Salam Malaysia Truly Asia,
Salam Sayang,
Iswatonie
Putrajaya.
KEK LAPIS PAN BORNEO
Bahan A-
16oz Mentega
250gm Cream Cheese
1/2 tin susu manis
10 biji Telor Gread A
150gm Gula Halus
1 sudu makan Ovellet
80gm Holick
200gm Whipping Cream
50gm Nestum cerelax
330gm Tepung Gandum
Sedikit buah Prune
Bahan B
Warna Hitam + buah Prune yg di potong kecil
Warna Kuning + 2 sudu makan Jem Pineapple
Warna Merah + 2 sudu makan Jem Mix Fruit
Warna Putih + 25gm Coffee mate
Caranya -
Mentega + Cream Cheese + susu manis dipukol hingga kembang dan ketepikan
Telor + gula + Ovellet di pukol hingga pekat
Campurkan kedua dua adunan
Masukkan Holick whipping Cream Nestum Cerelax dan akhir sekali Tepung gandum sedikit demi sedikit gaul hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 4 bahagian
Dan di Campur mengikut bahan B
Acuan 8 1/2
Suhu 180c
Cara Melapis -
Lapisan Pertama -
warna Hitam 1 lapisan
warna Putih 2 lapisan
warna Hitam 1 lapisan
warna kuning 2 lapisan
warna Merah 2 lapisan
warna kuning 2 lapisan
warna Merah 2 lapisan
Warna Hitam 1 lapisan
Warna Putih 2 lapisan
Akhir sekali lapisan warna Hitam 1 lapisan.......Selamat Mencuba...
Sekadar Renungan Bersama .....
6 perkara Allah
sembunyikan...
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:
'Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.'
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. 'Tidak'
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'
Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?'
Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...'
Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? '
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Filem Romantik Bermotivasi Tinggi Mesti Tengok : The Mountain Between Us Movie Review
Bagi peminat cerita-cerita romantiik, filem ini sudah semestinya menjadi pilihan untuk tontonan. Tambahan pelakon seperti Kate Winslet yang membintangi filem tersohor Titanis dan latar belakang gunung salji membuatkan kita terfikir apakah sebenarnya corak cerita romantik ini.
Saya mulakan dengan memperkenalkan pelakon utama filem ini. Kate Winslet (sebagai Alex Martin) di dalam cerita ini adalah seorang jurnalis (wartawan) sementara Idris Elba (sebagai Dr Ben Bass) adalah seorang pakar bedah. kedua-duanya bertemu di Lapangan Terbang Boise. Pada masa tersebut, penerbangan dibatalkan disebabkan ribut salji. Alex telah mendapat idea untuk menyewa kapal terbang kecil milik Beau Bridges (sebagai Walter) daripada Lapangan Terbang Boise ke Salt Lake City. Alex tidak dapat duduk diam kerana Alex akan berkahwin selang sehari. Sementara Dr Ben pula perlu menghadiri pembedahan di Baltimore, Maryland. Kedua-dua mereka menaiki kapal terbang milik Walter. Turut serta bersama-sama meraka adalah seorang anjing milik Walter.
Kapal terbang mereka secara amnya berjaya melalui kawasan-kawasan yang mengalami cuaca buruk. Alex dan Dr Ben menyangkakan mereka akan berjaya sampai ke destinasi. Malangnya, Walter diserang strok menyebabkan kapal terbang mereka terhempas di atas gunung salji. Nasib Dr Ben sangat baik kerana masih hidup dan hanya mengalami cedera ringan. Sementara Alex, mengalami patah kaki , dan Walter terkorban.
Di sinilah bermula detik-detik permulaan cerita di mana kedua-duanya cuba untuk bangkit dan bersemangat untuk hidup dan mendapatkan pertolongan. Kedua-duanya, dan anjing milik Walter berjalan mengharungi gunung ganang yang sejuk dan beku tanpa hala tuju.
Semasa berada di dalam perjalanan, perbagai ujian ditempuhi oleh Alex dan Dr Ben, termasuklah kemalangan yang menyebabkan Alex terjatuh di dalam tasik yang membeku. Kerjasama, saling bantu membantu, saling faham memahami antara mereka merapatkan hubungan antara mereka. Pada saat inilah, Dr Ben dan Alex belajar untuk lebih mengenali satu sama lain. Pada kebanyakan masa, Dr Ben menjadi seorang hero yang menjaga kesihatan dan keselamatan Alex tanpa henti.
Setelah menempuh perjalanan yang jauh, Alex tidak mampu lagi berjalan menyebabkan Dr Ben membuat satu alas untuk menarik Alex . Bayangkanlah berjalan menempuh salji yang tebal dan sejuk . Sudahpasti pasti perjalanan mereka sangat sukar. Namun, nasih menyebelahi mereka.
Akhirnya mereka berjaya menemui sebuah rumah usang yang ditinggalkan. Di sana, mereka menjadi lebih rapat dan cuba untuk mencari jalan untuk hidup. Sepanjang perjalanan, mereka tidak bertemu dengan sesiapa. Apabila mereka melihat rumah usang tersebut sekurang-kurangnya mereka berjaya untuk berlindung dari kesejukan salji.
Pada suatu hari semasa sedang berjalan untuk mencari jalan keluar kaki Dr Ben telah terkena perangkap berduri. Alex yang dalam keadaan tidak bermaya terus bergegas mencari pertolongan. Nasib baik pada masa tu anjing mereka telah membawa Alex ke kawasan pembalakan tidak jauh dari situ.
Alex dan Dr Ben sedar di bawa ke hospitall. Sebaik sedar daripada tidur, Dr Ben terus pergi ke bilik Alex dan mendapati Alex bersama tunangnya. Dr Ben rasa kecewa dan berlalu dengan hampanya.
Sejak keluar daripada hospital, kedua-duanya tidak berhubung langsung. Dr Ben seolah-olah enggan mengingati semula kenangan bersama Alex. Dia cuba memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya. Sementara Alex pula cuba untuk menghubungi Dr Ben namun tidak pernah di sambut. Bagi Dr Ben, dia tidak mahu berasa kecewa dan hampa. Biarlah Alex meneruskan hidupnya bersama tunangnya, sementara Dr Ben meneruskan kehidupannya bersama kerjayanya.
Alex tidak pernah putus asa menghubungi Dr Ben walaupun Alex tahu semua panggilan telefonnya tidak pernah dilayan oleh Dr Ben.Sehinggalah pada satu hari Alex telah mengirimkan gambar-gambar yang telah di ambil semasa kejadian mereka bersama di gunung. Dr Ben yang menerima gambar-gambar tersebut telah terbuka hati untuk bertemu dengan Alex. Dan akhirnya mereka bertemu setelah sekian lama.
Pertemu mereka adalah penghujung kepada cerita romantis ini. Pada pertemu tersebut, kedua-duanya nampak janggal sedangkan kedua-duanya sangat rapat dan saling menyimpan perasaan antara satu sama lain semasa berada di pergunungan. Di pertemuan tersebut Alex telah meluahkan perasaannya dan memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan perhubungan bersama tunangnya kerana telah jatuh cinta dengan Dr Ben. Pada masa ni keadaan seolah-olah tegang sikit sebab Dr Ben seolah-olah tidak ada perasaan langsung kepada ALex. Respon Dr Ben pada masa tu hanyalah diam dan tidak memberikan respon balas yang postifi. Akhirnya kedua-duanya mengucapkan kata-kata selamat tinggal sedangkan di dalam hati mereka menyimpan rasa sayang antara satu sama lain.
Setelah berpisah daripada pertemuan tersebut, Alex dan Dr Ben berjalan secara berlawanan. Alex dan Dr Ben melangkah sambil berdialog di dalam diri mereka apakah jalan terbaik untuk mereka ambik. Dan akhirnya kedua-duanya berundur dan berlari mendapatkan satu sama lain.
Noktah.
Ada beberapa perkara yang boleh diambil iktibar setelah menonton cerita romnatis ini. Pertamanya, sifat azali manusia adalah mudah jatuh cinta dan sayang seseorang, terutamanya seseorang yang menjaga dan memberikan sepenuh perhatian kepada kita. Di dalam cerita ini Alex telah jatuh cinta berdasarkan tindakan dan kebaikan yang telah dilakukan oleh Dr Ben terhadapnya. Sebagai seorang Dr, Dr Ben menjaga Alex yang dalam keadaan sakit, memerhatikan perkembangan luka dan kebajikan Alex dari pelbagai segi. Di dunia nyata, lelaki seperti Dr Ben adalah lelaki yang diidamkan oleh semua wanita. Serius.
Keduanya, semangat untuk hidup yang tinggi antara mereka. Melihat kepada keadaan yang sejuk, gunung ganang yang sejuk dek ais dan salji, mana mungkin manusia boleh hidup tanpa kekuatan fizikal dan mental. Di dalam cerita ini, Alex digambarkan sebagai seorang yang lemah. Mudah sakit dan cepat penat. Sementara Dr Ben digambarkan lelaki yang gagah, bersemangat tinggi dan mempunyai fizikal yang kuat.
Perbezaan antara lelaki dan perempuan di dalam cerita ini adalah menggambarkan keadaan sebenar atau lumrah kehidupan. Dalam dunia yang nyata, wanita di pandu oleh lelaki. Lelaki telah dijadikan sebagai ketua yang akan memimpin keluarga, bangsanya dan sudah pasti wanita. Gambaran ini jika digunakan di alam nyata, jelas memberikan tanggapan bahawa dalam menempuh dugaan, wanita mempunyai akal yang pendek sementara lelaki adalah teguh dan bersemangat memimpin untuk mengecap kejayaan.
Ketiga, semangat untuk hidup bukan sahaja semasa di pergunungan yang seolah-olah tidak berpenghujung. Di dalam dunia nyata, cabaran hidup, kesempitan hidup atau pelbagai masalah adalah sama seperti pergunungan yang wujud di dalam cerita ini. Dalam ketidakpastian penghujungnya, kita mudah lemah dan kadang-kadang tersasar daripada semangat menempuh dugaan dan cabaran. Hanya manusia yang betul-betul kuat fizikal dan mentalnya, akan berjaya mengharungi apa sahaja rintangan. Begitulah perumpamaan cerita romantis ini.
Filem ni saya bagi 5. Jalan ceritanya menarik, pelakon yang berkaliber dan susun ceritanya sempurna.
Selamat menonton bagi yang belum menonton.
Iswatonie
Putrajaya.
Cara Beli Domain di NETKL
Salam Malaysia Truly Asia,
1. Register dan confirmkan email address. terlebih dahulu.
2. Log in.
- Kat sini anda boleh survey harga untuk beberapa penghujung domain. Contoh domain yang saya pilih adalah dot com (.com). Lain nama domain lain pula harganya. Jadi, pilihlah dulu domain yang anda sukai. Setelah berpuashati dengan domain itu anda bolehlah isi kotak search di muka surat yang sama untuk periksa sama ada nama domain yang anda sukai itu tersedia (available) atau tidak. Kalau ada, anda boleh pergi ke langkah seterusnya.
Salam Sayang,
Iswatonie
Putrajaya.
Pada entri yang lepas saya ada kongsikan betapa mudahnya embeli domain di NETKL. Hanya dengan beberapa klik dan dalam masa kurang 2 jam anda berpeluang untuk memiliki domain dengan nama sendiri. Tarikan yang utama bukanlah pada masa yang singkat untuk menguruskan setting domain tersebut tetapi pada harganya yang murah dan berbaloi. Sekiranya anda belum membaca entri yang lepas anda bolehlah membacanya di SINI.
1. Register dan confirmkan email address. terlebih dahulu.
2. Log in.
5. Kemudian pilih DOMAIN PRICES.
- Kat sini anda boleh survey harga untuk beberapa penghujung domain. Contoh domain yang saya pilih adalah dot com (.com). Lain nama domain lain pula harganya. Jadi, pilihlah dulu domain yang anda sukai. Setelah berpuashati dengan domain itu anda bolehlah isi kotak search di muka surat yang sama untuk periksa sama ada nama domain yang anda sukai itu tersedia (available) atau tidak. Kalau ada, anda boleh pergi ke langkah seterusnya.
4. Sekiranya domain yang anda pilih tu tersedia (available) anda boleh terus clik ADD TO CART buttons dan kemudian ke CHECKOUT buttons. Anda boleh terus klik untuk langkah pembayaran.
5. Anda akan di bawa ke next window. Di sini anda diberi pilihan sama ada nak beli perlindungan ID atau tidak. Sekiranya anda berminat untuk beli anda boleh klik. Kemudian anda boleh teru klik butang CONTINUE untuk ke next window.
6. Di window seterusnya anda akan diberikan invois yang menyatakan jumlah bayaran dan nombor akaun NETKL. Anda boleh buat pindahan melalui internet banking atau pindahan melalui ATM. Terpulang kepada kesuaian anda.
7. Setelah membuat bayaran, anda boleh emelkan resit dan maklumkan kepada pihak NETKL. Jangan risau sebab customer service dieorang memang perfect. Response guaranteed dalam masa 2-3 minit.
8. Anda akan mendapat emel di bawah setelah payment disahkan dan sekarang anda sudah memiliki domain atas nama sendiri.
9. Sekiranya anda kurang pasti bagaimana caranya untuk setting domain baru anda, janganlah berasa risau sebab dengan kos RM10 pihak NETKL boleh membantu anda. Proses penukaran alamat domain yang dilakukan oleh pihak NETKL adalah sangat ringkas dan cepat dan pastinya tidak akan mengganggu masa anda untuk berblog. Anda boleh berblog seperti biasa sehingga proses yang hanya akan memakan masa lebih kurang 2-3 jam berakhir. Sekarang semua mudah. teknologi di hujung jari.
Semoga perkongsian ini mendatangkan manfaat untuk anda semua ya.
Nak domain nama sendiri? Saya buat dekat NetKL. Mudah, Murah dan yang paling penting service super fast.
— cik wawa (@iswa_tonie) December 18, 2020
Diorang tolong pasangkan. Kita tunggu hasilnya aje. 😎
Jom follow saya dan REGISTER sekarang. Blogger amat dialu2kan.https://t.co/6BdK9gd8xe pic.twitter.com/GwERJZ22yf
Salam Sayang,
Rendang Ayam Crispy
Salam Malaysia Truly Asia,
Akak terkesan sungguh dengan cerita viral sekarang ni pasal rendang crispy. Bukan saja tajuknya rare malah sebagai peminat rendang Akak rasa ralat sekejab memikirkan bagaimana nak membuat ayam rendang tu jadi rangup. Boleh pecah kepala memikirnya.
Semalam cerita pasal rendang crispy ni masih hot dan spicy. Sampaikan KFC terpaksa bubuh "BUKAN RENDANG" kat iklan dieorang. Ni mesti KFC taknak disalahkan sebab memasukkan ciri-ciri rendang dalam ayam goreng dioerang. Mat Salleh yang rasa pun terpercaya itulah rendang. Tapi sebenarnya bukan!
Kalau korang nak tahu cerita ni bermula daripada rancangan Mascherchef UK. Salah seorang peserta adalah wanita kelahiran Malaysia yang berasal dari Pahang. Puan Zaleha nama beliau. Pada hari kejadian beliau telah mempersembahkan masakan favourite rakyat Malaysia iaitu nasi lemak ayam rendang. Seirus kalau tengok die nyer presentation memang cantik. Ayam rendang yang beliau masak pun nampak menyelerakan. Hidangan beliau kemas dan teratur. Namapun rancangan Masterchef jadi kita boleh agaklah peserta mestilah bukan orang sembaranagan kan. Serius beliau professional. Boleh bukak SINI untuk tengok siri tersebut.
Dipendekkan cerita semasa memberikan komen kepada hidangan beliau, 2 juri John Torode dan Gregg Wallace yang awalnya nampak seolah-olah terpikat dengan keunikan hidangan Zaleha memberikan komen berkenaan ayam rendang yang katanya kulit ayam tak rangup dan masih melekat kepada isi ayam. Adoyaiii.. Ni mesti kes makan rendang ayam yang bukan original rendang. Mistake sof fact dah nie. Pelik kan International Chef tak tahu ciri-ciri rendang. Dieorang ni juri tangkap muat ke ape.
Puan Zaleha nampak sedih selepas mendengar komen tersebut. Akak yang tengok youtube pun rasa terkilan dengan komen juri. Deep down rasa nak keluar air mata pun ade. Sedih kot dah masak sedap sedap. Ingatkan bolehla tanam rasa bangga sikit sebb makanan rutin Malaysia kan. Syokla nak bagi orang luar rasa our version pulak. Komen jelik pulak yang kite dapat. Sedih weii....Sabar ye Puan Zaleha.. Bukan Salah pun kulit ayam tak rangup. Salah juri yang tak sejajar dengan qualification dioerang.
Komen jelik dan pelik satu hal dieorang ni. Dah tu singkirkan pulak Puan Zaleha. Seriusly nampak sangat dioerang tgh carik salah nak keluarkan Pn Zaleha. John Torode asal Australia takkan la tak tahu rendang tu macam mana. Aishhhh!!!
PM pun komen pasal benda nie..
Mana ada orang makan rendang ayam 'crispy'? #MalaysianFood pic.twitter.com/nWBbaVN8HY— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) 3 April 2018
Alang-alang cerita pasal rendang ayam maka kat sini Akak nak share resepi untuk tatapan juri International itew...
Bahan kisar
15-18 tangkai cili kering
1 1/ 2 biji bawang besar
6- 7ulas bwg putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari lengkuas
3 batang serai
( Kisar semua bhn ni )
1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air. .perah ambil santannya)
5 helai daun limau purut ( carik2 )x nak letak pun xpe
2 paket kecil kerisik
2 helai daun kunyit ( hiris )
1 keping asam keping
1 1/2 sdb gula pasir
1/ 2 sdb garam
1 sdt perasa
1 1/2 senduk minyak masak
Caranya memasak:Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. .masukkan asam keping. .gula.. tumis hingga betul2 naik minyak. .masukkan kerisik. .daun limau purut dan santan. .bila santan dah mendidih dan mula kering ( sentiasa kacau yer jgn sampai pecah santan)..masukkan ayam.. letak garam dan perasa.. bila ayam da empuk..tabur daun kunyit..bila kuah dah pekat.. sesuaikan rasa.. tutup api.. sedia utk dihidang. .
Cinta Hingga Hujung Nyawa : The Notebook Movie Review
Cerita romantik yang diadaptasikan daripada novel yang ditulis oleh Nickolas Sparks ini mungkin sudah dilupakan. Dikeluarkan pada tahun 2004 dan dilakonkan oleh 2 watak utama iaitu Ryan Gosling sebagai Noah dan Rachel McAdams sebagai Allie. Namun, cerita romantik ini tidak pernah dimakan waktu. Walaupun telah 13 tahun berlalu namun cerita ini seronok diulang tayang.
Bermula daripada cinta pandang pertama, Noah yang didorong perasaan yang membuak-buak cuba mendekati Allie. Noah hanyalah seorang budak kampung. Manakala Allie adalah anak orang kaya yang berada di area tempat tinggal Noah untuk bercuti di musim panas. Allie berumur 17 tahun pada masa tersebut dan digambarkan sebagai seorang yang ceria, mempunyai ramai kawan dan well dressed sesuai dengan latarbelakang beliau sebagai satu-satunya anak kepada pasangan orang berada.
Semasa di dalam tempoh perkenalan, kedua-dua Allie dan Noah amat serasi. kedua-duanya berkongsi gelak ketawa dan akhirnya jatuh cinta. Pada masa tersebut, cinta Allie dan Noah adalah cinta pertama mereka dan kedua-duanya saling sayang menyayangi yang digambarkan dengan pandangan mata dan kelakuan kedua-duanya yang melakukakn adegan seperti orang bercinta.
Kedua-duanya tidak mengetahui bahawa perhubungan tersebut tidak direstui oleh orang tua Allie. Setelah orang tua Allie mengetahui wujudnya cinta antara mereka ibu bapa Allie terus membawa Allie keluar daripada pekan tersebut dan balik semula ke bandar. Allie kemudiannya menyambung pelajaran. Sementara Noah di pekan tersebut merindui Allie. Noah menggambarkan perasaannya melalui sura-surat yang dihantar kepada Allie pada setiap hari selama 365 haru (setahun). Namun, Noah tidak menerima apa-apa balasan daripada Allie. Apa yang tidak Noah ketahui adalah bahawa semua surat-surat yang di hantar kepada Allie sebenarnya tidak sampai ke tangan Allie. Emak Allie yang menerima surat-surat tersebut menyembunyikannya daripada pengetahuan Allie. Akhirnya, kecewa dengan surat-surat yang tidak dibalas dan beranggapan bahawa Allie tidak mengingati beliau lagi, Noah akhirnya berputus asa dan berhenti daripada mengirimkan surat kepada Allie.
Noah kemudiannya telah berkhidmat sebagai askar dalam Perang Dunia kedua. Sementara Allie telah menjadi jururawat sukarelawan setelah tamat pengajian di sekolah tinggi. Semasa berkhidmat sebagai sukarelawan Allie telah berkenalan dengan askar bernama Lon Hammond dan akhirnya bercinta dan bertunang. Perhubungan kedua-dua pasangan ini direstui ibu bapa Allie. Sementara Allie, masih mengimbau kenangan bersama Noah walaupun pada ketika itu telah menerima lamaran Lon Hammond.
Klimaks cerita cinta ini bermula setelah Noah kembali ke rumahnya setelah tamat berkhidmat di dalam perang. Noah telah diberikan oleh ayahnya sebuah rumah yang di beli semata-mata untuk dibaiki dan didiami oleh Noah. Rumah yang dibeli tersebut adalah rumah usang yang menjadi tempat sejarah antara Noah dan Allie. Itulah rumah yang menjadi tempat kedua-duanya "lepak". Noah meneruskan niatnya untuk menjadikan rumah tersebut rumah yang bermakna buat dirinya dan Allie, walaupun pada masa tersebut Noah tidak pasti sama ada Allie masih ingat kepadanya.
Setelah bekerja keras membaiki dan mengubahsuai rumah tersebut akhirnya siap. Ia menjadi sebuah rumah yang cantik dan kemas dengan cat bewarna putih, Ramai yang berminat untuk membeli rumah tersebut namun tidak ada satu tawaran pun diterima oleh Noah. Cerita berkenaan penjualan rumah dan kecantikan rumah tersebut akhirnya menarik perhatian wartawan dan menjadikan cerita rumah tersebut sebagai "headline" surat khabar.
Secara kebetulan, Allie sedang membaca surat khabar apabila ternampak post tersebut. Akibat terkejut dan tergamam, Allie pengsan.
Allie kemudiannya nekad untuk pergi ke pekan tempat tinggal Noah untuk bersemuka dengan Noah. Pertemuan kali tersebut akhirnya membawa kedua-dua pasangan ini ke alam percintaan yang mereka tinggalkan 7 tahun yang lepas.
Konflik berlaku apabila Allie rasa bersalah terhadap tunangnya dan pada masa tersebut Noah menyarakan Allie untuk berfikir sejenak dan membuat keputusan untuk dirinya tanpa memikirkan orang lain.
Kalau dah jodoh tidak akan kemana. Begitulah perumpamaan keduanya. Akhirnya Allie kembali kepada Noah.
Cerita ini telah ditulis oleh Allie di dalam buku notanya dengan catatan "baca kepadaku dan aku akan kembali kepadamu". Rupa-rupanya Allie mengidap penyakit Alzheimer yang membawa kepada kehilangan ingatan yang tidak bersifat kekal. Allie telah ditempatkan di nursing house. Sebagai seorang suami yang sangat sayangkan isterinya, Noah telah mencari alasan bahawasanya beliau mengidap penyakit jantung agar dapat tinggal dan bersama-sama dengan isterinya. Sungguh loving dan ini digambarkan dengan perlakuan Noah yang menjadi rakan rapat isterinya dan berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya dengan membaca catatan di dalam buku nota agar ingatan Allie boleh kembali semula. Begitulah dalamnya cinta Noah kepada Allie. Cinta padang pertama yang kekal tidak berubah dan tidak dimakan usia.
Pada suatu hari semasa ingatan Allie hampir-hampir kembali, kedua-duanya telah menari dan gembira namun kegembiraan tersebut hanyalah seketika. Allie kembali agresif dan menyebabkan Allie diberikan suntikan dan dimasukkan ke wad.
Noah yang merasa bimbang akan kesihatan isterinya telah berpura-pura diserang sakit jantung dan kemudiannya di tempatkan di wad yang sama. Semasa berada di wad inilah Noah mencari peluang untuk bersama-sama dengan isterinya.
Allie sedang tidur apabila Noah datang mendekatinya. Pada masa tersebut Allie terbangun dan dalam keadaan sedar dan mengenali Noah. Beliau tidak agresif seperti sebelumnya dan nampak sangat normal. Kedua-duanya tidur bersama sambil tangan kedua-duanya saling menggenggam erat tangan satu sama lain.
Keesokan paginya, jururawat yang bertugas masuk ke dalam bilik Allie dan mendapati kedua-duanya telah meninggal dunia.
Cerita cinta ini sangat berbaloi untuk ditonton. Terdapat banyak message percintaan, life and relationship yang diterapkan di dalamnya. Link di bawah adalah alternatif sekiranya anda ingin menonton melalui sewaan atau beli daripada Apple.
Selamat menonton.
Putrajaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)