Salam Jumaat

Assalamualaikum...

Gua Hirak di Jabal Nur ialah suatu tempat yang istimewa dan mulia kerana itulah tempat turunnya wahyu yang pertama di dunia ini. Gua yang terletak pada ketinggian 634 meter di Jabal Al Nour itu berjarak empat kilometer dari Kabah. Gua itu menghadap ke utara dan pintu masuknya menunjuk langsung ke arah Kabah.


Di situlah berlakunya pertemuan pertama antara Nabi Muhammad s'a.w dengan Malaikat Jibrail a.s. 

Wahyu yang Nabi Muhammad s'a.w terima itu ialah lima ayat pertama dari Surah al-Alaq iaitu:

"Bacalah, dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Kejadian tersebut ialah pada hari Isnin 17 Ramadan (6 Ogos 610M). Pada masa itu, Nabi Muhammad s'a.w berumur 40 tahun (6 bulan 8 hari) dan belum lagi menjadi nabi atau rasul.

Sebelum kejadian tersebut, Gua Hirak ialah tempat Nabi Muhammad s'a.w duduk menyendiri, bermunajat, bertahannuth (meditasi atau bertafakur) dan bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah SWT. Baginda menyendiri di Gua Hirak kerana mahu menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar. Baginda beribadat di Gua Hirak selama lima tahun pada bulan Ramadan.

Gua Hirak ini mempunyai ruang yang kecil dan sempit. Hanya muat untuk seorang sahaja untuk solat dengan selesa. 

Kalau berhimpit muat dua orang untuk sembahyang serentak. Terdapat tingkap kecil dibahagian hujung gua ini yang dulunya boleh melihat Kaabah secara terus. Namun pemandangan tersebut kini dihalang oleh Menara Zam-Zam.

Kalau Jabal Thur terletak di selatan Makkah, Jabal Nur pula terletak lebih kurang 6 km di utara Makkah iaitu di suatu tempat dalam perjalanan ke Arafah dan Mina. Tinggi Jabal Nur ialah 200m. Gua Hirak terletak lima meter dari puncaknya iaitu di lereng yang curam. Ruang yang menjadi gua tersebut berukuran 4 meter panjang dan 1.75 meter lebar. Ketinggian ruang gua tersebut adalah lebih kurang sama paras dengan orang yang sedang berdiri. Secara puratanya pendakian dari bawah hingga ke gua tersebut memerlukan masa lebih kurang sejam.[ http://umrahkuyangbest.blogspot.my/2012/06/gua-thur.html





Friday, 2nd February 2018

16 Jamadilawal  1439H

Kek Belacan



Kek ni sangat sedap dan memang sedap.
Makin lama makin sedap dan moist.. Cara menyimpan kek ni mesti betul.. kalau diluar suhu bilik,cepatlah ia basi dan berkulat..
Simpan elok elok dlm peti sejuk,kalau nak lebih tahan lama bekukan..
 kalau nak makan baru keluarkan ..


Bahan bahan
10biji telur gred A
450g mentega berkualiti tinggi
1gelas gula halus(140g)
1gelas milo(115g)
1gelas susu tepung(110g)
1tin kecil sri kaya
1tin kecil@rendah susu pekat manis
2gelas tepung hong kong(220g)
200gram horlickS
1sudu besar serbuk koko
3sudu besar gula hitam
Sedikit esen vanilla

Cara membuat
Pukul gula dan mentega sampai kembang.
Masukan telur satu persatu.(pecah sebiji,pukul,pecah lagi sebiji,pukul lagi,buat sampai habis). Masukan esen vanilla.masukan susu pekat dan srikaya.pukul lagi.
Masukan pula milo,horlicks,serbuk koko dan susu tepung.pukul sebati . Baru masukan gula hitam. Gaul guna senduk sahaja sampai sebati.
Akhir sekali masukan tepung,gaul guns senduk sampai betul betul sebati.
Sediakan loyang 8x8 dan lapik dengan kertas minyak. Pastikan loyang ditutup rapat menggunakan aluminium foil sebelum kek dikukus.
Kukus kek ini selama 4 jam.
Pastikan air kukusan betul betul mendidih.Guna api sederhana semasa mengukus.
SELAMAT MENCUBA..
SILAKAN SHARE

Salam 2018



Assalamualaikum ...salam tahun baru 2018 untuk semua ...Akak harap tak terlambat lagi untuk akak wish semua orang..

Tahun 2018 ni special sikit untuk akak dan family. salah satu sebabnya adalah anak kedua  merangkap anak bongsu dalam family kecil kami masuk tahun 1/2018. Maka berakhirlah generasi paling kecik, paling manja dan paling kuat makan dalam keluarga kami.

Ni gambar masa registration day. Nasib baiklah dapat beg tarik ni FREE. Bolehla buat sumbat buku2 teks yang masyaallah beratnye huhuu....


Muka ceria lepas habis pendaftaran and sesi suaikenal sekolah. Dapatlah pusing2 sekolah secara berjemaah. Siap cikgu bawak tawaf satu sekolah aduhai anak.. Beruntung sungguh korang dapat layanan 1st class. Zaman mak dulu jangankan melawat sekolah register pun mak pegi bawak diri sendiri heheh



sempat bergambar masa rehat sekolah. 1st day.


2nd day
2nd day time rehat



Tahun 2018 seperti tahun-tahun yang lalu akan memberikan kita lebih peluang untuk membaiki diri. Pilihan di tangan kita sama ada ingin membaiki sahsiah diri, jatidiri, penampilan dan banyak lagi. Kita hanya mampu mengubah (membaiki) diri sendiri dan tidak akan pernah mampu mengubah diri orang lain melainkan dengan keajaiban doa dan hidayah daripada Allah.

Insyallah Akak akan lebih kerap menulis demi untuk membaiki skil penulisan dan tatabahasa. 

Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada Allah dan yang buruk adalah disebabkan kejahilan kita sendiri.  Sama-samalah kita "upgrade" diri insyallah.


Selamat Tahun Baru 2018.

-iswa-

Kek Lapis Milo Mocha


Kek ni adalah kek yang paling mudah dan senang di buat. Semua bahan-bahan senang di cari dan rasanya pun of kos mengancam. Milo yang manis dengan rasa koko sememangnya diminati bukan sahaja kanak-kanak tetapi orang dewasa jugak. Teringat saya kepada Kek Lapis Belacan, Kek Lapis Holiday Inn , Kek Lapis Saddam Husin dan Kek Lapis Idola. Ke4-4 kek ini berasaskan coklat dan milo. Kalau ditanya yang mana antara 4 kek lapis menjadi idaman saya, saya pasti akan jawab kek lapis Saddam Husin. Rasa coklat kandos dalam kek ni lemak2 berkrim disukai ramai sungguh. Saya tak sharekan lagi resepi kes tersebut di dalam blog ni. Insyallah saya akan sharekan nanti. Cuma nak bagitau siap2 antara bahannya adalah coklat kandos dan coklat ni susah nak dicari sekarang. Jarang ada dah.

Ok hari ni saya nak sharekan resepi kek lapis milo. Ini adalah bahan-bahannya :

(BAHAN2)
[loyang 7x7]

450GM Butter
130gm gula kastor
10 biji telur gred A
1/2 tin susu cap junjung (kecil)
1tin serikaya yeo's (kecil)
100gm horliks
130gm tepung hongkong
1sdt ovalette
2 stick milo 3 in 1
**jika mahu rasa koko lebih boleh tambah 4 sticks.
Sedikit mocha paste.
*Option boleh juga tukar dgn perasa nescafe 3in1. 
Campur dgn sedikit browning sugar untuk memberi warna hitam.

Cara membuat:
Pukul butter dan gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan semua bahan lain kecuali nescafe dan mocha paste.
Mixer sebati.
Bahagi kepada 3 bahagian.
1. Warna asli
2. Campur milo 3in1
3. Campur mocha paste.
Bakar api atas selapis selapis guna loyang 7x7".
Suhu190°C. Masa terpulang kpd oven masing2.

*kek agak basah dan lembab. Kalau guna 8x8 kek tidak berapa tinggi... lapisan jd tidak berapa cantik.

Bacaan lain : Kek Lapis Belacan 

Resepi Bebola Ayam Cheese




Resepi Bebola Ayam Cheese

Bahan-bahan :

Dada ayam (dicincang atau kisar menggunakan blender)
(terpulang nak guna berapa ketol)
Lobak merah
Daun bawang (kalau tak letakpun takper)
Sebiji bawang merah (dicincang)
Seulas bawang putih (dicincang)
Garam secukup rasa
1 sudu sos tiram
1 sudu lada hitam (ditumbuk halus)
Cheddar cheese atau mozzarella cheese (potong dadu)
Serbuk roti

Cara penyediaan:

1) Campur bersama ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul sebati.
2) Bulatkan adunan (saiz terpulang kepada citarasa)
3) Setelah itu, tekan bagi leper aduanan yang dibulatkan dan letakkan cheese.
4) Oleskan bebola ke dalam serbuk roti.

5) Siap dan boleh digoreng.

Webe - Talian 011 di bawah Telekom Malaysia Review

                                       Image result for webe












Salam Semua...

Apa khabar? Sekarang cuaca tak menentu. Kadang-kadang hujan lebat dengan petir dan kilat..kadang-kadang panas terik dan kadang-kadang tiba-tiba mendung tapi tak hujan.. Begitulah Allah bagi kita merasa semua nikmatNya. Kalau korang jenis mudah sakit atau antibody tak kuat korang janganlah tadah body exercise dalam hujan atau cycling tengah panas terik. sayangi body anda ok.....klau kita sakit satu benda pun takleh nak buat. So kita sama-sama jaga diri ok...kalau jatuh sakit jangan risau...Allah sayang kat kite tue...sakitkan penghapus dosa2 kecil..Jangan mengeluh k...


Hari ni Akak nak share pasal line telefon WEBE ni. Korang pernah dengar tak..ha kalau tak pernah dengar lagi eloklah baca post akak ni sampai habis.

Line webe ni line telefon yang dikeluarkan oleh Telekom Malaysia. Sekarang ni unifi kan dah banyak kawasan dieorang cover so serentak dengan peluasan coverage unifi Telekom lancarkan line hp sendiri. Line jenis WEBE ni oleh sebab die baru g so byk kwsn gak line tak berapa nak full bar. Akk start guna line ni bulan 6 masa tu dieorang call n offer RM79 je sebulan. Masa tu register free n dalam pekej tu akak dapat unlimited call n unlimited data usage. Serius gempak giler...walaupun masa dieorang call tu memang blur sikit n ade rasa was2 sikit tapi sebab caller tu berjaya jawab beberapa soalan akak yang hanya orang unifi yang tahu so akak berani cakap yes.



Akak dah lama tak pakai line. Nak jimat punye pasal akak sanggup guna prpepaid. Satu sebab utama nak guna prepaid adalah sebabnya akak ni jarang bergayut. Tak tau pun nak gayut ngan sape dan tak pandai nak gayut lame2...not my style hehehe...so akak ambik line ni bukan sebab nak try belaja berayut ke ape tp sebb akak pk akak reload sebulan pun makan seratus lebih so ape salahnya akak commit kat satu line yang fixed bayaran die setiap bulan. Kan jimat dan menguntungkan tu. Giler tak untung. korang gayut satu hari satu malam non stop pun line korang still maintain tak kene bar tau...serius jimat especially kat korang yang selalu calling calling. Macam akak ni akak favor data usage je. jenuh nak top up data hari2 huhuhu....dahla slow cpt hbs lak tu. huhuhh

OK BAB KEBAIKAN WEBE ni mesti korang nak tau kan...mcm akak cakap mula2 tadi...UNLIMITED CALL and UNLIMITED DATA usage...itu jela kot kelebihan die hehehe

KEBURUKAN opkosla coverage kurang. Bile coverage kurang tu faham2 je la korang nyer data memang tak luaklaa...pastu jangan mimpi nak utube segala memang 2 hari 2 malam menunggu takkan dapat tengok utube hahahhaha.


tp so far akak tak alami lagila.....paling teruk pun line tibe2 hilang masa kat shah alam. so far dah masuk 3 bulan duk Putrajaya ni memang line ni THE BEST. Korang tak cayer korang trylaa...mcm akak ni ofis bar fb n utube so bile ade berita or link kearah 2-2 saluran ni memang payah tol nak bukak. Tp webe memudahkan urusan akak. Takde lagi masalah line slow...takde line atau whatsoever....lagi2 sekarang (since Ogos rasanya) dieorang tak upgrade line sistem dieorang kepada line unifi. so memang lajulaa..kalau tak berapa laju bagi korang tapi kira dah paling reasonable laju dah bagi akak...so akak puashati sangat....

Bagi korang yang kerap kol kerap online memang sesuai sangat ngan line nie...Akak bukan nak jual line tau...Just a humble review jek :)

Kalau korang nak lebih info korang boleh search webe kat google atau terus ke ke website telekom malaysia. kalau korang rasa susah nak pg tm point utk register korang jgnla risau sebb korang boleh je register online. Nanti telekom akan htr simkad siap kat rmh korang. Senangkan..Zaman sekarang semua senang...takde yang susah...semua kat hujung jarila katakan...

"Pilihan di Tangan Anda" & "Bijak Memilih"


Iswa Tonie
Putrajaya.

MOVIE: HAPPY NEW YEAR



Salam semua...ape kabar hari ni sihat ke...Akak doakan semua yang baca ni sihat hendaknya...kurangkan makan makanan manis dan minuman yang manis dan banyakkan minum air putih.Dengan keadaan cuaca hjg tahun yang panas terik dan kurang hujan ni badan kita mudah dehydrate.Bila air dalam badan dah kurang kite pulak kurang minum air sudahnya nanti effect kat buah pinggang.Sebab? Sebabnya adalah bila kurang air dalam badan fungsi badan kita akan serap air dr buah pinggang kita secara automatik.Jika lama dibiarkan simpanan air kat buah pinggang kita pun habis itu yang boleh menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Ini boleh berlaku kepada kaki kaki gym n kaki zumba yang tak balancekan air dlm badan...Akak bercakap macam doctor pulak adoiii...janganlah salahkan akak...akak cuma kongsikan ilmu yang akak dapat daripada SINI😊

kat sini akak nak syorkan cerita hindustan dengan hero seantero mumbai dan malaysia srk.mcm biasa cerita romantik action n movie ni akak beli tau dr itunes. Once korang beli korang boleh install dlm phone or icloud.pastu korang boleh tengok 1000 kali yang korang nak.serius😊


Akak rumuskan kisah srk nak balas dendam kat jutawan ni yang dah khianat kat ayah die.akibatnya ayah stk stress and bunuh diri.di sebalik aik nak balas dendam ni terselit kisah cinta kisah lucu dan pelbagai emosi sebab dieorang nie (group srk) ni group rojak.mcm2 peel ade.along the way nak balas dendam srk n group die kene belaja menari n aim nak masuk pertandingan menari dunia-world dance competition yg dianjurkan oleh jutawan yg dimaksudkan.so mcm2 perasaan ade.susah mak explen sebb jalan ceritanya bercampo2 tap i syncronize eloklaa..korang kene tgk tanpa iklan barulah menghayati.tengok kat tv byk gangguan serius cakap tak best jdinya.




Nah kalau korang berminat nak view ataupun nak beli ataupun just nak rent dari itunes korang bolehla klik kotak kat bawah nie. korang tengok terang semacam dari iphone korang surely korang terus nak tengok sampai habis. Confirm!
 



Dahlah cerita best lagu2 best2 pelakon best2...korang jangan lupe tengok slot lagu yg ini.entah kenapa akak (n anak-anak akak jugak ) suke sangat tengok Deepika Pandukone kat slot tu. Shes adorable  (love love)



 So akak nak share sikit tu je hr nie.hrp korang yang minat cite hindi n blm tgk cite korang gilak layan barang 3 jam ðŸ˜ŠðŸ˜…😅

Cya😜