Haji Yang Tertangguh

 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Salam 26 Ramadhan 144H, semoga pembaca semua sentiasa berada dalam limpahan rahmat Allah, insyallah.

Alhamdulillah Allah panjangkan umur untuk bertemu dengan Ramadhan ke 44. Sepertimana ramadhan2 yang lepas, alhamdulillah Ramadhan tahun ini kami sekeluarga berjaya bangun awal dan bersahur, sepertimana sunah rasullullah saw cuma tahun ni (setakat Ramadhan ke 26) kami sekeluarga kurang masa untuk bertarawih atas pelbagai sebab, ruginyalah kan. Masih ada baki-baki Ramadhan yang diharapkan dapat mengubati hati insyallah.

Untuk pembaca yang telah baca posting saya pada tahun 2020), ya saya telah menerima tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 2020. Namun rezeki tidak menyebelahi saya. Pada tahun 2020 dan 2021 Malaysia tidak menghantar Jemaah untuk menunaikan haji. Hanya pada tahun 2022 Malaysia memulakan semula operasi haji namun dengan pelbagai peraturan dan syarat serta kuota yang lebih kecil. Sekali lagi Allah tahan rezeki saya untuk tahun lepas,sedih namun harus redha atas qada’ dan qadar Maha Pencipta.

Mungkin (insyallah) Allah telah susun rezekinya saya terletak di tahun 2023 (1444H). Alhamdulillah nama naik untuk 1st batch tawaran haji pada akhir Mac 2023. Semasa posting ini ditaip, saya telahpun selesai menyiapkan pemeriksaan kesihatan, mengemaskini laporan kesihatan kepda TH, menyerahkan passport dan menyiapkan pendaftaran di apps Saudi Visa Bio dan hanya menunggu tarikh untuk penerbangan. Untuk perkongsian bersama, kronologi tindakan yang di ambil adalah seperti di bawah:

22 Mac 2023 (jam 1200 tengahari):  semakan tawaran haji. Alhamdulillah Allah jemput sekali lagi. Bakal Haji diarahkan untuk mengambil Buku Rekod Rawatan (BRR) dari TH, membuat pemeriksaan dan menghantar semula kad dan dokumen-dokumen seperti salinan rekod vaksin, salinan

27 Mac 2023 : atas kekangan tugas tak sempat untuk ambil sendiri Buku Rekod Rawatan(BRR) dari TH, jadi saya minta suami ambilkan dari TH. Untuk makluman, wakil perlu membawa bersama borang wakil yang disediakan oleh Bakal Haji. Borang tersebut dikongsikan oleh TH dalam group haji.

Pada hari yang sama, dapat panggilan daripada TH yang meminta saya mengambil BRR dan dapat juga panggilan yang memaklumkan anak saya turut menerima tawaran haji. Untuk rekod, saya mendaftar haji bersama-sama anak sulung saya pada ketika anak berusia 6 bulan. Terima kasih ya Allah kerana gerakkan hati ini untuk mendaftar pada bulan Ogos 2008.Syukur.

contoh surat wakil untuk ambil BRR

28 Mac 2023 : buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Presint 11. Allah uji dengan tekanan darah yang tinggi. Saya diarahkan untuk bertenang dan releks dan mengambil bacaan yang baru namun bacaan semakin tinggi. Saya dinasihatkan untuk balik dan membuat bacaan sendiri dirumah dan diarahkan untuk hadir semula pemeriksaan pada keesokan harinya.

29 Mac 2023 : hadir semula pemeriksaan di Klinik Kesihatan Presint 11 dan alhamdulillah Doktor berpuashati dengan bacaan dan pemeriksaan lain dan BRR saya diluluskan dengan tandaan hijau. Alhamdulillah. Saya diarahkan untuk mengambil suntikan Meningococcal di Klinik Kesihatan Presint 9 dan kembali semula untuk pengesahan akhir. Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan dan selesai semuanya sebelum tengahari.

31 Mac 2023: Cukupkan simpanan mengikut peruntukan tawaran, mengesahkan tawaran dalam Thijari, printkan semua dokumen dan mengemukakan kepada TH.. Alhamdulillah selesai satu peringkat.


Sementara untuk anak, saya terpaksa tolak tawaran dan berdoa agar Allah jemput anak di ketika anak telah bersedia dan dapat menghargai saat dan ketika haji. Untuk rekod, saya telah masukkan tahun cadangan haji untuk anak adalah pada tahun 1447 insyallah.

Setelah selesai pengesahan penerimaan dalam sistem TH, sistem akan buka untuk mahram memasukkan rayuan. Jadi petangnya saya masukkan rayuan untuk suami melalui Thijari.

(update : suami terima tawaran pada 10 April 2023. Saya juga masukkan nama kakak dan abang ipar yang masih dalam status rayuan sebagai ahli keluarga yang akan menunaikan haji. Untuk suami/pasangan yang memasukkan rayuan sebagai mahram, bakal jemaah perlu mengisi borang mahram dan menyertakan salinan sijil nikah yang telah disahkan ke pejabat TH dalam kadar segera untuk pemprosesan rayuan. 

1 April 2023 : menerima pemakluman untuk mengemukakan passport mulai 3 April 2023.

2 April 2023: Renew passport di UTC Pudu, KL. Ada Lorong khas untuk Haji. Hanya bayar RM100 utk renew 5 tahun. Alhamdulillah selesai sebelum zohor.

3 April 2023 : Menyelesaikan pendaftaran Saudi Visa Bio dan hadir ke TH Putrajaya untuk mengemukakan passport, 2 keping gambar, salinan emel confirmation pendaftaran Saudi Visa Bio dan salinan sijil kahwin yang telah disahkan.

Nota I:

1. Pasport Antarabangsa Malaysia (PMA) boleh diserahkan ke pejabat TH bermula 03 April 2023 sehingga 25 Mei 2023.

2. Pastikan:-

(i). Tempoh SahLaku melepasi tarikh 01 Jan 2024

(ii). Mempunyai sekurang2nya 4 muka surat kosong berturut-turut

(iii). Sertakan sekali 2 keping gambar Visa saiz 4cm x 6cm berlatar putih.

(iv). Urusan Serahan Pasport HANYA BOLEH dilakukan setelah selesai urusan pendaftaran BioMetrik di aplikasi Saudi Visa Bio.

4 April 2023: Menerima pemakluman bahawa perlu mendaftar di Saudi Visa Bio bagi pendaftar yang silap tandaan pada status penerimaan visa (saya tanda ya pada soalan penah menerima visa sedangkan visa yang saya terima dahulu tu adalah visa umrah, silap saya sendiri huhuh)

6 April 2023 : hadir ke TH dan mohon pinjam passport untuk daftar semula. Cuba untuk daftar di TH tapi tak berjaya dan cuba semula di rumah, alhamdulillah selesai sebelum maghrib. Kemukakan salinan kpd admin melalui whatsapp.

Sekian untuk perkongsian. Doakan perjalanan saya dan suami dan rakan-rakan Jemaah yang lain diiringi rahmat dan keredhaan Allah, dipermudahkan dan diserikan dengan doa-doa yang dimakbulkan insyallah.

Nota II
12 SOALAN POPULAR BAKAL HAJI
1.BILAKAH SURAT JADUAL PENERBANGAN AKAN DIKELUARKAN? 
Surat Jadual penerbangan akan dikeluarkan selepas hari raya secara berperingkat-peringkat. Bakal haji boleh mendapatkn surat jadual penerbangan di dlm aplikasi THiJARI atau di pejabat TH.
2. BILAKAH DAM HAJI TAMATTUK DAN KORBAN BOLEH DIBAYAR? 
Bayaran Dam haji Tamattuk dan korban boleh dibuat setelah bakal haji MENDAPAT SURAT JADUAL PENERBANGAN.
3. BERAPAKAH HARGA DAM TAMATTUK DAN KORBAN? 
Harga anggaran Dam Tamattuk ialah RM725 Dan korban Qibas RM900. Pembayaran boleh dibuat secara online di THiJARI @ kaunter tbg hj. Wang akan tolak melalui akaun TH bakal haji.
4. SETELAH PASPORT DISERAH KE TH BILAKAH SAYA AKAN DAPAT SEMULA PASPORT? 
Pasport yg telah diserah akan dihantar ke kedutaan Arab Saudi utk urusan visa haji dan bakal haji akan diberi semula pasport semasa melapurdiri di kompleks haji @ Stesyen berlepas nanti. 
5. BERAPA KEPERLUAN GAMBAR HAJI YANG AKAN DIGUNAKAN LAGI? 
2 Keping gambar diperlukan utk diletakkan di beg galas beroda 5kg dan beg sandang bakal haji.
6. BILAKAH BAKAL HAJI AKAN MENDAPAT BEG GALAS BERODA 5KG DAN BEG SANDANG? 
Beg Galas Beroda 5 kg  akan diberikan di pejabat  TH cawangan  sebelum berangkat pergi (utk muasasah shj). Beg Sandang pula akan diberikan di Kompleks Haji @ Stesyen berlepas berserta lencana haji dan gelang haji semasa melapurdiri.
7. DIMANAKAH BAKAL HAJI BOLEH MENUKAR DUIT SAUDI RIYAL SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI? 
Duit Saudi Riyal boleh ditukar di mana-mana kedai Money Changer sebelum berangkat ke tanah suci dan juga di kaunter Bank Islam di dalam dewan berlepas semasa melapurdiri di kompleks haji.
8. BERAPAKAH JUMLAH WANG TUNAI YANG PERLU DIBAWA SEBELUM KE TANAH SUCI? 
Wang Saudi Riyal anggaran tidak lebih SR2000 dan RM100 (tukar not kecil2 utk stanby). 
9. BOLEHKAH MEMBAWA POWERBANK? 
Powerbank boleh dibawa dengan syarat tidak melebihi 20ribu mAh. Dan hendaklah
dimasukkan ke dalam beg galas @ beg sandang. Power bank DILARANG dimasukkan ke dalam beg bagasi besar. 
10. PERLUKAH BAKAL HAJI MEMBELI SIMKAD TELEFON DI TANAH SUCI? 
Jemaah haji digalakkan membeli simkad telefon Saudi di Tanah Suci kerana kos taliannya yang lebih murah. Jangan gunakan no simkad Malaysia kerana kos nya yang mahal. * Berkemungkinan simkad Telefon akan diberikan secara percuma oleh TH di tanah suci.
11. BERAPAKAH HAD BERAT BEG PAKAIAN BESAR JEMAAH HAJI?.
Had berat beg pakaian besar semasa pergi 30kg.. Dan semasa balik juga tidak boleh melebihi 30kg.
12. ADAKAH JEMAAH HAJI PERLU MEMBAWA KAD ATM UNTUK MENGELUARKAN WANG DI TANAH SUCI.
Jemaah haji perlu membawa kad ATM bank bagi memudahkan urusan pengeluaran Wang di tanah suci kerana tiada kaunter kewangan TH di sana. Jemaah haji digalakkn mengunakan kad ATM Bank Islam berwarna putih yg mempunyai logo Tabung Haji bagi mengelakkan dikenakan cas pengeluaran Wang. Selain itu Kad ATM Bank lain juga boleh digunakan utk pengeluaran Wang tetapi sila rujuk pihak bank anda dahulu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.