Alhamdulillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi....
Posting hari ini saya dedikasikan kepada peminat-peminat dan ibu
bapa-ibubapa yang mempunyai anak belaan iaitu kucing. Saya sendiri menjaga
kucing daripada kecil. Minat kepada kucing bukanlah minat yang boleh
dipupuk.Ianya lahir secara semulajadi di dalam diri seseorang. Seperti saya
sendiri, minat bermula sejak kecik mungkin disebabkan oleh karektor haiwan ini
yang manja, berbulu lembut dan suka menggeselkan badan apabila hendakkan
sesuatu. Bagi bukan peminat kucing, perkara-perkara ini tidak mendatangkan kesan kepada mereka. Berlainan
bagi peminat kucing, sapaan pertama bila bertembung mata selepas seharian
bekerja sudah cukup memberikan tenaga semula kepada badan yang kepenatan.
Secara otomatik badan terasa cergas seolah-olah baru balik daripada senaman malah
boleh menghilangkan semua kekusutan di pejabat buat seketika. Percayalah, perasaan
ini hanya dirasai oleh peminat kucing. Lebih- lebih lagi dengan karektor yang
manja. Satu geselan sudah cukup
menenangkan hati, seolah-olah kita baru sahaja mendapat belaian seorang ibu.
Serius tak tipu.
Hendak menjaga kucing bkn sahaja kena ada minat tetapi perlu ada
beberapa sifat lain penting. Jom kita tengok satu-satu dan tentukan sama ada
sifat yang saya maksudkan ni ada di dalam diri anda.
1.
Penyayang
Seorang peminat kucing mungkin hanya mempunyai minat kepada kucing
dan bukannya mencintai kucing. Buktinya, peminat kucing tidak geli bila
bersentuhan dengan kucing, boleh membelai dan bermain dengan kucing dan mungkin
juga boleh menyediakan tempat tinggal untuk kucing. Tetapi peminat tetap
peminat. Jika tiada sifat penyayang, kucing akan terbiar kehausan kasih sayang.
Itulah yang saya maksudkan dengan kasih sayang. Seumpama menjaga bayi. Seorang
ibu bukan sahaja perlu menyediakan tempat tinggal, makanan dan susu serta
lampin malah lebih dr itu. Yang paling utama adalah kasih sayang. Tanpa kasih
sayang, tidak akan wujud apa-apa jalinan melainkan hanya perhubungan atas dasar
tanggungjawab.
Sebegitulah hubungan dengan kucing. Walaupun kucing adalah haiwan yang Allah jadikan tanpa
akal fikiran tapi Allah jadikan kucing dan haiwan-haiwan lain sifat berkasih sayang. Kucing tahu siapa
yang sayang mereka setulus hati atau sebaliknya. Kucing juga suka menunjukkan
sifat kasih sayang. Kucing yang sayang tuannya akan baring sebelah tuannya, ikut
tuannya kemana sahaja malah turut masuk ke bilik air. Ini bukan cerita tipu.
Ini benar-benar berlaku.
Pecinta kucing yang mempunyai sifat penyayang insyallah boleh
menjaga dirinya sendiri dan orang lain.
2. Bertanggungjawab
Seorang pencinta kucing yang penyayang selalunya lahir bersama
sifat bertanggungjawab. Hendak menjaga kucing bukanlah sekadar memberi makan
dan tempat tinggal. Janganlah pertikaikan kewajiban membasuh najis dan
memastikan tempat beristinjak kucing sentiasa bersih. Bukan itu sahaja. Badan
kucing kenalah bebas kutu dan cacing. Sekarang dah mudah. Klinik haiwan ada di merata
tempat. Datang sahaja ke klinik dan bawalah bersama kucing kesayangan anda dan dapatkanla suntikan
vaksin untuk kucing. Suntikan vaksin ni hanya sekali setahun dan kebiasaannya
di ambil apabila kucing sudah berumur 7-8 bulan dan ke atas.Jika anda membeli
kucing atau adopt kucing yang tiada rekod pengambilan vaksin tiada masalah jika
mengambil suntikan sekali lagi. Selain suntikan sebagai antibodi, kucing
juga perlu mengambil ubat cacing untuk mengelakkan pembiakan cacing di
dalam badan kucing. Kucing yang mengalami masalah cacing kebiasaannya akan
selalu sakit perut, muntah dan membuang air besar yang diikuti dengan
pengeluaran cacing. Sekiranya dibiarkan, boleh membawa maut.kesian kucing.ubat
cacing tidaklah mahal mana cuma sekitar rm8-10 sekali makan.
Tanpa sikap tanggungjawab pencinta kucing tidak akan dapat hidup
bersama kucing kesayangan. Risiko kucing kesayangan lari mencari tuan baru juga
sangat tinggi 😅.
3. Penghibur
Ada orang membela kucing kerana terasa dirinya kesunyian dan
perlukan teman. Teman makan, teman tidur, teman tengok tv, teman berborak dan
teman segalanya. Pokoknya kucing diperlukan supaya tuan kucing tidak kesunyian
tinggal seorang. Hakikatnya, tuan kucing sebenarnya adalah seorang yang ceria
dan penghibur. Selalu ceria dan happy tapi kurang rakan rapat yang memahaminya.
Itu sahaja. Yang paling beruntung adalah kucing. Sudahla tuannya penyayang dan
bertanggungjawab malah pandai menghiburkan kucing pula. Ingatkan kucinglah yang
menghiburkan tuan. Rupa-rupanya kucing yang terhibur dek telatah tuannya.
Jangan tak tahu. Kucing ni sifatnya makan, berak, tido, main dan repeat. Kebanyakan masa kucing suka
bermain. Itu sebabnya orang tua-tua pesan jangan kurung kucing. Biarkan kucing bebas
bermain supaya kucingtidak diserang penyakit kemurungang. Memang ada bezanya
kucing yang dikurung dan kucing yang bebas bermain. Kucing yang bebas lebih adventures dan matang berbanding kucing
yang dikurung di dalam sangkar. Kalau diikutkan kucing sangkar memang cantik dan
terjaga rapi Manakala kucing yang dibiarkan bebas pula selalunya berhabuk dan kotor.
Dari segi psychologi kucing sangkar selalunya agresif dan mungkin juga kurang jinak
berbanding kucing bebas sangkar. Ada juga yang kemurungan sampaikan nak cuit
pun kucing buat muka bodoh.
Sekali lagi diulangi bahawa sifat penghibur bukannya terbit semasa
membela kucing. Sifat ini adalah sifat semulajadi yang wajib ada dalam diri
pencinta kucing. Seorang penghibur tidak akan ada rasa penat untuk melayan
keletah manja kucing yang kadang-kadang juga annoying. Kucing pun kadang - kadang ada mood bermain yang over.
Sampai satu rumah dilompatnya. Habis semua benda dilanggarnya. Cakar sofa
paling tak boleh nak elak. Ada ke rumah sapa2 yang kucingnya tak suka cakar
sofa. Mustahil bin ajaib.
Apabila sifat penghibur berada di dalam diri tuan kucing secara
otomatik kucing merasa bonding. Perasaan
inilah yang mengikat antara tuan dan
kucing. Kucing kacau tuan. Tuan kacau
kucing. Itulah hiburan namanya.
Rasanya itu sahajalah posting
untuk hari Jumaat yang barakah ini. Insyallah ada masa nanti saya akan buat posting kedua tajuk yang sama. Semasa
menaip posting ini saya teringat kucing-kucing yang pernah saya jaga. Yang
paling saya tidak boleh lupa adalah kucing saya yang mati semasa beranak.
Kucing saya tidak pandai meneran. Walaupun saya dah bantu dengan mengurut
perutnya namun Allah lebih sayangkan dia. Kucing saya meninggal dengan anak-
anaknya masih di dalam perut. Alfatihah.
Iswatonie
Putrajaya
30.03.2018