Wanita dan bayi di zaman Nubia purba

 


Pada tahun 2018, ahli arkeologi yang menggali berhampiran Aswan, Mesir, menemui mayat seorang wanita muda yang hidup kira-kira 3,700 tahun lalu.
Malangnya, dia berada di peringkat akhir kehamilan semasa kematiannya, dengan janin kekal dalam kedudukan songsang di kawasan pelvisnya.
Dapatan ini menunjukkan bahawa komplikasi semasa bersalin mungkin menyebabkan kedua-dua kematian mereka. Rangka wanita itu menunjukkan keabnormalan pelvis, mungkin dari tulangnya yang tidak sejajar kerana patah sebelum ini. Hal ini kemungkinan menyebabkan
kesukaran semasa bersalin.
Wanita dan bayi tersebut dikuburkan bersama-sama barang-barang seperti balang tembikar, bekas merah-hitam ciri pertukangan Nubia purba, dan manik-manik yang diperbuat daripada kulit telur burung unta.
Artifak ini bukan sahaja menunjukkan hubungan budayanya tetapi juga menggambarkan dia mungkin seorang pembuat manik, mencerminkan peranan dan statusnya
dalam komunitinya ketika itu.
Penemuan yang menyayat hati ini menunjukkan gambaran tentang cabaran kesihatan ibu yang dihadapi oleh wanita pada zaman dahulu dan berpotensi merbahayanya bersalin pada era itu jika terdapat komplikasi yang teruk pada ibu yang sedang hamil.
Ianya juga menunjukkan budayanya yang kaya di rantau ini, seperti yang dibuktikan oleh artifak gaya Nubia yang ditemui di pengebumiannya.
Catatan : Nubia adalah sebuah kawasan di selatan Mesir, di sepanjang Sungai Nil dan utara Sudan. Kebanyakan kawasan Nubia terletak di Sudan dengan kira-kira sesuku dari wilayahnya terletak di Mesir. Pada zaman purba, Nubia merupakan sebuah kerajaan yang merdeka.
Sumber : Nurul Hawa


No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.