Tahajjud



Salam…
Pagi ni terbangun awal daripada biasa. Hari ini dah 3 hari berturut-turut Akak terbangun jam 4.50 pagi. 2 hari yang lepas bila bangun Akak tak terpikir apa-apa. Nak solat memang taklah sebab mengantuk. Sudahnya Akak pun tidolah balik semula.

Masuk hari kedua semalam bila terbangun waktu yang sama menyebabkan Akak terfikir macam pelik je bangun waktu yang sama. Bile terbangun tu tengok jam Akak tak tidur balik. Akak bangun masuk bilik air kejab pastu yes.. Akak tidur semula dan bangun pkl 6 ikut bunyi alarm hp. Semalam Akak terfikir adakah aku akan terbangun untuk kali ketiga hari ini? Dalam hati Akak dah berjanji nak solat hajat and tahajut KALAU Akak terbangun waktu yang sama lagi…insyallah…

Bila terbangun pagi tadi waktu yang sama otak ni macam dah secara otomatik set up nak ambik wuduk n solat. Mata segar bugar macam orang cukup tidur. Macam orang terlebih cukup tidur pun ada. Jadi terasa nak tidur semula atau ngantok walhal sebenar ambik masa jugak nak bangun pada mulanya (dalam hati)…dan Alhamdulillah…selesai solat hajat dan tahajjud yang pertama untuk tahun 2018.

Semasa sedang menaip posting nie sempat Akak google berkenaan solat tahajut. Sebagai ilmu bersama eloklah Akak share kat sini. Manalah tahu ada yang baru berjinak-jinak dengan solat malam (tahajut) atau masih mencari-cari maksud di sebalik perkataan itu sendiri. Yang membaca dapat pahala mencari ilmu, Akak pun tumpang pahala jugak sebab berkongsi ilmu.



 “Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai
suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu
mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” 
(Surah Isra’; ayat 79)


Cara Mendirikan Solat Tahajjud
.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.

Rasulullah SAW telah bersabda,:  “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)

1.    Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :








2.  Niat Solat Tahajjud:



(Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini Lillahi ta’ala)
Daku bersolat Sunat Tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.



3.  Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:

.
a)    Rakaat pertama:    Ayat Al-Kursi  (7 kali)
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas  (11 kali)

Atau;

b)    Rakaat pertama:    Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua:    Surah Al-Ikhlas

Atau;

c)     10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)


4.         Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:





6.  Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~




Solat Tahajjud adalah Solat Sunat yang memiliki keutamaan terbesar setelah solat fardu. Siapa sahaja yang memohon kepada Allah SWT, insyallah akan dikabulkanNya, namun, mestilah solat tersebut perlulah di buat dengan penuh keikhlasan dan jangan mudah berputus asa.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Barangsiapa yang tidak meminta kepada Allah maka Allah akan marah kepadanya.” (HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 2418.)




Rujukan :


                                   

Salam Jumaat




Salam di pagi Jumaat yang barakah…

Pagi ini semasa sedang asyik membersihkan kandungan emel saya terjumpa emel lama daripada pihak pengurusan . Emel ini terus menyentuh hati saya yang pada ketika yang sama sedang asyik mendengar alunan surah Yasin melalui headphone.

Mudahnya mendengar melalui headphone ini adalah kerana saya dapat mendengar dengan jelas. Dalam pada masa yang sama saya tidak agak2 untuk mengecil atau menguatkan bunyinya. Berlainan sekiranya saya mendengar tanpa headphone. Sudah tentu semua orang boleh mendapat manfaat daripada alunan tersebut namun, pada pendapat saya, eloklah saya  menikmati tanpa gangguan. Bukan mementingkan diri tapi konsentrasi.

Mungkin boleh dikongsikan di sini, hasil pembacaan saya melalui satau laman web berkenaan membaca al-Quran dalam hati melalui al-Quran digital yang berada di dalam telefon pintar kita, adakah  pembaca akan mendapatkan pahala walaupun tidak menggunakan al-quran yang sebenar.

Dinyatakan oleh pendapat tersebut bahawa :

“Seseorang yang membaca al-Quran akan mendapatkan pahala baik dia membacanya dengan mushaf atau dengan hp atau yang lainnya, Rasulullah SAW bersabda mengenai pahala membaca al-Quran:

“Barang siapa yang membaca satu huruf dari al-Qur’an maka dia akan mendapatkan pahala berupa satu kebaikan, dan satu kebaikan akan dilipatgandakan menjadi sepuluh kebaikan. Dan Saya tidak mengatakan bahwa Alif Lam Mim satu huruf, tapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf (HR. al-Tirmidzi dan al-Darimy).”

Kata membaca dalam mu’jamul wasith disebutkan bahawa maknanya adalah mengikuti kalimat-kalimat dalam kitab yang dibaca dengan melihat dan mengucapkannya. Sehingga membaca ayat dalam al-Quran maksudnya adalah mengucapkan lafadznya dengan cara melihat tulisannya atau dengan hafalan.

Jadi membaca al-Quran yang dikategorikan akan mendapat pahala sesuai dengan apa yang disabdakan Rasulullah adalah dengan mengucapkannya yang sekiranya si pembaca bisa mendengar suaranya sendiri, baik itu membaca dengan melihat mushaf atau lewat hp dan lain sebagainya.

Jika hanya mengucapkan dalam hati atau hanya dengan berbisik yang sekiranya dia tidak mendengar suaranya maka tidak bisa dimasukkan dalam kategori membaca. Hanya Al-Imam Al-Ghozali dalam kitab Ihya menyebutkan bahwa di sana ada kautamaan membaca al-Quran dengan melihat mushaf atau dengan hafalan, hal itu karena para sahabat sangat suka untuk membaca al-Quran dengan melihat mushaf secara langsung, ada hadits yang menjelaskan tentang keutamaan orang yang membaca al-Quran secara langsung melalui mushaf, seperti sabda Nabi SAW:

“Bacaan al-Quran dari seseorang dengan tanpa melihat mushaf adalah seribu derajat, dan bacaan al-Qurannya dengan melihat mushaf akan dilipatgandakan menjadi dua ribu derajat (HR. Baihaqi).

Namun terlepas dari perbandingan pahala antara orang yang membaca al-Quran dengan melihat mushaf atau tidak, yang jelas seseorang akan mendapatkan pahala ketika membaca al-Quran jika dia melafadzkannya.

Mengenai wanita yang berhalangan, apakah boleh membaca al-Quran di hati lewat hp? Membaca al-Quran bagi wanita haid adalah haram, namun keharaman ini berlaku jika dia melafazkannya, adapun jika cuma dibaca dalam hati atau menggerakkan lisannya tanpa mengeluarkan suara atau sekedar melihat mushaf saja tanpa membacanya maka tidak berdosa, karena hal yang seperti itu tidak bisa dikategorikan qiroah atau membaca.

Mengenai aplikasi al-Quran dalam hp apakah dikatakan mushaf atau tidak, ulama kontemporer berbeza pendapat mengenai hal ini. Ulama yang mengatakan bahwa al-Quran dalam hp dihukumi seperti mushaf asli, maka mereka mengharamkan wanita haid untuk menyentuh hp tersebut ketika aplikasi al-Quran dalam hp tersebut sedang dibuka. Sedangkan menurut ulama yang mengatakan bahwa aplikasi al-Quran yang dimuatturun di dalam hp tidak dihukumi seperti mushaf maka tidak haram bagi wanita haid untuk menyentuhnya, asalkan tidak sampai melafzkannya ketika membaca.

Berbalik kepada emel yang saya terima yang menyentuh hati saya bukan kerana ianya cantik dan menarik tetapi ianya memberi peringatan kepada semua warga kerja berkaitan kematian. Terus saya simpan lampiran gambar yang dimasukkan di dalam emel tersebut dan saya masukkan di sini untuk tatapan bersama.

“Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang waktunya, tidak dapat mereka lewatkan walau sesaat, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.” (al-A’raaf: 34)

Dengan mengingati mati sebenarnya secara tidak langsung ianya akan memotivasikan kita untuk berusaha melipatgandakan amal ibadat, sama ada ibadah wajib atau sunat. Dengan amal yang dilakukan secara istiqamah (berterusan) membolehkan kita sentiasa berada pada jalan Allah, sekali gus menjadi bekalan menuju akhirat, insyallah.

Dalam masa yang sama, sebagai seorang Islam kita  juga perlu menjauhkan diri daripada melakukan dosa dan perkara-perkara yang  dilarang  oleh syariat dengan istiqamah. Dengan peredaran zaman dan perubahan sosio budaya dan amalan sekarang, sememangnya bukan mudah untuk menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syariat. Umpamanya, sebagai muslimah kita mudah sahaja mengikut trend tudung semasa. Sama ada ianya dipakai dengan cara yang betul mengikut syariat, ianya adalah persoalan yang menjadi tanggungjawab saya untuk jawab dengan ketetapan iman..

Kematian adalah pengakhiran yang akan  mengembalikan kita kepada Allah, pencipta kita yang satu. Maka marilah kita bersama-sama menjadikan diri kita seorang yang sentiasa mengingati Allah dengan mematuhi serta mentaati segala perintah-Nya. Sekiranya kita sukar untuk menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dilarang, cubalah. Sekurang-kurangnya kita tidak melepaskan tanggungjawab kita terus. Insyallah perkara-perkara yang dijauhi tersebut akan perlahan-lahan bergerak menjauh daripada kita dan tanpa kita sedari.

Zikir. Berzikirlah kepada Allah pada setiap peluang yang ada, tidak kira di mana dan dalam keadaan apa sekalipun kerana apabila kita mengingati Allah, sudah pasti Allah juga akan mengingati hamba-Nya. Kemudahan yang telah ada sekarang seharusnya dinikmati seadanya. Subhanallah, Alhamdulillah, Alllahuakbar.

Wallahualam.

 

Iswa Tonie

2.3.2018


Lyric Lagu When You Believe



When You Believe


Many nights we prayed
With no proof anyone could hear
In our hearts a hope for a song
We barely understood
Now we are not afraid
Although we know there's much to fear
We were moving mountains
Long before we knew we could, whoa, yes
There can be miracles
When you believe
Though hope is frail
Its hard to kill
Who knows what miracles
You can achieve
When you believe somehow you will
You will when you believe
Mmmyeah
In this time of fear
When prayer so often proves in vain
Hope seems like the summer bird
Too swiftly flown away
Yet now I'm standing here
My hearts so full, I can't explain
Seeking faith and speakin' words
I never thought I'd say
There can be miracles
When you believe (When you believe)
Though hope is frail
Its hard to kill (Mmm)
Who knows what miracles
You can…

Apa Maksud LLB?


Image result for LLB


Salam semua...selamat hari rabu yang indah. Cuaca panas terik di Putrajaya. Tempat you all macam mana? 

Kepada kaum cina yang akan menyambut perayaan tahun baru cina lusa akak nak ucapkan selamat tahun baru cina gong xi gong xi...dan selamat bercuti buat you all yang ambik cuti panjang sempena tahun baru ini.

Hari ni akak nak share carian yang akak dapat. Bagi korang yang tak penah dengar perkataan ni Akak ucapkan tahniahla sebab jarang orang nak ambik tauk pasal maksud2 semua ni kecuali ada berkaitan dengan hidup mati kan...manakala untuk student2 law janganlah tahu sebut aje maknanya korang kena ambik tau jugak....

#sharingiscaring

'LLB' is the short name for the undergraduate Bachelor of Laws degree. The degree abbreviates to 'LLB' instead of 'BL' due to the traditional name of the qualification inLatin, 'Legum Baccalaureus'. 'Legum' is the plural of 'lex', meaning law, while 'Baccalaureus' is the origin of the term 'bachelor's degree'.

Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Gua Hirak di Jabal Nur ialah suatu tempat yang istimewa dan mulia kerana itulah tempat turunnya wahyu yang pertama di dunia ini. Gua yang terletak pada ketinggian 634 meter di Jabal Al Nour itu berjarak empat kilometer dari Kabah. Gua itu menghadap ke utara dan pintu masuknya menunjuk langsung ke arah Kabah.


Di situlah berlakunya pertemuan pertama antara Nabi Muhammad s'a.w dengan Malaikat Jibrail a.s. 

Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima itu ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu:

"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Kejadian tersebut ialah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Pada masa itu, Nabi Muhammad s'a.w berumur 40 tahun (6 bulan 8 hari) dan belum lagi menjadi nabi atau rasul.

Sebelum kejadian tersebut, Gua Hirak ialah tempat Nabi Muhammad s'a.w duduk menyendiri, bermunajat, bertahannuth (meditasi atau bertafakur) dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT. Baginda menyendiri di Gua Hirak kerana mahu menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Baginda beribadat di Gua Hirak selama lima tahun pada bulan Ramadan.

Gua Hirak ini mempunyai ruang yang kecil dan sempit. Hanya muat untuk seorang sahaja untuk solat dengan selesa. 

Kalau berhimpit muat dua orang untuk sembahyang serentak. Terdapat tingkap kecil dibahagian hujung gua ini yang dulunya boleh melihat Kaabah secara terus. Namun pemandangan tersebut kini dihalang oleh Menara Zam-Zam.

Kalau Jabal Thur terletak di selatan Makkah, Jabal Nur pula terletak lebih kurang 6 km di utara Makkah iaitu di suatu tempat dalam perjalanan ke Arafah dan Mina. Tinggi Jabal Nur ialah 200m. Gua Hirak terletak lima meter dari puncaknya iaitu di lereng yang curam. Ruang yang menjadi gua tersebut berukuran 4 meter panjang dan 1.75 meter lebar. Ketinggian ruang gua tersebut adalah lebih kurang sama paras dengan orang yang sedang berdiri. Secara puratanya pendakian dari bawah hingga ke gua tersebut memerlukan masa lebih kurang sejam.[ http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/gua-thur.html





Friday, 2nd February 2018

16 Jamadilawal  1439H

Kek Belacan



Kek ni sangat sedap dan memang sedap.
Makin lama makin sedap dan moist.. Cara menyimpan kek ni mesti betul.. kalau diluar suhu bilik,cepatlah ia basi dan berkulat..
Simpan elok elok dlm peti sejuk,kalau nak lebih tahan lama bekukan..
 kalau nak makan baru keluarkan ..


Bahan bahan
10biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi
1gelas gula halus(140g)
1gelas milo(115g)
1gelas susu tepung(110g)
1tin kecil sri kaya
1tin kecil@rendah susu pekat manis
2gelas tepung hong kong(220g)
200gram horlickS
1sudu besar serbuk koko
3sudu besar gula hitam
Sedikit esen vanilla

Cara membuat
Pukul gula dan mentega sampai kembang.
Masukan telur satu persatu.(pecah sebiji,pukul,pecah lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis). Masukan esen vanilla.masukan susu pekat dan srikaya.pukul lagi.
Masukan pula milo,horlicks,serbuk koko dan susu tepung.pukul sebati . Baru masukan gula hitam. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati.
Akhir sekali masukan tepung,gaul guns senduk sampai betul betul sebati.
Sediakan loyang 8x8 dan lapik dengan kertas minyak. Pastikan loyang ditutup rapat menggunakan aluminium foil sebelum kek dikukus.
Kukus kek ini selama 4 jam.
Pastikan air kukusan betul betul mendidih.Guna api sederhana semasa mengukus.
SELAMAT MENCUBA..
SILAKAN SHARE

Salam 2018



Assalamualaikum ...salam tahun baru 2018 untuk semua ...Akak harap tak terlambat lagi untuk akak wish semua orang..

Tahun 2018 ni special sikit untuk akak dan family. salah satu sebabnya adalah anak kedua  merangkap anak bongsu dalam family kecil kami masuk tahun 1/2018. Maka berakhirlah generasi paling kecik, paling manja dan paling kuat makan dalam keluarga kami.

Ni gambar masa registration day. Nasib baiklah dapat beg tarik ni FREE. Bolehla buat sumbat buku2 teks yang masyaallah beratnye huhuu....


Muka ceria lepas habis pendaftaran and sesi suaikenal sekolah. Dapatlah pusing2 sekolah secara berjemaah. Siap cikgu bawak tawaf satu sekolah aduhai anak.. Beruntung sungguh korang dapat layanan 1st class. Zaman mak dulu jangankan melawat sekolah register pun mak pegi bawak diri sendiri heheh



sempat bergambar masa rehat sekolah. 1st day.


2nd day
2nd day time rehat



Tahun 2018 seperti tahun-tahun yang lalu akan memberikan kita lebih peluang untuk membaiki diri. Pilihan di tangan kita sama ada ingin membaiki sahsiah diri, jatidiri, penampilan dan banyak lagi. Kita hanya mampu mengubah (membaiki) diri sendiri dan tidak akan pernah mampu mengubah diri orang lain melainkan dengan keajaiban doa dan hidayah daripada Allah.

Insyallah Akak akan lebih kerap menulis demi untuk membaiki skil penulisan dan tatabahasa. 

Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang buruk adalah disebabkan kejahilan kita sendiri.  Sama-samalah kita "upgrade" diri insyallah.


Selamat Tahun Baru 2018.

-iswa-