Gifted Hands: The Ben Carson Story

 


Salam jumaat,

Dah baca 10 ayat awal surah al-kahfi ke belum?

Hari ni sempat habiskan satu movie dekat Netflix. Menarik jugak kisahnya sebab bertemakan inspirasi dan semangat dalam hidup.

Movie ni diadaptasikan daripada kisah sebenar yang dilalui oleh Dr Ben Carson, yang merupakan satu-satunya pelajar berkulit hitam di dalam kelasnya. Daripada kecil Dr Ben dah decide nak jadi doktor dan minatnya dikembangkan sehinggalah beliau berjaya mendapat biasiswa dan mengambil jurusan perubatan di Yale University. Bukan kaleng-kaleng yang dapat masuk ke Univiersiti ni ye. Kalau korang google universiti ni mesti korang akan kagum sebab universiti ni adalah universiti tertua di dunia dan telah melahirkan ramai graduan yang bijaksana.

Kejayaan Dr Ben bukanlah semata-mata sebab semangatnya tetapi juga disebabkan dorongan dan doa ibu beliau. Dalam islam pun kita dah diajar untuk hormat ibu bapa, dengar nasihat ibu bapa kan. Ibu bapa pula perlu menaikkan semangat anak-anak, sentiasa mendoakan anak-anak dan yang paling penting sentiasa menggalakkan kejayaan anak-anak dalam bidang yang anak-anak minati.

Dr Ben dibesarkan oleh ibunya sendirian tanpa ayah dan ibunya sangat-sangat berharap agar Dr Ben dan abangnya menjadi orang yang berguna kerana ibunya dibesarkan di rumah anak yatim dan tidak berpeluang untuk belajar. Jadi, ibunya tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib yang sama sepertinya.

Teringat kata-kata hikmah ibu Dr Ben:

"you can do anything anybody else can do, 
only u can do it better".

Terus teringat dekat diri sendiri. Mak ayah jarang memberikan kata-kata semangat tetapi mereka support dan sentiasa mendorong agar sentiasa focus dan mencapai kejayaan dalam apa jua kerja yang sedang di buat. Sekarang dah bergelar ibu kepada 2 orang anak, giliran saya pulak memberikan kata-kata ransangan untuk anak-anak. Begitulah kitaran hidup.

Klimaks dalam movie ni adalah semasa DR Ben dan teamnya menjalankan pembedahan untuk memisahkan 2 orang bayi yang bercantum di kepala (siamese twins). Tiada pembedahan seumpamanya pernah dibuat namun tidak bermakna ia adalah mustahil, kata Dr Ben. 

Dalam nak mencari kaedah pembedahan yang sesuai, Dr Ben membaca banyak buku dan akhirnya mendapat idea untuk menutup penafasan (jantung) kedua-dua bayi semasa proses pembedahan iaitu selama sejam bagi mengelak sebarang komplikasi semasa pemedahan bagi memisahkan 2 kepala bayi oleh Dr Ben. 

oleh kerana prosedur pembedahan yang rumit, Dr Ben mencadangkan agar doktor-doktor yang terlibat dengan pembedahan tersebut menjalani latihan agar pembedahan dapat dijalankan dengan lancar. selepas pembedahan yang telah mengambil masa selama 22 jam, pembedahan bagi memisahkan 2 bayi kembar tersebut pun selesai dan berjaya dilakukan. Dr Ben dan teamnya di angkat kerana berjaya menyelamatkan nyawa kedua-dua bayi kembar tersebut.

Ada beberapa perkara yang harus kita ambil inspirasi daripada movie ni:

1. jangan cepat mengalah dan putus asa.

2. Believe in yourself.

3. where there is a will, there is a way.

4. thinking outside the box. kalau ikut buku saje memang tak akan ke mane la kerjaya seorang doktor.


Iswa,
Putrajaya
24.11.2023



No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.