Alhamdulillah kita dah masuk bulan kedua di tahun 2024. Tahun 2023 penuh kenangan manis, tahun 2024 belum tahu lagi. Didoakan tahun 2024 dan tahun-tahun yang mendatang penuh dengan kenangan manis yang akan dikenang sampai bila-bila.
Since tahun lepas saya suka design apa-apa je contohnya kad birthday, video birthday dan apa-apa dokumen dengan menggunakan app Canva. Rasanya dah dekat setahun subscribe app ni. Design-design yang saya buat tu semua untuk suka-suka je dan tak commercialize pun. Saya suka apps ni sebab ada banyak template yang dah siap untuk diedit dan boleh digunakan terus.
Baru-baru ni saya ada terjumpa satu video dekat insta reel. Video tu dalam bentuk slide gambar dan visualize beberapa potong doa, zikir dan dimuatkan dalam satu slide. Saya tergerak hati untuk buat konsep yang sama dengan mengumpulkan beberapa potong zikir, doa pendek dan ayat yang boleh dijadikan bacaan lazim harian. Saya fikir kalau dibuat dalam bentuk desktop wallpaper lebih baik. Sekurang-kurangnya, sebelum memulakan kerja bolehlah menjadi aktiviti pertama dibuat dan sambil-sambil tu bolehla dirujuk sebagai reminder terdekat.
Jika anda berminat untuk dapatkan wallpaper ni bolehla click link di bawah untuk download. Perkongsian ini cuma untuk kegunaan peribadi dan bukannya untuk tujuan commercial ye.