Salam Isnin, 2 Julai 2018
Pada hari ini seramai 13 orang lagi menteri dan 23 orang timbalan menteri telah mengangkat sumpah perlantikan dan simpan rahsia di Istana Negara. Berita bersejarah ini telah mendapat liputan meluas bukan sahaja kerana kesan sejarahnya kepada negara malah juga kerana ia melibatkan struktur pentadbiran negara yang baru yang julung kali berlaku.
Berikut adalah senari menteri dan timbalan yang mengangkat sumpah pada hari ini. Berdasarkan liputan media massa, saya dapati bahawa YB Syed Saddiq mencuri tumpuan berdasarkan portfolio beliau yang merupakan menteri paling muda memegang portfolio tersebut. Sejarah negara sebelum ini dipegang oleh bekas PM yang merupakan timbalan menteri pada umur 24 tahun dan menjadi menteri kabinet di usia 33 tahun.
1. Saifuddin Abdullah - Menteri Luar
2. Mohd Redzuan Md Yusof - Menteri Pembangunan Usahawan
3. Dr Xavier Jayakumar - Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
4. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Menteri Belia dan Sukan
5. Baru Bian - Menteri Kerja Raya
6. Teresa Kok - Menteri Industri Utama
7. Saifuddin Nasution Ismail - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
8. Dr Mujahid Yusof Rawa - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Khalid Abdul Samad - Menteri Wilayah
10. Liew Vui Keong - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
11. Ignatius Darell Leiking - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
12. Mohamaddin Ketapi - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
13. Yeo Bee Yin - Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Senarai 23 orang TIMBALAN MENTERI
1.Datuk Dr Shahruddin Md Salleh - Timbalan Menteri Wilayah
2. Dr Md Farid Rafik - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)
3. Amiruddin Hamzah - Timbalan Menteri Kewangan
4. Eddin Syazlee Shith - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
5. Shamsul Iskandar Md Akin - Timbalan Menteri Industri Utama
6. Sim Tze Tzin - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
7. R. Sivarasa -Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
8. Fuziah Salleh - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)
9. Dr Lee Boon Chye - Timbalan Menteri Kesihatan
10. Muhammad Bakhtiar Wan Chik - Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
11. Chong Chieng Jen - Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
12. Tengku Zulpuri Shah Raja Puji - Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli
13. Hannah Yeoh - Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
14. Teo Nie Ching -Timbalan Menteri Pendidikan
15. Steven Sim - Timbalan Menteri Belia dan Sukan
16. Dr Ong Kian Ming - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
17. Mahfuz Omar - Timbalan Menteri Sumber Manusia
18. Mohd Anuar Mohd Tahir - Timbalan Menteri Kerja Raya
19. Dr Mohd Hatta Md Ramli - Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan
20. Mohamed Hanipa Maidin - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang)
21. Datuk Kamarudin Jaffar - Timbalan Menteri Pengangkutan
22. Datuk Aziz Jamman dilantik Timbalan Menteri Dalam Negeri
23. Isnaraissah Munirah Majlilis -Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar
Iswa Tonie
Putrajaya
18 Shawal 1439H