Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Letupan Gas di Beirut, Lebanon istihar 2 minggu darurat



Masih lagi tekejut dengan berita yang menggembarkan dari Beirut. 

Letupan di Beirut, Lebanon

4 Ogos 2020 (Selasa, 6 petang waktu tempatan) menjadi hari yang akan diingati oleh penduduk di seluruh dunia. Letupan yang sangat besar berskala 3.3 richter daripada gudang di pelabuhan di Beirut ini turut menggegarkan Cyprus yang berada 200 kilometer daripada Beirut sangat mengerikan. Bayangkan gegaran sangat hebat ini telah memusnahkan bangunan yang berada dalam radius 10 km. Ratusan terbunuh dan ribuan yang cedera. Menurut berita, kejadian ini telah memberi kesan kepada hampir 300 ribu orang penduduk di Beirut.

Istihar Darurat 2 minggu

Perdana Menteri, Hassan Diab berkata, kejadian berkenaan adalah satu malapetaka yang besar. Beliau telah mengadakan mesyuarat tergembar dan kemudiannya mengistiharkan darurat selama 2 minggu dan 3 hari berkabung. Setakat pagi ini (6.8.2020) kematian telah mencecah ratusan orang dan orang-orang yang cedera hampir ribuan orang. 

Punca Letupan

Menurut Hassan Diab, letupan ini berpunca daripada baja pertanian ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.


5 kejadian letupan akibat bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate 

1. Letupan gudang barang di Tianjin, China (2015)

Dua letupan besar terjadi di gudang yang terletak di bandar pelabuhan Tianjin, dan disusuli kebakaran besar pada Ogos, 2015.


Kejadian itu mengakibatkan 110 anggota kecemasan, 55 penghuni dan pekerja telah terkorban. Selain itu 790 orang awam dilaporkan tercedera, manakala lapan mayat gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Menurut pihak berkuasa, letupan itu berpunca daripada bahan mudah terbakar seperti ammonium nitrate dan sodium cyanide.

2. Tragedi Ryongchon, Korea Utara (2004)

Beberapa kenderaan yang membawa baja nitrogen mengandungi ammonium nitrate, serta gerabak keretapi yang membawa cecair bahan api telah meletup di stesen keretapi Ryongchon pada penghujung April, 2004.

Sekurang-kurangnya 162 orang terkorban, dan lebih 3,000 tercedera akibat tragedi itu. Letupan itu turut memusnahkan kediaman sekeliling menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Media membuat spekulasi bahawa letupan itu merupakan perancangan untuk membunuh pemimpin Korea Utara ketika itu iaitu Kim Jong-il, yang mana keretapi yang beliau naiki sepatutnya melalui stesen itu ketika kejadian berlaku

3. Tragedi Bandar Texas (1947)

Tragedi industri paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat berlaku di Teluk Galveston, yang terletak di Pelabuhan Bandar Texas pada April, 1947. Ia dikatakan bermula apabila seorang individu terbuang puntung rokok yang masih menyala di atas kapal SS Grandcamp, yang sedang mengangkut 2.3 tan ammonium nitrate.

Letupan pertama mengakibatkan beberapa siri letupan susulan di atas kapal lain  yang sedang berlabuh, dan merebak ke sebuah loji pemprosesan minyak berhampiran. Tragedi itu mengakibatkan 581 orang terkorban, dan sekitar 3,500 lagi tercedera.

Letupan itu juga dilaporkan terkena kepada dua kapal terbang yang sedang melintasi ruang udara kawasan berkenaan.

4. Letupan Oppau di Jerman (1921)

Pada 21 September 1921, sebuah menara silo yang menyimpan 450 tan ammonium sulfate dan baja ammonium nitrate telah meletup, mengakibatkan 500 hingga 600 orang terkorban, dan sekitar 2,000 lagi tercedera.

Letupan itu dapat dirasai berbatu-batu jauh, sehingga mencecah bandar Frankfurt.

5. Letupan Great Kent (1916)

Pada 2 April, 1916, sebuah kilang yang menyimpan 25 tan bahan letupan TNT, dan 700 tan ammonium nitrate di Faversham, United Kingdom, telah terbakar dan meletup.

Tragedi itu telah mengorbankan 115 pekerja, yang kesemuanya adalah lelaki dan kanak-kanak lelaki. Tujuh mayat gagal dikesan.

Kesan letupan itu dapat dirasai sehingga ke Norwich, yang terletak 244 kilometer jauhnya dari tempat kejadian.


SUGU PAVITHRA PADAM SEMUA VIDEO DI YOUTUBE INGIN JADI KELUARGA BIASA |#sugupavithra




Salam 6 Zulhijjah 1441H, Isnin yang tenang di Putrajaya. Semoga hari ini dan hari2 yang mendatang memberikan ketenangan di dalam hati kita dan ketenangan itu dapat kita kongsikan kepada orang2 di sekeliling.

Alhamdullillah Allah panjangkan usia kita sehari lagi. 

Sudah menjadi kebiasaan pagi2 untuk menonton Tanyalah Ustaz di TV3. Pagi ini tajuknya sangat menarik "Sejarah Kaabah". Tajuk yang sangat sesuai di bulan haji ini. Walaupun pendemik C19, namun ibadah diteruskan pada tahun ini, namun terhad kepada penduduk asal dan penduduk warga asing yang datang menetap di Arab Saudi. Tahniah kepada warga Malaysia (dengarnya student di sana) yang terpilih untuk mengerjakan ibadah haji tahun 1441H. Doakan kami yang telah terpilih untuk tahun ini dijemput untuk tahun depan 1442H, insyallah.

Berbalik kepada rancangan Tanyalah Ustaz, di TV3, biasanya 5 minit sebelum pukul 8 rancangan ini di TV3 akan berhenti dan disambung pula di TV9 untuk membuka ruang kepada Buletin Pagi dan MHI. Apa yang saya nak kongsikan di sini bukanlah ringkasan topik TU atau MHI tapi berita mengejutkan yang saya dengar di Buletin Pagi pagi ini berkenaan pasangan Youtuber ini Sugu dan Pavithra.

Sumber: Sinar Harian

Saluran Youtube Sugu Pavithra

Tidak keterlaluan kalau saya katakan semua orang kenal dengan Youtuber Sugu Pavitra. Sugu(suami) dan Pavitra(isteri) adalah pasangan suami isteri yang terkenal dengan saluran Youtuber mereka yang bertemakan masakan. Difahamkan, minat memasak membuatkan Sugu Pavithra memulakan rancangan masakan mereka ini. Yang paling menarik saya rasa adalah sebab kebanyakan menu masakan mereka adalah daripada kaum India yang saya rasakan sangat "rare" dan menarik bagi kaum lain untuk tengok dan belaja. Betul, masing2 ada cara dan style memasak masing2 tapi tak semua orang tahu masak masakan rutin kaum lain. Saya sendiri, saya menonton untuk melihat tips yang biasanya kita tidak akan dapat tahu melainkan berdasarkan pengalaman orang2 yang sudah "expert".

Cerita keserasian pasangan suami isteri ini dan rancangan masakan mereka bukan sahaja bermain di mulut para youtuber pemula dan Malaysia sebenarnya. Ia malah menarik minat Perdana Menteri sehinggalah di sebut di dalam ucapan dan menerima hadiah sebuah tripod dan ucapan berbingkai. Ia adalah lambang suatu penghargaan moga ianya menjadi contoh  kepada rakyat agar memanfaatkan bakat dengan menggunakan ruang dan peluang yang terbuka luas. Di zaman pendemik yang masih lagi belum surut ini, contoh dan motivasi sebegini adalah sangat-sangat berharga. Apatah lagi nasihat sebegitu datangnya daripada Orang Nombor Satu di Malaysia, Perdana Menteri kita.



787 ribu pelanggan, 98 video dan 34 juta tontonan

Saluran Sugu Pavithra di buka pada 28 Januari 2020 iaitu hampir 7 bulan yang lepas. Menariknya, saluran yang berusia 7 bulan ini telahpun meraih 787ribu pelanggan (subscriber). Inilah kuasa viral. Bukan mudah untuk mendapat waima 1000 subscriber, sekalipun. Berdasarkan pengalaman sendiri sebagai youtuber pemula, saya berjaya mengumpul 1000 pelanggan hanya setelah 6  bulan membuat video dengan konsisten. Bagi anda pembaca yang bukan youtuber, mungkin anda perlu tahu fakta ini. Untuk memperoleh keuntungan/hasil/pendapatan daripada youtuber, anda perlu mengumpul 1000 subscriber dan 4000 jam tontonan terlebih dahulu. Ini adalah syarat yang telah ditetapkan oleh youtube. Itu hanya langkah awal. Jika berminat dengan isu anda anda boleh baca perkongsian saya di SINI.

Setelah 7 bulan aktif beryoutuber saluran Sugu Pavithra bukan sahaja berjaya mengumpul 787ribu pelanggan malah 98 video dan 34 juta tontonan. Sangat rugi apabila semua video ini telah dipadamkan. Ramai yang ulang tonton video2 masakan beliau untuk mendapatkan resipi dan cara2 memasak dan sekarang ia telah dipadamkan. 

Sepertimana saya kongsikan di atas, youtuber meraih pendapatan berdasarkan video yang ditonton. Makin ramai yang menonton, makin banyaklah pendapatan kerana pendapatan bergantung kepada ramainya tontonan ke atas video yang terdapat di dalam video2 tersebut. Jadi, jangan hairanlah jika anda terjumpa satu video yang mempunyai banyak iklan kerana setiap iklan itu adalah pendapatan bagi youtuber.



FB Sugu Pavithra masih aktif

Selain daripada saluran Youtuber, Sugu Pavithra juga aktif di media sosial lain, umpamanya di Facebook. Saluran FB ini yang mempunyai 216 ribu pengikut dan 129ribu tanda suka adalah saluran lain yang digunakan dalam perkongsian video-video masakan beliau. Walaubagaimanapun, video2 di Fb ini tidaklah sebanyak di Youtube, mungkin belum dikemaskinikan.

Kenapa Sugu Pavithra Padam Video2 di Youtuber?

Kisah video di Youtube yang telah dipadamkan masih baru. Menurut Mstar yang memetik temubual Sinar Harian bersama Sugu Pavithra, difahamkan kedua-duanya memadam video tersebut kerana enggan terlibat lagi dengan Youtube dan tidak ingin seperti biasa tanpa tumpuan ramai.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja."


Kejadian ini mungkin ada kaitan dengan kejadian pukul yang berlaku minggu lepas. Dilaporkan di Sinar Harian pada 22 Julai 2020 yang lepas Sugu telah ditangkap dan direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 kerana membawa sabit dalam keadaan mabuk di pekarangan luar wad bersalin Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh. Kejadian ini juga dikaitkan dengan kes pukul isterinya, Pavithra yang dikatakan telah dicederakan dengan menggunakan sabit. Akibatnya Pavithra mengalami lebam dan kecederaan ringan. Perkara ini dikatakan timbul akibat salah faham dan dikaitkan dengan tindakan Pavithra yang telah mendapat pengiktirafan sebagai 'Icon Bandar Ipoh' dan tidak menujukan ucapan penghargaan kepada Sugu. 

Adalah suatu kerugian apabila memadam semua video di dalam salurannya. Walaubagaimanapun sebagai peminat yang menyokong tindakan Sugu dan Pavithra, diharapkan perselisihan faham dan masalah keluarga mereka dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah. Didoakan semoga Sugu dan Pavithra dapat menyambung usaha yang telah dimulakan ini. Manfaat yang diberi bukan sahaja kepada rakyat Malaysia malah peminat dari luar negara yang turut memberikan sokongan kepada mereka berdua.


Rujukan :

1. Buletin Pagi TV3
2. Mstar


#sugu
#pavithra
#sugupavithra
#duoyoutuber
#sensationalyoutuber
#sugu #pavithra
#sugupavithrapadamvideoyoutube