Salam semua...
Post ni sebenarnya adalah post throwback zaman mula2 akak test guna steamer nie. serius berbaloi-baloi beli benda ni...especially kat bakers yang suka masak kek kukus...
Steamer ni akak beli kat Lazada. Masa tu beli RM200 lebih kurang. Ingatkan kecik aje saiznya, sekali sampai nah die punyer besar dan cantik juga sebab transparent senang nak monitor kek dah naik/masak ke belum...terus pakat beli barang nak buat kek masa tu :).
Kelebihan steamer ni selain daripada menjimatkan gas ianya jugak ringan dan sangat ringkas nak guna. Just masukkan air, adjust timing dah siap. Kalau guna steamer biasa kat dapur gas tu pun boleh. Sebelum adanya benda ni dan wujudnya benda sememangnya pengukus bulat atas gas itulah sahabat pembuat kek kukus dan kek lapis sarawak. Namun, ada bahaya dan perlukan komitment sepenuh jiwa dan raga di dapur hendaknya. Satu, bahaya sebab nak masak kek lapis sarawak secara kukus paling kurang nak duduk atas dapur tu 3 jam dan paling lama 8 jam (Kek Hati Pari). Tak larat rasanya nak mengadap dapur untuk periksa air kukusan cukup ke tidak, periksa dapur ok ke tidak, api besar ke kecik dan gas ade lagi ke tidak (heh)...dan yang paling penting untuk periksa status kek. Wahh..status tuh.. At least bila dah guna yang elektrik ni senang nak adjust timing sebb ade alarm, maka kekerapan untuk cek tu kuranglah sedikit, namun masih kene cek. Sebab bila dah guna elektrik ni lagi bahaya sebenarnya. Elektik, faham-faham ajela...anythg can happen. Mintak jauhlah. Moral of the story, buat kek waktu siang ok.
Ok jom tengok bahan dan cara nak buat kek lumut. Akak suka buat kes ni sebab rasa pandan n kaler hijau memang kontra berbanding kek lain. Kiranya pagi raya selain kek lain belapis lapis kaler at least satu kaler ijo sebelah kek lapis kaler kaler at least cantikla kan,...ada variasi :).
Resepi Kek Lumut
Loyang 7" x 7" x 3.5 atau 8" x 8" x 3"
*Nota: sukatan bahan menggunakan tin susu 500gm
Bahan-Bahan:
254gm unsalted pure butter (seketul)
6 biji telur gred double A / gred A
1 sudu kecil esen vanila
1 tin susu pekat (500gm)
1 tin kaya (sukat kaya menggunakan tin susu)
1 botol kecil (30ml) pes pandan Koepoe2)
*1 tin horlicks
*1 tin tepung gandum
(Satukan bahan * dan ayak bersama)
Cara-Cara:
1. Pukul butter sehingga kembang (putih pucat).
2. Masukkan susu pekat, kaya, dan telur satu per satu. Putar sehingga kembang dan sebati.
3. Masukkan pes pandan.
4. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan tepung gandum dan horlicks yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Putar sekadar sebati.
5. Offkan mixer, kaub-balik adunan bagi memastikan adunan telah dipukul rata.
6. Sediakan loyang. Sapu bahagian dalam loyang dengan mentega. Tabur sedikit tepung. Ratakan. Terbalikkan loyang, tepuk belakang loyang bagi membuang sisa tepung. Loyang tu nak alas boleh, tak alas pun boleh asalkan kita dah gris bhgn dalam loyang.
7. Tuang adunan ke dalam loyang. Lepas sejam adjust masa ke sejam kedua. Buat begitu sehingga kes masak. Nak tahu keks masak,....boleh cek lepas jam kedua.
8. Tutup permukaan loyang dengan aluminium foil. Kukus sederhana sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih (air betul2 panas) sebelum masukkan kek. Untuk permulaan, setkan sejam. Selalu peratikan ai, kalau dah kurang tambahkan dengan air panas jugak supaya kek masak dengan sebati.
9. Apabila kek masak, terus keluarkan dari pengukus, dan buka aluminium foil. Potong kek selepas kek benar-benar sejuk. Sejukkan di ruang tamu dulu.
taaraaa...dah siap :)
Selamat mencuba.
#keklapis #keklapis #keklapissarawak #keklapissedap #keklapispremium #kuihraya #kekraya #keklapismurah #keklapissarawakoriginal #keklapiscadbury #keklapismasammanis #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #bhfyp #keklapisnilai #ansuranraya #malaysia #kuching #keklapisraya #keklapisviral #rempeyek #kekbatik #keklapisbywai #keklapisseremban #bazaarpaknil #jalanjalancarimakan #kueh #kuchingfood #keklapisevergreen #kuehlapis #foodstagram #postagekeklapissarawak #keksarawak #kuih #kuchingfoodie #resepikeklapis #kuihlapis #keklapisasli #kekrayasarawak #kurangmanis #imsweetenough #originalsarawak #bazarpaknil #bmf #keklapiskl #doorgift #doorgiftkeklapis #premiumkeklapis #keklapislover #raya #cheesecake #keklapissarawaksedap #doorgifttunang #keklapishomemade #doorgiftkahwin #keklapissarawakmurah #keklapisbasah #homemade #kek #keklapischeese #cheeseleleh #sarawakfood #sarawak #kekviral #kek #kek #cake #memes #meme #k #keksedap #pasta #dankmemes #cringe #dank #brownies #tatl #sunum #s #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #m #kurabiye #a #l #cakes #kekmurah #dessert #bhfyp #anime #dankmeme #biskutraya #yemek #r #kuihraya #ayylmao #chan #sayajual #kekbirthday #fnaf #i #homemade #b #food #edgymemes #filthyfrank #lmfao #cheesecake #instacake #mutfak #n #kekcoklatmoist #ke #nefisyemektarifleri #doorgift #papafranku #birthday #malaysia #lezzet #brownies #tatl #sunum #kekharijadi #lmao #lol #funny #birthdaycake #sayajualkek #kekcoklat #edgy #kurabiye #cakes #kekmurah #dessert #kekviral