Jakarta Short Trip 3 hari 2 malam

 



Kami memulakan perjalanan dengan perasaan bercampur-baur – teruja, sedikit letih (kerana bangun awal), tapi sangat tak sabar sebab ini kali pertama kami akan menjejakkan kaki di bumi Jakarta. Dua jam dalam penerbangan dari KLIA ke Jakarta terasa cepat. Tau-tau je dah sampai.

Sampai je di airport, kami terus carik Grab untuk ke hotel. Pada masa kami sampai tu hujan lebat jadi pergerakan untuk ke hotel tu sangat sangat slow ye. Perlukan kesabaran walaupun dalam hati dah tak sabar nak berjalan.

Selepas sejam perjalanan akhirnya kami sampai di hotel. Hotelnya cantik dan biliknya pun luas. Kami rehat sekejab dan oleh sebab kelaparan yang amat kami decide untuk carik makan. Sebenarnya kami nak order Grab aje tp memandangkan hotel yang kami duduk ni bersebelahan aje dengan Plaza Festival maka kami decide nak taknak order Grab dan bergerak ke Plaza sebelah. Di luar masih hujan jadi kami order Grab untuk ke sebelah sebab taknak meredah hujan. 

Masa kami sampai tu dah pkl 8 lebih dan tak ramai orang sangat dkt Plaza ni dan kami pun tak sempat dah nak riccy mane kedai yg best so kami decide makan je mana2 kedai. lepas makan hujan rintis je jd kami jalan kaki balik ke hotel. 
Tadi naik grab terasa jauh. Tapi bila jalan kaki  cuma 5-10 minit gitudah sampai hotel hehe.

Ok nanti sambung. cya

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.