Showing posts with label glithecat. Show all posts
Showing posts with label glithecat. Show all posts

Selamat Jalan Gli - Hagia Sofia's Cat

 


Sejak Hagia Sofia ditukarkan menjadi Masjid semula, Gli, iaitu nama kucing yang tinggal di dalam Masjid tersebut menjadi semakin terkenal. Sememangnya, sebelum itu lagi Gli memang telah dikenali ramai terutamanya oleh pengunjung-pengunjung masjid yang kerap datang dan melawat Masjis tersebut. 

Mengikut sejarah, Masjid Hagia Sofia adalah pada asalnya sebuah gereja yang dibina di Constantinople pada tahun 537M  oleh Empayar Byzantine. Namun, pada tahun 1453, Constantinople telah berjaya ditakluk oleh Sultan Al-Fateh (Kerajaan Uthmaniyah) yang kemudiannya menukarkan gereja tersebut menjadi masjid. Menurut sejarah, setelah ditukarkan menjadi sebuah masjid, Sultan Al-Fateh telah mengarahkan solat Jumaat pertama diadakan di dalam masjid tersebut.

pemandangan dalam Masjid

Masjid Hagia Sofia

Pada zaman kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah, terjadinya perubahan dasar Kerajaan. Presiden Turki yang namanya tidak akan dilupakan sehingga sekarang, Mustafa Kamal Artartuk, adalah orang menukar hampir keseluruhan zaman kegemilangan Islam yang telah dimulakan oleh Kerajaan Uthamaniyah dengan dasar-dasar anutan agama liberal iaitu agama tidak boleh disatukan dengan fahaman politik. Ia memberikan kesan yang mendalam kepada kehidupan masyarakat Islam Turki secara am dan dengan drastiknya. Bayangkan orang-orang Islam tidak dibenarkan berkumpul di Masjid, tidak dibenarkan melaungkan azan, melainkan dalam bahasa Turki. Wanita tidak dibenarkan memakai tudung dan menutup aurat dan para ilmuan Islam diseksa, ditangkap malah ada yang dibunuh jika engkar kepada perintah Kerajaan. Begitulah dasyatnya perubahan yang telah dibuat oleh Mustafa Kamal sehinggakan mayatnya tidak diterima bumi. Wallahualam.

Kembali kepada cerita berkenaan Gli, semenjak Hagia Sofia kembali menjadi Masjid, Gli menjadi semakin famous. Apatah lagi setelah seorang pemandu pelancong yang sangat meminati Gli telah membuka satu akaun khas memuatkan gambar2 comel dan aksi-aksi Gli yang manja untuk tatapan peminat Gli yang pernah berkunjung ke Hagia Sofia.


Gambar Gli dan Umut Bahceci seorang pemandu pelancong di Tukri yang telah membuka akaun Instagram untuk Gli 
(23 December 23 2017)( via REUTERS)

Kematian Gli

Pada 8 November 2020 setelah hampir seminggu dimasukkan di klinik Vet di Istanbul, Gli meninggal dunia akibat sakit tua. Gli yang sangat disayangi bukan sahaja sebab kecomelannya malah kerana aksinya yang bersahaja semasa di ambil gambar (camera-friendly), malah juga tidak takut dengan pelancong yang ingin bergambar dengannya. Masyallah. Sungguh Gli ini bertuah menjaga Masjid yang menjadi kebanggaan Muslim di seluruh dunia.Semoga Allah memberikan rahmatnya untuk Gli dan kita semua.
 
Gli Dalam Kenangan

Rujukan:
1. https://www.thestar.com.my/lifestyle/travel/2020/11/09/gli-the-famous-cat-of-istanbul039s-hagia-sophia-mosque-dies-of-old-age