Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Pil Tahan Period Untuk Wanita Umrah Atau Haji

 


Assalamualaikum...selamat pagi Isnin ...Semoga Allah permudahkan segala urusan kita pada hari ini dan hari-hari yang seterusnya, insyallah.

Sebagai pengikut tegar group Umrah di FB, saya rasa terpanggil untuk membuat sedikit catatan berkenaan pil tahan period. Isu period ni bukanlah isu yang selalu timbul di post group tersebut, tetapi pernah ada yang bertanya dan saya ternampak ada beberapa jawapan yang menjawab persoalan orang yang bertanya. Saya rasa terpanggil untuk berkongsi di blog ini untuk refresh dan kongsikan dengan pembaca yang sedang mencari-cari jawapan atau maklumat tambahan.

Untuk pengetahuan pembaca, saya dan suami telah menerima jemputan Allah Tuhan Semesta alam pada Mac 2022 untuk mengerjakan umrah, alhamdulillah. Jika berminat untuk baca pengalaman kami di sana dan itinerary kami, bolehlah follow link di bawah. Semoga mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

 Mengikut kiraan saya, period seterusnya adalah pada awal bulan Mac 2022 sama ada 2-3 Mac (mengikut kitaran biasa 26 hari). Tarikh penerbangan kami suami isteri pula adalah pada 1 Mac 2022. Oleh kerana saya risau period akan menggganggu perjalanan umrah saya nanti, jadi saya telah pergi ke Watson di Alamanda dan bertemu dengan pharmafist dan bertanyakan pil untuk tahan period. Beliau telah mencadangkan pil Norcolut yang perlu di makan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh period. Saya lupa harga pil ini, seingat saya RM10 sepapan dan saya beli 2 papan untuk cover 2 minggu di tanah suci. Pharmacist juga mengingatkan saya agar continue makan pil ini sehingga habis umrah kerana berkemungkinan period akan keluar sekiranya saya berhenti makan. 

3 hari sebelum berangkat, saya telah mulakan projek makan pil tahan period saya, untuk mengelakkan period pada tarikh saya telah berada di Mekah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya, berkat makan pil ini, saya dapat mengerjakan solat dan umrah pada masa yang telah ditetapkan.

Kalau diikutkan, saya dan rombongan telah menginap di Madinah terlebih dahulu selama 5 hari dan pada hari ke6 kami telah bergerak ke Mekah dan terus mengerjakan umrah. Allah permudahkan urusan. 

Untuk sahabat-sahabat yang akan mengerjakan umrah atau haji saya doakan Allah permudahkan urusan semasa hendak pergi, semasa bepergian dan semasa mengerjakan ibadah dan semasa baliknya nanti, semoga beroleh umrah yang mabrur, insyallah.



Pengalaman Balik Umrah SOP 2022 dan Pasang Jam Tracker

 

 Salam 23 Syaaban 1443H, salam pagi Sabtu yang indah, Alhamdulillah…

Pagi ni seperti biasa memulakan pagi dengan mendengar kuliah santai bersama Ustazah Zai di FB Live. Santainya itu bukan sebabnya santainya apabila Ustazah Zai berbicara, walaupun sebenarnya bicara Ustazah memang bersifat santai. Sambil berkuliah sambil bersembang santai. Sesuai sangat dengan jiwa santai Akak, hehhe. Sebenarnya santai yang Akak maksudkan tu adalah sebab sambil mendengar sambil ke sana sini bersiap nak pergi keje. Hari ni keluar lambat sikit sebab belakang masih sakit2 sengal2. Tak pastilah kesan post covid atau kesan daripada duduk lama sangat di ofis. Malas nak fikir jadi layan sahajalah seadanya dan semampunya.

Hari ni nak bercerita tentang jam tracker yang terpasang elok selama lebih kurang 9 hari di tanganku.

12 Mac 2022- selamat sampai ke tanah airku Malaysia tercinta. Sebaik touch down, pakej pening kepala dan selsema pun muncul. Nak lap takde tisu kering jadinya guna sahajalah baju yang ada dalam beg buat lap2. Yang ada tisu basah pun sama kite guna jgak untuk bersih2kan tangan dek terkena selsema. Perasan jugak ramai yang batuk2 masa dekat airport Madinah. 

Malah dekat dalam kapal terbang pun ramai yang batuk2. Pada masa tu pun hati dah berdebar-debar takutkan terkena ngan covid. Sepanjang perjalanan dok jaga mask supaya tidak londeh. Kononnya jika londeh mudahlah terkene dgn jangkitan. Siapa kita untuk mengelak takdir kan. Akhirnya sakit itu datang jua.

Keadaan di KLIA pada masa tu tak terkawal. Kami Jemaah yang baru sampai terpaksa menunggu sehingga lebih kurang 2-3 jam untuk sampai turn kami untuk berjumpa dengan KKM. Sebaik turn kami masuk, kami dipakaikan gelang warna pink. Selepas tu kami tunggu lagi selama lebih kurang 3 jam untuk dipakaikan gelang jam tracker. 

Sebelum tu kami diarahkan untuk isi borang yang kalau tengokkan sama spt declaration dalam permohonan untuk house quarantine application. Kami isi dan serahkan dengan KKM dekat situ semasa proses pemakaian jam tracker. Akhir sekali disuruh untuk ambil sab PCR dan dibenarkan pulang ke rumah, Alhamdulillah. Walaupun pada masa tu badan memang seriuously tak larat dah, dengan penat duduk pening, selsema dan lapar tp apabila tahu proses semua dah selesai terus hilang sakit2 tu semua. Dalam hati ni tak sabar nak jmpa anak2 yang dah 2 minggu ditinggalkan. Apa2pun, lapar tetap lama ehhehe.

Oh ya, untuk jam tracker ni, saya dan husband diarahkan untuk menjaga dan memastikan radius 25 meter daripada kotak hitam jam. Kiranya kami berdua bukan sahaja dipertanggungjawabkan dengan jam penjejak ni tetapi juga diserahkan dengan 1 kotak hitam yang berkait dengan jam tersebut. 

Pejam celik pejam celik cukuplah masa 7 hari diamanahkan dengan jam ini. Hari untuk buka jam ini akhirnya tiba. Menurut KKM yang kami hubungi hari tu, jam perlu dibuka sehari setelah tempoh kuarantin tamat. Tapi oleh kerana tarikh kuarantin kami telah dianjakkan selama 2 hari (sepatutnya 12 Mac 2022-18 Mac 2022) tetapi dianjakkan ke 14 Mac 2022-20 Mac 2022) makanya kami suami isteripun nekad untuk ke klinik panel untuk buka jam ni yang paling dekat adalah di Bangi. Alhamdulillah, cerita kami dan jam penjejak tamat pada jam 2.00 petang 20 Mac 2022. 
 
Till then, 
Iswa.