💛Tanah Suci Akan Di Buka Semula
💛Detik Sejarah Haji Dibatalkan
💛Arab Saudi Larang Umrah Saran Tangguhkan Haji
Sumber :
1. Sinar Harian
2. My Metro
During the launch of the thermal cameras as a precautionary measure, President of General affairs of The Two Holy Mosques Sheikh Abdul Rahman As Sudais stated that : Modern technology must be used to strengthen preventive measures to address this global pandemic. pic.twitter.com/bo63kBk2hi— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
LATEST UPDATE: 29TH APRIL 2020 - 6TH RAMADHAN 1441 pic.twitter.com/nPm1tQan2D— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) April 29, 2020
“Saya membawakan perkabaran gembira untuk keseluruhan umat islam bahawa keadaan akan kembali normal tidak lama lagi di dua Masjid Suci (Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah).Dua Masjid suci tersebut akan di buka untuk tawaf dan solat, serta ziarah terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Pada masa yang sama kami tidak akan tergesa-gesa membuat keputusan membuka dua masjid tersebut kerana perlu mengambil semua langkah pencegahan yang perlu demi kebaikan umat Islam.Sekali lagi, kami menyeru semua umat Islam agar terus berdoa semoga pandemik ini selesai, berdoa untuk kebaikan pemimpin kita (Penjaga Dua Masjid Suci) sambil menerima bahawa apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik.Semoga Allah melindungi mereka,"
MUSLIM di seluruh dunia diminta untuk menangguhkan persiapan untuk ibadah
haji sehingga kes penyebaran wabak COVID-19 selesai. Perkara ini
menimbulkan kerisauan bakal-bakal jemaah termasuk saya sendiri. Setiap kali
menatap gambar-gambar tanah haram hati menjadi sayu. Saya faham keadaan
sekarang sangat serius. Bukan sahaja di Arab Saudi di Malaysia pun keadaan kita
masih mendesak.
Hari ni masuk hari ke-18 PKP. Hanya dengan membayangkan keadaan frontliner terutamanya doc dan nurses cukup meresahkan hati kita. Syukurlah saya masih mampu meluangkan masa bersama-sama anak-anak. Mereka di barisan hadapan bukan sahaja penat malah tidak dapat peluang bermesra dengan keluarga seperti kita. Bantulah mereka dan negara dengan duduk di rumah. Walaupun bosan, sekurang-kurangnya lebih baik daripada sakit dan menyusahkan frontliner yang telah sedia penat dan lelah.
Ada cerita yang menyatakan ibadah haji mungkin akan dibatalkan/ditangguhkan pada tahun ini demi menjaga keselamatan jamaah. Sekiranya cerita ini menjadi kenyataan, maka tahun ini akan menjadi sejarah dalam kisah-kisah penangguhan ibadah haji sebelum ini.
Tahun 865: Pembantaian di Bukit Arafah
Pada tahun 865, Ismail bin
Yusuf yang dikenal dengan al-Safak berkonflik dengan kekhalifahan Abbasiyah di
Baghdad. Ia dan pasukannya melakukan penyerangan ke bukit Arafah. Mereka membunuh
para peziarah di bukit itu. Disebabkan itu, pelaksanaan ibadah haji dibatalkan
pada tahun tersebut.
Tahun 930: Serangan
Kelompok Qarmatian
Pada tahun 930, Abu Taher
al-Janabi, dari Bahrain melakukan serangan ke Mekkah.
Mereka membunuh sekitar
30.000 jamaah haji di kota suci itu, kemudian membuang mayat-mayat mereka ke
sumur. Mereka juga menjarah Masjidil Haram dan mencuri Hajar Aswad dari Kabah
dan membawanya ke Bahrain.
Setelah peristiwa ini,
ibadah haji ditangguhkan selama 10 tahun sehingga Hajar Aswad di kembalikan ke
tempatnya semula.
Kelompok orang-orang
Qarmati adalah suatu sekte Syiah Ismailiyah yang mempercayai masyarakat
egaliter serta menganggap ibadah haji sebagai ritual jahiliyah.
Tahun 983: Kekhalifahan
Abbasiyah dan Fatimiyah
Masalah politik juga pernah
menyebabkan ibadah haji terganggu. Pada tahun 983 terjadi perselisihan politik
antara penguasa dua kekhalifahan, Abbasiyah di Irak, dan Suriah serta Fatimiyah
di Mesir.
Konflik politik tersebut
menghalangi umat Islam untuk beribadah haji ke Mekkah. Selama delapan
tahun ibadah haji ditiadakan, dan baru diselenggarakan lagi pada tahun 991.
Tahun 1831: Wabak
Wabak penyakit menular
berasal dari India melanda Mekah pada tahun 1831 yang menewaskan tiga perempat
jemaah haji di sana.
Tahun 1837-1858: Rangkaian
Epidemik
Dalam masa 20 tahun, ibadah
haji telah dibatalkan selama tiga kali. Pertama, pada tahun 1837-1840, di mana
wabak penyakit melanda Mekah.
Kemudian kedua, pada tahun
1846-1850, serangan kolera melanda Mekah sehingga menyebabkan kematian lebih
dari 15.000 orang serta menjangkiti penduduk Tanah Suci tersebut. Wabak
tersebut muncul semula pada tahun 1865 dan 1883.
Ketiga, pada tahun 1858
pandemik kolera global juga menyerang Mekkah, membuat para jemaah haji dari
Mesir dibawa ke pantai Laut Merah untuk dikuarantinkan.
Sumber :
Semalam semasa dalam meeting Kak Maria (kakak kandung) whatsapp bgtau Buknyah
(makcik saya/ adik bapa) dapat panggilan haji. Rasa macam tak percaya yang
Buknyah dapat peluang ke Mekah. Sepatutnya, Buknyah pergi bersama kak Maria dan
abang ipar. Dieorang dah hantar surat rayuan untuk pergi bersama bulan 2 yang
lepas. Tapi nampak gayanya, rezeki hanya berpihak kepada Buknyah. Hanya Buknyah
terpilih sementara Kak Maria dan abang ipar telahpun dapat makluman daripada
Tabung Haji bahawa rayuan dieorang tidak diluluskan..
Sebaik mendapat kabaran ini saya terus menelefon mak di kampung. Nak telefon Buknyah untuk ucap tahniah tak boleh pulak sebab Buknyah tak gune telefon. Semasa bercakap dengan mak mak pesan suruh call TH untuk semak giliran Akak. Kata Mak, mungkin Buknyah dapat sebab dah memang giliran die tahun ni. Itu sebab Kak Maria dan abang ipar tak terpilih. Mak pesan suruh cek kat TH mana tahu giliran Akak pun tahun ni sebab Buknyah mendaftar Haji dengan Akak dulu. Sekali lagi Akak rasa mcam tak percaya giliran Akak dah dekat. DUlu masa daftar (2008) lepas calculate tahun Akak rasa giliran Akak semasa Rina (no.1) dah besar..aishh tak boleh jadi kene call TH dan cek.
Habis je sembang dengan Mak Akakpun call TH. Semak punya semak memang betullah giliran Akak dah dekat tapi bukannya tahun ni tapi tahun 2021. Masyallah dah dekat rupanya giliran Akak. Nasib baik tak lepas lagi. Bayangkanlah selama ni Akak ingat giliran Akak adalah masa Rina dah masuk sekolah menengah. Itu sebabnya tak layan sangat menyimpan di TH ...hmmmm
Berkenaan pemergian Buknyah
pun Akak ceklah jugak. TH cakap Buknyah terpilih atas sebab rayuan. Kalau
ikutkan giliran tak sampai lagi. Dan apabila Buknyah merayu bermakna Buknyah
telahpun bersedia untuk berangkat pergi ke Mekah. Sekiranya Buknyah menolak, ia
adalah satu kerugian. Melainkan terdapat sebab2 lain atau sebab keuzuran yang
tidak dielakkan maka bolehlah menolaknya. Pegawai TH sempat berpesan, kalau Akak
merayu bersama Buknyah besar kemungkinan Akak pun terpilih bersama kerana TH
akan memberikan keutamaan kepada bakal haji yang telah hampir gilirannya untuk
pergi terlebih dahulu... Rasa menyesal pulak sebab tak hantar rayuan....Namun,
itulah rahsia Allah. Peluang untuk Akak mungkin bukan masa ini...Jauh di sudut
hati Akak teringin untuk pergi bersama Buknyah dan sama2 beribadah di bumi
pilihan Allah swt.
Akak kemudiannya kol Mak semula dan bagitahu hasil percakapan bersama pegawai dari TH. Mak pesan untuk sediakan surat rayuan. Sebenarnya Akak dah tanya dah kat pegawai TH sama ada Akak boleh menghantar surat rayuan. Pegawai tu bagitahu rayuan telahpun ditutup dan tarikh akhir adalah sebelum syawal. Ruginya...alangkah bagusnya kalau tahu dari awal...huhuu
Malam tu suami balik aku ceritakan semua dari a to z. Akak tanya kat suami sama ada perlu untuk Akak hantar surat rayuan. Kalau Akak dapat sekalipun Akak tidak akan dapat pergi. Peraturan TH mewajibkan wanita yang berumur 44 tahun ke bawah menunaikan haji dengan ditemani mahram. Sekiranya Akak terpilih maka secara automatik suami akan pergi bersama. Suami serahkan Akak untuk buat keputusan. Katanya sekarang peak season dan keja banyak masuk. Beliau bekerja sendiri (freelance) namun sekiranya peluang ada di depan mata masakan ditolak kan... ok jawapan itu seolah olah green light bagi Akak...
Jumaat. 21 Jun 2019..
Hari ini sibuk sikit di
ofis. Keja hari ni macam perlukan badan ni untuk bergerak ke sana sini dan
membuat follow up. Dalam hati masih berkira kira sama ada untuk menghantar
surat rayuan atau tidak. Knowing yang tarikh rayuan telah ditutup, sebelah hati
memang malaslah rasanya nak draf surat rayuan. Sebelah hati pulak kata kenapa
tidak mencuba. Yang penting niat. Allah Maha Berkuasa, Kun Fa Ya Kun. Kalau
Allah inginkan maka jadilah... so Akak buat keputusan untuk draf surat rayuan
dengan pantas. Masa rehat tengahari Jumaat Akak tak keluar siapkan surat rayuan
dan terus shot email kepada TH. Masa nak tekan send tu terasa macam gementar
sikit. Dalam hati berdebar debar. Macam2 persoalan ade...termasuklah soalan
yang mencabar diri untuk menilai kemampuan diri mengharung dugaan di tanah
suci..Mampukah aku...Telah bersediakah aku.....huhuhu....
Sabtu, 22 Jun 2019..
Lebih kurang pukul 10 pagi
Akak telah menerima emel balasan daripada TH yang menyatakan bahawa proses
rayuan bagi Haji 1440H telahpun ditutup sebelum syawal dan tiada rayuan akan
dipertimbangkan di peringkat itu. Akak tawakal...
Namun, sehingga hari ini Akak masih panjatkan doa semoga Allah berikan peluang untuk Akak ke sana... Hati Akak seolah olah ditarik tarik untuk berada di tanah Haram...Semoga peluang itu ada untuk Akak diselitkan bersama jemaah lain di tahun 1440H ini insyaallah...
Allahumma ballighna Makkata wal Madiinata wal 'Arafata wa Rzuqnal hajjal mabruuro wardha 'anna wahgfirlanaa warhamnaa Anta Maulaana fanshurnaa 'Alal qoumil Kaafiriina
Maksudnya:
Ya Allah perkenankanlah kami untuk sampai/hadir ke Mekkah, Madinah, dan Arafah, dan berikanlah kami rezeki menjadi Haji Mabrur, dan redhailah kami, dan ampunilah kami, dan sayangilah kami. Engkaulah kekasih kami, maka tolonglah kami atas golongan orang orang kafir. Aamiin
Update :
Alhamdulillah Buknyah selamat
berlepas ke tanah suci pada 31 Julai 2019 jam 5.15 pagi KLIA. Semoga mendapat haji yang mabrur. Insyallah.