Dulu-dulu minat betul makan ice-cream. Beli ice cream bukannya nak beli bekas kecik-kecik. Nak kene beli yang bekas besar baru puas makan. Makan pulak sorang-sorang sebab kedekut nak share ngan adik beradik lain ...takut cepat habis. hahaha
Tapi itu dulu-dululah. Bila dah ada anak, craving ice-cream macam dah auto pindah kat anak-anak. Yang peliknya, takde pulak berkira nak beli ice cream untuk anak-anak. Anak-anak sebut je mintak aje insyallah dapat dan sekali sekala tu bolehla... Terpikir jugak mane hilangnya sikap kedekut aku dulu yeh...ke auto hilang bila dah ada anak..hehhe.
Semalam kami anak beranak ke IOI Mall Putrajaya teman ayahnya nak pg gym. Maklumlah, dah sebulan lebih tak jenguk gym badan pun dah naik dengan jayanya. Kami warga perempuan mampu tengok dan hantar ayahnya di pintu gym. Kami buat aktiviti mengice cream.
Lokasi kedai ice cream ni betul-betul depan pintu gym BFitness dekat tingkat 3 wing baru IOI Mall Putrajaya. Kalau korang jarang naik tingkat ni makanya korang kurang kemungkinanlah nak jumpa kedai ni. Oh, sebelah kedai ice cream ni adalah foodcourt di wing baru. Jadi kalau korang yang tak biasa jalan-jalan di wing baru korang jalan-jalannya mencari foodcourt nanti akan nampaklah kedai ice cream ni.
Ada pelbagai flavor ice cream yang ada dekat kedai ni dan semua nampak best-best. Saya dan anak sempatlah try pistachio dan chocolate. Memang mengancam rasa die. Terus teringat ice cream pistachio venice. Rasa lebih kurang tapi yang dekat Venice memang pekat giler dan of course lebih mengancam ekonomi dan jugak kesihatan badan especially perutku. Sekali sekali takpe (kata Mr Husband).
Harga satu scoop RM9 dan sebab pistachio ni premium flavor maka ada caj tambahan RM1. Bab harga ni kami ada reservation sikit sebab tak berapa telus pengecajannya dekat situ. Tak nak komen. hehhe
Siapa2 yang nak try dessert ice cream dan tak pernah try lagi dekat kedai ice cream silalah datang dan cuba. Satu scoop pun dah cukup bagi sayala. Korang adjust2la... Dah try nanti share review ok..
Salam sayang,
Iswa.
No comments:
Post a Comment
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.