The Vow : Movie Review



Paige (Rachel McAdams) and Leo (Channing Tatum) adalah pasangan bercinta dan akhirnya berkahwin. Kehidupan kedua-duanya sangat indah. Paige adalah seorang artis yang yang melukis sebagai kerjaya sementara Leo mempynyai syarikat recodingnya sendiri.

Kehidupan yang ceria dan indah diduga apabila kedua-dua terlibat dengan kemalangan jalan raya. Kesan terbesar apabila Paige hilang ingatan dan tidak mengenali suaminya sendiri, Leo. Leo yang terkejut tidak melatah sebaliknya menerima kekurangan Paige. 

Akibat daripada kemalangan itu, memori Paige terhad kepada keluarga dan memori di awal tamat persekolahan. sedikitpun memori berkenaan Leo tidak dapat diingatnya menyebabkan kedua-dua mereka menjadi orang asing dan mula hidup berasingan.

Keadaan ini menjadi titik mula kesedihan di mana kedua-duanya menjadi renggang. Pagie telah berpindah ke rumah ibu bapanya semula dan akhirnya menjalani kehidupannya dengan caranya sendiri. 

Sementara Leo hanya memberikan ruang kepada Paige untuk mengingati semula kenangan indah mereka bersama secara beransur-ansur dan tanpa memaksa.

Kehidupan berasingan memberi ruang kepada Paige untuk melalui kehidupan tanpa Leo sebagai penunjuk arah. Akhirnya tanpa sedar, Paige mula merindui Leo dan pada suatu malam, Paige terserempak dengan Leo di hadapan kedai yang biasa mereka pergi semasa bercinta. Dijadikan cerita, kedai tersebut telah ditutup dan secara alternatif Leo telah mengajak Paige untuk pergi ke kedai lain yang merupakan kedai favaourite mereka juga.

Paige seorang yang ceria dan berasal dari keluarga berada


perkahwinan Paige dan Leo


kehidupan Paige dan Leo yang sangat mencintai satu sama lain.
Kesimpulan daripada filem romantik ini :

1. Pasangan bercinta, suami dan isteri pasti akan diduga. Ada yang diduga dengan penyakit, ada yang diduga dengan perasaan beralih arah dan ada juga yang diduga dengan ketiadaan cahaya mata.  Dalam kehidupan ini, pilihan sama ada untuk kekal dengan perasaan yang ada, kecewa ataupun redha terletak di tangan kita sendiri. Di dalam filem ini, Leo tetap merasa kecewa atas perubahan sikap Paige namun beliau tidak memberontak dengan mencari cinta lain namun bersikap tabah dan sabar dan terus berharap agar ingatan isterinya kembali pulih. 

2. Hargai orang yang menyayangi dan menghargai kita dengan cara menerima baik dan buruknya. Dalam apa jua keadaan, dugaan dan cabaran tetap ada. Sabar, redha, syukur dan doa perlu dalam apa jua keadaan sekalipun.

3. Semua yang berlaku ada sebabnya. Besar kemungkinan kita akan nampak keburukan sahaja namun disebalik musibah terselit hadiah yang lebih besar dari segala hadiah yang ada di muka bumi ini dan kekal milik kita selamanya.

Wallahualam.


Iswa tonie, 
Putrajaya.

Assalamualaikum Khabib



Salam semua,

Selamat hari isnin. Ramai yang kata isnin hari yang paling malas nak turun keje sebab kalau boleh nak continue sambung weekend.2 hari tak cukup untuk rehat dan menguruskan kelusrga.Pendapat ni mungkin juga betul kadang kadang sebab permulaan hari memang banyak dugaannya.Sebegitu jugala permulaan untuk semua perkara sama ada permulaan perkahwinan permulaan hari sekolah pemulaan hari menjadi ibu bapa namun semua permulaan ini jika ditempuh dengan sabar dan tabah akan menjadi hari yang paling indah yang pastinya akan dikenang sehilang mati. Kerana setiap permulaan membawa kepada peluang dan ruang yang baru maka bertabahlah melawan nafsu sendiri.

Hari ini saya bercuti.Baru sahaja selesaj urusan peribadi dan urusan keluarga. Ada masa sedikit ni saya nak ulas atau mungkin juga berkongsi rasa dengan pembaca semua.
 
 
Kredit : www.theguardian.com

Tanggal 6 Oktober 2018 iaitu 2 hari lepas berlangsung perlawanan antara Khabib Nurmagomedov dan Macgregor. Siapa khalid?siapa Macgregor? Kedua-duanya adalah pesaing untuk UFC. UFC ni adalah singkatan bagi Ultimate Fighting Championship. Beribu pejabat di Vegas perlawanan hebat 6.10.2018 diadakan di Sin City dan menjadi tumpuan seluruh dunia.Perlawanan ini bukan sahaja memiliki daya tarikan tersendiri malah menjadi tumpuan apabila pelbagai isu dibangkitkan sebagai perang psikologi antara pesaing.

Khabib adalah warga Rusia beragama Islam yang mempunyai sejarah perlawanan tidak pernah kalah. Bagi saya Khabib adalah seorang Muslim yang tetap berpendirian. Kalau kita perhatikan betul-betul pesaing Khabib ni kuat main serang serang secara psikologi. Habis semua diungkitkan termasuklah bab agama, keturunan dan kewarganegaraan Khabib. Bagi peminat tegar Khabib korang mesti dah tengok kan bagaimana rude dan kurang ajarnya perangai si McG ni. Macam kuat sangat. Masok round 4 dah lembik macam gegirl. APatah!


Dan saya ingin melahirkan rasa syukur Khabib menang. Yelaah, cuba korang bayangkan kalau Khabib kalah. Masyaallah tak terbayang apa yang akan berlaku di dalam stadium tu. Mahunya geng2 McG tu merusuh mengamuk berbunuhan. Ini tak mustahil berlaku. Di sebalik ramai peminat Khabib atas attitude dan rendah dirinya itu, saya rasa ramai haters McG yang terdiri dari kaum dia sendiri. Semuanya berpunca kepada tindakan McG sendiri yang berlagak hebat, suka suki hina keturunan orang dan malah agama orang jugak! no manners dan sangat biadap. Benarlah kata-kata ustaz Zakir Naik. Semua kitab mengajar umatnya menjadi lebih baik dan sekiranya umat-umat kitab terdahulu benar2 berpegang kepada ajarannya sudah pasti mereka tidak akan terpesong, bertindak diluar batasan dan kurang rasa hormat. 



 Khabib Nurmagomedov submitted Conor McGregor in Saturday’s UFC lightweight title fight. Photograph: Stephen McCarthy/Sportsfile via Getty Images


Korang yang tak follow lagi insta Khabib bolehlah klik kat SINI. Saya perasan jumlah follower dah meningkat tak kurang 3 juta dalam masa 2 setangah hari. Alhamdulillah. Syukur ramai yang menyokong dan berada di belakang Khabib. 


Saya salute cara didikan yang diberikan kepada Khabib sejak kecil. Saya boleh katakan bahawa didikan ayahnya membentuk jati diri Khabib. Di zaman sekarang dugaan untuk mengekalkan keimanan pada diris sendiri pun sudah cukup berat  inikan pula dugaan melawan pesaing yang psiko.

Saya akan cuba untuk sambung entry ni. Banyak lagi nak share pasal video, instagram dan jugak komen follower and haters. Ada pengajaran yang menyentuh hati semua orang (muslim esp) rentetan daripada game 6.10.2018 ni.  To be continued.


Iswa Tonie
09.10.2018
Putrajaya

Trip Bajet ke Singapore Part II -Day 1

                                                 

Bersambung dari Part 1.


KL  (BTS) - Tuas Check Point (Singapore)- Golden Mile Complex (Singapore)-Jalan Arab -Boat Quay (Hotel)

Kami sampai di Imigresen Malaysia sekitar jam 12 tengahari. Pada masa ni bas hanya berhenti sekali dan kami semua dalam kelaparan sangat-sangat. Pada masa ni semua orang ingat bas akan berhenti untuk makan tengahari. Jadi semasa bas berhenti untuk kali pertama jam sekitar 1000 pagi semua kami hanya membelikan makanan untuk alas perut. Itupun semua habis di makan.

Kalu orang tua pun lapar apatah lagi buak-budak kan. Nasib baik pagi tadi saya sempat gorengkan nugget Ramli dan bawak bekal. So adelah makanan untuk mereka sementara menunggu masa untuk makan tengahari.

Selesai cek passport di Imigresen Malaysia, bas yang sama menunggu di luar stesyen pemeriksaan tersebut terus membawa kami bergerak menyusuri jambatan di Laut China Selatan ke Singapura. 



Check Point pertama adalah Tuas Check Point yang menempatkan kastam dan Imigresen Singapura. Di sini, kami terpaksa berdiri dalam queue lebih kurang sejam setengah. Boleh tahan jugakla lamanya tu. Bila sampai turn kite tak sampai 5 minit pun cek passport. Yang lamanya tuh berdiri..Naik longgar skru lutut. Dahlah lapar hehehe

Settel semua kami akhirnya masuk dalam Singapura...yess...WELCOME TO SINGAPORE...

Seperti yang saya sebutkan dalam entri terdahulu, bas yang kami baik akan stop di Golden Mile Complex. Ianya adalah terminal bas  macam Pudu Raya. Namun bas kami berhenti di hadapan Complex tersebut dan semua penumpang turun. Kami terpinga pingalah jugak sebab tak pasti kenapa semua orang turun. Bila ditanya dengan driver bas rupa-rupanya semua biasanya akan trn di bas stand hadapan complex kerana lebih mudah dan dekat dengan Masjid Sultan. 



Oleh kerana semua orang tengah lapar jadi kami singgah dulu makan. Masa ni dah tak kira dah nak masuk kedai mana sebab semua kedai boleh tahan penuhnya. Ramai betul manusia kat sini....



Iswatonie 
Putrajaya.

Trip to Guangzhou

kredit : Youtube
Salam di pagi ahad…

Cuaca sedang elok je pagi ni. Sementara anak-anak concentrate dalam kelas swimming dieorang saya cuba untuk habiskan sharing nie..Posting ni sepatutnya di buat 5 tahun semasa kejadiannya baru-baru lagi berlaku tapi oleh kerana kekangan masa dan kekurangan mood untuk menulis apa lagi menaip, maka posting ini terlewat selama 5 tahun.

Mungkin ada yang bertanya kenapa dan apakah sebabnya saya kurang menulis. Takkanlah sibuk sangat sampaikan nak menaip sebaris ayat pun payah. Yah, kalua ada yang bertanya mungkin akan saya jawab dengan jawapan versi ini :

Saya bukanlah seorang yang sentiasa berada di hadapan pc atau laptop mahupun Hp menatap posting sendiri atau orang lain. Saya tidaklah sesibuk mana. Cukup saya katakan bahawa sebagai seorang dpp (pada masa itu)yang terbeban dengan keja yang tidak pernah susut, dan sebagai seorang isteri yang mempunyai 2 orang anak yang berumur 3 dan 7 tahun tanpa pengasuh atau orang gaji, masa-masa terluang saya sangat sangat berharga. Masa-massa lapang saya gunakan dengan membasuh, mengemas, melipat baju dan belaja memasak. Ya, saya bukan seorang yang dilahirkan dengan skill memasak yang bagus. Semasa saya mula-mula berkahwin dengan suami saya, masa kari pun tak pandai lagi. Bolehla masak kari tapi kejadiannya seperti serba tidak kena. Walaupun suami tak komen banyak, tapi sebagai seorang isteri kitab oleh perhatikan dengan berapa suap yang suami kita telan..Para isteri mesti faham situasi begini. Sememangnya isteri-isteri diberikan the 6th sense sebagai anugerah. Kalau nak diceritakan special sense sebenanya banyak lagi sense yang boleh saya ceritakan termasuklah kuasa menghidu perbuatan2 tak elok suami, kuasa meramal perangai anak-anak dan mungkin juga kuasa untuk meramal masa depan keluarga dan anak-anak 😊….nantilah kalau ada masa terluang saya akan usahakan untuk share personal knowledge berkeneaan kuasa-kuasa seorang isteri yang Allah anugerahkan…

Saya rasa saya dah jauh ketengah laut nie…Eloklah saya kembali ke pesisir pantai.Hahaha… Beginilah saya banyak untuk saya ceritakan dan kongsikan. Saya selalu ingatkan diri untuk bercakap mengikut isu dan tajuk tapi kadang2 tajuk itu berkembang dan kerapkali saya tersasar. Bukan sahaja dalam posting tapi dalam kehidupan sebenarnya pun saya memang suka bersembang. Dan isu yang biasa kami suami isteri borakkan sudah semestinya socialmedia dan perkembangan anak-anak zaman sekarang..Nantilah ada masa saya cuba untuk ulas pasal isu itu pulak…

Ya, seperti yang saya cuba untuk huraikan di atas, saya bukanlah sesibuk mana.Hanya kesibukan biasa seorang ibu dengan 2 cahayamata yang meningkat usia. Kedua-duanya saya besarkan dengan didikan cara sendiri dengan berpandukan didikan mak ayah saya dan saya selitkan lebih kepada keutamaan berpegang pada Yang Esa. Saya kurang perhatian ke arah dunia social media.Jadi apabila timbul isu baru di mediasosia saya susah untuk memberikan komen. Isu socialmedia juga selalu menjadi isu bualan rakan-rakan. Oleh kerana saya susah untuk update isu-isu tersebut maka saya kurang bersocial juga. Lagipun saya terlalu sibuk dan masa-masa yang ada hanyalah sedikit untuk diri saya. Mungkin ada rakan-rakan yang kurang menyenangi tindakan saya yang kurang perihatin kepada perkembangan rakan sepejabat atau kurang ambil bahagian dalam perjumpaan atau sebagainya namun saya redha. Saya di sini hanyalah musafir. Hanya ada suami dan keluarga mentua. Itupun jauh nun di Rawang dan kami pada masa itu masih menetap di seksyen 6 Shah Alam. Dalam keadaan keluarga yang jauh saya cuba untuk minimisekan sebarang masalah…apa-apa sahaja masalah. Malah hujung minggu bagi seorang DPP tidaklah seindah hujung minggu rakan-rakan di unit lain…Walaupun berhujung minggu kami keja tetap diutamakan. Seawal petang ahad selalunya masa telah diperuntukkan untuk study kes minggu hadapan dan update apa sahaja yang perlu umpamanya dokumen dan saksi…menghantar reminder dan sebagainya….

Dan yaah,, saya dan suami berpeluang untuk ke Guangzhou, China pada Mei 2013. Trip yang kami rancang berdua ini sebenarnya adalah trip untuk membeli stok barang kraf saya. Dan oleh kerana negara China adalah negeri pemborong terbesar dan murah maka kami usahakan untuk kesana berdua.

Sebelum ke sana kami telah riki jalan dan hotel yang dekat-dekat. Kebanyakan maklumat yang kami tahu adalah berdasarkan blog2. Namun, blog2 tidaklah mendedahkan maklumat lengkap berkenaan area mana nak carik barang dan kedai yang murah dan sebagainya. Maklumat yang kami dapat cumalah perkongsian tempat nak pegi dan mungkin juga kemudahan yang ada di sana. Setakat itu sahaja.

Kami berdua memilih untuk menggunakan perkhidmatan penerbangan MAS dengan seat economy. Pada masa tersebut tambang untuk pergi dan balik untuk seorang adalah RM2000 lebih kurang dan bagi kami harganya agak rendah berbanding airlines lain pada masa tersebut.

Perjalanan selama 4 jam dari KLIA ke Guangzhou berjalan dengan lancar pada masa itu. Setelah sampai di sana, kami dapatkan simcard local untuk memudahkan kami call anak-anak kami yang pada masa itu dijaga oleh anak saudara dan makcik saya yang diimport khas dari Kuching. Seterusnya, kami naik cab dan tunjukkan alamat kat driver taxi. Ini sebagai peringatan kat sape-sape yang nak ke China dan tak tahu bercakap mandarin yeh. Korang janganlah risau sebb kat sini kiranya driver-driver ni macam driver terlatih taw. Dieorg mungkin dah biasa bawak pelancong jdi korang cuma perlu tunjuk alamat dan die akan htr kat tempat tu. Macam kami hari tu kami tunjuk je alamat yang kami print kat paper (booking hotel) driver tu terus bawak ke hotel berkenaan. Cuma satu lah nak share...kadang2 sebutan nama hotel tu tak sama dengan sebutan kat sana jadi better tunjuk kat diorg nama and alamat hotel tu. Senang dioeg teka nak pegi mana.

Suami saya bolehla sikit bercakap mandarin. Nak dijadikan cerita pada hari kejadian tu sebenarnya suami dah bgtahu siap kat driver nama hotel tu. Bayangkanla dah cakap dalam mandarin pun die masih terpinga pinga. So kami tunjuk nama dan alamat yang dah diprint tu baru dia faham kami nak ke mana...begitulah ceritanya...

So sampai hotel kami rehat dan kelaparan. Walaupun kami adelah bawak sikit bekalan maggie etc (taklarat nak memasak aiehh) tp sebb dah lapar sangat kami keluar dan berjalan keliling bertanya di mana ada makanan halal. Dengan berbekalkan sedikit kepandaian berbahasa mandarin kami berjalan dari hotel ke kedai makan muslim yang paling dekat. Nak sampai ke kedai tu kiranya makan masa sejamla jugak sebab sekejab kami tanya sekejab kami sesat dan sekejab lagi carik jalan tak berjumpa jalan hahhaa....begitula bile berjalan tanpa hala tujuan hehehe...

Inilah antara menu yang ada di kedai tersebut. Kalau korang nak tahu macam mana kami pasti ini kedai muslim, sebenarnya kami bertanya dan interview tuan kedai tu dulu. Bukan kamila, suami seorang. Saya adelah menyampuk sikit2 dgn broken english hhehe...
korang tunjuk je nak makan yang mana. Kalau korang nampak makanan mee ke nasik ke ade daging tu daging kambing yeh.dieorang takde stok daging lembu kat sana mostly lambing je....katanyala...so nama kedai n kat mana lokasi saya susah sikit nak share sebb tak ingat nak ambik gambar depan kedai. 2 kali je makan kat sana and 2-2 kali tu kami kelaparan sangat.masa tu pulak takde power bank segala. Sempat ambik satu gambar je nie jek..huuhhuu...




Lepas makan kami terus berjalan jalan mencari kedai untuk beli barang. Sempatlah ambik gambar sebijik dua.....







Ini adalah pemandangan diluar kawasan hotel yang kami duduk. Di sini ada pasar macam pasar malam kite yang jual pelbagai makanan dan barang-barang basah. sate yang dieorang jual ni sate kambing. Jangan risau kami dah tanya dulu dieorang ni muslim ke tak. Sate ni sedap. Rasanya memang lain daripada sate yang kita ada di sini. Dieorang jual sate tanpa pencecah. Just makan macam tu je. Walaupun takde kuah sate saya tetap sukakan sate ni. Sate ni dibakar setelah diperap sebab rasa rempahnya hingga ke isi dan letakkan serbuk lada sebelum di makan. kira macam korang beli ayam goreng uncle bob tu la. Lepas goreng kan dieorang letak lada dulu. Kira samalah mcam yang ini. So lepaslah sikit rasa lapar yang datang balik bile dah banyak berjalan kan...


Keesokkan harinya kami berjalan lagi sampai petang. Ini adalah pemandangan waktu malam di sekitar hotel. Sunyi dan sepi. Kalau siangnya riuh rendah sampai ke petang namun malam sangat sangat sunyi kat tempat ni. Sikitlah nak puji dioerang ni semua ni. Semangat bekerja mula dari awal pagi. Pagi2 pkl 5 dieorang dah riuh rendah tapi semua ni berakhir waktu petang. Lain pulak kite kat sini. Sibuknya daripada siang bawak ke malam. Itu yang masa untuk family and anak-anak hilang entah ke mana. macam dieorang ni pulak petang dah siap ade kat rumah melayan keluarga. Nampak macam teratur sikit sistem keluarga dieorang.Yerlah kan, keje ni takkan ke mana. Keluarga lebih  penting.

Malam-malam kami saja berjalan-jalan menghirup udara segar. Masa tu takdelah sejuk sangat cuma beranginla sikit. Sejuk2 makan jagung rebus panas memang best. Tak sangka jumpa jagung rebus kat Guanzhou ..hehe

Hari ketiga kami masuk ke bandar sikit. kami sempatlah shoping sikit barang-barang untuk anak-anak. Nak kate baju kat sana murah2 tu takdelah murah mane. Cuma dapatlah beberapa pasang baju yang cantik dan kualitinya mcam oklah dengan harga yang berbaloi. Sory takde gambar cuma untuk memori shje.

so ini adalah menu kami kat bandar hari tu. Lupa lagi nak ambik gambar kedai tu. Sempatla tengok menu die and snap gambar. And even kami berjumpa Malaysian yang jugak shoping di Guangzhou. Katanya kedai makan tu memang portion die besar so berbaloi dengan harganya.


Korang rasa portion ni besar sangat ke biasa biasa je...

Malamnya kami sempatlah jalan-jalan kat bandar. Sempatlah naik cruise ....



dan ambik gambar sekepong 2 buat kenangan..


ni view dari dalam cruise ...


dan cruise ni akan melalui Canton Tower. Cantik dan bewarna warni..sangat meriah

...bye bye cruise hhehe.. 


Ni pemandangan dari bilik hotel kami. Kiri kanan bangunan ok. Takde pemandangan pokok ke ape. Memang keras je mate tengok permandangan macam ni hari hari.


Hari terakhir di Guangzhou kami tak banyak aktiviti. Just kemas-kemas dan bersiap untuk balik. Jadi saya takde apa apa nak share kecuali nak share yang last ni. makanan kami dalam flight balik ke KL.

Kami terlepas flight sebab salah tengok masa jadi kami terpaksa beli tiket baru. Bab ni saya tak nak share sebab sakit kepala memikirkannya. Tunggu ade masa terluang nanti saya share. Cuma nak ingatkan korang cek betul2 masa dan tarikh flight especially kalau ke luar negara. Kalau kene beli tiket flight baru memang menangis haruuuuu....

ok sampai sini je perkongsian hari ni. Nanti kami datang semula ke Guangzhou saya akan update semula korang info yang terkini punyer yeh..bye..





Merlion Park, Singapore



Salam...

Posting hari ini saya akan kongsikan berkenaan Merlion Park. Taman ini terletak di tepi tasik. Pemandangannya sangat sangat tenang dan luas mata memandang kerana persekitarannya yang cantik di kelilingi bangunan menarik seperti Marina Bay dan Esplanade. 


Lokasi Merlion Park ni hanya berjalan kaki dari Boat Quay kawasan hostel di mana saya dan keluarga menginap semasa berada di sana. Kedudukannya yang senang di cari dan hanya  berjalan kaki sangat memudahkan urusan lawatan. Kami berjalan kaki selama lebih kurang20 minit dengan kelajuan yang paling minima. Kebetulan pada masa tersebut memang ramai pelancong atau mungkin juga warga tempatan yang menggunakan laluan yang sama jadi kelajuan tidak dapat dimaksimakan. Tambahan, di sepanjang perjalanan kami juga berhenti sekejab ditempat yang menarik untuk mengambil gambar dan juga memerhatikan nilai sejarahnya.

Burung besar ini menjadi tarikan di kawasan hujung deretan kedai yang menempatkan hostel tempat tinggal kami di Boat Quay. Burung ini mengadap deretan kedai dan yang menariknya, ia adalah sejenis burung yang dibentuk dengan menggunakan gangsa (bronze). Melihat kepada saiznya sahaja sudah menarik apatah lagi setelah mengetahu bahawa ianya telah diukir oleh pengukir terkenal, Fernando Botero.


Ini adalah serambi yang terletak bersebelahan Merlion Park. Kurang pelancong berhenti di kawasan ini pada hari berkenaan. Mungkin disebabkan cuaca yang telah mulai panas ataupun bekejar untuk sampai cepat di Merlion Park. 

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Kurang daripada 5 minit berjalan kaki kami akhirnya sampai di Merlion Park. Terlihat patung singa kecil berketinggian 10 kaki yang berdiri di dalam kolam membelakangi patung singa besar yang mengadap laut.





Sebaik melangkah di kawasan ini kami terus mula mengambil gambar sambil memerhatikan gelagat pelancong lain. Ramai pengunjung pada masa tersebut dan kami terpaksan menunggu giliran untuk bergambar tanpa halangan. Memandangkan pelancong lain atau pengunjung lain datang bersama kumpulannya maka mereka nampaknya tidak meluangkan masa yang lama di sini. Setelah menunggu beberapa minit kawasan tersebut mulai lengang dan memudahkan kami menangkap gambar dengan pose yang menarik.

Sedikit fakta berkenaan Merlion Park ini, ianya pada asalnya telah direka oleh Lembaga Pelancongan Singapura berhampiran dengan sungai Singapura iaitu pada tahun 1964. Pada 15 September 1972, taman ini telah di buka secara rasmi dengan perletakan patung singa besar ini oleh Perdana Menteri Lee Kuan Yew (pada masa tersebut). Patung yang berketinggian 8.6 meter dan seberat 70 tan ini menjadi mercu tanda Singapura sejak daripada itu.

Iswa Tonie
Putrajaya.

Al-Fatihah Buat 6 Jiwa Yang Syahid


Kredit : Astro Awani


Salam Jumaah yang barakah...

Mati itu pasti. Ungkapan ini mungkin telah biasa bermain di bibir kita. Tapi sedarkan kita bahawa kematian itu sangat dekat dengan kita. Teringat dengan kata-kata ustaz di Astro Oasis  pagi semalam. Tolong jangan tanya siapa ustaz tu sebab saya lupa untuk tengok siapkah ustaz yang berbicara di kaca tv semalam. Semasa saya mendengar kata-kata berharga ustaz tersebut saya sedang leka menggosok baju sekolah dan dalam keadaan ingin cepat siap.




Ustaz tersebut berbicara tentang mati. Beliau menyampaikan bahawa Rasullah saw telah ditanya oleh umatnya berapa jauhkah kematian itu dengan diri manusia. Dan jawab rasullullah sambil menunjukkan 2 jari yang dirapatkan sambil berkata "Allah lebih mengetahui."

Bayangkanlah kematian digambarkan dengan 2 jari yang sangat rapat. Wujudkan ruang antaranya? Saya sendiri telah cuba melihat jarak antara keduanya. Cuba korang buat 2 jari dan rapatkan. Adakah korang jumpa ruang walau sedikit di antaranya?Takde kan. Masyaallah. Itulah gambarkan betapa dekatnya diri manusia dengan kematian.

Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Al-fatihah buat 6 orang umat Muhammad yang telah dipanggil kembali oleh penciptaNya. Mendengar berita ini sahaja cukup menggegarkan jiwa apatahlah lagi setelah melihat sendiri keadaan akhir hayat semasa mereka mengakhiri perjalanan mereka di bumi ini. Pengakhiran yang hanya Allah mengetahui caranya dan bagaimana.

Semoga roh mereka di tempat bersama para syuhada..


Iswa Tonie
25 Muharram 1440AH
Putrajaya

Water and Fire - Filem Romantik Paling Leleh



Salam Semua,

Kalau korang peminat filem romantic korang mesti tengok filem dari Turki ni. Tajuknya seperti di atas maksudnya api dan air . Mula2 tengok cerita ni macam tak best sebab diselitkan dengan cerita tentang genster semua. Jadi mula2 ingat jalan cerita filem ni mesti kasar dan berat. Biasa yang romantik2 ni wajib dimulakan dengan suasana sekolah atau tempat keje atau keadaan rumah dan persekitaran kawan-kawan…Well, dah biasa sgt tengok plot cerita drama sgt mcm tu kan jadi mindset macam susah sikit nak ubah…

One thing about me saya layan semua jenis genre. Cerita hantu aje 99% tak layan…contohnya macam munafik. Memang saya tak de plan langsung nak tengok walaupun anak sulung suke betul layan cerita mistik cerita hantu. Bukan tak support cerita melayu tapi saya cuba untuk elakkan mindset bila tengok cerita hantu we tends untuk pk bahawa hantu ade dan manusia jahat ada di mana-mana. Kita tahu semua benda  ni wujud cuma bila dah tengok cerita hantu mistik kadang2 kita terbawak bawak dan bila dah terbawak bawak tu nanti startlah pikir yang bukan bukan. Contohnya, tibe tibe terdengar bunyi guli atau orang heret perabot dari rumah sebelah…adoilaa..

So berbalik semula kepada filem ni saya syorkan tengoklah masa lapang atau masa tengah sedih. Surely saya jamin korang mesti akan lebih sedih..serius. Jalan ceritanya taklah sehebat ombak rindu dengan lagunya yang mendayu-dayu. Dalam filem ni adelah jugak lagu die takpe dalam bahasa dieorangla..

Kat mana nak tengok? Korang boleh tengok kat youtube je. Tak payah beli dari apple store atau download ape. Just type su ve ates atau kalau tak rajin sangat boleh click aje link kat bawah ni ha dah share siap dah sini. 

Kalau korang suke komen komen tau bab mane yang korang hujan basah paling kuyup….nak kate sedih sangat taklah tapi mcm #deep sikit feeling kite tengok cerita ni. Takde kene mengena dengan yang masih hidup atau dah mati yeh…
Saya salute jalan cerita, pelakon-pelakon especially hero n heroin yang best…nak kim salam kat hero (yang kurang sikit hensem dari Mr Husband )nie boleh tak..hahaha nak tag kejab mane tahu die bace blog kite Ã–zcan Deniz.




               

Ok uol yang dah tengok tu tahniah ye atas sumbangan air matamu itu…dan yang belum tengok please tengok dan share komen uol. Saya taknak share ape2 pasal jalan ceritanya tapi nak share sikit tentang apa yang boleh kite kutip daripada filem ni: (positive respons)


1.  Dalam kehidupan ni, cinta bukan datangs secara kebetulan. Perasaan sayang tidak terbit secara dibuat buat tapi atas kehendakNya. Dan perasaan tidak dapat dipaksa. Kerana perasaan ini bertuannya diri kita sendiri.

2. Setia dan percaya bahawa perasaan yang hadir itu hanya kepada 
seorang sahaja.

3.  Pengorbanan dengan ikhlas tidak akan merugikan diri kita. Walaupun masa berjalan dan perasaan itu mungkin akan hilang namun, don’t give up. Whats yours its always yours.

4. Cintailah orang yang mencintai kita. Jangan rebut cinta yang bukan ditakdirkan untuk kita. Yang penting, jangan paksa seseorang untuk mencintai kita.



Till then, Selamat menonton uol.