Pendaki OKU Anak Sarawak BERJAYA Tawan Kem Induk Everest
21.05.2018 |
Salam Malaysia Truly Asia,
Hari ini semasa menonton siaran TV3 di laman tonton, saya terpaku seketika dengan slot yang dibawakan ini. Ia adalah berkaitan kejayaan seorang anak muda yang cacat kakinya dan hanya bergerak dengan menggunakan buku lima tangannya, menaiki gunung Everest dan sampai ke Kem Induk Gunung Everest. Betapa gigihnya semangat anak muda yang merupakan seorang penuntut UIAM ini menakluk gunung yang tinggi hanya dengan mengesot dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Pada 15 Mei 2018 yang lepas Berita Harian telah membuat liputan berkenaan perkembangan siri penakluman Everest oleh beliau yang lebih gemar dipanggil dengan nama Adam ini, bersama-sama kumpulannya. Menurut liputan tersebut, misi pendakian tersebut telah dimulakan pada pukul 7 pagi waktu tempatan (bersamaan 9.15 pagi waktu Malaysia) padan 2 Mei 2018.
Bayangkan dengan cuaca yang sejuk pada suhu 5-7 darjah celcius, laluan berbatu, kekurangan anggota kaki, mengensot sejauh 5350 meter jika tanpa minat, usaha dan kegigihan tidak akan menjadi kenyataan. Benarlah pepatah berkata, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan. Adam dan kumpulannya berjaya menawan Kem Induk Gunung Everest setelah hampir 16 hari pendakian.
sumber : bharian |
Pendakian yang dianggotai oleh 4 orang pendaki berpengalaman dengan pelbagai latarbelakang ini telah ditaja oleh Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin yang merupakan seorang pendaki berpengalaman negara. 3 yang lain turut bersama Adam adalah Aliff Abdullah sebagai ketua perubatan dan Irwan Yusof, pengurus ekspedisi bersama jurulatih Adam, Ardi Dullam.
Cerita berkenaan minat dan kesungguhan Adam sebenarnya bukan baharu. Awal tahun ini, pada 21 Januari 2018 Adam berjaya menawan puncak Gunung Datuk di Rembau dan cerita mengenainya telah disiarkan dalam Utusan Malaysia Online.
Pada 21.10.2017 adam telah mengikuti ekspedisi pendakian ke Gunung Kinabalu yang berketinggian 8848m dari aras laut. Puncak gunung yang tertinggi di Asia Tenggara itu mempunyai bentuk muka bumi yang mencabar. Namun, berkat kesungguhan Adam berjaya menawan puncak tersebut. Sebagai rakyat Malaysia dan hamba Allah saya merasa terharu dan bangga dengan kegigihan Adam dalam mencapai cita-citanya. Liputan cerita Adam menawan Kinabalu boleh di baca di SINI.
Sedikit biodata Adam :
Profil: Azzrulkhan Hasrullah Matsah
Sebagai anak Sarawak saya turut berbangga dengan pencapaian Adam. Bukan senang untuk membuat pendakian yang mencabar. Apatah lagi cabaran dari segi fikizal dan mental juga.
Iswatonie
Subscribe to:
Posts (Atom)