Isnin, 6 Februari 2023 @
Hari cuti
Thaipusam untuk Malaysia. Sedang santai2 di hari Isnin dan dikejutkan dengan
kejadian gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria. Kalau ikutkan, gempa tersebut
menggegarkan beberapa negara sekitar umpamanya Lebanon, tetapi kesan gegaran
banyak terkesan di Turki dan Syria.
Berita paling
cepat tersebar di twitter. Tetapi pada rabu lepas twitter telah diblok oleh
kerajaan Turki namun pada hari khamisnya twitter telah boleh diakses semula. Walaupun
begitu, di twitter berita tentang kejadian disana, proses penyelamatan tetap
updated, mungkin sebab wartawan dari seluruh dunia telah berada di sana maka berita
dari sana tetap dikemas kini dari masa ke semasa. Di youtube pun ada beberapa channel
yang menayangkan live operasi penyelamatan yang dibuat dekat sana. Membaca
beritanya sahaja boleh membuatkan mata berair apa lagi selepas merenung
gambar-gambar dan video yang meruntun hati.