Tidak sah rasanya berjalan ke Songkhla tanpa melawat the Sleeping Budha. Arca Budha yang sedang baring mengiring dalam warna keemasan nampak outstanding dari kejauhan. Perjalanan dari Hadyai ke Songkhla mengambil masa lebih kurang 30 minit dalam kelajuan biasa tanpa kesesakan. Sekiranya anda sampai ke sini, anda janganlah rasa terkejut kerana arca ini sememangnya berada di dalam kawasan kuil yang dijadikan spot pelancongan. Terdapat beberapa pondok kecil yang menempatkan arca Budha dalam keadaan duduk yang jelas merupakan kawasan keagamaan bagi penganutnya.
Semasa saya sampai di kawasan ini terdapat beberapa buah van, bas persiaran dan tuk -tuk yang membawa rombongan singgah mengambil gambar. Sayangnya ketika ini saya tidak berkesempatan untuk mengambil gambar di sekitar kawasan. Pada masa tersebut cuaca agak panas dan menyebabkan saya dan rakan cuba memanfaatkan masa seketika sahaja di sana.
Akan bersambung...