Assalamualaikum…Salam
26 Ramadan 1441H
Cepat
betul masa berlalu. Pejam celik hari ni dah masuk 26 hari umat Islam berpuasa. Anak-anak
gembira sungguh tak sabar nak beraya walaupun tahu diaorang tahu baju raya tak beli
lagi.
Masuk
hari ke-26 badan dah makin lemah. Lebih2 lagi menuju ke Asar dan maghrib. Dahaga
dan lapar masyallah. Bila sampai waktu berbuka pula, badan makin malas nak ke
dapor. Startlah belek2 grabfood. Dah masuk 26 ramadan ni hampir semua makanan
dah order dari Grabfood. Tengok rekod masyallah aku belanja tak ingat dunia…kopak.
Raya
kali ni serious lain daripada raya tahun-tahun lalu. Tahun lepas dan tahun
lepas pun biasanya time-time macam ni kami sekeluarga dah siap dah dengan baju
raya, dengan order kuih dan mungkin jg dah siap buat kek lapis sendiri. Yang
paling best time2 macam ni kami sekeluarga dah balik kampung nun di Sarawak.
Raya di kampung jugak yang paling best.
Walaupun
begitu raya tetap rayalah kan walau di mana kita berada. Nak2 pula kita beraya
bersama keluarga. Tak kisahlah tak cukup kuota asalkan tak raya sorang2. Kita
corakkan hari raya kita nak jadi macam mana sebenarnya. Nak meriah, buatlah aktiviti
baru.Contohnya kalau sebelum ni raya sorang, tahun ni cariklah kawan atau
pasangan ajaklah beraya sekali. Kalau sebelum ni raya beramai ramai tak cukup tanah
dan inginkan privasi, pagi2 raya tu lepas solat raya tu pergi tdo balik dan
bangun waktu petang. Insyallah, raya pertama akan berlalu dengan penuh
keprivasian. Tepuk dada tanyalah selera.
Bermula
14 Mei 2020 Kerajaan dah longgarkan PKP kepada PKPB. Walaupun ramai manusia dah
boleh keluar carik keperluan raya especially baju raya, namun kanak-kanak masih
tidak digalakkan untuk keluar. Warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak
adalah 3 golongan yang tidak digalakkan untuk berada di kalangan warga yang mungkin
membawa gejala.Kalau di Putrajaya ni rasanya semua patuh pada arahan Kerajaan
ni. Adalah sorang 2 yang mungkin terbawak anak/anak2 ke kedai. Tapi, sebenarnya
baik tak payah bawak sebab bukannya dieorang boleh masuk kedai/mall pun. Kalau
bawak tak boleh masuk kan dah menyusahkan diri sendiri. Anak terpaksa duduk di
luar sementara mak ayah membeli belah. Aishh!
Minggu
lepas saya dan suami ke Shah Alam dengan harapan dapatlah membeli baju raya untuk
kami sekeluarga. Pusing-pusing tak banyak baju yang berkenan di hati. Bila terjumpa,
tak boleh cuba pula. Konsepnya samalah seperti kita pandu lalu di McDonald, pesan -bayar- collect order. Bab baju ni konsepnya pilih-bayar-collect baju. Simple but not easy di hati heheh.
Berbalik kepada kisah kami berdua yang berhasrat nak bershoping baju raya, baju tak jumpa dan sudahnya kami berdua balik rumah dengan tak beli apa2pun.
Selalunya, time rayalah kami berbelanja. Time nielah kami bershopping sakan.
Tukar baju tidur, tukar underwear, tukar baju siang/jalan dan of course baju
raya. Pokoknya, kami akan membeli pada musim raya, ganti sepersalinan
semata-mata nak kejar diskaun waktu raya. Kadang-kadang adalah juga tambah2
masa diskaun raya cina atau krismas tapi biasanya memang kami akan berbelanja
waktu raya. Bayangkan kali ni nak bershoping tapi orangnya tak boleh nak try.
Kadang-kadang
baju ni, tak kisahlah baju jalan atau baju raya sedap aje mata memandang, kain
pun dah rasa2 tu pun memang kain sejuk sedap di badan. Tapi selalunya, yang sedap
di pandangan tidak semestinya sedap dipakai. Oleh sebab itulah makanya baju
perlu dicuba terlebih dulu. Kalau baju jalan2 pun nak kene selesa, baju raya
lagilah kan. Nak dipakai beraya kot.
Masalah
ni bkn masalah saya seorang. Ini masalah ummah heheh. Saya tak pasti kalau ada yang
dah membeli dan bila di cuba tidak pula sesuai dan sedap di badan. Ramai yang
saya tanya katakan tidak membeli baju raya. Bagi saya, saya tunggu sabtu nanti.
Insyallah kalau jumpa saya akan beli. Kalau tak, saya beli untuk anak2 ajelaa…harap
jumpa yang saya rasa confident untuk beli. Itu penting. Confident comes first.
Price comes before the 1st one. Heheh.
Gambar shopping raya tahun 2019. Klik SINI untuk baca lanjut. |
Insyallah
nanti saya share baju raya kami tahun ni. Sama ada berganti baru atau recycle, tunggu
posting raya saya nanti.
Usai
berbuka petang nanti, kita akan melangkah masuk ke 27 Ramadan 1441H. Ada
sesuatu yang saya ingin kongsikan. Jangan lupa klik di SINI
dan baca posting ni hari ini juga taw.
Till
then, Salam dan semoga Allah terima amalan puasa kita semua, insyallah.