Showing posts with label zumba. Show all posts
Showing posts with label zumba. Show all posts

Apa Maksud ZUMBA

Salam semua..hari ni Akak nak share my passion in Zumba. Rasanya semua orang dah tau Zumba tu ape kan.tapi takpe akak nak share jugak apa yang dimaksudkan dengan Zumba nie. Supaya senang korang kalua ade yang bertanya Zumba tu ape korang senang nak jawab untuk pengetahuan umum J.

Zumba operasi dieorang tahun 1990an start dengan 3 tenaga besar iaitu Alberto Perlman dan Alberto Aghion  dan salah seorangnya adalah the famous Zumba Beto. Kalau korang nak tahu Beto ni sape boleh google or follow Instagram die kat SINI dan youtube channel die kat SINI. Zumba pun ade Instagram official. Nak follow boleh click kat SINI. Youtube channel ade kat SINI. Senang sangat zaman sekarang ni. Semua ada dihujung jari. Tinggal lagi data handphone tu nak kene penuh dulu heheh maksudnya data kene ade dulu ye dik heheh…

Menurut Beto, idea nak wujudkan Zumba ni tercetus masa Beto nak buat kelas. Untuk pengetahuan korang Beto adalah seorang fitness instructor. Masa tu die buat kelas aerobic. Dalam interview kat tv masa tu Beto kata die lupe tape music yang die nak guna untuk kelas die. Yang kat die masa tu cuma tape salsa dan marengue. So apa yang die buat adalah Beto combinekan 2 jenis music tu dan end up jadi kelas yang happy 
and fun.

Zumba masuk kat Malaysia dalam tahun 2012 kalau tak silap.ini info daripada ZES Davidveles masa Akak join Kelas Basic 1 tahun 2015. Kiranya dah masuk 5 tahun ++ Zumba bertapak di Malaysia nie. Jadi Akak andaikan Zumba bukan benda baru dan semua orang dah tahu. Tinggal lagi sape yang aktik dan sape yang tak aktif aje cerita die kan.

Untuk korang yang biasa pegi Zumba korang mesti familiar dengan perkataan zin kan…contohnya zin aida (aida tu nama cikgu Zumba) atau zin emy, zin amer etc..korang tau tak zin tu ape? And stand for what ?

Zin adalah singkatan bagi ZUMBA INSTRUCTOR NETWORK dan digunakan bagi menunjukkan cikgu Zumba yang incharge untuk kelas korang tu diiktiraf. Diiktiraf tu maksudnya ade lesen mengajar dan lesen mengajar masih hidup. Ala-ala Doktor nye title la jugak. Dr Ali Dr EMy…J dan kalau korang nak cek and skodeng zin korang tu bolehlah tengok kat SINI. Zumba update tau dieorang nyer website. So korang boleh tau sama ada someone tu berlesen ke tidak. Bukan ape, step Zumba senang je nak follow. Jadi mana-mana orang yang ada background fitness especially yang biasa buat aerobic boleh je follow n ajar pastu declare mengajar kelas Zumba. Well, sekarang market aerobic class dah takde so nak tak nak kene buat kelas Zumba. Zumba ni step die cover satu body. Tu sebab prinsip join Zumba sejam boleh hilang 1000 kalori tu sangat sangat relevan. Heart beat tinggi jangan cakaplaa…mengah pas habis kelas.lencun basah semuanya hehehhe…

Ok korang dah tahu zin tu ape now nak sentuh sikit pasal ZES pulak. Tadi akak ade sentuh pasal ZES Davidveles kan. Macam ZIN jugak tapi ZES ni lebih tinggi daripada Zin. ZES adalah singkatan bagi ZUMBA EDUCATION SPECIALIST. Tugas ZES ni adalah melatih semua bakal-bakal zin. Macam kat Malaysia ni kebiasaannya kelas-kelas asas semua diajar oleh Zes David. Kalau nak tahu cara nak apply jadi Zin korang kena baca post akak kat SINI. Akak sharekan cara untuk apply dan seterusnya menikmati kehidupan sebagai Zin.

Bye from now.


Iswa Tonie

Putrajaya

Bacaan lain :

PERSIAPAN SEBELUM PERGI KELAS ZUMBA


Salam semua…

Korang buat ape je hari ni selain duduk mengadap keje satu hari. Mesti korang penat kan. Penat body and soul tapi kan kalau join Zumba insyallah korang takkan rasa penat sesangat walaupun keje bertimbun  timbun. Ala korang keje sampai bila pun takkan habis. Tapi kan kalau satu hari tak pergi kelas Zumba badan korang lemau merajuk tau..tak gitu…
Akak nak ucapkan tahniah kepada yang dah join Zumba untuk korang yang tak pernah join kelas Zumba korang kene try sekali. Bila dah rasa sekali mesti korang rasa nak join lagi. Sebab apa? Sebabnya kelas Zumba ni ada music yang fun, kombinasi music ala-ala Brazil gitu and movement pun senang. Tak percaya??? Tryla satu kalI. Kadang-kadang depends dengan badan awak jugak. Untuk permulaan, jangan follow too hard if korang beginner. Kelas Zumba takde kelas asas, kelas mid atau superheavy takde. Sebabnya step Zumba ni lebih kurang aje fokusnya memang untuk seluruh badan. Kadang-kadang tu depends ngan zin jugak. Kalua zin pilih lagu bes, step senang follow kite pun cepat serasi kan. Tu sebab ramai yang keluar statement “I follow kelas zin A” atau “I follow kelas Zin B kat tempat C”.

So sebagai bekas pengusaha studio Zumba ( dulu ada studio kat Shah Alam tp atas kekangan masa terpaksa ditukarmilik huhu) akak syorkan perkara-perkara berikut untuk beginner (1st timer).

1.Make sure buat regangan badan. Caranya adalah korang kene datang awal kat kelas. Lagu pertama dan kedua kebiasannya adalah lagu yang zin pilih untuk buat warming up). So korang kene follow. Kalau ditakdirkan korang dating lambat korang masuk je join kelas tu korang jangan buat heavy sgt nak lompat ke goyang sebabnya korang akan rasa nak pitam sebb tak buat sesi regangan. Ini adalah atas pengalaman dan juga pemerhatian akak . Ramai beginner rasa disappointed lps kelas pertama sebb too heavy sedangkan korang datang dengan tak prepare body n mentally. So make sure buat regangan ok.

    2. Sapa-sapa  dah datang awal n join 1st and 2nd song and dah buat regangan/warm up korang pun janganlah beria sangat goyang lompat atau baling tangan…normally sesi warm up akan cover kaki dan tangan so berpada-pada sebab korang beginner. Salah satu tujuan regangan/warm up adalah nak bagi musle(otot) bangun. Ini perumpamaan akak sendiri. Maksud akak adalah nak bagi badan dan otot berkerja.bila dah bangun senang korang nak bagi otot follow step n mind. Do berpada-pada jugak ok.

    3. Since korang 1st time or maybe 2nd timer korang mungkin tak faimiliar step lagi kan. So korang boleh teruskan follow step and movement as long as korang rasa selesa..tak sakit lutut..tak sakit tangan dan leher tu dah ok dah..if korang rasa something macam pening atau lenguh atau anything  korang kene stop. Takde kene mengena ngan lagu or step. Cuma body korang masih tak boleh adopt the movement. So akak kebiasaannya akan nasihatkan korang untuk rehat sekejab kalau ok boleh sambung semula. Kalau tak ok korang kene stop. Jangan berkira sangat pasal harga yang korang dah bayar untuk kelastu. Yang penting nak sihat kan..bukan nak sakit lepas bersenam. Huhuh
    
     4. Sepanjang sejam kelas korang akan rasa sangat-sangat  penat(kalau betul-betul follow music n steps) but fun sebabnya bila menari korang rasa bebas.Salah step takpe. Korang bukan attend pertandingan menari. Korang attend kelas fitness ape hehhe… spjg sejam gak Zin akan berenti dalam 3 minit untuk minum..masa tu korang kena Tarik nafas dalam2 dan hembus keluar…tujuannya utk korang balancekan pernafasan korang…biar stable jantung tu ….n bila zin rehat korang pandai2lah nak minum ke terkucil ke..sebab kejab g kelas start korang mesti tak nak miss lagu yang korang suke kan…ye tak…akak tahu korang mesti ade lagu yang korang minat…siap step pun korang dah hafal.

    5.Lastlty bila kelas dah hbs and korang rasa sangat haus…minumlah slow2 wpun tekak tu rasa macam puasa satu hari punye haus and finally jangan lupe join sesi “cool down”. Tujuannya adalah untuk merehatkan otot yang bekerja selama sejam. Kalau tak sempat join sesi ngan zin tu korang boleh je buat sendiri buat cukup syarat. Luruskan kaki, tunduk pegang hujung kaki..kaki kanan dulu pastu kak kiri. Pastu angkat tangan silang ke kanan silang ke kiri. Siap. Boleh buat dalam kereta masa driving mcm biasa buat kan heheh.

   6. Sehari lepas Zumba korang akan rasa sakit sama ada kat tapak kaki, betis (impact melompat) , kat peha atau mana-mana  bahagian badan. Korang tak payah risau sebab kesan tu sebenarnya menunjukkan di mana bahagian badan yang terkesan daripada Zumba yang korang buat semalam. Kalau tak rasa apa-apa lepas kelas pertama akak berani cakap korang tak buat betul-betul. Korang kene jugak join next time. Kalau lepas 2 3 kelaspun korang takde sakit kat mana-mana seriously korang tak buat betul2. Itu je akak nak cakap. Heheh so sapa2 dah sakit sakit manja tu masa sehari 2 utk recover then hari ke2 dah boleh join kelas balik. No worry pastu insyallah korang dah  boleh sebati ngan Zumba.

     Cayalah!! Kalau dah join Zumba wajib simpan lagu2 zumba ye tak.. ha Akak akan post pasal lagu2 zumba mcmne nak simpan kat mane nak carik dan lagu2 terbaru dan terhangat di pasaran. Untuk permulaan korang boleh klik kat link kat bawah n survey or terus beli lagu2 legend Zumba.

Cya soon!!!

Baca juga :







CARA DAFTAR ZIN ZUMBA


Salam semua,

Entry kali ni akak nak share cara-cara nak jadi Zin. Kalau korang tak tau Zin tu ape boleh baca entri akak sebelum ni kat SINI ye.

Ada yang tanya apa syarat nak jadi Zin.Kalau akak biasanya standard jawapan akak adalah asalkan sihat dan bersemangat waja. Yerlah bukan senang tau nak mengajar. Lagi2 ngajar fitness. Kalau boldy kite pun kite tak kenal dan jaga pun ala kadar akak nasihatkan jadilah peserta kelas ajer. Kecualilah korang bersemangat cuma tunggu time nak turun padang tu lainlaa..macam akak ni pulak turun padang bila perlu.entah bila la kan hehhee.

Zumba sendiri tak meletakkan syarat pun masa nak apply jadi Zin. Cuma kena attend kursus Basic 1 dieorang ajela. Kalau nak tahu macam mane nak tahu bila dank at mane kursus tu 1st of all korang kenelah ikut step-step yang akak dah rumuskan seperti di bawah :


1. Kena bukak website www.zumba.com seperti gambar di atas atau klik dekat SINI.

   

     
  2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.



3.    Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SIGN UP.

4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.korang kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu.Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.

5.Lepas setel semua korang akan dapat emel dan notification. 

Setel dah registration korang…Yee!!


Next step adalah korang kene attend kursus tu. Akak boleh gerenti korang akan rasa sangat seronok masa join kursus tu. Korang  akan diperkenalkan dengan Zumba, history dan jenis music dan mcmne nak bezakan jenis jenis music. Lain music lain pulak movementnya. 

Contohnya music salsa takkan korang nak move like a jagger pulak hheheh….

Habis je kursus 2 hari tu korang dah entitle untuk dapat sijil. Hari ke3 tu korang dah boleh ambik n buat kelas dah uoll..dah boleh cover balik duit yuran kursus yang selonggok tu…serius korang kene bersyukur yuran tu selonggok mcm tu je..kalau kursus takde kat Malaysia korang trylah pk berapa longgok nak kene kumpul dulu sebelum nak join kursus oversea.serius mungkin kite tak mampu…nak bayar selonggok pun pening inikan pulak nak bayar berlonggok longgok. So sapa-sapa nak join keluarga ZIN korang standbylah dalam RM1800 lebih kurang. 

Korang taulah sekrg currency RM tak stable so anggaran lebih kurang mcm tu…harap korang bertabah ye…lepas je kursus Basic ni korang dah boleh duit. Pk mcmtu je senang sikit kepala J.


Ok Akak a de entry seterusnya. 


-cya-


Updated 1 April 2020

Berita baik untuk Zumbalicious. Zumba.com offer online training sekarang ni. So korang dah tak perlu join real class.Just join class online jer...

Step sama macam di atas iaitu :



1. Kena bukak website www.zumba.com seperti gambar di atas atau klik dekat SINI.


  2.Pastu kliK kat FIND A TRAINING.



3.    Pastu pilih lokasi kursus yang dekat ngan korang. Pastu Klik SEARCH.




   4. Link lepas tu akan keluar mcm nie.Korang boleh pilih nak register kelas Online        atau  OFFline . Kalau register kelas Online korang just kene attent course ikut masa korang
    dan deal dengan Zumba.com secara direct. Sementara untuk kelas Offline  korang kene attend kelas ikut tarikh dan masa yang korang pilih. Itu je bezanya. Kalau saya, saya suka pergi kelas Offline boleh kenal2 dan  beronok ronok zumba ramai2 baru besstt... Apa2 pun, kelas offline pun ok sebab anytime free boleh terus join kelas die..at your convenient time...
     kalau kene register dulu masukkan emel address apa semua. Then dah siap register korang kene bayar amaun kursus tu. Takde kredit kad takpe. Boleh je bayar guna internet banking.

     5. Dah settle bab bayaran, korang akan dapat emel confirmation. Yeayy!!! one step ahead. 
     
      6. Kalau korang pilih Online Class, korang klik kat  Sign Up  dan isi borang di bawah.


    7. Kemudian, buat bayaran mengikut harga yang telah ditetapkan dan korang akan dapat confirmation email untuk pembayaran tersebut. Jangan lupa baca syarat yang ditetapkan yang Akak dah boldkan di dalam kotak di bawah yeh.




    8. Then korang just attend class sepertimana diarahkan. Diakhirkan 10 jam tu nanti korang akan dapat confirmation bahawasanya korang dah compelete requirement of 10 hours practice/claseses. Once completed, korang akan dapat lesen yang korang boleh print sendiri dan nama korang akan listed dalam senarai ZIN berdaftar dengan Zumba.com. Satu  perkara yang korang WAJIB ambil tahu adalah setiap bulan korang kene bayar kat Zumba.com lebih kurang RM100++ untuk licience renewal dan access ke Zin classes. Kat situ korang boleh belaar new step dan boleh download lagu baru dan video terbaru dari zumba.com. For me, harga tu sangat berbaloi dengan ilmu dan pakej yg uoll akan dapat.

     Anyway.... I welcome new Zin in the block...bye for now..

     Love, 
     Iswa Tonie
     Putrajaya.