Hebatnya pesanan Imam as-Syafi'e tentang travel



Hebatnya pesanan Imam as-Syafi'e tentang travel 🌍✈️❤️


Merantaulah...

Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.

Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.

Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.

Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.

Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan.

Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.

Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam, tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.

Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan kerana dalam perjalanan itu ada lima manfaat, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan kehidupan, memperoleh ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan ramai orang.

📘 Kitab Diwan as-Syafi'e, Oleh Imam as-Syafi'e

Via Kun Anta.

RESEPI GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM

 GARLIC BREAD & CREAMY MUSHROOM


Assalamualaikum..


Dah lama tak share resepi dekat blog ni. Bukan takde resepi cuma rasa bersalah nak share resepi yang diri sendiri pun tak penah try buat lagi. Tapi takpe insyallah ada masa dan peluang akan cuba dalam masa terdekat ni. Bukan ape, resepi ni nampak mudah dan of kos sedap. 

Roti garlic dan sup cendawan ni memang kesukaan kami anak beranak. Biasanya kalau teringin nak makan kami akan ke Pizza Hut atau pun order je online dekat Grab. Tapi harga dekat Grab tidaklah semurah kalau beli sendiri di Pizza Hut.  Sebenarnya lagi murah dan puas hati beli sendiri.

Oh ye, kami pernah cuba buat sendiri sup cendawan dengan menggunakan sup cendawan dalam tin yang terjual tapi rasanya tidaklah sesedap yang diinginkan, gitu.

Tanpa membuang masa jom saya kongsikan resepi garlic bread dan creamy mushroom.

Bahan sup :

300ml air

500ml susu segar

1-2 kiub ayam

1/2 st daun parsley

1/2 st serbuk lada hitam

1/2 st garam

1/2 cawan tepung gandum

1/2 sb mentega

1 tin cendawan butang(potong hiris/cincang)

sedikit serbuk perasa


1. Masuk air & susu dalam periuk.Masak hingga mendidih baru masuk kiub ayam.

2. Kacau 2-3 minit masuk lada hitam,cendawan.Kacau lagi dalam 15 minit.

3. Masuk daun parsley, mentega, garam & kacau lagi dalam 10 minit.

4. Tepung dibancuh dengan air & kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapis dalam periuk.

5. Kacau sebati. Sup akan menjadi pekat. Reneh agak lama supaya semua masak elok.

Garlic Bread


Bahan roti :

Roti Perancis-hiris (Saya guna roti gardenia je)

2 sudu besar mentega

Secubit daun parsley

1 ulas bawang putih bakar sekejap & tumbuk halus


1. Campur semua bahan & sapukan atas roti. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan.


Kredit resepi foto : FB : Yatie Yusof


Selamat mencuba. Yang dah cuba bleh komen dekat bawah yeh.