk ke dalam kolam di sini.



Apabila cuaca hujan mulai kurang perlahan lahan penduduk di sini mulai turun semula ke kolam ini. Bukan sahaja penduduk di sini, malah penduduk sementara (homestay) juga tertumpu di sini. Pernah sekali kami sekeluarga turun untuk mandi di sini tapi malangnya kami tidak mendapat spot bukan sahaja spot untuk duduk malah kolam ini juga penuh. Di tepi-tepi kolam terdapat beberapa buah keluarga sedang bersantai umpamanya di tepian pantai sementara anak-anak memenuhi kolam renang. Sebagai penyewa di sini kami sekeluarga sedikit terkilan. Ibaratkan hak kami telah dinafikan. Kami sebenarnya menunggu beberapa ketika untuk mencari ruang menyesuaikan diri namun setelah lama di sana dan nampaknya peluang semakin tipis, maka kami teruskan dengan menyelit 2 anak kami mandi di satu ruang yang sangat terhad. Cukupla untuk lepas hajat mereka.



Ruang tamu kami kecil sahaja. Sofa ini kami bawa dari Shah Alam. Mula beli semasa kami pindah masuk ke kuarters dan kemudiannya di bawa masuk ke rumah teres di seksyen 4 Shah Alam dan akhirnya di bawa jauh merantau ke Putrajaya. 

Ruang kecil ini nampak kecil tapi sangat luas bagi kami berempat. Tempat duduknya cukup untuk menempatkan 4 bontot kami yang comel2 ini. Cuma kalau hendak baring atau santai ruang ini tidaklah mesra. Jadi kami jarang berbaring-baring di ruang tamu ini. Langsir jarang ini kami beli di IKEA. Kami tidak berhasrat untuk memasang langsir berat atau blocking curtain. Kami ingin nikmati pemandangan yang indah dari rumah kami. Kadang-kadang takut juga bila hujan petir. Selalunya kami anak-beranak sembunyi masuk dalam bilik je.

Sepertimana dinyatakan di atas tadi, bonus di sini adalah pemandangan yang cantik dan menenangkan. Lihatlah pemandangan di waktu malam dari balkoni rumah kami. Indah dan tenang.





Tidak kira di mana kita berada, Allah telah tetapkan tempoh dan masa untuk kita kumpul kenangan. Begitulah juga kami sekeluarga. Cukup setahun dan sebulan untuk kami merasai nikmat kemudahan di sini.  Till we meet again Tamara Residence...thank you for all the memories...


Iswa Tonie,
Tamara Residence,
Putrajaya.

Kek Batik Empire Oreo Cheese



Bahan-Bahan:

200 gm mentega
1/4 cawan gula halus
4 biji telur gred B (aznie guna gred A)
1/4 cawan serikaya
1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan horlick
3 pek biskut oreo – (buang krim dan patah-patahkan)
pandan paste
pewarna hijau

Cara Menyediakan:

1. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil pukul hingga kembang. Masukkan serikaya, susu pekat manis dan esen vanilla, pukul lagi hingga sebati.

3. Kemudian, masukkan pula tepung gandum, horlick dan gaul hingga rata. Masukkan pandan paste juga sedikit pewarna hijau. Gaul hingga sebati.

4. Masukkan biskut oreo, gaul hingga rata. Sapukan mentega pada dasar loyang/bekas acuan dan alaskan bekas acuan dengan kertas kek.

5. Masukkan adunan ratakan keseluruh permukaan loyang. Goyang-goyang dan hentakkan loyang supaya adunan menjadi mampat.

6. Panaskan air kukusan dan kukuskan menggunakan api sederhana selama 1 jam.


Lapisan Cheese

Bahan-Bahan:

250g Cream Cheese
1 bj Telur GredA
2 sb Gula Halus (Aznie guna 1/4 cwn je)
**sedikit nutella

Cara Buat:

1. Putar kesemua bahan kecuali nutella sehingga kembang. Ambil sedikit adunan dan campurkan dengan sedikit nutella.

2. Tuangkan adunan cheese plain diatas kek batik tadi. Kemudian, paipkan adunan cheese yang telah dicampur dengan sedikit nutella. Buat la corak ikut suka.

3. Bubuh sedikit oreo diatas cheese (ikut suka, sekadar hiasan). Kukus selama 5-8 minit. Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum di potong/hidangkan.

Resepi Kek Batik Empire Oreo Cheese

Resepi Oleh: Aznie Khasri via resepi bonda



#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade  #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral