Pengalaman Stay Di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah, Johor
Peminat Kopi Mesti Cuba Nescafe Kopi-O ni sebab...
Salam kemerdekaan
semua…semoga Allah permudahkan urusan kita pada hari ini dan pada hari-hari
yang akan datang, insyallah.
Sebagai
peminat kopi saya telah mencuba berbagai jenis jenis kopi, daripada yang murah
kepada yang mahal dan daripada peket sehinggalah kopi brew. Memang seronok travel
around dan try pelbagai jenis kopi seolah-olah memberikan perasaan yang
berlainan, feel yang lain bergantung di mana kita merasai kopi tersebut.
Sebenarnya
saya dilahirkan dalam keluarga peminum kopi, jarang sekali minum teh o atau teh
Tarik atau milo dan yang seumpamanya. Mungkin disebabkan itulah maka saya membesar
menjadi seorang peminum kopi tegar..hehhe.
Tapi
kopi di kampung tak sama dengan kopi di bandar. Mak saya cukup suka kopi yang
dikisar. Apabila dibancuh hampasnya akan tinggal di bawah dan hampir suku jug
jugalah hampasnya. Sebegitu bezanya dengan kopi proses yang tinggal masukkan
saje dalam cawan dan siap diminum, maka sebegitulah beza rasa kopi tersebut.
Rasa pekat
yang tak boleh digambarkan. Jika di tambah susu sedikit boleh membuat anda
terduduk dan menikmati kopi itu sahaja tanpa memikirkan benda lain. Hebat kan.
Itu sebenarnya bergantung juga dengan siapa yang membuat air kopi tersebut.
Kalau diikutkan, dalam keluarga kami di kampung, hanya sayalah seorang yang
boleh membuat kopi o terangkat hehhee….ini bukan angkat bakul taw…ini mak kite
yang cakap…heheh..sebab biasanya kalau saya ada dikampung, mak akan suruh saya
yang buatkan kopi o sebab saya tahu nak anggarkan gula, tidak terlalu manis,
sedang-sedan sahaja. Telah airlio kejab.
Tolak
tepi kisah kopi di kampung, saya nak kongsikan kopi-o jenama nescafe
sepertimana gambar di atas. Ada pembaca yang dah pernah rasa ke kopi o ni, atau
penggemar kopi-o ni sama macam saya.
Kopi-o
ni rasanya lain daripada kopi-kopi o peket yang lain. Rasanya sedikit pahit walaupun
telah di tambah dengan gula. Jika di tambah dengan susu, kopi ini kurang kick.
Ada yang sama pendapat dengan saya ke..
Saya
suka kopi ni sebab rasa pahit di hujung rasa kopi seakan-akan signature kepada
kopi-o ini. Saya dah cuba pelbagai jenis kopi o peket yang lain dan saya tak Nampak
“signature” seperti ini. Saya suka nak share dan syorkan pembaca yang juga
peminat kopi untuk try kopi ni. Selain murah (jika dibandingkan dengan
Starbuck), anda juga boleh buat sendiri pada bila-bila masa dan senang
diperoleh. Cari aje di mana-mana kedai serbaneka. Biasanya saya beli speedmart
sebab pasar borong jarang masuk jenis yang ini.
Jika
anda dah cuba, komen yeh kita share pendapat dan pengalaman.
-Peminat
Kopi Kisar-
Cendol Durian BMI di Nilai [Mesti Cuba]
Alamat :
NO 3 GERAI MAJLIS DAERAH NILAI JALAN BESAR NILAI, Pekan Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Masa beroperasi: sehingga jam 6 petang
Telefon : 017-298 6265
Order Online : foodpanda.my
Kalau korang dah try jangan lupa share review dekat komen bawah. Saya pun nak tau berapa ramai yang dah baca posting n ni dan yang dah try sendiri.
Selamat "cendol hunting".
SINOPSIS DRAMA "365 DAYS" DI NETFLIX
Youtube :
Sinopsis (BM)
Behind the scene
Biography Michele Morrone